05 August 2011

Kalau pokok getah sudah menggurutu, elok di lakukan 'replanting' - Cari benih baru.

Kali ini saya menulis tentang pengalaman hidup dan membesar di kampong pedalaman jauh dari kesibukan bandar yang sekecil bandar di daerah saya. Kalau kita hidup dan tinggal di kampong sebelum pembangunan tiba akan ada pengalaman yang orang muda-muda sekarang tidak lalui. Kami merupakan keluarga petani dan pesawah serta mengendalikan kebun kecilan yang di ditinggalkan oleh datuk kami Haji Kasim.

Semuanya yang kita dilakukan secara conventional termasuk menanam semula getah. Semasa itu tidak ada pertubuhan seperti Risda untuk membantu mengendalikan tanaman semula getah seperti sekarang. Semasa itu jarang-jarang pekebun kecil menanam semula dengan menebang pokok-pokok getah tetapi menggunakan racun yang di sembor kepada pokok-pokok itu. Pokok-pokok itu akan mati selepas enam bulan dan hanya selepas itu baru boleh menanam pokok yang baru di celah-celah pokok yang mati itu.

Sementara menunggu pokok-pokok itu mati merupakan waktu yang boleh di jadikan pelajaran setidak-tidaknya kepada diri saya yang mengalaminya kerana selalu dibawa bersama oleh datuk saya ke kebun semasa itu.

Sesungguhnya jika pokok getah itu diracun satu perkara yang amat jelas berlaku yang saya jadikan sebagai pelajaran. Selepas sahaja pokok-pokok getah itu kami racun, sehari dua selepas itu kami dapati susunya keluar dangan banyak. Kalau selalunya apabila kami toreh getah itu susunya hanyalah setengah tempurong yang menjadi tadahan susu getah tersebut.

Selama 6 hingga tujuh bulan susunya mengalir dengan banyak dan pendapatan yang belebihan sewaktu menunggu pokok-pokok itu mati telah dapat digunakan untuk membiayai belanja harian dan boleh disimpan untuk belanja semasa pokok-pokok baru yang di tanam itu membesar dan boleh di toreh.

Secara saintifiknya saya dapat belajar yang pokok getah itu hidup dengan susunya. Apabila diracun pokok itu susunya akan mengalir dengan banyaknya apabila di toreh. Apabila ditoreh susu yang mengalir dengan banyaknya itu akan akhirnya kekeringan dan pokok itu akan mati.

Lagi selalu ditoreh lagi cepat pokok itu akan mati. Itu sebabnya datuk saya kadangkala menoreh pokok-pokok getah itu dua kali sehari. Di samping dapat susunya yang banyak ianya juga akan mempercepatkan pokok-pokok itu mati untuk di tanam semula dengan benih-benih baru. Saya bergembira kerana datuk saya memberikan saya belanja yang lebih untuk kesekolah kerana pendapatannya bertambah kerana susu getah yang banyak.

Selalunya saya diberikan 0.15 sen sehari tetapi selama 6 bulan itu datuk saya beri saya 0.25 sen. Dapatlah saya membeli ice-cream tikam yang dijaja oleh seorang tionghwa setiap hari. Setiap petang saya pergi kekebun yang sangat dekat dengan rumah kami untuk mengumpulkan getah sekerap untuk dijual bagi membeli perkakas-perkakas yang penting untuk kegunaan sekolah saya.

Setelah 6 atau tujuh bulan semua pokok itu telah mati dan di ambil alih oleh pokok-pokok yang baru yang telah ditanam secara beransur-ansur sebelum pokok-pokok tua itu mati.

Apa yang saya hendak sebut dalam tulisan ini ialah isu susu getah yang begitu banyak mengalir sebelum pokok-pokok itu mati. Susunya mengalir tidak berhenti-henti sehingga pokok-pokok itu mati. Isunya ialah apabila kita menorah getah itu tidak berhenti-henti memang kita mendapat susu nya dengan banyak tetapi akhirnya pokok itu mati. Inilah pelajaran yang saya maksudkan itu.

