20 August 2011

Tan Sri! Jangan samakan rally Bersih dengan keganasan di Tottenham itu - Ianya berbeza

Muhyiddin telah menyamakan rally Bersih sama seperti apa yang berlaku di Britain 2 minggu lepas dalam mana rakyat yang tinggal di kawasan yang melata seperti di Tottenham, Brixton dan beberapa tempat jenayah lain melakukan ‘looting’ dan mengancam keselamatan masyarakat di sana. Dalam kejadian di Tottenham itu beberapa orang anggota polis telah cedera. Saya pun sudah lupa berapa tempat lagi yang amok yang di lakukan oleh pemuda-pemuda di Britain itu. Beberapa buah bangunan dan kereta telah dibakar dalam kejadian itu.

Untuk menyamakan apa yang berlaku di London dengan apa yang di lakukan oleh Bersih adalah tidak berasas dan tidak mempunyai kebijaksanaan langsung. Ianya akan hanya menunjukan sikap Muhyiddin untuk memperbudak-budakan kita semua sahaja. Walauipun beliau seorang Timbalan Perdana Menteri tetapi bila keluar kenyataan seperti ini dari mulut dan pemikiran beliau, maka beliau telah merendahkan mertabat beliau kepada hanya seperti kutu jalanan berfikir.

Jika itu adalah keyakinan Muhyiddin sendiri maka Muhyiddin boleh kita anggap sebagai seorang yang tidak bijak menilai keadaan dan suasana kedua-duanya kejadian itu, iaitu rally anjuran Bersih dan pengganas di London itu. Bagi saya Muhyiddin menganggap kedua-dua kejadian itu adalah sama nilainya ialah untuk menutupi segala kesilapan kerajaan dalam mengendalikan rally anjuran Bersih itu.

Inilah masalahnya pemimpin-pemimpin kita. Mereka sudah menjadi kebiasaan cuba merperbodohkan orang ramai seolah-olah orang ramai di bawah ini semuanya adalah dari gulungan ‘tolol’ yang tidak pandai sedikit pun untuk membuat penilaian terhadap sesuatu yang berlaku. Sikap dan kenyataan Muhyiddin itu hanya akan menjadi ‘self defeating’ bagi beliau dan beliau tidak boleh menyalahkan sesiapa jika orang yang mempunyai pemikiran memandang beliau sabagai seorang politikus murahan dan tidak bernilai.

Tottenham merupakan kawasan yang di diami oleh masyarakat yang kebanyakanya miskin dan tempat itu adalah tempat di mana berlakunya jenayah yang banyak. Begitu juga di Brixton serta beberapa tempat dan daerah lain yang dihuni oleh masyarakat yang agak melata jika di bandingkan dengan daerah dan kawasan sebelah barat kotaraya Metropolitan London. Berjalan kesaorangan di kawasan Tottenham itu tidak begitu selesa kerana tempat itu terkenal dengan kawasan yang banyak kejadian jenayah. Begitu juga di kawasan Brixton, Barking dan sebagainya.

Huru hara yang berlaku yang bermula di Tottenham ini telah dilakukan oleh penjenayah yang menembak dan membakar bangunan dan kenderaan kerana memprotes di atas kematian rakan mereka di tangan polis. Dalam masa 24 jam huru hara telah berlaku di tempat lain di sekitar London seperfti di Enfield dan sebagainya. Yang melakukan huru hara ini adalah dari gulungan yang melata dan miskin dan mereka ini adalah dari gulungan yang tidak mampu mendewasakan diri mereka untuk hidup menempa kemajuan dan mereka adalah dari gulungan yang tertinggal dalam serba serbinya.

Rally anjuran Bersih baru-baru adalah jauh kelainannya. Rally Bersih di anjurkan oleh kumpulan 62 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan penganjur telah memohon kebenaran untuk berjalan secara aman tetapi dipermain-mainkan oleh pihak berkuasa. Bersih merupakan isu transformasi dalam sistem pilihanraya yang ramai beranggapan belum jelas kebenaran dan ketelusannya.

Pihak penganjur telah mengadap Kebawah Duli Tuanku Yang di Pertuan Agong dan telah berunding dengan pihak pemerintah walaupun akhirnya rundingan itu gagal.

