18 August 2011

Khairy!! Kalau UMNO itu masih parti yang winnable, semua calonnya akan menjadi calon 'winnable'.

Semalam Khairy membuat kenyataan yang UMNO akan hanya menurunkan calon yang mempunyai kelulusan akademik dan yang boleh di anggap sebagai calon yang ‘winnable’. Ini juga merupakan tema ucapan Najib di dalam perhimpunan agong UMNO tahun lepas. Cita-cita Khairy untuk menurunkan calon yang mampu membawa kepada kemenangan UMNO merupakan niat yang sangat baik dan patut mendapat sokongan semua pihak terutamanya di kalangan pimpinan dan ahli UMNO setiap peringkat.

Elok kita memberikan sedikit input kepada Khairy apa sebenarnya masalah yang UMNO sedang hadapi untuk membantu beliau untuk membantu UMNO menyelesaikan masalah mengikut kehendak orang ramai yang sebenarnya sekarang ini.

DS Najib sendiri merupakan calon yang ‘winnable’ di Pekan. Begitu juga Muhyiddin di Pagoh dan Zahid Hamidi di Bagan Datoh. Hishamuddin dengarnya menghadapi masalah di Semberong tetapi beliau masih merupakan ‘winnable candidate’ di sana. Ramai lagi yang ‘winnable candidates’ dalam UMNO.

Tetapi setelah mendapat mandat kesemua mereka yang ‘winnable candidates’ inilah yang telah menyebabkan kita menghadapi masalah yang kini kita hadapi. Maksud saya ia bukan setakat mendapatkan ‘winnable candidates’ dalam pilihanraya yang akan datang tetapi Khairy mesti cari selain dari ‘winnable candidates’ itu ialah untuk mendapatkan calon yang boleh dipercayai jika mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah lagi.

Di sinilah masalah besar yang sedang di hadapi oleh UMNO. Semua yang ada di dalam kabinet itu adalah ‘winnable candidates’ tetapi kejujuran mereka yang telah berjaya menempa kemenangan itu masih di persoalkan ramai.

Khairy mesti sedar rakyat bukan setakat mencari ‘winnable candidate’ tetapi sekarang rakyat sudah lebih ‘sophisticated’ dalam kemahuan mereka. Sekarang ini rakyat sedang mencari parti yang ‘winnable’ dan bukan setakat mencari ‘winnable candidates’.

Jika rakyat sudah sampai ke tahap mencari ‘winnable party’, maka semua calon yang di anggap ‘winnable' oleh UMNO itu akan kalah jika rakyat sudah sampai ketahap mencari ‘winnable party’. Yang penting bagi UMNO ialah untuk menentukan samada masalah dan perkara yang di isukan oleh rakyat sekarang mendapat penyelesaian atau pun tidak.

Dalam artikel ini tidak payah lagi mengulanagi segala isu yang sedang di hadapi oleh UMNO dalam menghadapi rakyat. Semua pihak tahu apa masalah dan isu yang belum di selesaikan oleh UMNO. Selagi isu kejujuran kepimpinan atasan dan banyak lagi yang semua pihak tahu belum di atasi, UMNO itu sendiri mesti menilai samada parti itu masih parti yang ‘winnable’.

Ini bukan masalah calon. Ini masalah keyakinan kepada parti itu yang menjadi perkara pokok yang wajib di selesaikan. Kita tentu masih ingat semasa parti UMNO itu merupakan parti yang ‘winnable’ dahulu, calon-calon UMNO pernah berkata yang mereka tidak payah berkempen kuat kerana kalau calon-calon itu mewakilkan songkok atau kasut mereka dalam kempen itu pun, mereka masih menang.

Sekarang ini PAS dan DAP diundi kerana simbolnya kerana rakyat sudah berkeyakinan kepada parti itu. Ibrahim Ali semasa bertanding sebagai calon bebas telah tewas dan hilang wang pertaruhannya, tetapi apabila bertanding dengan menggunakan tiket PAS beliau telah mendapat lebih dari 7000 majoriti kemenangan beliau. Itulah sebabnya keyakinan terhadap parti itu adalah perkara yang paling pokok.

