27 June 2012

Cadangan supaya Ambiga dihukum gantung itu pandangan orang tidak siuman

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu telah menjadi mimpi ngeri pihak kerajaan BN. Perhimpunan itu telah berlalu begitu lama tetapi rasa ngeri dan gerun itu masih lagi tidak susut.dan ramai pemimpin UMNO Baru masih lagi menunjukkan perasaan takut mereka.

Perhimpunan itu tidak lebih daripada menuntut perkara yang ‘basic’ dalam pilihanraya yang lazim diamalkan oleh mana-mana kerajaan yang demokrasi. Oleh kerana Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh tiga ratus ribu lautan manusia yang memberikan sokongan untuk pilihanraya yang bersih mereka (UMNO) Baru tidak dapat menyorokkan rasa takut mereka. Tetapi hakikatnya sekarang ini UMNO memang ada sebab untuk berasa takut, kerana parti itu akan mengalami kekalahan jika tidak dilakukan tindakan yang ‘unorthodox’ untuk menyelamatkan parti itu.

Rasa takut dan ngeri itu begitu jelas sehinggakan pemimpin-pemimpin besar UMNO Baru termasuk Dr Mahathir menuduh perhimpunan itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan demonstrasi jalanan. Semua orang tahu bahawa kekecohan itu dimulakan oleh pihak polis dengan menggunakan agen ‘provocateurs’ untuk memulakan tindakan ganas polis itu.

Dengan melakukan itu dapatlah mengalihkan kesalahan kepada penganjur Bersih yang mereka (penganjur) telah melakukan usaha menggulingkan kerajaan dengan cara ganas. Bagi saya hanya orang yang berjiwa kecil dan pengecut sahaja sanggup memberikan tuduhan buruk itu kepada penganjur dan peserta perhimpunan itu.

Kalau cerita ini dibuat 20 tahun dahulu mungkin ia termakan oleh orang ramai, tetapi sekarang ini adalah zaman maklumat dan tidak semudah itu untuk UMNO Baru dan kerajaan untuk mengalihkan kesalahan itu kepada pihak lain. Walau bagaimana pun masih ada sebahagian kecil yang percaya tentang cerita yang dibuat oleh pimpinan negara pada hari ini dan kita tidak boleh berbuat apa-apa. Memang ada kumpulan yang seronok dibohongi dan suka menyokong orang yang membohongi mereka itu.

Yang terakhir semalam kita terbaca seorang ahli Parlimen yang bernama Mohamad Aziz meminta Ambiga Sreenevasan, penganjur perhimpunan Bersih 3.0, digantung sampai mati kerana kononnya telah melakukan ‘treason’ terhadap negara dengan mengadakan perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan melalui kekerasan. Mohamad Aziz berkata yang Datuk Ambiga telah melakukan ‘treason’ kerana cuba menjatuhkan kerajaan Yang diPertuan Agong.

Kita tahu Mohamad Aziz sedang cuba untuk mendapatkan tempat dalam pilihanraya dan beliau bertindak menunjuk garang bagi pihak parti dan pemimpinnya di atas sana. Tetapi sepatutnya tidaklah sampai ke tahap sebegitu rendah dengan membuat cadangan yang tidak masuk akal itu. Carilah jalan lain untuk mendapat perhatian pucuk pimpinan parti beliau.

'Treason' terhadap negara memang satu kesalahan besar, tetapi tidaklah sampai penganjur perhimpunan Bersih pun dianggap sebagai kesalahan ‘treason’. Sesungguhnya apa juga keburukan yang dilakukan terhadap kerajaan Yang di Pertuan Agong itu secara moralnya adalah tindakan ‘treason’.

Rasuah yang berluas-luasa yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan itu juga merupakan ‘treason’ terhadap negara dan Yang di Pertuan Agong. Mencuri wang kerajaan adalah satu kesalahan besar terhadap negara dan Yang di Pertuan Agong. Kalau begitu Ahli Parlimen Sri Gading itu patut seru supaya diambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin-pemimpin yang rasuah kerana itu merupakan tindakan ‘treason’ terhadap negara dan rakyat yang di bawah naungan Yang di Pertuan Agong itu.