Jadi jika seorang Timbalan Perdana Menteri boleh menyamakan ‘hooliganism’ di Britain dan Rally anjuran Bersih itu maka saya tidak dapat hendak meletakan Muhyiddin ini sebagai apa. Kalaulah pemimpin tertinggi kerajaan boleh membuat penialaian dan intrepetasi sebegini maka semakin terbuktilah kekurangan keupayaan beliau untuk berfikir

Cara berfikir sebeginilah yang kadang-kadang rakyat merasa muak kerana mereka merasakan seolah-olah mereka dipermainkan dengan perbahasan yang membosankan. Saya berharap pemimpin tertinggi UMNO yang lain tidak meletakan diri mereka begitu rendah pemikiran kerana kata-kata itu mudah di nilai oleh rakyat yang ramai.

Dengan kenyataan Muhyiddin itu sekarang rakyat sudah yakin yang pihak pemerintah telah merasakan dan mengakui yang rally anjuran Bersih itu telah menempa kejayaan besar yang menyebabkan pemimpin pemerintah hari ini tidak dapat lagi melupakan isu walaupun rally itu sudah lama berlalu. Ramai di antara pemimpin kita masih lagi bercakap merapu dan merepek tentang isu rally anjuran Bersih ini seolah-olah seperti berjalan dijadikan tongkat dan jika tidur dijadikan bantal.

Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan tidak lagi menyebut isu ini kerana ianya akan hanya memberikan markah yang lebih tinggi kepada pembangkang. Yang perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib ialah untuk memperbaiki sistem pemilihan di dalam pilihanraya nanti.

Pihak kerajaan misalnya mesti memperuntukan masa yang sama banyak untuk kedua-dua belah pihak, pemerintah dan pembangkang untuk menggunakan media massa perdana. Perlu diingat yang wang ringgit yang digunakan untuk mewujudkan Radio dan Telivisyen Malaysia misalnya adalah dari wang cukai yang dibayar oleh semua rakyat termasuk pemimpin dan ahli pembangkang.

Kalaulah ahli-ahli parti pembangkang dan pemimpinnya tidak diberikan kemudahan yang sama maka elok dicadangkan supaya semua ahli parti pembangkang dikecualikan dari membayar cukai kepada kerajaan.

Rakyat sudah jemu dengan dakyah dengan niat kotor digunakan oleh parti pemerintah kepada pihak lain yang sama-sama membiayai badan-badan penyiaran itu.

23 comments:

"Apa Nak Jadi" said...

Salam Tn Aspan/semua,

Inilah beban dan maasalah utama negara apabila rakyat sering diperbodohkan pemimpin. Mereka tidak ikhlas untuk membangunkan negara apabila potensi dan pemikiran Rakyat selaku penyumbang utama negara ke atas Modal Insan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat telah disalahgunakan mereka.

Tujuan dan niat utama mereka, tidak lain adalah memenuhi keserakahan nafsu untuk menyamun khazanah yang ada sehabis-habisnya walhal yang mereka makan hanya 2 pinggan nasi sehari.

Apalah nak jadi dengan negara ini. Ada pemimpin dan pemegangkuasa pun yang dah buta mata, buta hati, pekak telinga dan tak takut mati.

Bayangkan, anak bekas PM Malaysia boleh mendabik dada miliki kilang Arak San Miguel. Bekas PM ni juga yang kata, orang yang makan rasuah seperti makan babi. Kesimpulannya, yang buat arak dah ada dan yang makan babipun dah ada. Semuanya terpalit kepada mereka jua.
Nau'uzubillah. Manusia apa namanya ni...?

Kalau gini caranya, tak kayapun takpelah kerana hidup ni bukan untuk menongkat langit. Sewaktu-waktu akan mati.

Jawapannya : Tunggulah tindakbalas yang maha esa kalau rakyat sering teraniaya.

"Apa Nak Jadi"

Anonymous said...

Salam tuan,

Pemimpin memperbodohkan masyarakat adalah politik ketinggalan zaman. Betul, mereka masih boleh meyakinkan segolongan orang berumur yang mana sumber mereka hanyalah tv dan media cetak milik umno. Tetapi mereka lupa kepada sebahagian besar golongan muda yang akan menjadi penentu pada PRU yg akan datang. Golongan ini sudah tidak menonton berita di tv dan tidak membeli dan membaca akhbar spt utusan dan berita harian. Bila ulasan seperti yang tuan tulis keluar dalam blog, mereka akan cepat terasa, memang betul pemimpin kerajaan cuba bodohkan mereka.