Sebenarnya, jika orang ramai yang mengundi masih meyakini UMNO, maka semua calon UMNO itu secara automatik menjadi ‘winnable candidates’. Maksud saya UMNO itu sendiri mesti menjadi parti yang ‘winnable’.

Boleh kah Khairy membantu parti UMNO itu untuk masih menjadi parti yang ‘winnable’? Khairy mesti faham jika UMNO tidak lagi menjadi parti yang 'winnable', letaklah calon dari mana sekali pun UMNO tetap menghadapi masalah.

Walau bagaimana pun Khairy telah menunjukan sikap yang baik...sentiasa berusaha untuk kebaikan partinya. Hanya orang ramai ragu samada UMNO itu sendiri merupakan parti yang 'winnable'.

22 comments:

alfian said...

AA,

betul...betul...saya akan undi simbol bukan calon.

Anonymous said...

Tuan,

Calon tak bergigi pun tak kisah. Saya undi sibol bulan

Zaidi said...

Pak Aspan,
"Winnable candidate" of a "losing party" - satu tesis yang hebat. Apakah niat mereka untuk menang? Dengan kuasa yang sedia adapun Melayu tidak ke mana.

Elok-elok memilih tempat mandi
Pertama telok kedua pantai
Pandai-pandai memilih pemimpin
Pertama elok kedua pandai

Jangan jadi.. Pertama teruk kedua pandir!

Anonymous said...

Saya tak fikir Khairy akan menang di kawasan Parlimen Rembau kali ini.Pengaruh PKR terlalu kuat.
Saya sendiri akan memangkah PKR kerana mahu BN kalah di Negeri Sembilan.

MARTOIRIAT said...

Salam Pak Aspan..
Persoalannya sekarang, rakyat pilih parti bukan pilih calunnya.Jika calun itu berwibawa dan mempunyai kelululusan tinggi sekali pun pasti ditolak rakyat jika parti itu tidak membela rakyat, bergelombang dengan rasuah, pentingkan kroni dan keluarga. Simbul apa pun di tempat saya, akan saya pilih asalkan jangan simbul 'DACING'

Anonymous said...

Tuan,

bukan KJ tidak ingin membantu UMNO menjadi parti winnable, tetapi ada puak dalam UMNO sendiri yang akan sabotage usaha KJ. Puak ini hanya menjaga kepentingan diri dan bukan negara atau rakyat.

Anonymous said...

Winnable candidate tapi Performance tak winnable tak guna juga.

Kalo you letak Ah long dikawasan dia mesti menang hebat juga. Macai macai dia mesti sokong habis.

Dari sini kita pun dpat baca calibre ketua ketua kita.

Maktalamat mau menang saje- at all cost , by all means. lAGI TAK HEBAT , OVER MY CRUSHED BODY !

MACHIAVELLIAN.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Winnable candidates bagi UMNO hanya bergantung di mana candidate itu bertanding. Kalau di Pekan, Najib calon winnable. Itu pun sebab banyak undi pos. Tapi cuba letak dia di Lembah Pantai atau Titiwangsa (kawasan rakyat yang lebih celik) rasa-rasanya belum tentu winnable.

Sama lah dengan Muhyiddin dan yang lain2. Letak dia bertanding di Bandar Tun Razak dan kita lihat dia boleh kalahkan Khalid Ibrahim tak? Pemimpin besar UMNO semua nak bertanding kawasan selamat. Kalau nak jadi pemimpin federal bertandinglah di kawasan bandar yang mempunyai campuran kaum dan yang pengundi lebih pandai buat penilaian dan kritikal dari penduduk luar bandar. Barulah kita respect kalau menang.