Membeli alat persenjataan negara kita dengan harga yang berganda untuk mendapatkan komisyen besar misalnya adalah satu tindakan ‘treason’ terhadap negara. Meluluskan pinjaman beratus juta dari rakyat untuk memilihara lembu tetapi digunakan wang pinjaman itu untuk membeli hartanah dan kondominum itu lebih besar kesalahan kepada negara dan mereka juga perlu diambil tindakan kerana melakukan jenayah ‘treason’ terhadap negara.

Menggunakan wang rakyat hampir dua billion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anak itu merupakan tindakan ‘treason’ dan pemimpin ini juga patut diambil tindakan terhadap beliau.

Pendeknya apa-apa tindakan yang rasuah itu adalah tindakan ‘treason’ dan mereka wajar diambil tindakan undang-undang kerana jenayah ini. Mohamad Aziz patut melakukan instropeksi diri sendiri. Manalah tahu jika ada kesalahan-kesalahan besar yang beliau sendiri lakukan itu sebagai ‘treason’.

Oh ya, satu lagi yang Mohamad Aziz patut lakukan ialah untuk membawa Dr Mahathir dan keseluruhan pimpinan UMNO Baru yang telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu dalam krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Kejadian itu merupakan insiden yang tidak ada tolok bandingnya terhadap negara yang dilakukan oleh UMNO Baru semasa parti itu terdesak pada tahun 1993 itu.

Untuk pengetahuan pemimpin-pemimpin UMNO Baru yang suntuk fikiran, Bersih 3.0 itu telah menggariskan lapan tuntutan untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Tunaikan tuntutan itu, serah kepada rakyat untuk memilih dalam pilihanraya nanti.

Bagi PR jika kalah mereka tidak akan melakukan kerja ganas tetapi kecenderungan pihak BN yang melakukan keganasan jika kalah dalam pilihanraya itu jelas ada. Sekarang pun penyokong-penyokong UMNO Baru pun sudah mula melakukan tindakan jenayah melalui budaya ‘gangsterism’. Itu mereka (BN) belum kalah lagi. Kalau benar-benar kalah nanti tidak tahu apa pula jenayah yang mereka akan lakukan.

Sudah menjadi ‘attribure’ UMNO Baru dan BN; semasa berkuasa melakukan jenayah, apabila hilang kuasa pun kecenderungan untuk melakukan jenayah itu pun sudah mula kita lihat di banyak tempat di negara kita sekarang.

25 comments:

Anonymous said...

Pemimpin ameno skrg bnyk yg bengap..kenyataan yg keluar mcm org x sekolah..mgkin sama taraf dgn bangla..yg akan jadi pengundi hantu nnti..

Red Alfa said...

Salam Saudara AA

Bukan sebarang budak jalanan tetapi YB ahli parlimen yang membuat tuduhan yang membawa hukuman gantung!

Inikah tahap intelek kebolehan MP UMNO/BN?!!!

Akan tersiar berita diseluruh dunia seorang ahli parlimen Malaysia telah membuat cadangan seseorang yang belum/tidak didakwa telah melakukan jenayah patut dihukum gantung.

Tunggulah tanggapan am sedunia tentang negeri Malaysia ini yang mempunyai ahli-ahli parlimennya yang hanya berkebolehan berfikiran seumpama itu adalah penggubal undang-undang negara!???

Apa tiadakah apa-apa peruntukan untuk dikenakan tindakan keatas YB ini kerana membawa malu kepada institusi parlimen?

Anonymous said...

Ayahanda Aspan,

Mengapa Datuk Ambiga tidak repot kepada polis kerana saranan gantung merupakan suatu ugutan bunuh.

Anonymous said...

Pak Aspan,

13 best scams in Malaysia

Anonymous said...

Ini pendapat seekor SIAMANG sdr Aspan. Apa yang nak diharapkan dari benda yang dah 'expire'. Maka harap maafkan SiSIAMANG yang bertutur seperti yang tidak SIUMAN....

Anonymous said...

Ini pendapat seekor SIAMANG sdr Aspan. Apa yang nak diharapkan dari benda yang dah 'expire'. Maka harap maafkan SiSIAMANG yang bertutur seperti yang tidak SIUMAN....