Tetapi, saya tidak hairan jika ada yang bijak pandai yang akan menyokong kenyataan tersebut kerana kepentingan yang mereka sendiri ketahui. Golongan ini lebih layak dikatakan tidak bermaruah kerana mereka tahu, tetapi buat tak tahu dan menyembunyikan pengetahuan tersebut. Lebih malang lagi, mereka mengikut nada pemimpin bercakap kerana sebab yang mereka tahu.

Senang cakap, siapa yang masih bersama umno baru, adalah mereka yang ada kepentingan peribadi atau yang masih kurang cerdik (sebab kurang maklumat atau memang kurang pendidikan). Hanya dua golongan ini sahaja yang akan mempertahankan umno baru biarpun digelar ngok.

.fnd.

Anonymous said...

sdr aspan

it's not possible for DPM not to know what really happened in Britain. As you rightfully pointed, the areas in UK you mentioned are derelict areas. In fact in was in Brixton that similar riot (it was racial then) was sparked in 1980.

but in politics a-la BN, what TSM did (drawing parallels between Bersih and Brixton) appears to be politically correct. Much as i would like to agree with you, my observation is that the Malaysian masses still are swayed with such rhetoric. In the end, its the votes that count, never mind how.

reality is, people like you (and me) are still the minority. worse, those who had the memories of THO, TAR and TAR are slowly fading into the oblivion. God, i hope i'm wrong.

salam ramadan al-mubarak,

scrooge
(glasgow)

Quiet Despair said...

Memang isu tak sama. Tapi kalau ramai berkumpul, ada yang jadi baran.
Provoke, memprovoke yang besar kemungkinan menjadi isu perkauman.
Itulah yang kerajaan nak elak.
Syabas kerajaan dan PDRM kerana menyelamatkan negara hari itu.
There's no point shouting Reformasi when you put the country and its people at peril.

camar said...

Memang benar dengan apa yang di katakan Dat0. Pemimpin UMNO/BN mejoritinya dankal- PM/DPM ,Menterinya: Sebilangan kecil kalau ada yang cerdik pun lama2 terikut-ikut juga akhirnya, Kenapa ye?

Anonymous said...

Inilah legasi Tun Mahathir. Selama 22 tahun jadi PM, beliau tidak bina barisan kepimpinan dalam UMNO. Kalau ada yang cerdik sedikit,orang tersebut dinyahkan dengan apa cara jua pun. Akibatnya kita dapat PM dan TPM dan barisan menteri yang macam kabinet dapur dan barisan timbalan menteri yang tidak sabar untuk duduk dalam kabinet dapur. Mana perginya melayu yang hebat-hebat dalam UMNO? Adakah kita masih lagi menanti-nanti Hang Jebat untuk ubah suasana? Mungkin Hang Jebat akan datang dari luar parti.

nick said...

Pak,

Don't read too much into what TSMY said about BERSIH. Yes, it was totally ridiculous and yes, the comparison was totally incomprehensible. But, the audience is not you or me or even those people who are reading your blog (IT literate and who frequent the internet for information). The real audiences are those rural malays in Kedah, in N.S, in Melaka, in Johor (especially Johor) and all other states. The target are those who have no access to alternative media and second opinion. The target is those who rely on TV1, TV2, TV3 and so on.

So it doesn't matter to TSMY that what he said is misleading or half truth or totally out of context and may even be more lies than facts. To him and to UMNO, the truth doesn't matter. It's the result or the outcome that is the utmost important. As long as his speech or remark or lies can get him votes, "sin and religion" as far as he is concerned, "just throw it out of the window!"

This is the culture of UMNO and the culture of "I have power therefore I'm always right" and especially the culture of "the end justifies the means". Just look at the comment posted by Quiet Despair. It's basically the same. The wording might be different but quite similar to TSMY's thought, where the argument is totally illogical and the conclusion is even more incomprehensible that on reflex you burst out laughing! It practically screams "I'm right and no one can dispute it because I support the gomen and the gomen has the power! Respect the power cos we can hurt you!"

