Jika kita timbang-timbang saudara harus percaya bahawa Najib merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi BN yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah tanpa sedikit pun tanda-tanda ia akan berkurangan.
Oleh kerana terlalu banyak masalah yang di hadapinya tanpa sebarang penyelesaiannya maka Najib tiada pilihan selain dari mengakui bahawa beliau sedang menghadapi krisis kepimpinan yang amat serius dalam sejarah kepimpinan negara kita sejak merdeka.
Sesungguhnya Najib tidak sepatutnya menghadapi masalah ini kerana beliau mempunyai Ahli Majlis Teringgi UMNO yang sepatutnya membantu beliau. Dalam keadaan sekaranglah sepatutnya mereka-mereka yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO serta Ahli-Ahli Jemaah Kabinet mereka bersama-sama memikul tanggungjawab dalam erti kata ‘tanggungjawab bersama’.
Begitulah masalahnya di dalam UMNO kerana hanya Perdana Menteri akan menerima kredit atau bertanggungjawab bersendirian jika masalah melanda. Dalam keadaan sekarang nampaknya tidak ada yang bersama-sama memberikan dukongan kepada Perdana Menteri yang telah melantik beliau ke dalam kabinet serta menjadi ‘team’ beliau di dalam Majlis Tertinggi parti.
Tanggungjawab bersama di dalam UMNO itu sudah hilang sejak beberapa lama dahulu dan dalam sudut hakikatnya mereka-mereka yang ada di dalam kabinet serta Majlis Tertinggi parti sekarang ini adalah ‘as good as non-existence’ dan kehadziran mereka tidak menambah dan menokok kepada kredibiliti kepimpinan Najib.
Masing-masing hanya sibuk berpolitiking untuk kepentingan mereka sahaja dan tidak boleh membantu Najib dalam usaha untuk memulihkan persepsi yang buruk terhadap kepimpinan beliau di pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Masalah dan isu terhadap UMNO serta BN datang bertubi tubi dan bertalu-talu dan semua isu ini melibatkan rakyat ramai yang merasakan pahit maungnya menghadapi isu-isu yang susah untuk di sangkal ini.
Cuba kita imbas sebahagian kecil dari masalah yang di hadapi oleh Najib yang di biarkan oleh jemaah kepimpinan kerajaan dan parti.
Kita sebut dahulu tentang masalah dalam parti yang beliau pimpin. ‘Warlords’ di dalam UMNO merupakan masalah besar yang Najib hadapi. Di kalangan kepimpinan UMNO sendiri sedang menunjukan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya. ‘Warlords’ dalam UMNO merungut kerana mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melakukan sesuatu yang berkesan untuk mempertahankan UMNO.
UMNO memang satu parti yang tidak boleh bergerak tanpa wang ringgit. Ramai yang berjumpa dengan saya mengadu yang mereka tidak mempunyai wang dan tidak mendapat kontrak untuk membantu sumber kewangan untuk bergerak. Mereka tidak berpuas hati kerana mereka di suruh bekerja tetapi tidak mendapat bantuan kewangan melalui kontrak-kontrak besar dan kecil kerana semua peluang perniagaan itu hanya diperolehi oleh orang yang tidak pernah merasa kesusahan menjaga parti. Mereka hanyalah kroni kepada pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa dalam pembahagian habuan dari kementerian dan premis-premis mereka sendiri.
Di antara pemimpin UMNO sendiri mengakui dan mengkritik Najib di belakang kerana tidak mempunyai kemampuan membuat keputusan secara tegas terhadap isu rasuah yang merupakan isu yang terbesar yang dikaitkan dengan UMNO ini. Dahulu sifat ‘flip-flip’ ini hanya branding yang diberikan kepada Abdullah Badawi sekarang ini isu ‘flip-flop’ telah berpindah kepada Najib dan branding ini nampaknya terus sahaja sesuai dan serasi untuk memberikan gambaran sebenarnya terhadap kepimpinan beliau.
‘Flip-flop’ yang dikaitkan terhadap Najib ini ialah terhadap isu transformasi pembangunan yang tidak di lakukan secara konsisten dan yang akhirnya akan tinggal perancangan tanpa perlaksanaan yang ‘organic’ yang mampu menambah keyakinan terhadap kepimpinan beliau.