Anonymous said...

Saudara AA

UMno Baru/BN mempunyai dua set undang-undang yang dikenali sebagai 'double standard' law.

Anonymous said...

Salam,

Pukul 9.30 pagi tadi saya mendengar suatu perbincangan di Radio IKIM. Kata Dr. yg menerajui perbincangan itu, Mat Rempit itu sebenarnya bukan berani kerana keberanian memerlukan ilmu. Justeru Mat Rempit itu sebenarnya bodoh kerana melakukan sesuatu yg orang berilmu tak akan buat iaitu membahayakan diri sendiri. Saya berpendapat YB Sri Gading bolehlah dimasukkan dlm kategori Mat Rempit. Beliau berani berhujah tetapi hujahnya tidak berlandaskan ilmu. Kalau ikut sunnah Nabi saw, sifat asas yg wajib ada pada pemimpin ialah fatonah, selain dari amanah, siddik dan tabligh. Yg lain-lain saya tak mahu ulas.


-MAKORANG-

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya mengenali Ahli Parlimen ini secara peribadi dan saya rasa beliau tidak layak untuk mendapat perhatian tuan. Tiada faedah langsung untuk terasa hati atau pelik dengan beliau ini. Dia ini setaraf dengan YB Kinabatangan dan YB Pasir Mas. Bagaimana Mat Sabu menjadi penglipur lara dalam ceramah PAS maka begitulah YB Sri Gading ini berperanan dalam UMNO.

Anonymous said...

Manusia yang ada otak tak membuat sesuatu dengan membabibuta,hanya orang UMNO pariah sahaja yang mengeluarkan kata2 tersebut.Kalau kita imbas kembali perbuatan2 ahli dan pemimpin UMNO pariah ini banyak sudah mereka ini ditembak olih kerana menjadi petualang negara,cakap sahaja ape yang mereka tak buat drp jual rahsia kerajaan,I/C,penyeludup manusia,kayu,penipuan AP,bunuh,dan yang terkini rasuah berluluasa hinggakan duit Zakat pun dimainkan,ADUN dan MP umno jangan cakap lah Ketua kampung pun sama sahaja Pak Aspan,free sesekali baliklah kat KS Pan tahu lah,tapi mereka ini lepas dan seronok apabila membuat perkara ini,MP Sri Gading tak payah nak bodek Najis lah semua tahu cerita, orang kalau tak makan rasuah bukan UMNO lah namanya,hidup dengan duit haram sampai anak cucu dan cicit dapat gelaran anak haram....Rasuah tu haram disisi ugama islam,bolih cakap Ambiga digantung,yang bunuh orang hingga sekarang pun tak digantung lagi,of what you know yang mereka ini takda lagi di penjara Sg Buluh munkin dah migrated ka Western Australia duduk rumah sianu tu,siapa yang padamkan nama Altantunya,mengapa tak selidik dan cari sampai dapat,cari siapa yang arahkan bunuh gundeknya itu mereka ni patut digantung sampai mati lah.Sabenar nya MP UMNO taada telor dan semua dah kena simpan dalam Beg berkin gundek masing2.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Syabas! Alhamdulillah! Terima kasih saudara dan rakan-rakan; setakat yang sempat saya baca, kesemua tujuh komentar itu berpijak di bumi nyata, bukan macam MP Sri Gading tu dan tentera-tentera ahzabnya, kan?

Nah, nampak jelas sudah, kenapa Mahathir bangang dajjal tu takut benar dengan perundangan Islam. Tak lain, kerana ingin menjana kekuasaannya kekal bagaikan Penciptanya Yang Maha Segala yang telah mengurniakan kepadanya dan UMNO baru ni segala macam ... Namun, mereka sudah alpa atau sengaja cuai akan hakikat, bukan semestinya segala khazanah dunia yang mereka perolehi, lebih-lebih lagi daripada sumber-sumber haram tu, tanda Allah sayangkan mereka. Kalau benar MP Sri Gading tu nak minta Dato' Amdiga digantung sampai mati, biarlah dia sendiri yang digantung terlebih dahulu, K, kerana cadangan yang tak menasabah. Sekali lagi, inikah ciri keperibadian seorang yang mengaku Muslim lagi berbangsa Melayu? Tepuk dada, tanyalah iman dan aqal ...