Dalam UMNO pula jawatan Presiden and Timbalan Presiden asyik menang tak bertanding je. Berbagai sekatan dikenakan untuk mengelak dari dicabar. Hatta Ku Li pun tak layak untuk bertanding! Kuota pencalonanlah, undi bonuslah, ugutanlah, rasuahlah...ini semua budaya jijik pemimpin UMNO, parti yang dikatakan milik orang melayu Islam, yang dikatakan pembela Islam...podah.

Semuanya self-serving.Tak ada jiwa untuk melihat negara ini berjaya langsung.

Tengoklah matawang kita. Masa TDM jadi PM tahun 1981 RM1.00 = SD1.00. Sekarang dah jadi RM2.47 = SD1.00. Siapa yang memerintah sejak tahun 1980? Bukan kah UMNO? Asyik duk menipu Melayu saja. Semua barang dan perkhidmatan di Spura lebih murah dari Malaysia. Perbandingan hendaklah di buat berdasarkan peratus dari pendapatan yang perlu dibayar untuk membeli atau mendapat sesuatu barangan atau perkhidmatan tersebut. Contoh : Rakyat Spura bayar SD600 untuk beli latest blackberry. Kita kena bayar hampir RM2000. Gaji graduate dia lebih kurang SD2,500 sama dgn kita tapi berbeza matawang.Oleh itu kita terpaksa bayar 80% dari gaji untuk membeli blackberry dan mereka belanja hanya 24% dari gaji untuk mendapat barang yang sama. Siapa lebih murah?? Kita rasa Spura mahal sebab duit kita kecik. Orang British tak cakap Spura mahal sbb duit dia lagi besar. Macam mana boleh jadi macam ni. Negara kaya sudah jadi miskin dari Spura. Fikir-fikirlah dan cari jawapan sendiri.Jawapannya tak susah. Guna common sense anugerah Tuhan saja!.

Jangan biar UMNO tipu rakyat yang kurang pendidikan melalui propaganda media-media perdana dan taburan seratus dua untuk Melayu luar bandar sedangkan mereka kaut jutaan ringgit melalui rasuah dan salah guna kuasa. Kita mesti kritikal untuk kebaikan negara kalau tak nak di sumpah oleh generasi akan datang. Fikir-fikirkan lah.

Anonymous said...

dah baca dah respon masalah pemuda umno ni dalam malaysiakini?????

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Ini semua sudah jadi budaya UMNO sejak zaman TDM tahun 1981 lagi. Budaya ni dah 30 tahun dan amat susah di tukar sebab semuanya dah jadi angkuh dan bongkak tak boleh di tegur. Mereka senang dengan budaya ini sebab boleh cari kekayaan tanpa kerja keras. The only way to kill this culture is to throw them out of power. There is no other way unless you have a capable and clean UMNO President that put the interest of the people of this blessed nation above anything else. But how to do it. Nak jadi calon President pun tak dapet jang. Tak cukup kuota! Ada pilihan lain?

Anonymous said...

Harap-harap muka-muka ini tak keluar lagi...

Nazri Aziz
Azalina
Zarkasi

Geng Pan Pacific:
Dato Aziz (Sri Gading)
Dato Bung Karno (suami zizi izzet)

kalau UMNO nak 100% menang letak:

Zahrain
Zul Nordin
Ezam
Gobala
Ibrahim Ali
semua MP Lompat Katak

Kalau ikut nak tulis disini...memang takda calun untuk UMNO! kah!kah!kah!

nick said...

Pak,

What can we understand from YB Khairy's remark about finding a winnable candidate? The answer... even UMNO second tier (barisan pelapis) do not understand the rakyat's aspiration and what is needed by the rakyat in electing an MP or an ADUN.