Isu pembelian kapal selam scorpene sebenarnya banyak perbincangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Mereka (pemimpin UMNO) sendiri percaya yang kes pembelian kapal selam ini ada berlaku ‘hanky-panky’ yang besar dan Najib adalah orang yang bertanggungjawab dengan pembelian ini serta urusan-urusan sampingan yang menjadi isu sekarang ini.
Dalam dunia sekarang ini apa sahaja yang kita lakukan akan diketahui umum dengan mudah. Begitu jugalah dalam kes pembelian kapal selam ini. Orang bercakap dan yang bercakap itu adalah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sendiri. Sementalahannya berlaku pula pembunuhan terhadap seorang gadis Mongolia beberapa ketika dahulu yang mempunyai hubungan rapat dengan kes pembelian kapal selam ini. Ini semua merupakan persepsi yang amat buruk untuk seorang pemimpin negara dan ianya menjejaskan kredibiliti Najib secara peribadi sebagai seorang Perdana Menteri.
Oleh kerana persepsi ramai sudah begitu rendah maka tidak hairan bilamana kita mendengar individu-individu yang terkenal bersama kerajaan pun memberikan pandangan peribadi mereka secara terbuka tanpa segan dan silu. Yang terakhir ialah pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang memberikan pandangan yang Najib mempunyai kepimpinan yang lemah.
Kita tahu yang Mufti itu bukan seorang ahli politik tetapi apabila beliau sendiri boleh menyatakan pandangan secara terbuka yang BN di bawah Najib itu adalah lemah maka ianya memberikan bayangan itulah pandangan sebenar rakyat di bawah yang akan membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Terdapat pandangan yang menzahirkan keraguan tentang isu-isu yang ada datang dari pemimpin dalam pentadbiran Najib sendiri seperti pandangan seorang Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah tentang cara Najib mengendalikan isu Bersih dan beberapa isu lain.
Tanggungjawab bersama nampaknya tidak dipakai oleh barisan kepimpinan Najib kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka hanya bertindak untuk menyelamatkan diri mereka sahaja. Malahan ada nampak sedikit sebanyak kecenderungan yang ada pihak di kalangan pimpinan UMNO yang mahu menyingkirkan Najib dan memberi laluan kepada pemimpin lain dalam Majlis Tertinggi itu.
Mahu tidak mahu setiap di kalangan pemimpin dalam Majlis Tertinggi parti menerima kesalahan secara bersama dan bertanggungjawab bersama kerana mereka adalah dalam barisan jemaah kepimpinan Najib.
Apabila Najib menghadapi situasi sebegini maka ialah melibatkan keruntuhan keyakinan kepada parti secara total sedangkan UMNO adalah tunjang kepada BN keseluruhannya. Dalam hal ini tidak pula kita tahu samada belasan parti-parti yang ada di dalam BN masih berkeyakinan untuk UMNO menunjangi kepimpinan BN itu sendiri. Jika UMNO manghadapi masalah ianya akan berkait-kait dengan seluruh kepimpinan dalam BN itu sendiri.
Ramai rakyat kesal dengan UMNO kerana pimpinan mengambil sambil lewa tentang kelemahan kepimpinan sejak hampir tiga dekad dahulu kerana parti dan pemimpinnya terlalu sibuk dengan politik peribadi dan tidak mempunyai ‘connectivity’ dengan rakyat secara serius. UMNO lalai di dalam pemilihan pemimpinnya.
Apabila orang seperti kami menentang beberapa tindakan yang dilakukan kami dipertikai dan dimaki hamun seolah-olah kami hendak memecah belahkan parti. Sudah menjadi tabii yang kekal di dalam UMNO untuk mengenepikan pemimpin yang serius dan berkemampuan dalam parti maka sekarang UMNO mesti menerima hakikat ini secara bertanggungjawab. UMNO selalu membuat kerenah yang membuatkan rakyat tidak berminat lagi untuk menyertainya dan bergiat aktif kerana budaya membunuh karaktor yang tidak berkesudahan di dalam parti itu.
