18 June 2012

Najib yang paranoid

Najib dalam keadaan tidak menentu dan masih tidak dapat menetapkan tarikh pilihanraya. Beliau masih berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat yang sudah semakin ketandusan untuk parti yang dipimpinnya dan setiap hari dengarnya beliau sentiasa berada di kaca TV untuk berkempen menjelang tibanya pilihanraya ini. Pengumuman demi pengumuman dibuat melalui ‘acronym’ yang besar-besar tetapi tidak juga nampak hasilnya.

Tetapi yang lebih jelas Najib sudah begitu ‘paranoid’ terhadap Anwar Ibrahim seolah-olah Anwar akan menyiat-menyiat kulit dari dagingnya (Najib). Begitu ramai yang menjadi paranoid dengan Anwar dan Najib bersama Dr Mahathirlah yang menghadapinya yang paling jelas. Ini bukan isu Anwar. Sebenarnya ini adalah isu rakyat dan BN yang sudah hilang keyakinan mereka (rakyat).

Semalam Najib mengkritik Anwar kerana beliau (Anwar) telah mencadangkan supaya negara memohon bantuan IMF semasa beliau menjadi Menteri Kewangan sebagai cara penyelesaian terhadap krisis ekonomi yang kita hadapi pada tahun 1997 dahulu. Najib telah menuduh Anwar telah cuba untuk menggadaikan kedaulatan negara kepada IMF tetapi Mahathir telah membantahnya dan bertindak dengan tidak meminjam dari perbadanan kewangan antarabangsa itu.

Ini dijadikan sebagai isu politik oleh Najib kerana BN sudah tidak lagi tinggal banyak modal kempen untuk menghadapi pilihanraya yang tidak lama lagi akan tiba. Dalam kita menghadapi kemerosotan ekonomi mana-mana negara semasa itu, pemimpin-pemimpin negara telah mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi negara.

Jika Anwar mencadangkan untuk mendapatkan bantuan IMF itu semata-mata untuk mencari jalan penyelesaian kepada kegawatan ekonomi negara semasa itu dan bukannya untuk menjual kedaulatan negara kepada IMF dan pihak luar. Kenyataan Najib ini hanyalah kenyataan politik yang sempit dan beliau merasakan isu ini mudah untuk meyakinkan pengundi untuk percaya kepada kenyataan beliau itu.

Cuba kita perhatikan di keliling kita khususnya negara-negara Asia yang hampir kesemuanya menghadapi masalah kegawatan pada masa itu. Korea Selatan, Indonesia dan beberapa negara lain telah menerima bantuan IMF untuk menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi negara masing-masing. Cuba kita lihat negara-negara itu sekarang ini.

Korea Selatan yang meminjam dan meminta bantuan IMF sekarang ini telah jauh lebih maju dari negara kita dan telah pun menyelesaikan hutangnya kepada IMF. Begitu juga Indonesia yang mana IMF merupakan badan yang menyelamatkan ekonominya semasa kegawatan itu.

Kalau kita ambil contoh kedua-dua negara ini, Malaysia telah ketinggalan dalam bidang ekonomi jauh di belakang mereka. Tidak timbul isu menjual maruah dan kedaulatan negara mereka, malah negera-negara itu lebih berdaulat dari kedaulatan yang ada kepada negara kita. Kedudukan ekonomi Indonesia dan lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan ekonomi negara Korea Selatan, Malaysia jauh ketinggalan di belakang, malahan kita hanya setaraf dengan kedudukan negara Myanmar yang baru sahaja mengenali apa itu ekonomi.

Malaysia yang bercakap besar tidak ada di mana-mana di kalangan negara yang menunjukkan prestasi pembangunan pesat seperti yang berlaku di Vietnam dan negara-negara serantau yang lain. Kita masih lagi menyanyikan slogan-slogan yang selama ini membuktikan kesemuanya itu merupakan slogan-slogan kosong yang tidak membawa apa-apa faedah kepada negara.

Isu yang dibanggakan kerana menolak bantuan IMF itu adalah satu isu yang bodoh sombong dan tidak membuktikan kebaikannya. Korea Selatan begitu prakmatik dan telah keluar dari kemelut kewangannya dan sekarang sedang meninggalkan kita jauh di belakang dalam semua bidang kenegaraan. Jika kita tidak payah menerima bantuan IMF itu, ia bukannya satu kesalahan tetapi tidak boleh menyalahkan orang lain jika bantuan dari perbadanan kewangan antarabangsa itu dijadikan satu 'alternative' untuk penyelesaian kemelut kewangan Asia pada masa itu.

Najib bolehlah menggunakan isu negara tidak memerlukan bantuan IMF itu sebagai satu cara untuk meyakinkan rakyat untuk menyokong pentadbiran beliau, tetapi Najib tidak sedar yang isu-isu lain yang begitu besar yang kita hadapi masih tidak mendapat perhatian dari pentadbirannya sehingga ke saat ini.

Yang orang ramai tahu sekarang, hanya satu perkara, perubahan tidak boleh tidak mesti dilakukan. Negara mesti diselamatkan daripada dikuasai oleh pimpinan pada hari ini…itu sahaja.

39 comments:

Anonymous said...

