Mengenengahkan isu perkauman memang sudah menjadi isu basi bagi generasi yang muda. Generasi muda sudah menganggapnya sebagai isu lapuk yang hanya di gunakan oleh pihak yang desperado untuk terus menunggangi rakyat untuk kepentingan kuasa yang berlandaskan kepada pemikiran sempit setengah pihak.
Sebenarnya jika seseorang itu mempunyai pemikiran yang tenang tanpa di saluti oleh pemikiran sempit politik, isu perkauman amat menjemukan kerana itu bukanlah isu pratikal lagi dalam kehidupan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Oleh itu telah mula kita nampak jelas tanda-tanda yang menunjukan yang rakyat sudah tidak mahu lagi menerima pihak-pihak yang menggendangkan isu perkauman kerana isu itu hanya akan membuatkan mereka tidak tenang untuk hidup dalam masyarakat majmuk yang merupakan realiti kehidupan di Malaysia ini.
Rakyat sudah mula menggorak langkah untuk menghindarkan dari isu perkauman ini menjadi lebih menebal di kalangan berbagai kaum di negara ini. Dalam masa yang terdekat ini sudah ada kecenderungan yang orang Melayu untuk menyertai DAP yang sekarang ini di dominasi oleh kaum Cina dan PAS yang bukan sebuah parti perkauman.
PAS melandaskan perjuangan kehidupan bermasyarakat yang berkebajikan yang berlandaskan kepada Islam di samping menghormati semua kaum dan agama. Ramai cendiakawan Melayu sudah mula menyertai PAS dan mereka merupakan kumpulan yang memahami yang Islam itu adalah agama sejagat yang tidak memisahkan satu kaum dengan kaum yang lain.
Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS beberapa hari yang lepas telah berucap dengan panjang lebar di Petaling Jaya dan telah menyatakan yang kecenderungan orang Melayu untuk menyertai DAP merupakan satu tanda yang jelas bahawa rakyat tidak mahu UMNO memainkan isu perkauman lagi. Maksud Timbalan Presiden PAS itu ialah jika ramai orang Melayu menyertai DAP maka UMNO, MCA dan MIC semakin hari semakin susah untuk keluar dengan isu rasis yang merbahaya untuk negara ini..
Selagi isu perkauman dimainkan tanpa di sekat sampai bila pun matlamat negara untuk mencapai perpaduan nasional akan sentiasa gagal. Jika gagal untuk mencapai perpaduan Nasional itu maka ianya akan membawa kepada situasi sebuah negara yang tidak pernah berjaya sebagai sebuah negara merdeka yang aman, makmur dan berdaulat. Rakyat sudah mula menunjukan bahawa mereka menganggap pihak yang memainkan isu perkauman sebagai anti-nasional.
Saya juga telah mengikuti perkembangan ADUN tempat saya tinggal, YB Hanna Yeoh dan ramai lagi pemimpin DAP telah dengan terang dan terbuka mahukan DAP di sertai oleh semua kaum yang inginkan ‘package’ kemajuan dan keamanan. Hanna yang mewakili rakyat dari gulungan muda telah menyatakan dari awal penglibatan beliau dalam politik yang beliau tidak akan menyertai DAP, jika parti itu hanya mementingkan kaum Cina semata-mata.
Hanna dan ramai anak-anak muda menyertai DAP kerana perjuangan parti itu ialah untuk semua kaum. Selagi ada parti yang memainkan isu perkauman selagi itulah pencapaian perpaduan nasional itu akan terbantut.
Dengan keterbukaan DAP untuk menjayakan matlamat parti itu untuk menjadi parti berbilang kaum, akhir-akhir ini telah menarik minat bagi mereka yang ingin keluar dari bebanan dan kepompongan parti-parti yang tebal sentimen perkaumannya. Apabila mereka hidup tanpa dikongkong oleh pemikiran sempit dan rasis itu, maka mereka merasa senang dan menikmati rasa berbaik sangka di antara jiran tetangga yang terdiri dari berbilang kaum, budaya dan agama.
Bagi diri orang seperti saya ini yang penting sekali ialah kedamaian hidup berjiran dan bertetangga dari semua kaum. Semasa terkejut tergempar orang yang paling hampir dengan saya untuk membantu ialah jiran saya kerana saudara mara tinggal berjauhan dengan saya.