Parti pembangkang akan di persalahkan secara natural sedangkan kelemahan yang dihadapi oleh UMNO itu adalah kesalahan diri mereka sendiri. UMNO itu UMNO. Begitulah mereka hendak menyelesaikan masalah mereka…iaitu memaki hamun dan menyalahkan parti-parti pembangkang dan siapa sahaja yang kritikal terhadap mereka. Bercakap benar merupakan kesalahan yang sangat besar di dalam UMNO…lebih besar kesalahan dari mencerca agama suci kita.
Ada beberapa sahabat saya dalam kepimpinan UMNO berkata “UMNO ni bodohnya tidak boleh diajar, cerdiknya tidak boleh nak diikut. Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam. Hanya berdoa sahajalah! Tidak boleh nak buat apa-apa lagi”.
Kalau di kalangan pemimpin UMNO bercakap seperti ini, bagai mana rakyat hendak meletakan kepercayaan kepada UMNO lagi?
Jika UMNO sudah tidak laku lagi saya juga hendak melihat bagaimana keadaan penyokong-penyokong UMNO diluar ini yang telah memBABIkan dan mengANJINGkan orang lain hendak meletakan muka mereka selepas ini?
Saya selalu mengingatkan mereka ini, jika marah jangan habiskan marah itu supaya senang hendak berbaik kembali, jika sayang dan menyokong jangan sokong membabi buta supaya kita tidak merasa malu di atas perbuatan cemar yang pernah kita lakukan dan noda politik yang dilakukan oleh pimpinan kita..
Dalam politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada sahabat yang kekal. Ingat tu!! ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu.
Satu lagi buat peringatan semua, ‘terlajak perhu boleh berpatah balek, terlajak kata emas padahnya’. Semua perbilangan ini boleh diambil sebagai nasihat dan peringatan kepada kita yang selalu terlajak dan tersasar dengan kata-kata.
16 comments:
sdr aspan
much has been said about the maladies that have been plaguing umno since the last two presidents. hypothesis has also been made of the root cause of this umno since it's 'reincarnation' under TDM.
you have also established and i believe that many also will agree that not much can be done to save umno as GE13 is so near.
rantings after rantings does not seem to yield any positive changes in umno, BN and govt leadership many of the silent majority that you represent are hoping. what is apparent is that expressions of your sincere thoughts have further expose and reaffirm things that plague the party itself i.e. typical attitude of many of the members - and my oh my, don't they speak their mind and attitude indeed! just look at this fine example:
http://noorhasilahismail.blogspot.com/2011/08/ahmad-maslan-buat-malu-umno.html
(with gratis, to blogger asam pedas)
yes, we get the message; vote accordingly in GE13 but in the meantime, if i may humbly ask you sdr aspan, what now?
as an umno member yourself, perhaps you can still harbour hope for some drastic last minute moves by BN leadership to make believable and realistic promise for changes and plea for a fresh mandate - perhaps a formula and open and sincere commitment among BN component parties for a new multi-racial charter etc. (at the moment they dont seem to speak to one another).
As to what specific strategy UMNO/BN should adopt i do not know (i belong not to any political party) but Britain's Labour party's massive re-branding efforts and change from leftist red to moderate blue image (yes, literally) back then proved a worthy investment in times of waning support and confidence from the masses.
on the other hand, as a Malaysian who craves for non-racial politics and have purely the interest of the nation at heart, hence putting blind party loyalty aside, you can make the call now to show how we could be getting out of the current political doldrums.
salam and eid mubarak,
scrooge
Salam Tuan Aspan,
Penyakit dalaman UMNO ini bukan perkara baru. Apakah nasib tidak menyebelahi Najib sebagai Presidennya kali ini? Adakah Najib sudah jadi liabiliti kepada UMNO kini? Apakah Najib seorang sahaja yang bersalah hingga menyebabkan nasib UMNO kini seperti telur dihujung tanduk?
Rakyat dan juga ahli UMNO rasanya telah ada jawapan mereka sendiri. Kita tunggu keputusan PRU13 nanti.
Saudara Aspan,
Anda sudah mengulangi cerita berkaitan krisis dalaman parti UMNO Baru banyak kali namun kritikan atau sindirian saudara itu tidak sedikit pun diterima pakai oleh pemimpin UMNO Baru demi menjaga kewibawaan parti.