Terima kasih dan salam jihad!

Anonymous said...

Orang yang memberi saranan ini bolehlah kita kategorikan kepada beberapa ciri atau sifat:
1. Hilang akal
2. Hilang pedoman

Anonymous said...

Sedih sangat bila fikirkan kawan 2 kita yang berbangsa India, dah highly educated, banyak berbakti pada negara seperti Ambiga, dihina, diancam sekejam ini ! Bagaimana pula rakyat India di segmen pertengahan serta mereka yang miskin…. Mana idiotic leaders of MIC, MIC wanita yg kaya temban ? Tak pernah bersuara mengenai apa2 issues melainkan yang ada kiatan dengan status, kuasa, bank akaun mereka!

Apatah lagi ada troopers umno- bn yang tak siuman, budak2 sek, kolej, universiti semakin membara terikut gejala racism, bigotry.

Nampaknya mafiaism memanglah darah sejati pemimpin2 yg bersikap lanun ! MP Sri Gading wajib pergi dapat neuropsychiatric treatment dari Dr Mahadevan and a long list of renowned Malaysian Indian psychiatrists.

Kalau mafiasm atau segala kekejaman transfer through genetics dari org dewasa ke zuriat yg seterusnya ?? Yang baik- baik tak usah gelisah, mesti dapat zuriat yang berbudi pekerti tinggi, pandai2, empathetic, comel2... genetics dari ayah, emak, atuk, nenek yang baik-baik. Amin.

Pemimpin2 serta manusia yang zalim, penipu besar, tidak adil pasti tidak selamat di sisi Tuhan, mungkin terlepas di dunia tapi tidak di akhirat.

Rahmat said...

Abang Aspian,

Kan saya dah kata, pemimpin umno ini semuanya mempunyai otak di punggung...langsung takde standard. Kalau nak bincang soal 'treason', project IC mahathir itu apa...memberi kad pengenalan kpd pendatang asing untuk mengundi. Yang patutnya mamak apa nama itu digantung sampai mati.

Anonymous said...

Demonstrasi jalanan bukan budaya kita orang malaysia.Ambigau minta maaf kerana tujuan murni untuk kebebasan berkumpul diluluskan .Apa yang salah pihak PR yang hijack Bersih 3 untuk tujuan politik.Mereka yang berkumpul sudah melanggar undang undang.Elok sangatlah mereka dihumban kedalam penjara sepatutnya.

Arab spring yang gagal ! bagaimana gagalnya Anu-war dengan pakatan rapuhnya rebutkan Putrajaya hasil ilham Tun yang disayangi Sept 16 dulu.Anu-war mencuba lagi melalui Bersih- masih gagal menumbangkan kerajaan BN.Tunku Aziz sendiri tidak setuju dengan cara samseng jalanan ini. LGE hingus yang bodoh dengan cara samsengnya merasuah Tunku Aziz.It backfired of course.

Say as much as you want the rakyat and most NGOs are now behind the government .Even most PKR leaders have turned their back on Anu-war/PKR .The hardworking Najib continue getting the mnajority support.Tell me how can one be convinced that PR can secure Putrajaya with people like Azmin and the gangs and even PAS are also loosing grips.

I disagree with that pressure to have Ambigau be hanged.It is inappropriate. Anu-war is the culprit.He do not deserve to be a PM,period.No matter how much LGE adore him.DAP survival very much depends on Anu-war certainly NOT from PAS right ?.I think PR is not ready to lead the nation.Try pru 15 may be.Good luck PR.

Pok Li said...

Isu penjualan rahsia dalam pembelian kapalselam Scorpene adalah satu treason of the highest order. Takde pulak orang2 UMNO/BN bersuara.

Kamal said...

HEhe takut benor dgn ambiga tu.. Itu bru ambiga anjur bersih, kalau ulama2 yg anjur himpunan tentera allah, mau menggeletar lutut semua..

tanpakman said...