Sokong Pak Aspan.Negara seperti Korea Selatan yang mengambil pembiayaan IMF telah maju meninggalkan Malaysia. Tidak terkecuali juga Thailand dan Indonesia. Najib sengaja mahu mengubah fakta dan menipu rakyat. Kami yang berniagaan sejak tahun 1999 shingga sekarang amat merasai yang ekonomi Malaysia hingga sekarang masih tidak pulih. Kalau setakat atas kertas semuanya pemimpin BN kata ok. Mana tak OK,semua projek kerajaan mereka sapu. Mereka tiada merasa keperitan rakyat yang berniaga atas kehendak market forces.Kuasa membeli yang rendah dikalangan rakyat dan pendapatan rakyat yang masih ditakuk lama setelah hampir 20 tahun, mereka masih lagi cuba menipu rakyat. Setakat ambil duit rakyat dan bail-out Syarikat kroni dan anak beranak sampai bila pun melayu terus kena tipu dan jadi lembu. Najib memang tiada kelayakan memerintah sekiranya skandal kapal selam pun dia tidak berani bersuara!Sayugia diingatkan segala langkah2 Mahathir dalam persyarikatan Malaysia adalah penipuan dan penderhakaan yang dilakukan keatas rakyat Malaysia dan atas sebab itulah satu persatu kemungkaran yang dilakukan beliau telah terbongkar dan menunggu masa saja beliau di humban dalam penjara.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Ekonomi negara sudah ketinggalan 30 tahun menyebabkan berlakunya krisis ekonomi termasuk kenaikan harga barangan ekoran peningkatan harga minyak.

Khabarnya dalam tempoh tersebut, pentadbiran Umno Barisan Nasional telah membuat kesilapan demi kesilapan sehingga telah menjadi lambakan dan kesannya amat sukar ditangani.

Pentadbiran Umno Barisan Nasional telah gagal memandang ke depan termasuk dalam merancang harga minyak pasaran dunia. Akibatnya pentadbiran Umno Barisan Nasional seterusnya gagal mengurus harga minyak dan kesannya rakyat terpaksa menanggung beban kerana tindakan tersebut.

Hakikatnya rakyat terbanyak tidak mendapat subsidi minyak sebaliknya pengeluar tenaga bebas (IPP) memperolehi berbilion ringgit.

Mengapa isi penjanjian di antara IPP dengan kerajaan tidak didedahkan kepada umum untuk dikaji supaya tidak membebankan rakyat?

Anonymous said...

Perubahan dam pembaharuan tidak akan berjaya selagi rasuah dan komisyen berleluasa. Perangi rasuah dan penyalahan guna kuasa perlu diperangi secara total. Tapi apa kan daya....... Pemimpin pemerintah yang melakukan semua itu. Oleh yg demikian marilah kita menolak pemimpin seperti ini sekarang dan juga dimasa hadapan demi agama, negara, bangsa, keluarga dan diri kita.

Ipin343, jitra

Anonymous said...

Kegagalan Dasar Ekonomi Baru berpunca daripada sikap dendam dan diskriminasi pemimpin Umno terhadap sesama bangsa.

Walaupun dasar ini telah tamat pada tahun 1990, yakni hampir 22 tahun. Namun objektif DEB untuk membolehkan ekuti Bumiputera sebanyak 30% gagal, ia hanya mencapai 18% sahaja ketika dasar ini tamat.

Kenapa DEB gagal? Kenapa hendak salahkan bangsa lain? Kenapa hendak salahkan Pakatan Rakyat? Sedangkan 2/3 daripada anggota kabinet ialah orang melayu.

Hampir 80 peratus pegawai kerajaan yang mengendalikan urusan orang Melayu ialah orang Islam.

Apakah kegagalan DEB suatu yang dirancang dan membiarkan orang Melayu merempat? Adakah dengan ini ia boleh dijadikan modal untuk pemimpin negara memenuhi tembolok mereka dengan alasan untuk mendapat projek bagi membela nasib orang Melayu?

Dasar ekonomi apa pun tidak akan berjaya sekiranya masih ada sikap pilih kasih dan sikap politik dendam terutamanya lagi yang tidak menghormati kepada kebebasan untuk memilih kerajaan yang demokratik.

Kelantan adalah kayu ukur bagaimana Umno yang mendakwa parti Melayu telah menindas orang Melayu.

Apa dosa rakyat Kelantan sehingga diketepikan kerana mereka memilih Pas untuk menerajui negeri mereka?

Sejak 1991 terdapat 118 projek pusat disekat, antaranya ialah Lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Kerai yang diluluskan sejak Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990.

Pihak kerajaan Kelantan telah mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuhraya dengan anggaran kos RM1.5-RM1.8 bilion.

Perkara yang sama berlaku kepada penyokong Pakatan Rakyat di kampung yang dinafikan hak mereka untuk mendapat baja, tanah, bantuan kewangan, tapak niaga dan kontrak kecilan.

Hakikatnya, Kelantan yang serba kekurangan mampu mengurangkan tahap kemiskinan nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam.

Rahsia kejayaan Kelantan ialah mempunyai pemimpin Pakatan Rakyat yang amanah dan tidak pilih kasih.

Anonymous said...

Jika prestasi ekonomi semakin malap, maka Program Transformasi Ekonomi Najib akan terus gagal.

Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret 3 ekonomi negara terbesar di Eropah iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain.

Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi pada tahun-tahun yang akan datang.

Presoalannya ialah mampukah UMNO Barisan Nasional menerima hakikat bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkan?