Pada pandangan saya parti UMNO Baru memang tidak boleh diperbaiki lagi kerosakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir selama dia menjadi perdana menteri 22 tahun yang lalu.
Tapi mungkin suasana akan berubah jika Muhyiddin mampu membersihkan UMNO Baru dari penyakit rasuah yang telah menjadi darah daging parti ?
Jika gagal.... Muhyiddin akan menjadikan parti UMNO Baru lebih teruk dari Mohd. Najib lakukan.
Pak,
It is interesting how you interpret the meaning and the reason for the mufti to actually say that Najib is truly a "lembik" leader. Personally, I've never really liked this mufti because of his over preference on race instead of justice as prescribe by Islam. To me he is always partial to "Melayu" (but my understanding is that he is ONLY partial to those who pay his salary and even then he mistook those who were tasked to pay his salary for those who actually paid his salary i.e the rakyat, muslim and non muslim).
Actually Pak, the mufti was trying to sway the mind of "melayu" or muslim onto the path of saving UMNO. And he did this by trying to manipulate the perception of "the weaknesses of UMNO equals to the weaknesses that will befall melayu dan Islam". It was a good try but his rational was flawed and his call for unity was insincere (many still remember his role in trying to create a melayu centric coalition with PAS and also his eager support of the unlawful thus immoral act of toppling the Perak state govt). If someone else other than this Mufti was pushing the idea and perception, a number of Malays could have a change of heart but alas, UMNO really don't have any good and trustworthy people left.
Back to the main thrust of your article, UMNO's problem is definitely an internal one. There's no way of going around it. UMNO is dying and it's not because of the dwindling support from the malays and especially not because of a stronger opposition. UMNO internal problem stem from each and every leaders it currently have! Each and every one of them have the disease of "riak and takbur" where they think that they, individually are immune and free from any wrong doing and sin. They mistakenly believe that they are above and beyond reproach of the very people they are supposed to lead. They cannot accept that their actions (wrong doings and mistakes included) are subject to scrutiny and question. They mistook the position of leaders (warlords), ministers, ADUNs and MPs for a feudalistic throne that is indefinite and irrevocable (and whomever questioned them and their authority is automatically labelled as "TRAITORS and TERRORISTS"). In other words, they are never wrong and all Malaysian can never questioned and must never try to replace them.
In fact these are the very reason why the people are uniting outside of UMNO! These are the reason that all Malaysian think UMNO leaders no longer fit to be a ministers or PM for that matter. This is the reason that even if Najib step down as PM, anyone else from UMNO becomes the PM is unacceptable too. This is not about bring down Najib and putting Muhyiddin as the next PM BUT this is about kicking out UMNO from the seat of government and having someone who is NOT from UMNO as the PM and the government. All the warlord in UMNO got it wrong. Najib is not the problem, UMNO and they are the real problem that the rakyat are trying to solve and eradicate. IT'S ANYTHING BUT UMNO (ABU)!
Nick.
Dear Sir,
Lately I been following your excellent comment on politic issues.
Would you consider joining DAP.
Encik Aspan,
Lets be critical on 2 recent statements from UMNO leaders which one being contradictory and the other is rather funny (close being stupid)
1. Dr M quoted saying "US and Europe supporting rebels to topple Ghadafi because of oil"
Then we need to ask these questions
A. Do Malaysia govt still supporting Gadaffi regime? Answer: Maybe since Malaysia have yet to formally recognize rebels under NTC.
B. Will Malaysia recognize NTC once it is taken power? High likely. Don't want to be left behind and associated with country like Venezuela which is hard core Gadaffi supporter.
C. Would Malaysia would also be interested to Libya oil? Without a doubt YES.
D. Would Dr M stop his children from investing in new Libya? Highly unlikely. It's new govt with new big business opportunities. Too big to miss.
D. So why is Dr M making such statement? It all business and Dr M is an expert opportunist (rightly or wrongly). Talk high moral ground to fend as many competitors possible , wallop opportunity when arises.
2. UMNO deputy youth today ask government to revoke Anwar passport for brandishing Malaysia overseas.
A. With or without passport, do we think overseas audience simply accept Anwar statement about the government? No. They have their embassies,agents and media to have an idea what going on in this country.