Saya khuatir kerana kerajaan kita sedang berbelanja dengan begitu besar tanpa had sejak 3 dekad yang lalu. Segala kekayaan kita telah ditoreh dengan tidak terancang dan bibit-bibit kesusutan kekayaan itu sudah mula kita lihat dan kita rasakan. Kesusutan kekayaan itu sekarang membuatkan kerajaan meminta rakyat untuk menampongnya melalui penarikan balek subsidi yang selama ini dirasai oleh rakyat yang ramai khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Dalam pada itu banyak rancangan-rancangan kerajaan yang membebankan rakyat. Apabila projek yang paling raksaksa MRT itu siap dengan sempurna sebanyak lebih dari 60 billion ringgit telah dibelanjakan. Harga projek itu telah dibuat secara runding terus. Rakyat tidak faham kenapa projek sebesar itu tidak dilakukan sebut harga melalui ‘international tender’ yang mungkin akan hanya berharga 30 billion riggit.

Kenapa cari jalan yang mahal untuk melaksanakan projek ini? Jika kosnya terlalu tinggi rakyat akan membayar perkhidmatannya dengan harga yang tinggi juga. Kenapa dinampakan sangat niat dan tujuan yang tidak baik itu kepada rakyat?

Benar, negara kita kaya tetapi manusia yang berkuasa dan berpengaruh telah mencuri harta rakyat secara sistematik melalui runding terus tadi. Apa yang ditakuti jika kekayaan kita akan hilang seperti apa yang berlaku kepada pokok-pokok getah yang di racun seperti yang saya ceritakan tadi.

Takut-takut wang yang mengalir dengan begitu banyak itu akan akhirnya kehabisan seperti kehabisan susu kepada pokok yang di racun tadi. Apabila susunya kekeringan pokok itu mati dan jika kita berbelanja seperti pengaliran susu dari pokok getah yang di racun tadi, kantung negara akan akhirnya kosong.

Akhirnya rakyat juga yang akan sengsara sedangkan kontraktor yang datang dari keluarga yang berpengaruh itu sahaja yang akan senang lenang bersama dengan konsultan projek itu serta agen-agen yang mendapat komisyen yang besar-besar itu.

Kalaulah begini keadaannya mungkin menanam semula kebun getah dengan menggunakan racun tadi tidak boleh lagi di laksanakan. Kita mungkin dipaksa menggunakan sistem tebang sahaja semua pokok-pokok yang tidak berguna tadi dan di tanam dengan benih-benih baru dari klon yang baru dan menghasilkan.

Mungkin barisan kepimpinan kita juga terpaksa dilakukan ‘replanting’ secara besar-besaran kerana kebanyakkan dari mereka tak ubah seperti pokok-pokok getah tua yang sudah ‘menggurutu’ kulitnya.

Jika kita lakukan replanting seperti ini ada peluang bagi kita memulakan torehan secara baik dan sistematik supaya pokok-pokok getah itu tidak lagi ‘menggurutu’ lagi. Kalau kita dapat susu yang baik harga di pasaran pun akan lebih tinggi lagi.

Kepada anak-anak muda sekarang, kita mesti belajar dari elemen-elemen buruk ini. Mempelajari dari kesilapan orang lain itu merupakan cara pembelajaran yang terbaik dari belajar dari kesilapan sendiri yang lazim kita lihat sekarang.

17 comments:

mad said...

tuan aspan, apa pendapat tuan tentang isu warga asing yg diberi status warganegara utk membolehkan mereka mengundi bn. isu ini hebat dilaporkan dalam blog-blog pembangkang dan jumlah yg sudah diproses dikatakan dalam lingkungan ratusan ribu setakat ini. apakah tuan ada maklumat dalaman tentang pencabulan kedaulatan negara ini, atau apakah ini hanya satu lagi fitnah pihak pembangkang?
maaf saya keluar tajuk.

Aspan Alias said...

mad,

menggunakan warga asing di dalam pilihanraya dengan memberikan mereka kewarga negara itu tidak dapat saya pastikan.
Saya sentiasa mendengar cerita ini tetapi saya sendiri tidak pernah terjumpa dengan mata kepala saya sendiri.
Walau bagaimana pun itu bukan perkara yang mustahil untuk dilakukan jika tahap desperation pihak tertentu tidak dapat dikawal.
Tindakan seperti itu jika benar dilakukan akhirnya akan dapat diketahui umum juga.
Saya berharap perkara ini tidak dilakukan kerana itu benar-benar kerja yang amat hina dan hanya dilakukan oleh kefakiran nilai kepimpinan.