In Khairy and UMNO leaders minds', it all about UMNO's needs, UMNO's want and UMNO's "right" to win PUTRAJAYA (and be the PM or TPM or minister and such). And what does it mean for them to be the government, you might ask? Well, obviously not to take care of the people or to bring prosperity and harmony to the people! Far from it! It's all about the power to rule and be in control of the nation and it's rich resources and wealth. How do I know this? Isn't it obvious when the GOM is UNWILLING to spend RM 700 million more of the budget to pay for subsidies BUT at the same time it greedily WANT to spent 50 billion on MRT, 6 billion on Navy boat, and other tens of billions on other toys and luxury items! Take for example PUTRAJAYA! What's the benefit of spending close to 50 billion on an admin capital? And we don't even own it, we just rent it from a "Perbadanan" whose money is funded from the rakyat's coffers (and this perbadanan is not even answerable to the parliament too. To whom do the money they collect benefit, I wonder? Not the rakyat obviously!). Then, where is the benefit for the ordinary people? Nada! Yilek! Zero! All the makcik and pakcik Felda can hope to get is a tour of the luxury capital and some token picture in front of the masjid (way to go TDM! You spend 50 billions and the rakyat gets nothing that will help them fill their stomach!)

And that is why Malaysian no longer sees UMNO and BN as a suitable political party to be the government. Khairy and UMNO are too far detached from the rakyat to even realize the most important point! That is the government exist for the people and by the people. UMNO and it's leaders have too long lived in a fantasy where they mistook their position and their election as the government as a "lifetime right which once given cannot be revoked". UMNO deluded themselves into thinking that UMNO is The Government and The government is UMNO. To UMNO, the GE election is merely for show and by hook and by crook, UMNO MUST win and be the government. Malaysia and especially Putrajaya belongs to UMNO hence the ludicrous campaign of "1 million youth to defend Putrajaya (from the opposition no doubt)" which essentially revealed UMNO and Najib delusion of owning Putrajaya.

YB Khairy! It not about finding a winnable candidate! It about finding a suitable, honest and hardworking humble servant of the rakyat! Rakyat is not looking for a slave master! In fact Rakyat is looking for some servants who will be diligent and hardworking serving them. It's not the rakyat who is the slave. You, the elected MPs and ADUN ARE THE SLAVES! And if you can't even realize this small point then you do not deserve to be an MP or to the point, a civil servant!

Nick.

Anonymous said...

KJ sendiri pun tak pasti ada chan
nak tanding lagi tak?? apa lagi sibuk nak komen banyak-banyak.

Ibni Ismail said...

Salam buat Tuan Aspan & tetamu2nya.

Menyampahnya kalian dengan UMNO pun tidak akan mengubah pemikiran majoriti selagi parti alternatif kepada UMNO iaitu pada saya hanya PAS sahaja tidak menunjukkan bahawa PAS itu winnable party.

Adakah PAS itu winnable party? Itu yang pada saya perlu kita tekankan dan yakinkan rakyat. Perhebatkan kempen yakinkan rakyat tentang kekuatan PAS bukan perhebatkan kempen pencacian UMNO. Kena isu macam Mismah tempohari kan dah jadi back fire. Belajarlah dari DAP. Ada kita dengar DAP hina MCA secara keterlaluan seperti PAS hina UMNO? PAS bukan sahaja hina UMNO scara keterlaluan malahan berterusan dalam setiap ceramah dan keluaran akhbarnya. Ya.. memang UMNO pun buat perkara yang sama so PAS pun buatlah juga. Jadinya apa beza PAS dan UMNO? PAS mesti bukan sahaja kena bersih tetapi mestilah dilihat lebih bersih.

DAP tunjukkan bukti kewibawaan dengan barisan kepimpinan muda yg matang dan bijak berbicara. Kepercayaan masyarakat Cina datang secara semulajadi bukan atas sebab cacian DAP terhadap MCA ataupun Gerakan.

Ubah ubahlah sikap itu jika mahu undi kami yg masih ahli UMNO ini. Suka atau tidak, kalian harus akui bahawa majoriti melayu masih ahli UMNO yg undi UMNO dan majoritinya bukanlah yang tidak boleh beralih arah.