It's the politic of propaganda and politic of "tell a big lie and tell it often enough, eventually people will believe it". Josef Goebbels must be so proud that so many are following his doctrine.

Nick.

Aspan Alias said...

nick,

It's true nick. the kind of argument the leaders of today over many issues is hard to digest.

What would people of international community think of our kind of leaders that we have today. How are the foreign embassies judging our leaders?

i wonder how are they digesting this kind of argument that comes from a Deputy PM of a nation.

nick, sometimes we can't blame some people calling our country as 'Zimbabwe in different name'.

SAIA GADIZZ BLOGGER said...

Salam..Malangnya Malaysia mempunyai TPM yang daya pemikiran tahap budak menengah rendah. Gamaknya dia ingat rakyat ni masih hidup zaman batu kot...main cakap je..Tak malu ke dengan standard pemikiran semacam itu? Cukup-cukup lah TSMY dengan statement bodoh piang dan perbandingan yang tak manasabah tu...harap-harap inilah jenis species pemimpin melayu yang akhir ada di malaysia. Kami memerlukan pemimpin yang tidak menggadai daya keintelektualan hanya untuk berkuasa dan banyak 'auta'.kata orang, pemimpin yang tidak punya daya fikir atau 'benak' ni puncanya kerana banyak makan duit 'komisyen'? betul ke? he..he..he..

Anonymous said...

Jadi anak bekas PM yang di sanjung UMNO Baru iaitu Marina Mahathir pun jahat la kalau ikut kata TSMY ni sebab dan cucu Mahathir pun ikut sama dalam demonstrasi.

Tak habis habis nak memperdayakan rakyat.

Junaid

Anonymous said...

"What would people of international community think of our kind of leaders that we have today. How are the foreign embassies judging our leaders?

i wonder how are they digesting this kind of argument that comes from a Deputy PM of a nation."

The foreign embassies know that all these statements by our leaders are just propaganda political statements.

On the other hand, if they really think our leaders have such low IQ; then their secret cables to their foreign ministries will read:

"Sir, we will have no problem dealing with Malaysian leaders. It will be like taking candies from kids."

Anonymous said...

Banyak beza antara Malaysia dan England tu, Malaysia negara membangun, tidak mengamalkan amalan demokrasi sebenar, banyak korupsi,rasis,dan rakyat dikatakan belum matang lagi.

England pulak negara yang sudah maju, negara kebajikan pulak tu, amalan demokrasi sebenar , tiada korupsi dan rakyat pula amat matang.

Sepatutnya kalau demonstrasi di Malaysia , dah tentu ada orang yang akan mati kena tembak seperti mana negara membangun yang lain seperti Mesir, Pakistan, Bahrain dan Thailand.

Di England sepatutnya, tiada rusuhan, kecenderaan ataupun kematian bila berlaku demonstrasi.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Kat Malaysia demonstrasi aman, Kat England tu dekat 5 orang mati.Saya pun pelik Aspan, negara mana yang maju dan negara mana yang sebenarnya dalam pembangunan.?

Bila saya lihat pertempuran polis dan perusuh di England, dan juga diantara perusuh kaum EDL (English Defense League) dan MDL (Muslim Defense League) , saya rasa bersyukur dilahirkan di Malaysia ni.

Yang tidak bersyukur tu, cuba-cubalah berhijrah kat London,Manchester dan Birmingham tu. Kot-kot Allah beri penunjuk bila dah kat sana tu.

AJK PAS Pilah Tongah

nick said...

Pak,

There you have it, another of those illogical argument and incomprehensible conclusion courtesy of UMNO's indoctrination and education. We just can't have a good and factual discourse and debate with these type of people because they are illogical and incomprehensible from the start.

AJk Pilah Tongah, you're not making sense again and your conclusion is abnormal (I'm using abnormal because no normal human would come to the same conclusion using your illogical argument)! It's like you are insisting that an apple and an orange is the same, in taste and in appearance. I'm laughing and scratching my head at the same time. You and your kind sure are weird!

Nick.

Anonymous said...

Hi Nick,

Nice to see your comments. My comments were based on Aspan assertions that Malaysia is a racist country, undemocratic and corrupted to the core. Read all the articles posted by Aspan, I believe you will arrive at the same conclusions.My comments was intended to be a sarcasm comment and to make the reader think a little bit more..