Anonymous said...

"Kenapa cari jalan yang mahal untuk melaksanakan projek ini?"

Kalau tidak cara ini, bagaimana pemimpin nak jadi kaya? Begitu juga, bagaimana nak melicinkan jentera parti kerana wang ringgit sahaja yang mampu menggerakkannya?

Jawapannya kita dah tahu. Cuma ramai lagi orang Melayu yang macam tidak hirau tentang isu-isu rasuah, ketelusan, integriti dsb. Kita di omong-omong bahawa yang lebih penting adalah memastikan UMNO yang memerintah. Ugama suci Islam juga diperalatkan untuk melemahkan pemikiran orang Melayu. Padahal Islam sangat menitik-beratkan tentang keadilan serta kesaksamaan sesama insan.

Bilakah lagi orang Melayu akan tersedar dari buaian parti yang sudah lama melupakan dirinya?

saji said...

AA

Mengeluarkan tender bagi projek raksasa MRT secara tender terbuka melalui 'international tender' tetapi masih menggunakan sistem kontrak pembinaan Design & Build with Contractor's input design iaitu yang digunakan sekarang tidak akan menggalakan ramai kontraktor luar negara dan tempatan memasuki tender tersebut atas alasan, pertama, kos penyediaan dokumentasinya yang dinamakan Contractor's Propsoals terlalu mahal dan mengambil masa yang lama, dan kedua, kemungkinaan akses kepada maklumat tender dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh pemilik projek MRT yang dinamakan Client's Proposals untuk keperluan reka bentuk segaja disorokan kepada petender tertentu sahaja iaitu yang dirancang oleh pemilik projek diberikan tender. Ini memungkinkan harga tender bagi projek MRT tidak dapat dikurangkan dengan banyak.

Penyelesaiannya ialah dengan berpindah menggunakan sistem kontrak pembinaan Design & Build with Client's input design atau Management Contract.

Quiet Despair said...

Maaf Bro, macam dah baca cerita pokok getah ini dalam posting bro beberapa bulan lalu.
Macam recycle article pulak?
Sorry if I am wrong.
Rasanya betul sebab I tak pernah miss baca posting saudara.

Anonymous said...

AA

"Saya khuatir kerana kerajaan kita sedang berbelanja dengan begitu besar tanpa had sejak 3 dekad yang lalu. Segala kekayaan kita telah ditoreh dengan tidak terancang dan bibit-bibit kesusutan kekayaan itu sudah mula kita lihat dan kita rasakan. Kesusutan kekayaan itu sekarang membuatkan kerajaan meminta rakyat untuk menampongnya melalui penarikan balek subsidi yang selama ini dirasai oleh rakyat yang ramai khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah."

Komen:

Apakah mungkin kesusutan kekayaan negara yang AA maksudkan itu sesuatu yang disegajakan oleh kerajaan UMNObn, atas alasan mereka tahu suatu hari nanti mereka akan ditumbangkan oleh pembangkang yang akan dipertanggunjawabkan membetulkan kesusutan kekayaan negera tersebut, atau mereka yakin kerajaan UMNObn akan terus memerintah negara sampai bila2?

RDA

Asam Pedas said...

Encik Aspan,

Your experience is really nostalgic as it is to mine.

For many of us who received education benefits in the 80s, owe so much to rubber rappers, tin miners and Felda settlers. They were the back bone of country  economy that supported  its sons and daughters  to further their studies overseas. Malaysian economy then was far less complex then it is now.

We should never forget their contributions then neither we can ignore their importance to Malaysia economy now. 

Thank you Encik Aspan.

Anonymous said...

Sdr Arpan, apa pandangan sdr bila FELDA tidak memberi harga yang berpatutan kepada peneroka bila pokok getah dipotong dan jual untuk tanaman semula. Sepatutnya kontrak diberi kepada yang menawar harga yang paling tinggi. Untuk menutup kelemahan, UMNO tawar bonus rm200/rm400 kepada setiap peneroka.

Zaidi said...