Boleh dibuat satu penilaian betapa tidak layaknya kelompok ini memerintah. Mereka tidak bersandarkan
peruntukan dan undang undang yang betul.Ikut rasa dan nafsu serakah. Lingkup......
Dah menghampiri firaun..........

Anonymous said...

Tuan AA,

SETUJU 100%

- Saya sangat setuju dengan pendapat tuan.Sesungguhnya mereka memang tidak siuman atau dengan lebih tepat lagi mereka ini sebenarnya 'orang gila.

- Ajaklah Ambiga berdebat secara gentleman.Buat apa takut kalau punyai dalil/fakta/bukti yang kukuh/sahih bahawa Ambiga layak di hukum gantung.

- Kalau dulu puak ini fikir guna 'punggung',sekarang pakai 'tengkuk'...bila masa mereka nak berfikir pakai 'otak'???.


salam

-scorpeneterbang-

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Sekadar menjawab ulasan rakan kita yang menyalahkan PR punca huru-hara Bersih 3.0 tempoh hari. Berdasarkan siaran radio onlne yang saya dengar sendiri, punca permasalahan itu datangnya daripada agensi keselamatan sendiri, bukan daripada mana-mana kalangan peserta perhimpunan. Kalau ya benar kedapatan peserta yang merobek kawat berduri, konon untuk menceroboh Dataran Merdeka, elok kita buka mata seluas mungkin untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat, khasnya videio di Internet sebelum membuat kesimpulan.

Berbalik kepada persoalan siapa rasuah siapa dan Amdiga jadi alat propaganda PR, mungkin itu yang saudara saksikan. Namun begitu, adakah layak, sebagaimana komentar kesemua rakan kita yang lain, seorang MP menyarankan perkara sebegitu? Tidakkah itu "gangsterism", "racism" dan budaya samseng terhormat? Justeru, bagaimanakah saudara boleh mengatakan perhimpunan aman sebegitu, budaya samseng jalanan? Apa dah jadi dengan sekalian ramai mereka daripada pemuda-pemuda upahan regim yang anda sokong itu mencedera serta membahayakan nyawa para pejuang kebenaran sepanjang sesi-sesi ceramah atau penerangan mereka yang rata-ratanya diizinkan pihak keselamatan setempat? Juga, mengapa persepsi saudara terhadap LGE begitu sekali? adakah hanya kerana beliau orang DAP lagi berbangsa cina serta non-Muslim, tegurannya tidak boleh didengar dan perjuangannya untuk kebenaran dan keadilan sejagat warga Malaysia disisihkan sebegitu?

Apapun, saya akhiri ulasan ini dengan memohon jutaan ampun maaf seandainya segala persoalan yang telah saya utarakan ini tidak disenangi. Walaupun begitu, saya cuma mengharapkan agar kita renungkanlah segala persoalan ini sedalam mungkin dengan iman, ilmu, hikmah serta aqal waras agar persepsi dan tindakan kita paling tidak selari dengan keadilan sejagat, apatah lagi dituntut agama. Ingat ya, bukan bermakna saya nak kata mana-mana rakan kita kurang akal dan sebagainya; saya mohon perlindungan Allah daripada berkata dan bertindak sedemikian. Jangan lupa, kiranya ada kesilapan atau ketidakwajaran dalam ulasan saya ini, saya persilakan pendapat, teguran dan nasihat kalian; malah Saudara Aspan berhak memadam ulasan saya yang sebegitu. Insha Allah, dengan perbincangan sihat dan minima-emosi, ia akan turut berkesan terhadap agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Terima kasih.

Anonymous said...

Saya tertunggu-tunggu juga akan tindakbalas UMNO/BN mencetus huru-hara sekiranya mereka kalah. Perkara ini mudah ditangani. kuasa kini sudah berada ditangan kita. biar kita ajar sungguh-sungguh mereka yg mencetus huru-hara. Ketika itu kita charge pencetus durjana-durjana tu atas kesalahan treason. treason ini tiada lain melainkan hukuman mati saja. give them a taste of their own medicine.

Anonymous said...