Kita berkehendakan jiran yang menengok-nengokan kita dalam kesusahan dan juga kita memerhatikan mereka jika mereka berada dalam kesusahan. Ini kehidupan yang kita hendak cari dan impikan. “Orang besar-besar dalam UMNO bukan datang menengok kita dalam kesusahan. Mereka merompak segala apa yang kita punya” kata salah seorang yang tinggal tidak berjauhan dari rumah saya.
“What we want to see is some decency in the government” kata seorang lagi jiran tetangga saya yang sudah berusia sebaya dengan saya. “I hate to hear party leaders talking about sex scandals of others while they themselves are thieves and vandals” sambongnya lagi.
“Najib is that weak but Muhyiddin is even worse. No one in UMNO has the quality that we want to see. ….at least the very basic quality” kata seorang guru besar sekolah menengah di Petaling Jaya yang saya kenali.
Kelemahan dan kekurangan sokongan ini menyebabkan pemimpin UMNO bermain dengan isu dan sentimen perkauman dan inilah yang akan menjadi penyebab kejatuhan parti itu di hadapan mata dan kepala rakyat. Dalam masa rakyat sedang memperjuangkan hidup muhibbah di anatara satu kaum dengan kaum yang lain, UMNO terus memainkan tindakan yang bertentangan dengan pandangan rakyat terutamanya yang muda-muda dengan menebalkan sentimen perkauman itu.
Di atas isu ini maka jelas bukan rakyat yang membuatkan UMNO itu secara beransur-ansur menjadi tidak rekevan tetapi parti itu sendiri yang menempah-nempah keadaan itu.
9 comments:
adakah melayu di dalam dap itu diberikan tempat yang sewajarnya?betulkah parti itu bukan parti perkauman seperti umno dan lain2?adakah pas juga tidak perkauman?apa relevannya buang perkauman dalam perjuangan?
born to be racist
cicitdatuk maharajalela...
Yes AA,
Saya faham maksud sdr AA dalam kedua-dua posing yg terakhir ini.
Memang isu rasis sudah mula tidak relevan.
Menjaga identiti Melayu di samping hidup dalam co-existence dengan bangsa lain akan membina rakyat berbilang kaum hidup bermuhibbah.
Kita jaga identiti kita tetapi kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan budaya.
syabas AA.
Pak,
The racial issues or prejudices used by certain quarters as you have pointed out, are really ONLY weapons used to divide our nation. We have had stories, false stories of "the Chinese and the Indians are combining their strength and ganging up on the Malays" in the late 80's (not withstanding that cumulatively Malaysian Chinese and Indians only make up less than 30% of the population), we had stories of DAP and the Chinese "having large caches of firearms hidden in the Bukit cina area ready to be used on the malays" (curiously enough the stash was never dug up by the authorities since they already know it's location and in actuality, a secret cache of arm is useless when it is no longer a secret)and so on. In other word, the racial issues that are now plaguing the mind of many Malays, Chinese and Indians are mostly fiction and make believe. It is wafer thin and would easily crumble under close scrutiny.
However these "deposits and crusts" of racial prejudice have been accumulating for many decades now and I guess it will take many decade too to remove. And the single most important step that we Malaysian can do to start removing the layers of distrust and "hate" is by knowing each other and giving those who harp on it, the cold shoulder. And I really think that we Malaysian really do need to know each other well and grow out of our ignorance. Once we did that, UMNO or BN or whomever depend on race or racial controversies to exist, will no longer be relevant or for that matter, be the government of the day!
Nick.
Tuan Aspan,
Saya adalah last batch student yang mengambil peperiksaan MCE(Masuk sekolah tahun 1969).Saya masih ingat lagi kami tiada masalah perkauman pada masa itu.Di hari raya rakan2 Cina dan India mengunjungi saya,begitu juga di Tahun Baru Cina dan Depavali saya mengunjungi mereka.Kami tak ada masalah perkauman,persahabatan itu erat hingga sekarang.Tapi masa ni saya tengok anak saya sendiri tiada kawan Cina dan India pada hal di Sekolah yang sama.Di mana punca masalah ini,adakah salah dasar kerajaan,kementerian pelajaran atau apa? Yang saya tahu Malaysia tak pernah diperintah selain dari Umno/Bn.Di mana salahnya ye?
Apa yang saya tidak faham adalah ini, UMNO Baru, dan kuncu kuncu nya telah banyak kehilangan sokongan rakyat berbilang kaum, dengan memainkan sentimen perkauman, tetapi mereka tetap meneruskan perbuatan yang merugikan mereka ini. Tidak ke pemimpinnya sedar ?