Prestasi 3 penanda aras ekonomi yang paling utama iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia. Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% dan dijangka mencecah 7%.

Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tinggi, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah.

Kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, manakala pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006.

Pemerintah Indonesia mengalu-alukan reformasi dan keterbukaan sejak tahun 1998 lagi, berbeza dengan UMNO Barisan Nasional yang mencari seribu satu alasan untuk memadamkan api reformasi yang dituntut rakyat sehingga mengorbankan prestasi ekonomi negara.

RR

Anonymous said...

Apa yang dimegahkan oleh pembodek-pembodek Perdana Menteri itu hakikatnya adalah polisi-polisi ekonomi separuh masak, flip flop dan tidak ada pemikiran yang jelas sebelum dilaksanakan.

Orang yang tidak tahu pengurusan dan kepimpinan tidak layak jadi Perdana Menteri.

Pelabur asing menjadi gundah gulana
kerana terlampau banyak tindakan u-turn yang berlaku akibat tidak ada pemikiran yang jelas di pihak Perdana Menteri sendiri dalam apa jua inisiatifnya, sama ada politik, ekonomi atau sosial.

tmi said...

Pakar ekonomi kanan Bank Dunia Philip Schellekens pernah memberi amaran bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonomi OECD atau ke Singapura.

Penghijrahan bakat ini gagal dibendung oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui transformasi Ekonomi Malaysia, transformasi 1Malaysia dan lain-lain bentuk transformasi.

Usaha Najib mengekang penghijrahan bakat rakyat negara ini ke luar negara telah gagal ekoran penghijrahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican ke Singapura.

Malaysia tidak dapat mengekalkan yang terbaik dan cemerlang seperti Tan Sri Hassan Marican yang berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa walhal beliaulah yang meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa yang dikecapi hari ini.

mahaza said...

Malaysia 'world' only move around Anwar. . .

Anonymous said...

Pak Aspan,

Najib merupakan seorang individu yang pintar menyambar dan meneroka peluang. Tetapi malangnya peluang itu tidak untuk orang lain sebaliknya untuk diri sendiri. Najib umpama lalng yang tunduk ikut arah tiupan angin.

Saat Anwar sebagai TPM, Najib adalah "yes man" kepada Anwar. Tapi bila Anwar dipecat kerana cuba menungkah "tiupan angin" dan "arus", Najib memilih jalan lain kerana tidak ada kekuatan untuk menungkah arus. Khudrat Najib tiada untuk melawan, cukup sekadar jadi pak angguk, mengikut arus. Sebab itu Najib menyokong Mahathir kerana budaya kerja Mahathir sebati dengan dirinya.Kini beliau masih menjadi "yes man" dan boneka kepada Mahathir yang realitinya tidak lagi seorang PM. Begitulah betapa lemahnya individu bernama Najib ini.

Baculnya Najib ini boleh kita lihat sendiri dari perbuatan lepas beliau. Waktu Najib ketua pemuda UMNO, saat operasi lalang dilancarkan oleh UMNO BN, Najib melarikan diri ke luar negara. Yang menjadi magsa tangkapan ISA adalah pemimpin pembangkang walhal beliaulah yang menghunuskan keris untuk mandikan darah orang2 China. Manusia Najib ini hanya bija berslogan dan cakap besar tetapi seorang individu yang dayus dan pengecut.

Sifat dayus, bacul dan pengecut Najib berterusan sehingga kini. Beliau takut hadir ke mahkamah dalam kes liwat II Anwar, beliau mengelak untuk hadir ke mahkamah Perancis berkait isu skandal Scorpene. Beliau juga dilihat bacul untuk berdebat ilmu dengan Anwar. Terlalu banyak kes flip flop berlaku di era Najib, semua ini terjadi kerana Najib tiada pendirian tegas, sebaliknya menjadi boneka dan pak angguk kepada Mahathir. Najib adalah sebuah robot yang "remotenya" ditangan Mahathir.

Tidak ada apa yang boleh kita harapkan dari manusia bernama Najib ini melainkan kerosakan dan kehancuran. Melantik seseorang yang tidak berpendirian tegas dan bacul cuma akan mendedahkan negara kepada lebih banya kerosakan dan kehancuran. Beliau juga adalah PM paling dayus di dunia kerana tidak berupaya untuk bertindak balas bila dikaitkan terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Adakah benar Najib terlibat membunuh Altantuya?. Pepatah menyebut...berani kerana benar, takut kerana salah. Maka benarlah dakwaan itu barangkali kerana sosok itu tidak pernah berusaha untuk pertahankan diri.

Tidakkah anda sebagai warga Malaysia merasa bersalah memberi kepercayaan kepada seorang manusia dayus bernama Najib ini sebagai ketua negara?.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Saya tidak nampak sorang pun pemimpin pemuda UMNO BN yang pertahankan Najib berhubung isu skandal Scorpene dan pembabitan beliau dengan kematian Altantuya. Yang cuba bercakap pertahankan Najib cuma sekerat dua pemimpin usia senja.