B. What other ways Malaysia can counter Anwar arguments? We have Malaysia embassies all over the world with educated staff to counter any false claim. It is one man vs entire machinery. Don't tell us they cannot match one Anwar. I refuse to think they are sleeping on the job.
C. So what motive this UMNO deputy youth making such statement? Other than scoring some brownies cookies from PM it perhaps self flattery. Hope he is aware there are YouTube and Skype that people can broadcast via Internet. Tunisia, Mesir, Libya are some examples how people broadcast their propaganda and won their revolutions. Unless he wants the govt to block Internet and phone lines now. That might make it difficult for Anwar to convey his message for a while.
There must be many other UMNO leaders with more caliber personalities other what I have seen so far especially in UMNO youth. Please do not shame the Malays and their intelligence. We have progressed.
Salam Tn Aspan/semua,
Surah At-Taubah ayat 38, Allah memperingatkan kita supaya mengutamakan jalan Allah samada membela, beramal soleh, berjihad melawan nafsu dan anggota sehingga berperang di dalam menegakkan jalan Allah. Salah satu jalan Allah yang diniati kerananya adalah menegur perbuatan yang mungkar seperti rasuah, salah guna kuasa dan membela negara dan rakyat yang teraniaya angkara tangan-tangan yang diberi kuasa dan pencacainya.
Di dalam soal ini Nabi SAW mengajar kita supaya memperbanyakkan bacaan istirja' supaya kita tidak termasuk di dalam golongan kaum yang Allah murka dan akan diazab dan digantikan dengan kaum yang lebih baik. Pengertian ini terdapat sebagaimana yang disebutkan di dalam surah At-Taubah ayat 39.
Alhamdulillah, setidak-tidaknya Tuan telah menegur dengan penulisan yangmana ianya lebih baik dari teguran dengan hati sahaja.
Mudah-mudah kita semua banyak beristirja' dengan Allah sebagai pembela kita dan selamat dari azab yang akan ditimpa.
Menurut dalil Quran dan Hadis, Istirja' yang Nabi SAW ajarkan ialah : Innalillah-hi-wainna-ilai-hir-raji'un. Alhum-makjurni fi musibati wa'ah-lif-li khairam-minha. "Sesungguh kepada mu ya Allah aku datang dan kepadamu aku kembali. Ya Allah semoga engkau menghindari aku dari ini musibah dan gantikanlah dengan yang lebih baik darinya.
Wassalam. Alhamdulillah jazakumullohu khairoh.
"Fikir-Fikirkanlah"
danswlee,
Thanks for reading and following my blog sir.
Your proposal that I should join DAP is an excellent suggestion to me.
Bro, I may consider that seriously. Let me think seriously and you be let known shortly.
Thanks.
Dear AA
1SAYA JUGA RASA CADANGAN DANSWLEE ITU WAJAR BAGI ORANG SPT SAUDARA, MENGAPA? KERANA TN SUDAH MENCAPAI APA TN HAJATI.
2SAYA TERTARIK DENGAN PANDANGAN TN SPT BERIKUT a BERCAKAP BENAR SATU KESALAHAN BESAR DALAM UMNO LEBIH DARI KESALAHAN DALAM AGAMA b DALAM UMNO KINI PEMIMPINNYA TIDAK ADA SEMANGAT SPT PEMIMPIN UMNO TERDAHULU(bukan dlm posting ini)
3APAKAH PANDANGAN TN SEKADAR PERSEPSI ATAU FAKTA? SIAPA SAHAJA BOLEH BERKATA BEGITU TERMASUK SAYA, TETAPI SAYA SEKADAR PERSEPSI TAK ADA FAKTA, ATAU SEKADAR HEARSAY/DGR CAKAP.
4KAWAN TN PEMIMPIN UMNO YG MANA TN MAKSUDKAN TELAH MEMBERI MAKLUMAT TENTANG MASALAH DALAMAN UMNO TU? BERIKAN SUMBERNYA CARA TEPAT BARU KLASSS, KALAU SETAKAT SECARA UMUM BEGITU MAKA TAK SELESAI MASALAH. ORANG MELAYU SUDAH BANYAK SANGAT TERTIPU DENGAN PERKARA DENGAR CAKAP BEGITU.
