20 June 2012

Penilaian terhadap UMNO/BN ialah kepada kadar rasuah dan isu rasis

Saya selalu berkata UMNO Baru sudah hilang hidayah dalam mentadbir negara. Bagi UMNO Baru modalnya hanyalah satu iaitu isu pembangunan dan gula-gula kewangan terhadap rakyat. Bagi UMNO Baru kerajaan yang baik itu ialah kerajaan yang boleh membina lapangan terbang, membina sekolah, melebarkan jalan, menyediakan bekalan air dan api letrik dan sebagainya. UMNO Baru tidak lagi memahami bahawa pembangunan fizikal itu hanyalah sebahagian yang kecil daripada apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu.

Itulah sebabnya UMNO Baru dan pemimpin-pemimpinnya tidak terlepas daripada mengungkit apa yang telah dilakukan terhadap rakyat dan negara. Suatu ketika dahulu bantuan subsidi gigi palsu pun dijadikan umpan untuk orang-orang kampung mengundi parti itu di dalam pilihanraya. Di kampung saya suatu ketika dahulu bantuan lembu pawah juga menjadi isu untuk memaksa orang memilih BN.

Semuanya itu adalah pembangunan yang menggunakan wang rakyat dan pemimpin yang dipilih itu juga dibayar gaji dan elaun oleh rakyat. Tidak sedar mereka itu yang nasib mereka itu adalah di tangan rakyat tetapi mereka tetap mengatakan bahawa pembangunan itu semua adalah budi kerajaan BN. Mereka tidak pernah untuk kembali berfikir yang mereka itu duduk di atas singgahsana kuasa itu adalah pemberian rakyat.

Sesiapa juga atau parti mana pun yang diberi mandat akan melakukan pembangunan kerana harga pembangunan itu dibayar oleh rakyat, bukannya oleh UMNO Baru atau pemimpin mereka. Di Pulau Pinang dan Selangor, misalnya pembangunan rakyat dibiayai oleh rakyat negeri-negeri itu melalui segala bentuk cukai yang dikutip dari rakyat.

Kerajaan kedua-dua negeri itu telah berjaya melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini malahan ianya dilakukan dengan lebih baik dan transperan dari kerajaan BN dahulu. Rasuahnya tiada lagi seperti yang begitu lazim semasa BN memerintah negeri-negeri tersebut. Pemimpin BN persekutuan tidak pula mahu menyebut peranan besar yang diberikan oleh kedua-dua kerajaan PR ini terhadap negara.

Elok pemimpin BN membuat kenyataan yang kedua-dua kerajaan negeri PR ini menyumbang sebanyak 40% dari hasil GDP negara. Itulah salah satu sebabnya rakyat di kedua-dua buah negeri ini tidak mahu lagi dijaga dan ditadbir oleh BN kerana kerajaan BN telah menyalahgunakan sumber kewangan negara yang 40% darinya adalah sumbangan kerajaan dan rakyat kedua-dua buah negeri ini.

Belanja lawatan Najib dan Muhyiddin ke seluruh negara yang memakan belanja ratusan juta ringgit itu pada hakikatnya adalah dibiayai oleh sumber kewangan dari kerajaan yang mana 40% darinya adalah sumbangan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Bayangkan satu lawatan PM akan membelanjakan jutaan ringgit. Maklum sajalah peruntukan menyewa bas yang beratus buah dan kadangkalanya ribuan buah untuk mengangkut rakyat untuk datang menyambut PM itu sahaja memakan belanja ratusan ribu jumlahnya.

Itu belum lagi belanja sewaan kerusi dan khemah yang banyak. Sewa kerusi yang lazimnya hanya 0.65 sen bagi sebuah kerusi kroni UMNO Baru yang menyediakan kerusi itu akan tekan harga dari penganjur sebanyak RM1.70 sen. Kalau jumlah kerusi yang disewa itu sebanyak 20,000 buah bayangkan berapa harganya. Karipap yang sebesar ibu jari itu ditekan harganya sehingga satu ringgit bagi satu karipap bayangkan harga yang perlu dibayar untuk menyediakan 100,000 karipap. Kalau karipap itu tebal dan tembam tak apa juga!