Dari perbualan saya dengan sahabat2 UMNO, MCA, MIC dan pengalaman berinteraksi dengan ramai pihak, kebanyakan mereka meyakini pembabitan Najib dalam isu tersebut. Sebab itu hampir semua pimpinan muda UMNO BN tidak mahu bercakap soal ini dan membiarkan Najib selesaikan masalahnya sendiri. Mereka diam kerana tidak mahu UMNO BN tempat mereka mengharap "laba" runtuh dan ranap. Hakikatnya mereka tidak mengharap Najib terus memimpin UMNO jika ditakdirkan UMNO terus berkuasa. Segelintir pemimpin muda berkenaan berkata mempunyai seorang pemimpin yang dikatakan terbabit dengan pembunuhan adalah satu yang benar2 sial dan bakal membawa mala petaka pada seluruh organisasi jika dibiarkan berterusan.

Anonymous said...

Saudara AA,

Whose son got bailed out when the Asian economic crisis set in, and who lost the billions of reserves of Bank Negara when we rejected help from IMF? Mahathir knows very well his business empire and cronies would be annihilated if IMF steps in. Did we forget that Mahathir who blamed George Soros for the whole mess also shook hands with him later.

Where do we stand now compared to South Korea and Indonesia - two of the fastest growing economies in the world. Our economic performance is only comparable to Myanmar or Laos.

Anonymous said...

Tuan AA,


- Negara asia yang telah meminjam IMF memang berniat ikhlas hendak pulihkan ekonomi negara mereka sendiri.Tidak seperti yang berlaku di negara kita, pemimpin umno baru telah 'membelasah' apa saja yang mereka rasa boleh 'blasah untuk menyelamatkan/kayakan keluarga dan kroni mereka sahaja.

- Jika meminjam dengan IMF, sudah tentu kesedaran/tanggungjawap dan dengan kaedah-kaedah ekonomi yang sesuai supaya dapat membayar balik pinjaman tersebut.Sudah tentu kepentingan peribadi puak umno tidak akan dapat dicapai.

- Secara ringkasnya, lebih baik membayar hutang kepada IMF daripada membayar komisen kepada pemimpin umno baru diatas pembelian kapal selam dan tidak perlulah seseorang mati kerana ledakan c4.

salam
-scorpeneterbang-

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya antara yang bersetuju dengan keputusan Tun M menolak untuk meminjam dari IMF. Satu tindakan yang bijak dan jauh lebih baik dari meminjam dari IMF. Namun punca utama kejayaan kita mengharungi tahun yang sukar tersebut adalah rakyat menyokong penuh kepimpinan Tun pada masa itu. Dengan lain perkataan jika Tun memilih untuk bersetuju dengan Anwar utk meminjam dari IMF pun. saya yakin kita akan berjaya juga. Asas utama adalah perpaduan rakyat.

Quiet Despair said...

All is fair in love and war and of course politics. A smart politician will use all kinds of issues to bring the people on his side.
And Anu-war too has been manipulating and explotiting non-issues to ensure he stays relevant. Is he?
Yesterday Najib melawat rumah orang besar Sarawak yang berkawan baik dengan Allahyarham bapanya semasa penubuhan Malaysia.
On Tuesday akan mengadakan acara mengingati allahyarham Atuknya Tan Sri Noah.
Kenalah bagi tau rakyat dia keturunan yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat.
Dan kita tunggulah hari peneroka tak lama lagi. Best photo-op for him.
Saman peneroka terhadap FGVH dah ditarik balik dan majoriti settlers have bought the shares.
So Felda IPO successful.
Much is going on Najib's way which means a big victory for BN.
Nampaknya Anwar gigit jari.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

UMNO sudah jahat sejak dulu lagi. Semasa pilihanraya 1969, ketika calon PAS, Ust Nawawi Ahmad bertanding, wujudnya pemuda tahan lasak UMNO. UMNO bakar gertak di Rantau Panjang bagi menghalang penyokong PAS keluar mengundi. Pokok-pokok di tebang untuk menghalang laluan orang PAS. Orang PAS terpaksa bawa gergaji, kapak bagi memotong pokok yang menghalang laluan.

Sampai sekarang UMNO tidak boleh dipercayai. Jahatnya UMNO tak habis-habis. UMNO tidak pernah berubah sejak dulu. UMNO itu parti samseng.

Anonymous said...

payah cakap dengan org sastera ni.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Sepatutnya kita mengalu-alukan Anwar mahukan IMF terlibat untuk memulihkan ekonomi Malaysia pada 1997/98.

Syarat-syarat IMF adalah berdasarkan transparency dan good governance. Disini dasar dan prinsip kerajaan Mahathir dan mahathirisma ketika itu adalah sangat berlawanan.

Pandai Mahathir telah mengunakan isu IMF mahu menolak kepentingan kedaulatan negara termasuk mengenepikan DEB yang dikatakan adalah satu-satunya tonggak kepentingan ekonomi orang Melayu. (Ini bukan masaalah besar bagi negara-negara yang inginkan dan memestikan transparency dan good governance untuk pemulehan dan pembangunan ekonomi)

Kita sama-sama tahu kepentingan ekonomi sebenarnya adalah kepentingan diri, anak-anak dan kroni-kroni Mahathir.

Kita memang telah hilang kesempatan besar ketika itu sekiranya telah dapat terlibatnya IMF maka dapat terhapuslah kepimpinan Mahathir/UMNO Baru dan mahathirisma.

Kita sudah tahu Mahathir telah dapat mencantas tindakan Anwar dengan cara memfitnah keji yang bukan sahaja menyingung sangat peradaban Melayu juga telah berdosa mengikut hukum Allah qazaf.