5MAAF KALAU KOMEN SAYA DANGKAL DAN TIDAK MEMIHAK TN 100%, TETAPI SAYA PERLUKAN PENJELASAN LANJUT TENTANG APA YG TN TULIS DI ATAS.
MELAYU Atas Pagar
Assalam Tuan Aspan,
Agak sukar untuk tidak mengaitkn skandal kapal selam dan kematian Altantuya dengan Jibby.
Bukti2 yang cuba ditutup,muncul disana-sini sehingga ke Perancis.
Inilah 'access baggage' yang menjadi liabiliti kepada UMNO.
Ditambah pulak dengan kehebatan Rosie dengan projek2 FLOM,Permata dll yng terang2an membazir dan menjolok mata dan 'overlap' dengan kementerian2 berkenaan.
Membandingkan kredibiliti kepimpinannya dengan arwah bapanya adalah ibarat langit dengan bumi.
Jika arwah bapanya Bapa Pembangunan,Jibby mirip kepada Bapa Skandal.
Diperingkat bawahan pula sudah biasa dididik untuk menerima habuan dlm bentuk projek kelas F,dan tutup sebelah mata dengan kerenah dan penyelewengan pemimpin mereka.
Sama-sama carik makan.
Ini menyukarkan ahli2 biasa dan juak2 pencacai hendak menangkis serangan parti lawan,sehingga mencarut2 "memBABI dan mengANJINGkan" sesiapa yang mengkritik UMNO.
Langkah terakhir ialah membeli jiwa rakyat dengan projek2 berbentuk patriotisme seperti Klinik 1 m'sia,kedai 1 m'sia dll.
Ini pun hasil ilham penasihat Yahudi yang dibayar RM75juta setahun untuk propaganda dan 'damage control'.
Tiada pilihan,semuanya boleh jika dalam keadaan nyawa2 ikan.
Saya teringat kata2 pujangga Inggeris:
"Patriotism is the last refuge of a scoundrel"
AA,
untuk mudah difahami sejarah corak kepimpinan presiden umno (kecuali DOJ) dan menyentuh sedikit apa yg dikata lebaikudin (27 August 2011 17:22:00), izinkan saya senaraikan tokoh2 negara hingga kini dari persepsi saya:
TARP Bapa Malaysia
TARH Bapa Pembangunan
THO Bapa Perpaduan
TDM Bapa Mirzan
TAB Bapa Mertua Khairy
DSN Bapa tiri anak rosmah?
Salam tuan,
Bermulanya umno baru kepincangan dalam umno semakin ketara. Seperti yg pernah saya komen di dalam blog tuan bahawa yg menyertai umno baru adalah kalangan penyangak yg mencari peluang utk meraih kekayaan. Hanya segelintir saja yg benar2 berjuang utk agama, bangsa dan agama.
Pemilihan pemimpin berdasarkan ' apa aku boleh dapat dari dia' kesannya? Hanya lanun2,perompak,sex maniac dan pembunuh menjadi pemimpin umnobn.
Sebagai ahli umno saya amat kecewa dan malu dgn pimpinan umnobn hari ini.
Drp; rakyat
Ya saya bersetuju dgn nick. Yg sebenarnya bukan pasal najib or muhyiddin tapi pasal umno. Tiada seorang pun dari umno yg betul2 layak memimpin malaysia ke alaf baru. Saya seorang melayu dan beragama islam berpendapat bahawa walaupun pemimpin bukan dikalangan orang melayu dan islam seperti di Pulau Pinang yang memimpin secara jujur dan telus adalah seribu kali lebih baik dari mempunyai seorang pemimpin melayu dan islam seperti sekarang yang rasuah dan bercakap berbolak balik sehinggakan sanggup menjual maruah diri hatta emak dan bapak sekalipun semata2 untuk kekal berkuasa. Apakah mereka berfikir dgn ketiadaa mereka sebagai pemimpin negara Malaysia akan gagal??? Jawapan nya tentulah tidak!! Kita akan menjadi satu negara yg maju setanding dgn singapura jika pemimpin2 kita menggunakan kuasa utk menggelapkan wang rakyat melalui pelbagai polisi penswastaan yg berat sebelah sehingga membuatkan semua cabang2 pentadbiran boleh dibeli dan dicucuk hidung dengan membelakangkan semua perinsip2 keadilan semata2 mengejar wang dan pangkat. Sebagai contoh sebut saja syarikat2 GLC yg berniaga menggunakan wang rakyat yg membuat keuntungan?? Tiada satu pun bermula dgn MAS, Sime Darby, PKFZ dll. Apakah ini akan membuatkan pemimpin2 melayu islam lebih baik dari pemimpin bukan melayu jika semua aktiviti korupsi ini diambil kira?? Bangunlah dan bukalah mata seluas2nya wahai bangsaku. Cukuplah selama ini kita ditipu oleh bangsa kita sendiri yg tiada berpenghujung.