Apabila habis upacara baru sedar semuanya adalah pembaziran kerana jumlah orang yang datang memberikan sambutan itu jauh lebih kecil dari yang dijangkakan. Semuanya ini pembaziran besar. Lawatan PM dan DPM ini tidak memberi apa-apa kebaikan selain daripada menghabiskan karipap sahaja. Ingat, rakyat dari negeri PR juga membayar cukai dan penyumbang besar kepada kantung kewangan negara.

Mahal betul untuk mengekalkan kuasa dan kosnya itu ditanggung oleh rakyat. Budaya ini wajar dihentikan kerana ia merupakan pembaziran kepada sumber kewangan rakyat dan negara. Sesungguhnya lawatan peribadi itu yang penting, tetapi yang lebih penting ialah dasar-dasar yang baik dan implimentasinya yang cekap.

Yang patut turun kepada rakyat ialah dasar yang diimplimentasikan dengan baik dan cekap terhadap rakyat  Rakyat merasakan yang dasar-dasar itu benar-benar sampai ke bawah bukannya dapat bersalam dengan PM dan isterinya.

Setakat bersalaman dengan orang ramai bukan lagi cara politik zaman moden ini. Cara itu memang telah diamalkan sejak zaman berzaman, tetapi inilah yang kita dapati sekarang ini. Politik menjadi permainan yang mengelirukan semata-mata kerana budaya bersalaman tetapi tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat jelata.

Sudah lima puluh lima tahun pemimpin turun bersalaman tetapi rakyat masih tidak berpuas hati kerana salam yang tidak membawa apa-apa faedah kepada mereka (rakyat).

BN dan UMNO Baru  tidak sedar bahawa penilaian (judgement) terhadap pimpinan mereka ialah kepada dua perkara penting. Pertamanya ianya akan dinilai dari tahap rasuah yang diamalkan oleh UMNO Baru dan pimpinannya serta kerajaan yang melaksanakan dasar yang digubal.

Keduanya sejauh mana kejayaan perhubungan di antara kaum di negara ini. Apabila isu perkauman dimainkan oleh UMNO Baru dengan begitu nyata maka itulah yang menyebabkan pola dan ‘tendency’ pengundian didasarkan kepada kaum dan ‘ethnic’ dan apabila perkara ini berlaku maka perhubungan kaum akan menjadi begitu tegang seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini.

Itulah sebabnya sekarang parti-parti dalam PR sedang mendapat sambutan daripada rakyat yang dahagakan ‘national unity’ yang sebenarnya.  Rakyat tahu mereka (rakyat) tidak akan mendapat keharmonian ini selagi UMNO Baru masih berkuasa selepas pilihanraya nanti. UMNO Baru terlalu rasis untuk kepentingan Melayu kononnya, tetapi Melayu tidak ke mana juga. Takkan Melayu boleh meletakkan nasib masa depannya kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sejemput itu.

Melayu yang mendapat habuan besar terus menerus hanyalah Melayu yang menjadi ahli ekskusif kepada parti itu yang jumlahnya boleh dikira dengan jari sahaja. UMNO Baru sendiri telah mengabaikan orang Melayu sendiri, tetapi masih menyanyikan lagu rasis ini kerana pilihanraya akan datang tidak lama lagi.

15 comments:

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Taxi driver in America also heard that corruption is bad in Malaysia.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Will there be a repeat of the 1998 financial crisis due to the massive corporate debts of tycoon Syed Mokhtar Al-Bukhary?

Anonymous said...

Boleh dikatakan sebahagian besar daripada ADUN dan MP BN ni adalah wakil rakyat celebrity sahaja. Sebahagian besar masa berharga mereka dihabiskan untuk merasmikan itu ini dan bersyarah fasal pembangunan.

Kalau betul mereka buat pembangunan dah tentu seluruh rakyat dah dapat jalan dan bekalan elektrik. Ini ada yang baruuuu nak merasa. Yang nampak sangat membangun ialah diri mereka sendiri. Mula jadi wakil rakyat pakai Perdana. Tak sampai 3 tahun dah pakai Mercedes. Banyak beno ke gaji deme?

Dia orang ingat kalau orang lain memerintah tak boleh buat semua tu... puto alam belaka. Kat kampung tu orang dah lama masuk parti GERAKAN = Tak bergerak tak makan!

Anonymous said...