Berbalik pada tajuk posting tuan, saya berfahaman UMNO akan still winnable party selagi pembangkang khususnya PAS masih berfungsi sebagai tukang caci UMNO. Kebobrokan UMNO ni bukan satu isu baru malahan dah jadi cerita basi. PAS kena belajar dari DAP. Bila nak umum berita hijrah tuan?

rameli said...

AA,
In actuality Khairy is a good and budding leader of the country. But it's unfortunate that he is with the wrong party.

He will be in oblivion together with his UMNO, the corrupt and racist party.

Sayang isn't it?

bany said...

rameli,

Khairy may still in denial syndrome. He must know that UMNO is depleting in quality. That party will soon be history.

Dia pandai tapi tidak memandang jauh. He should be in another party and be a leader.

Quiet Despair said...

KJ wants to be PM. And he knows it is only through UMNO he can be one.
Period.

saji said...

AA

Pilihan RAYA Umum (PRU), dari perspektif Syariat Islam, boleh dimaksudkan sebagai sambuatan meRAYAkan hukum Islam dalam bentuk akad atau kontrak bagi keperluan perlantikan wakil rakyat yang dinamakan al-Wakalah atau Melayunya Wakil -mewakil. Ia dijelaskan dalam bentuk takrif, rukun dan syarat2 sah penggunaannya.

Syarat2 bagi pihak penerima wakil, dalam kontekas PRU yang dibincangkan ini, ialah orang2 yang menawarkan dirinya untuk bertanding dalam PRU sebagai wakil rakyat yang bukan sahaja mengaku, bahkan boleh dibuktikan dirinya masing2 merupakan kalangan rakyat yang boleh dipertangggunjawabkan iaitu sempurna akal,cukup umur, pintar dan mempunyai kuasa untuk mengendalikan perkara2 yang bakal diwakilnya yang, kemudiannya, akan disahkan oleh pihak yang memberi wakil iaitu parti politik yang mencalonkannya (jika mereka berparti), di satu peringkat, dan di satu peringkat lagi, pengesahan oleh rakyat sebagai pengundi yang sah di kawasan pilihan raya terbabit melalui proses pengundian di hari PRU.

Asam Pedas said...

Encik Aspan,

Winnable candidates? Quite funny statement. Really.

Does it mean, it is an admission that previous candidates were not winnable that have cause the lost?

It could also mean those who lost in last election are no longer consider candidates. Then move over Shahrizat, Palanivel, Koh Tsu Koon to name a few. Can say bye2 to your cabinet seats. CSL also as he did not run from last election because of his personal scandal.

Or does it mean, previously ADUNs and MPs who were ask to make way for other candidates yet still lost could make a come back? Thought they were replaced because of injecting new blood with perception of winnable candidate. No?

Ok. What if these winnable candidates still loose in 13GE? So what term we going to use this time?

So Mr PM and KJ, please enlighten us how you define winnable candidates. It helps to ease tensions among potential candidates. Also important for the public to decide whether the winnable candidates worthy cabinet and exco seats and high profile positions.

Col Roseli said...

Di Negeri Sembilan dengarnya Mat Hassan dah mintak nyawa kat Persatuan Bekas Tentera. Tinggi gak langit ni Bro.

lebaikudin said...

Assalam Tuan Aspan,

What good is winnable candidate if the party they represented has been rejected wholesale by the people?

Jibby,Khairy and cohorts are clearly in different state - state of denial.

Political Tsunami 2008 is about changing government.

The majority have decided to vote for any party other than BN.

We will bring along and convert relatives,fence-sitters and party hoppers.

Give change a chance.

Anonymous said...

Ramai wakil Rakyat dalam parlimen dari BN yang mempunyai ciri2 kemampuan tetapi tidak berupaya bersuara dan mengundi (berbelah bagi) isu2 yang membela/mempertahan kabajikan rakyat. Mereka menjadi 'yes man'dan mencerminkan kemunafikan (hypocrisy) dan sanggup membelakangkan kehendak rakyat. Tidak akan ada 'winnable candidate' dalam BN. Yang ada ialah calon 'president'.