Disini Mahathir telah merosakkan satu lagi institusi yang sepatutnya menjaga dan mertabatkan Islam di Malaysia iaitu institusi raja-raja Islam/mufti. Kerana mereka telah membisu ribu bahasa dimana Mahathir tidak dikenakan apa-apa tindakan kerana melakukan qazaf dan menanggung dosa fitnah-memfitnah seterusnya, mufti-mufti selepas itu hanya pandai memandai berfatwakan mengikut Islam ajaran/tunjukan UMNO.

Mungkin sudah terlambat untuk berperihatin tetapi tidakkah salah satu tindakan sepatutnya dikenakan keatas orang yang didapati salah dan berdosa mengikut qazaf adalah dia tidak boleh lagi dipercayai atau diberi kepercayaan selama-lamanya?

Maka kita maseh tidak sedarkah kita ini ditimpa bala keatas bala kerana ramai dari kita selama ini telah dan sekarang mempercayai/ menaruh kepercayaan kepada Mahathir, yang jelas telah berdosa kerana qazaf?

Anonymous said...

Najib sudah ketandusan idea..nnti najis pemimpin warna apa pon dia tau..

Negara yg menerima bantuan IMF lebih maju dan berdaya saing..jika malaysia menerima IMF,pengurusan kewangan negara akan lebih terjamin..dan tiada kebocoran wang rakyat mengalir kekantong pemimpin bn dan kroni.

Sejak sekian lama,pemimpin bn membiarkan kebocoran dlm pentadbiran dan penguatkuasaan undang undang supaya senang untuk melakukan penyelewengan..

Cuba lihat pada agensi yg terlibat dgn penguatkuasaan undang undang,seperti polis,kastam,pejabat tanah,imegeresen hatta sprm pon..adakah tiada rasuah??

Umno (celop) united mamak national organization..org melayu berhati hati la dengan agenda mahathir

Anonymous said...

Wahai Ibni Ismail,

Tun Mahathir telah menafikan bahawa beliau mengambil pinjaman daripada Bank Dunia. Beliau juga sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan beliau tidak melakukannya.

Kemudian setelah pelbagai bukti berdokumen bahawa Malaysia telahpun mendapatkan beberapa pinjaman daripada Bank Dunia, Tun Mahathir mengatakan bahawa beliau tidak pernah memohon secara persendirian pinjaman tersebut. Beliau tidak juga mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pinjaman-pinjaman tersebut.

Tun Mahathir mempunyai persepsi berbeza mengenai maksud “Akauntabiliti” berbanding seluruh dunia.

Tun Mahathir sebenarnya sering berbohong. Beliau merasakan sekiranya banyak kali berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang benar. Mungkin mereka yang bodoh sahaja boleh terpengaruh dengan beliau.

Tun Mahathir sebenarnya enggan menerima bantuan IMF kerana mereka tidak akan bersetuju untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tidak effisyen dan bankrap milik rakan-rakannya di dunia korporat.

Hakikatnya pengawalan matawang itu juga tidak membantu Malaysia pulih dengan lebih baik daripada negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Filipina yang telah menerima bantuan IMF. Mereka telahpun pulih dengan lebih baik berbanding Malaysia.

Tun Mahathir menuduh IMF mengenakan langkah-langkah ‘berjimat’ di negara-negara yang dibantu oleh mereka. Ini juga tidak benar kerana kesemua empat negara telah meluaskan polisi macroekonomi mereka pada 1998 di bawah arahan IMF.

Tun Mahathir melalui pengawalan matawang telah berjaya menyelamatkan rakan-rakan dan anak beliau. Yang merugikan Malaysia adalah mereka ini diselamatkan menggunakan dana daripada pembayaran cukai. Ini juga telah membenarkan Mahathir untuk tidak melakukan reformasi.

Sebenarnya, kita telah membayarnya dengan kekurangan juga kerana kesan dari tindakan Tun Mahathir, ekonomi kita jadi suram pada hari ini.

Anonymous said...

1 malaysia kene tipu dengan wawasan 2020 mahathir..

Skrg muhy dengan lantang menyuarakan hanya bn yg mencapai wawasan 2020..tidak logik lansung lagi 8 tahun negara mencapai negara maju..

Jelas muhy memperlekehkan najib dan menyokong mahathir dgn wawasan 2020 iaitu muhriz akan menjadi pm..

hisyam pondan dan naib presedin umno yg lain kene nasi kangkang mamak muhriz

Anonymous said...

QD,

Iam a son of Felda settler in pahang and I am now in the governtment civil service may just like you.

You an arm chair commentator and I am always with the settlers in my dad's settlement.

I wont get wrong that at least 35 percent of the settlers especially the 2nd generation will vote for PR or will not vote at all.

As a person who hails from Pekan I admit that Najib comes from a good family. That is why I regret that he fails to take care the image of his family altogether.

He, i consider as a black sheep for that known family. he is just a fake. I think I have more authority to comment about this man, not you. I won't tell you the reason.

Thanks a lot QD.

jasmi (not real name)

Anonymous said...

Ibni Ismail,

Ekonomi dan kewangan Malaysia tidak kukuh semasa krisis ekonomi melanda negara pada 97/98.

Malaysia mempunyai beberapa kelemahan pada masa itu termasuk ketidakcukupan simpanan luar negara, kelembapan prestasi sektor kewangan, kelemahan tukaran wang asing, saham yang dibayar dengan hutang dan juga ketidakstabilan hartanah.