Pak Aspan,
Tanam semula getah itu ialah bagi orang yang merancang dan bersedia bekerja untuk masa depan. Di kampung saya, pokok getah arwah ayah di tebang orang dan dicuri balaknya. Nak buat tanam semula pun takut sebab banyak penyamun. Agaknya negara kita ini pun sedang tebang getah, bukan getah sendiri tapi getah orang lain! Kita mesti terus bersuara sehingga mereka memahaminya.

mahaza said...

Nice anology.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Celoteh tuan selain menyindir secara berkias juga mengembalikan nostalgia menoreh sebelum ke sekolah dulu. Walaupun kehidupan masa itu agak sukar tetapi hati terasa senang dan lapang dibandingkan kehidupan sekarang.

jika dah mengerutu tu, kita tukar je lah kepada kelapa sawit. Mudah penjagaan dan harga nya pun stabil. Lama lama nanti generasi baru tak tahupun ada pokok getah ujud di tempat kita. Anak bujang saya pun tak faham hal pokok getah mengerutu ni semasa baca posting tuan.

Apa kata kita cari kebun baru yg subur tanahnya atau kita baja tanah sedia ada dengan sistematik dan kita cari anak benih yg terbaik. Tak kisahlah samada getah atau kelapa sawit tetapi mestilah benih yg baik dan juga kita cari tukang kebun yg bertanggungjawab untuk uruskan anak benih ini. Benih yg terbaik campur tanah subur pun tidak akan hasilkan getah yg baik jika tukang kebun kita tidak baik. Kita yg pilih tukang kebun itu dan kita yang bayar gaji dia tetapi setelah tahu dia gagal jaga kebun kita, kita masih nak pilih dia lagi.. salah siapa?

Anonymous said...

Macam tu jugaklah komen-komen pedas yang saya dengar sebelum ini oleh politikus seperti Lim Kit Siang dan geng-geng sewaktu dengannya

Lebuhraya PLUS membazir, Jambatan Pulau Pinang tak perlu, KLIA tak perlu kerana Subang dah ada, KLCC projek membazir, Putrajaya projek mega dan sebagainya..

Sekarang ni tak dengar pulak kritik mengenai projek-projek mega tu, dah jadi kebanggaan negara pulak tu.

Anonymous said...

Anon 6 August 2011 09:10:00 GMT+08:00,

Rakyat bukan pertikai projek apa, tapi bagaimana?

Sapa untung.. Rakyat ke lanun2.
modal kosong, guna duit rakyat pas tu cekek darah rakyat, bagus la cam tu.

Anonymous said...

anon 10.00, aduhai napelah singkatnya fikiran anda, isunya disini ialah terlalu mahal dan ianya tidak telus bukan pasal membazir. projek bagus tapi cara perlaksanaan kena betul.
tu lah banyak sangat baca utusan meloya atau pun minda dah beku

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,

Pemerintah Umno/Bn ni tak mahu dengar hasrat rakyat,kalau buat projek mestilah yang terbesar,tertinggi dan termahal.Supaya dapat komisyen yang besar juga.Ini bukan cerita kosong.Ambil contoh pembelian kapal selam,ada pihak dapat komisyen sehingga 400 juta dolar,ini di akui di parlimen Malaysia sendiri.Yang dapat komisyen itu dengar2 adalah syarikat yang rapat dengan pimpinan tertinggi Umno/Bn,Jadi nak cakap apa? Rakyat naik muak,anak cucu akan tanggung hutang negara hingga 7 keturunan.Betul tak?

Anonymous said...

RDA...

Adakah kita selalu menghadapi situasi dimana perbelaanjaan terlebih dari budget yang ditetapkan? kerana apa? kerana kadang-kala kita alpa dengan duit yang banyak ditangan kita sedangkan terdapat perbelajaan lain yang lebih diutamakan. Lebih lagi jika belanja yang terlebih itu memberikan keseronakan dan kepuasan (nafsu) kepada diri kita..
Sedangkan individu manusia mudah menghadapi situasi ini, masakan pula pemimpin yang memegang amanah berbentuk wang yang banyak (berbilion), adakah mereka tidak memikirkan nafsu poket mereka dan anak bini mereka?

Anonymous said...

anon 10.00.. dah kerap-kali bangkit isu ini dalam parlimen dan media (opposition) tapi apa kerajaan lakukan? memekakkan telinga adalah.. lapor polis dan SPRM? merekakan cawangan kepada UMNO BN.. buang karan..