Dear Nick,
When you said about 'To me he is always partial to "Melayu" (but my understanding is that he is ONLY partial to those who pay his salary and even then he mistook those who were tasked to pay his salary for those who actually paid his salary'..
Is it really necessary for to accuse this mufti just because you disagree to agree with some or all of his opinion? This Mufti used to be PAS's favorite mufti because his harsh remark against present government but Perak crisis change everything. I'm understand why politician like PAS leader suddenly change their feeling from love to hate him very much but I cant understand why you also hate him that much until unfortunately remarks him as only loyal to whoever paid his salary.
I'm suggest that we should trying very hard to agree to disagree at any matter. Anyway, I'm never miss to understand and gain the benefit of your different thinking from mine. Very fruitful. Thanks a lot.
Dear Ibni Ismail,
Yes, actually I do despise this Mufti and it's not because of his "current" disfavor with PAS and the opposition. My "problem" with this mufti and with many other "learned and pious" islamic scholar is with their wavering attitude on the principle of justice and the rule of law (islamic)". There are a lot of things happening in Malaysia that requires "mufti and those who considers themselves as Ulama" to stand up and put their foot down without fear or favor BUT alas we RARELY sees them doing so.
And their silence and lackadaisical attitudes towards the issues of corruption, blatant misuse of power by the government and especially, injustice perpetrated in the name of peace and stability (and in the name of Islam) is truly damaging and prejudicial to the image of Islam and it's position as "Ad-Din" believed by muslim. These persons who are supposed to be the champion of Islam is simply maligning Islam and giving the impression that Islam is cruel, unjust, corrupt and worse of all intolerant towards other religion. THAT is my problem with these people (and my contempt of them) and until they start behaving as true ulama and not selectively "talk" on things that curry favor from those in power, I will remain so.
Nick.
P.s- I would love to hear the mufti's opinion on the "behavior" of Najib especially regarding his "you help me and I help you" campaign in Sibu which was uploaded on youtube for all to see.
Tuan Aspan,
Saya juga Ahli umno dan ratusan rakan saya kalangan ahli umno juga sependapat dgn pandanngan tuan.
Pimpinan Umno baru telah banyak melakukan kesilapan dlm mentadbir umno dan Negara. Rasuah dgn penjenamaan baru 'komisen' dan salahguna kuasa keatas intitusi AG, POLIS, SPRM, SPR, MAHKAMAH, IMIGRESEN utk menutup segala kepincangan beberapa kerat pemimpin tertinggi umnobn amat ketara sekali.
Sebagai ahli umno adalah amat sukar untuk menampar hujah2 yg berlandaskan fakta yg kukuh dari pemimpin2 pakatan rakyat. Samada fakta dan hukum logic kami tidak dapat menangkis perbuatan hodoh dan tamak kalangan pemimpin umnobn.
Hujah utk mempertahankan ketuanan melayu hanya kelihatan retorik yg meluatkan akal.
Kami juga terdiri dari anak2 orang kampung dan felda. Kami terasa amat terhina di perlakukan pemimpin2 umnobn keatas kami dan ahli keluarga kami yg telah dipermainkan seperti manusia bodoh yg akan menerima saja sogokan retorik mereka.
Keluarga kami besar dan dulu masih mengundi umno kerana sayangkan ketuanan melayu. Tapi kali ini di PRU 13 mungkin kami akan beri peluang kpd PR utk menunjukkan kebolehan mereka utk memerintah Negara yg tercinta ini.
Drp; ahli umno
Post a Comment