Simpanan luar negara Malaysia adalah 28 billion pada 1997 dan ia sebenarnya adalah pada tahap yang sama sejak 1993. Sebenarnya, kapital yang boleh pindah dalam negara telah pun meningkat kepada 50 billion daripada 6 billion antara tahun 1990 ke 1997.

Tambahan pula, Tun Mahathir sering menggalakan dan mengarahkan syarikat Malaysia untuk melabur kepada projek negara ketiga dan ini telah terus menerus mengurangkan simpanan negara.

Anwar Ibrahim yang merupakan Menteri Kewangan pada waktu itu, dengan gabenor Bank Negara telah sejak 1995 memberi amaran kepada Tun Mahathir mengenai bahaya negara disebabkan polisi beliau tetapi beliau tidak peduli. Cadangan-cadangan mereka juga tidak diendahkan oleh Tun Mahathir. Beliau lebih percaya kepada nasihat kroni-kroni beliau terutama Tun Daim yang sangat lapar wang.

Hakikatnya, simpanan negara waktu itu adalah sangat sedikit dan ini bermakna keadaan agak kritikal. Apabila simpanan Malaysia jatuh kepada 15 billion, Bank Negara terpaksa berhenti campur tangan dalam pasaran matawang.

Tun Mahathir enggan mengakui kesilapan beliau hingga kini, walaupun sekarang ini agak senang untuk dilihat oleh sesiapa pun. Beliau masih menuduh orang lain untuk kepentingan politik beliau seperti IMF dan Bank Dunia.

Ini sudah tidak adil kerana IMF telah membantu dengan jayanya beberapa ekonomi negara lain seperti Hungary, Ukraine dan Iceland semasa krisis ekonomi 2008.

Kini, IMF memainkan peranan yang sangat penting di Eropah dengan menjadi peminjam terakhir secara proksi kepada ECB yang tidak dapat berbuat demikian secara sah.

Teori Tun Mahathir adalah salah sama sekali tentang spekulasi matawang kerana penurunan pada nilai matawang kepada negera yang mempunyai ekonomi yang kukuh seperti Singapura, Taiwan dan Hong Kong kesemuanya tidak terjejas oleh spekulasi matawang 97/98.

Ini adalah kerana ekonomi mereka sangat kukuh tidak seperti ekonomi Malaysia yang dijahanamkan Mahathir pada 1997. Akibat pentadbiran Daim-Mahathir, ekonomi negara kita tidak dapat berdiri pada tahun 1997.

Maka, Tun Mahathir dengan lazimnya pun berbohong bagi menyelamat kroni dan anak serta keluarga. Malah menyalahgunakan media yang dikepalai oleh mereka yang kurang cerdik untuk memfitnah dan memecat DSAI serta mengalih pandangan rakyat waktu itu.

Anonymous said...

Dato,
Mahathir menolak bantua IMF kerana sudah pasti IMF akan merobohkan system kroni, nepotism, komisen, piratisation, "rent seeking", "direct negotiation"yang di bena. System ini yang menjadi amalan UMNO Baru akan terus memalapkan ekonomi Malaysia. Malaysia akan menjadi negara peminta sedekah apabila hasil minyak pupus.Dan rakyat Malaysia akan mula menjadi PATI di negara Myammar, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Jamal said...

Ada juga sedikit kebenaran dalam kenyataan Najib dan Mahathir.

Jika sesebuah negara menerima bantuan IMF, negara tersebut kena ikut syarat-syarat IMF terutama sekali melakukan reformasi serta ketelusan dalam urusan kewangan negara.

Maka Mahathir ketika itu sudah tentu tidak ingin melepaskan 'kedaulatannya' untuk menentukan kroni-kroninya dapat diselamatkan dan cara urusan kewangan negara yang memberi keistimewaan kepada kroni-kroni tanpa tender terbuka; dapat diteruskan.

Itu sebabnya sekarang Malaysia masih bergelumbang dalam rasuah dan ditinggalkan dari segi eknomi oleh negara-negara jiran seperti Korea Selatan, Singapore dan Indonesia.

Anonymous said...

Ini lah akibat nya bila najib yg tidak mempunyai kredilibiti..hanya bersandarkan sebagai anak kepada tun razak diangkat dan di groom oleh hulubalang umno yg dinasihatkan oleh tokey tokey untuk diangkat menjadi pm..

Sekarang rakyat msia lupakan kan hishamuddin,mukhriz utk dijulang sebagai pm..beri la peluang kepada pemimpin pakatan rakyat untuk menjadi pm..kerana kegagalan dan skandal najib..

kita tengok mcmana najib uruskan keluarga dia dulu,sblum dia dpt menguruskan negara dgn baik..

Talkin untuk bn dlm pru 13 nnti..INSYALLAH..diharap PAS akan memainkan peranan besar dlm pentadbiran malaysia..kerana malaysia adalah tanah melayu..org islam melayu yg akan mencorakkan malaysia nnti..

Anonymous said...

Hakikatnya oleh kerana negara ditadbir oleh Umno Barisan Nasional, kini ekonomi negara sudah ketinggalan 30 tahun!

nasim said...

AA bro,

Cara Mohd Najib mengoalh isu IMF ini, menunjukan yg dia ni berfikir yang yang kita semua ni tidak pergi sekolah.