Kepada saudara Unknown,

Tak payah nak minta maaf kepada pencacai UMNO tu mereka tu memang tak siuman,mereka tu pun asal usul nya pun pendatang juga,jangan buang masa minta maaf

ABU

Anonymous said...

Boleh tahan keras kepala macai PR Anon 14.42 diatas.Bukankah bagus minta maaf sekira terkasar atau terlebih kata.Gara gara kurang faham ugama.Sekadar teguran.

ABAI

Anonymous said...

Nak lucutkan gelaran Datuk..pon ameno xberani..inikan nak gantung

Mohamad aziz hanya nak meyusahkan najib..supaya usaha najib gagal..

Ibarat musuh dlm selimut bagi najib..cepat najib turun..cepat muhriz naik..

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf sekali lagi kerana mencelah untuk ke sekalian kali. Apapun, saya dahului dengan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada saudara, khasnya, serta rakan-rakan lain di atas respond yang saya terima. Sekadar makluman, saya rasa, elok jugalah, kan, kalau saya akhiri jawapan terhadap ulasan mana-mana rakan kita yang agak bertentangan haluan dengan saudara dan majoriti kita dengan jawapan yang minima-emosi. Cukup sudah saya menerima teguran membina beberapa rakan kita yang sebegitu atas ulasan dan jawapan berupa persoalan balas yang saya terima daripada sesetengah rakan kita yang mana ketika itu saya menyatakan degan terus-terang rasa benci dan marah saya terhadap pendirian mereka, sekaligus telah mencetus perbalahan dan emosi yang tak terkata.

Apapun, sebagaimana yang saya pertegaskan sebelum ini, segala yang saya kongsikan itu bukan bermakna saya cendekiawan atau agamawan, jauh sekali bergeral "ustadz" atau "mu'allim"; setakat sedikit pengetahuan yang ada daripada usaha carigali yang tak seberapa yang diizinkan Allah. Satu faktor lain, kerana hujjah Saudara Blogger sendiri yang merupakan seorang "bekas ahli UMNO" yang kini turut berhijrah meskipun menyertai jemaah yang ditubuhkan kaum saya (Cina) yang didatangkan British untuk kepentingan mereka. Tetapi, disebabkan perjuangannya yang nyata berasaskan keadilan dan keharmonian senegara, walaupun dipimpin non-Muslim, beliau akhirnya turut meninggalkan jemaah atau parti yang sebelum ini hingga ke saat ini, maaf, kalau tak melampau untuk saya sebutkan, "emotional" dengan asabiyah kebangsaannya, tapi dalam masa yang sama, turut mengenepikan bangsanya hanya kerana berbeza pendekatan politik. Justeru, kalau demikianlah gayanya, dah lama Islam jadi kaku akibat rigid sagat dan tidak membenarkan berlakunya perbezaan para ulama fiqah yang kita kenali sebagai 4 mazhab itu, kan? Itupun ianya berdasarkan dan mestilah bersandarkan keteguhan dan kemantapan penguasaan ilmu pokok ibadat itu sendiri. Untuk makluman kalian, sekadar pengetahuan cetek saya ini, bab atau juzuk terpenting yang kita tak boleh berbeza sama sekali ialah soal prinsip, khasnya aqidah; sebab itu mazhab aqidah selain Ahli Sunnah Wal-Jamaah tertolak sama sekali. Tapi, berkaitan soal cabang ibadat, bukan prinsip ibadat, boleh berbeza pandangan. Cuma, biarlah kita sebagai insan yang tak tahu banyak ni, mengajilah, daripada pandai-pandai menafsir ikut logik sendiri, kan?

Untuk itu, saya tetap alu-alukan pandangan malah kritikan bernas saudara dan kalian. mengakhiri, sekadar peringatan bersama, mari kita muhasabah kembali sokongan kita terhadap kepimpinan yang ada dan akan datang; sesungguhnya semua manusia tak ma'sum (bersih dosa) kecuali para Nabi dan Rasul. Dengan itu, apa kata, kita "cuba, try & test" dulu tukar pula makanan lain daripada acapkali makan nasi minyak aja bila kenduri-kendara ... Rasanya, kalau masak nasi campur atau seringan-ringan mee hoon "soup" pun, sedap juga, kan?

Terima kasih.