Jika pemimpin BN tidak sedar, maka mereka adalah pemimpin yang sangat bodoh dan tidak berakal langsung, jadi macam mana boleh jadi pemimpin negara ?
Tuan Aspan,
Isu perkauman ini sudah sampai masanya dibincangkan secara terbuka dengan hati yang terbuka tanpa ada kepentingan politik disebaliknya.
Perkauman ini akan berkait dengan pelbagai isu seperti agihan ekonomi, pendidikan. sosial dan agama. Semua kaum kena bertoleransi dengan sanggup memberi bukan mengambil sahaja.
Perkara asas adalah pendidikan dan pergaulan anak anak kita di zaman rebungnya. Sekarang ini anak anak kita diasingkan melalui sistem pendidikan berasaskan kaum. Melayu di sekolah kebangsaan, Cina dan India di sekolah kaum masing2. Mereka kita ajar supaya bergaul dengan hanya bangsa mereka sendiri kemudian bila dewasa kita salahkan mereka kerana bersifat perkauman.
Kenapa tidak kita buat sesuatu untuk membolehkan anak anak ini hidup dalam satu bumbung sejak dari zaman rebung mereka? Kita tubuhkan satu jawatankuasa Diraja untuk penambahbaikkan sekolah kebangsaan. Mungkin kita patut kurangkan aktiviti agama di sekolah kebangsaan seperti sambutan maulud dan sebagainya jika itu kehendak orang bukan melayu. Pasti boleh terjadi jika setiap bangsa sanggup memberi bukan hanya tahu menuntut hak sahaja.
Isu pendidikan dalam satu bumbung ini akan jadi sensitif bila diperkatakan. Tiada parti politik termasuk DAP (yg katanya sudah berjaya berbilangkan kaum didalamnya) akan berani cadangkan agar anak2 kita di himpunkan bersama dalam pendidikan awal mereka. UMNO dan PAS lagilah tidak akan sebut kerana takut tidak dapat undi mereka nanti.
Memang sukar hendak hilangkan semangat perkauman. Jalan paling mudah adalah salahkan UMNO. Itu sahaja ke jalan yang tuan boleh cadangkan kepada kami?
Ibni Ismail,
Itulah yang saya telah sebutkan selama ini. Pegaulan di antara kaum yang berbeza sudah terlalu sedikit walaupun kita telah mencapai kemerdekaan dengan tujuan meningkatkan perpaduan kaum.
Saya pernah bergembira dengan slogan 1Malaysia, tetapi setelah slogan itu berkemandang sejak 3 tahun lalu saya masih tidak nampak kerjaan berusaha melakukan tindakan untuk semua rakyat pel;ajar duduk di bawah satu bumbung. Cina masih dengan sekolah jenis kebangsaannya.
Malahan MCA telah menekan kerajaan untuk menerima sijil UCE keluaran sekolah Cina untuk memasuki University2 di negara ini> Bukankah ini merupakan satu tindakan rasis 'out of desperation' untuk mendapat dan menagik sokongan.
Laungan slogan itu hanya laungan kosong sedangkan sekolah-sekolah untuk anak-anak kita masih berdasarkan kepada kaum.
Di mana dia hasil slogan 1Malaysia jika keadaan ini masih berlarutan?
Orang Seremban,
Saya sama dgn anda. Kita generasi terakhir MCE. Saya juga ada 2 orang sahabat, seorang Cina dan seorang India. Berkawan baik dari sekolah rendah sampai lah sekrang kami masih berhubung. Tidak ada isu perkauman dari dulu tapi kenapa sekarang polarisasi kaum terlalu ketara? Anak-anak saya tidak ada kawan dari bangsa asing.
Masih kerajaan dan parti yang sama memerintah.. Nak salah siapa?
Salam Saudara Aspan
We the Malays who STILL having the mindsets Ketuanan Melayu (UMNO), Islam untuk Melayu (PAS)dan Melayu yang bermajoriti(PKR) are the same ... we remain the same racists just clothed in different ideologies!
We still react/playing up all too similarly to the Nons on race issues with: fear, envy, suspicion, rage, etc
With that much in common we react so predictably to race politics that our minds are collectively manipulated to think solutions only in racial terms.
Test by asking the Melayus in UMNO, PAS or PKR: Do away with removing the current official requirement to state your race and religion and we shall see...!
Can we not see that BN-like race based parties have no relevance in Indonesia, Philipines, Thailand and Singapore. So why would only in Malaysia and Brunei?
We will soon be seeing our growing disposition to DAP, won't we?
Post a Comment