Dia ingat kita semua ni bodoh macam dia, atau pun pandai memperbodohkan kita sahaja.

Buang aje BN ni. Kalau pemimpinnya macam Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Hisham gagap itu.

i really have very low regards for Najib these days. he is a coward and tells unstoppable lies through and through.

nasim

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Kepada saudara anon 12:25 dan 12:54,

Saya bersetuju dengan saudara tentang betapa kritikal keadaan ekonomi negara terutamanya dari segi kecairan modal kita pada tahun tersebut. Cuma kita berbeza tentang cara mana yg paling sesuai akan tetapi saudara pasti bersetuju bahawa kita berjaya melepasi tahun yg sukar tersebut.

Saya juga bersetuju bahawa mengguna atau tidak menggunakan IMF adalah bukan isu utama kerana walau apapun keputusan Tun M pada masa itu, ianya pasti berjaya kerana majoriti rakyat masih bersama beliau. Keadaan akan berbeza jika ianya terjadi pada masa sekarang ini. Kesimpulan saya adalah kejayaan kita pada masa itu adalah kerana rakyat berada jitu dibelakang Tun M.

Bercakap berkaitan pengumpulan harta kekayaan oleh pemimpin pemimpin ini, saya tetap berpendirian bahawa bukan Tun M dan Najib sahaja akan tetapi Anwar dan Azmin juga adalah dari spesis yang sama. Jika mahu di ganti pemimpin UMNo dengan bekas pemimpin UMNo maka sejarah tetap akan berulang.

Anonymous said...

Salam Tuan,


Kah ... kah .. kah ...sudah hampir 50 tahun Sabah masuk Malaysia, baru sekarang Najib anak Razak nak buat sistem loji air bersih di Sabah???

kah .. kah.. kah ...sudah lebih 50 tahun Kelantan dalam Malaysia, Najib anak A Razak kata Kelantan negeri termiskin??? Termiskin bagaimana???

kah... kah...sudah lebih 50 tahun Malaysia negara demokrasi, hari-hari muka PM masuk TV, hentam pempangkang bertali arus!!! TV Malaysia macam berkembar dengan TV Korea Utara komunis!!!! Kah-kah-kah ,,, TV Malaysia sudah jatuh di bawah TV Mynamar!!!

Anonymous said...

Ibni Ismail,

Kalau diikutkan pemikiran sempit anda, sememangnya tiada apa-apa perubahan pun yang anda mampu lakukan.

Tapi tidak mengapa. Ramai yang lain sudah sedar bahawa perubahan adalah amat diperlukan, dan mampu melakukan perubahan bila tibanya PRU13 nanti.

Kami berdoa agar perubahan akan menjadi kenyataan kelak, dengan harapan semoga Malaysia dapat dikembalikan kepada landasan yang betul.

--ziggy

Quiet Despair said...

Anwar in deep trouble,my friends. Dato' Murad dah confirm in a statement today to verify Anwar's RM3 billion reserves.
Murad said he's willing to cooperate with MACC to help in the probe.

Ibni Ismail said...

Tuan aspan,

Ziggy,

Marilah kita sama sama berdoa agar kita semua berada dilandasan yang betul. Saya tidak cukup cerdik untuk memahami bahagian mana dalam pendapat saya yg menyebabkan saudara seperti rasa kecewa dan menganggap saya sebagai antara pemikir yang sempit. Telahan saya (maaf jika silap) adalah bahagian yg menyamakan anwar & azmin dengan pemimpin UMNO yg lain. Apa pun berbeza fahaman adalah lumrah asalkan tujuan kita sama.

Anonymous said...

Dream on dream on QD. Continue living in your comfy life that u get from lies and deceit. Nobody believes what u write.

Md Ib.

Anonymous said...

Setuju. Itulah hakikatnya yg selama ini rakyat Malaysia ditipu Mamkrthir dan kuncu2nya. Ubah. Buang BN.

Md Ib

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Entah keberapakali perkara ini diutarakan; Anuar jadi CROOK kerana nak pinjaam dgn IMF, Madey Jadi HERO kerana dapat gagalkan pinjaman ini'

Sayanrasa 2 x 5. Madey dan Nuar, pernah "tidur sebantal".
Masa baik kentut pun bau bunga.

Yang menjadikan Malaaysia ni muflis memang seangkatan kerajaan BN.Bila buat projek kosnya diganda2, yg menangung rakyat.Mampos muflis rakyat.
Kalau belum muflis pun rakyat biasa macam kita ni telah merasa.
Harga barang melambung naik, upah nail 10 ke 20 peratus, barang keperluan naik 10 ke 20 peratus setiap bulan.
Asyik2 diutarakan Nuar ganti Najib, saya rasa diluar sana banyak lagi yang ada kepala boleh dipakai untuk mentadbir negara.
Duduk layan BN yang gila2 nak pertahan kuasa, Nuar dengan mimpi2 nak jadi PM, negara punah-ranah. Tahu tak diMalaysia ni maseh ramai yaang makan sekali sehari, yang mendiami "Mahligai" yang boleh tumbang dengan sekali sepak saja. Mereka ini tidak ada dalam senarai e-kasih kerana....JKKK saja yg tahu.

Kita taruk tepi saja orang2 yang gila dan kemaruk kuasa nie, di Thailan, Singapura, Taiwan takade pun Najib, Nuar, Madey, mereka maju juga.