The only difference between you and me that I know Aspan personally and I am old enough to see things from many perspectives.

AJK PAS Pilah Tongah

P/S if you are lost in a debate don't ever say things like this "There you have it, another of those illogical argument and incomprehensible conclusion courtesy of UMNO's indoctrination and education".

Typical loser, damnit!

Anonymous said...

AJK PAS Pilah Tongah,
Balik-balik suruh hijrah negara lain kalau tak bersyukur dengan keadaan di Malaysia.
Takat tu aje ke hujah kamu, bandingkan demo Bersih dengan riot kat Britain? Apa sebab rusuhan tu?
Tipikal UMNO la kamu ni..

Anonymous said...

QD,

sedihnya aku pada kamu ni....
Alasan kamu tu adalah alasan yang didatangkan kemudian, bukan difikrkan sebelum.

cakap byk tak guna, kalau yg di aku katakan di atas pun ngko susah nak faham..

pakya

nick said...

Ajk Pilah tongah,

TQ for your remark of "loser and such", Alhamdullillah! Your comment, I'm sorry to say is not easily understood for the shortcoming in the sarcastic tone dept. You need to rework or think a little bit more on how to make your sentences reflect your sarcastic tone. Otherwise you will attract a lot of derision because people cannot see that you are actually being sarcastic and thus your sarcasm is being read as illogical and topsy turvy.

I do admit that I do not know Mr Aspan personally but it would be better if we do not involve him in our exchanges. Nor do I feel that age nowadays give much more advantages to anyone because in this modern age of unlimited information, a teenager or maybe someone of my age could well have more life experiences than others who are much older. So don't use age as the pillar of your strength in arguing.

I do apologize however for not being able to read your sarcastic intent and I do hope you will not think much more of my comment from now on. I will however refrain from commenting about you in the future. My only hope is that you could be more eloquent in presenting your sarcasm.

Nick.

P.s- Mr Aspan, my apology for making a scene in your blog.

Anonymous said...

mungkin inilah rupa ketuanan melayu yang ditegakkan dan dilaung-laungkan selama ini..melayu tetap jadi tuan walau seburuk mana sekalipun..siapa yg cuba mengubah keadaan ini akan dianggap sebagai musuh melayu dan dicabar akan ditentang habis-habisan..

Anonymous said...

mungkin inilah rupa ketuanan melayu yang ditegakkan dan dilaung-laungkan selama ini..melayu tetap jadi tuan walau seburuk mana sekalipun..siapa yg cuba mengubah keadaan ini akan dianggap sebagai musuh melayu dan dicabar akan ditentang habis-habisan..

Anonymous said...

Sdr Aspan

i dont usually comment on commentators posts but would like to make an exception in this case.

as with nick, i found it difficult to follow the logic put forth by AJK PAS Pilah Tongah. after copious readings however, i conclude that its intended as 'tongue-in-cheek'. thats the gist of it, innit? umno's illogical logic!

scrooge

Anonymous said...

Sdr AJK PAS Pilah Tongah

Kalau sdr kata rakyat Malaysia belum matang lagi, mereka merupakan penduduk di ceruk2 kampung dan peneroka Felda yang aksesnya kepada maklumat terhad ataumereka hadkan kepada media kerajaan, ahli dan penyokong UMNO yang setianya membabi-buta, rakyat di luar bandar dan di bandar yang mindanya sudah tertutup tau tidik kritis dan hidupnya terus bergantung kepada kerajaan UMNObn, rakyat luar bandar dan di bandar yang memiliki sikap engko2 aku2 -bagaikan enau di belukar..... atau tidak suka jaga tepi kain orang.

RDA

Anonymous said...

20 August 2011 10:59:00 GMT+08:00

memang benar kata mu, paling hebat pun yg madey boleh lahirkan setakat seekor QD.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Ini-lah kesan dan hasil yang diperoleh oleh anak melayu yang dikatakan berpelajaran, berpendidikan dan seterusnya lulus peperiksaan dan memperolehi ijazah hanya sekadar dapat menghafal HIKAYAT HANG TUAH. Muhiddin adalah produk terbaiknya.