Kelemahan besar orang Melayu, suka Mengampu, Malas Berusaha, Nak kaya mudah nak jadi senang dengan jadi "pasengger" saja, yang dapat sokongan dan ada pengikut ada macam2 idea nak dapat habuan mudah, sudah2 yang menangung beban rakyat juga.
Yang bangsawan dengan bangsawannya, cerdik tak boleh di ikut, bodoh tak boleh diajar, hidup joli macam tak mati2.

Kamonlah rakyat Malaysia kita ada ramaai lagi tokoh2 yang boleh memimpin Malaysia ini selain dari yang sibuk duduk berkokok ari nie....

Anonymous said...

Wahai Ibni Ismail,

Persoalan kini ialah kenapa orang Melayu sudah ramai yang menolak UMNO?

Setiap perkara yang berlaku mesti bersebab dan perubahan kepada sikap orang Melayu terhadap UMNO itu pun bersebab.

Perubahan tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab-sebab yang besar. Orang Melayu bukan mudah untuk berubah, tetapi kenapa mereka kini berubah?

Kalau kali ini sokongan jitu di belakang Tun Mahathir sudah berubah pun tentu bersebab. Kalau dalam pilihanraya yang lepas Tun Mahathir membelakangkan UMNO dengan keluar dari parti itu, mesti ada sebab yang tersendiri.

Semasa itu Tun Mahathir menyeru rakyat memilih calon, jangan memilih parti. Kali ini beliau menyeru orang ramai memilih sesiapa juga yang diturunkan oleh parti.

Jadi rakyat berhak untuk memilih nasihat yang mana satu? Nasihat beliau semasa pilihanraya yang lalu atau nasihat beliau yang sekarang ini?

Jika rakyat tidak mahu mendengar nasihat beliau lagi pun semestinya ada sebab. Hanya Mahathir tidak sedar yang rakyat sudah terlalu keliru dengan sikap beliau yang sentiasa bertukar-tukar (flip-flop) arah pandangannya setiap kali piliharaya umum tiba. Tiada ‘consistency’ dan tiada perjuangan dan itu juga bersebab.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya faham maksud saudara anon 23:54. Persoalan kenapa orang melayu sudah ramai yang menolak UMNo bukan satu misteri lagi. UMNO tidak mahu berubah walaupun sudah diberi amaran yang jelas. Kekayaan sekelip mata para pemimpinnya yang amat menjolok mata menyebabkan rakyat marah. Sebab itu saya jarang memfokuskan pendapat saya pada UMNO kerana ianya tidak akan membawa sebarang makna. Ibarat mencurah air ke daun keladi.

Perkara pokok adalah untuk memastikan kepimpinan yang menggantikan UMNO ini tidak mempunyai ciri ciri seperti UMNO. Kekayaan dan stail hidup mesti tidak seperti UMNO. Sebagai contoh, jika kita mahu anwar dan azmin menjadi PM dan TPm, kita mesti memastikan mereka berdua tidak menjalani kehidupan seperti Najib dan Muhyidin. Zaman sudah berubah, rakyat bukan menjadi tukang angguk sahaja seperti dizaman pemerintahan Tun M dahulu dan bukan sahaja najib dan Muhyidin malahan anuar dan azmin pun menjadi perhatian pertimbangan rakyat.

Apabila Tuan Aspan dalam interview di Fokus PRU 13 hanya menyebut intergriti PAS dan DAP, maka saya ingin menumpang rasa setuju. Saya tetap berpendapat alternatif kepada BN adalah satu pakatan yang diketuai oleh Pas dan disertai oleh DAP serta wakil dari Sabah/Sarawak. PKR pada saya adalah sama spesis dengan UMNO.

Red Alfa said...

Salam AA

Anon. 23:53 macam cukup menyetujui subjek yang dibawa posting AA ini dengan rungutannya masaalah hidup dan negara semuanya adalah disebabkan dan yang dibawa oleh Najib dan Madey.

Tetapi kita boleh nampak strategi licik cybertrooper UMNO ni.

Lanjutan kerana dan mengikut masterplan UMNO yang terlalu obsessed dengan beberapa dan pelbagai cara jangan keadaan membolehkan Anwar dapat mengetuai PR dan terus jadi PM, disini dia telah menyulam rungutan dengan mengatakan Nuar tu 2x5 macam Najib dan Madey. Secara halus dan licik dia semacam menyarankan agar kita jangan sangat memberi kepercayaan kepada kepimpinan Anwar yang berusaha untuk mengalahkan UMNO/BN dalam PRU 13 ini sepertimana kita telah memberi chance kepada Mahathir dan Naib.

Sekian lama kepimpinan UMNO telah pasti Anwarlah yang akan berperanan untuk dan dapat menjatuhkan kerajaan UMNO/BN satu masa, kerana itu begitu banyak dan pelbagai cara serta tohmah dan fitnah ditujukan kepada Anwar.

Sepertimana saudara AA pernah dan banyak memperkatakan memburukkan Anwar dan PR tidak akan memenangi, tetapi UMNO/BN tidak mahu mentransformasikan diri yang akan menjatuhkan kerajaan UMNO/BN dalam PRU 13 ini.

Anonymous said...

QD,

Bila lagi najib nak melawat kubor atantuya.. tak rindu ke.??