Sebahagian besar wakil rakyat BN hari ini hanyalah bertaraf Tukang Rasmi itu dan ini sahaja. Intipati ucapan mereka ialah kerajaan dah banyak berjasa kepada rakyat dan jangan lupa mengenang budi.

Kadang-kadang rasa tak kisah ada wakil rakyat ke tidak. Tak ada perbezaan sebab golongan yang bukan peneroka felda dan kakitangan kerajaan memang dah lama kena masuk parti GERAKAN.... Tak bergerak tak makan.

master said...

Dengan tabung kewangan yang kukuh berjumlah 1 billion+, selangor patut mengumumkan satu lagi ganjaran yang lebih besar untuk rakyat selangor menjelang pilihanraya selain air percuma. Insyaallah selangor kekal dibawah pakatan, duit boleh dicari semula. Tabur jangan tak tabur..

Anonymous said...

umno/bn dan sewaktu dengannya,

- Pemimpin yang kurap(rasuah/salahguna kuasa) tidak layak bercakap tentang pembangunan bangsa.

- Pemimpin begini sebenarnya lebih banyak/SUKA menipu dan menindas dari memakmurkan rakyat.

- Bagaimana hendak mentadbir negara dilandasan yang betul jika mandat rakyat itu diperolehi dengan cara tipuan/duit.

- Bagaimana cara menguruskan wang rakyat secara berhemah dan amanah jika komisen,keluarga sendiri dan kroni yang diutamakan.

- Jangan biarkan 'nasi menjadi bubur' kerana mereka-mereka ini (yang akan meringkuk dalam penjara) masih lagi dapat makan percuma sedangkan rakyat terus berjuang dengan tanggungjawab masing-masing didalam keadaan yang sukar disebabkan sikap pemimpin tamak.


salam
-scorpenterbang-

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Sekali lagi, jutaan terima kasih sebagai pendahuluan atas ulasan berfakta bin bernas sebegini. Sebab itulah saya insha Allah tak akan jemu mengunjungi blog ini untuk turut sama berkongsi idea dan buah fikiran. Apapun, yang baik itu milik dan datangnya daripada-Nya jua, kan? Bukan sebagaimana dakwaan para pejuang palsu ini, ya tak?

Di sini, rasanya tidak keterlaluan, walaupun berkemungkinan kedapatan rakan pengunjung yang membangkang, pada hemat saya, UMNO baru ini secara sedar atau tidak sebenarnya telah menjerumuskan diri ke kancah "apartheid" melalui pendekatan "racism" dan "Islamaphobia", sekaligus memperkosa maruah agama, negara dan bangsa. Tak payah banyak: Dasar PPSMI, penggadaian FELDA kepada sekalian penjudi antarabangsa dengan penyenaraian FGVH di pasaran saham, membalas hujjah dan sesi penerangan pihak lain dengan "gangsterism" yang rata-ratanya dilakukan oleh orang Melayu sendiri (samseng upahan UMNO), diikuti memperalat kalau boleh, kesemua sistem demi jamin pengekalan kelangsungan politik mereka hingga hari qiamat, barangkali ... Contoh terdekat lain: Logikkah Lesen TOL diberikan kepada sebuah projek yang diragui benar matlamat asalnya sama ada untuk projek nuklear atau kilang kimia biasa (Lynas) sebelum selesai kajian risiko alam sekitar dan nyawa penduduk setempat? Juga, sejauh manakah peranan PSC penambahbaikan sistem pilihanraya terjamin ketelusannya yang menyebabkan rakyat akhirnya terpaksa berdemonstrasi lagi demi keadilan dan perpaduan kebangsaan? Akhirnya, kalau benar para MP UMNO baru ini seorang Muslim, paling kurang, kenapa tergamak ambil rasuah dan berani menentang hukum-hakam-Nya, walhal kedapatan di antarannya alim ulama dalam jemaah kabinet?

Justeru, elok sangat kita terus memecut laju di lebuhraya demokrasi ini meninggalkan mereka. Juga, kiranya berkesempatan, bersamalah kita berjihad walau hanya dengan lidah dan pena alam maya untuk menyedarkan sekalian yang akrab dengan kita, khasnya kepada mereka yang masih menjadi penyokong tegar barisan yang telah robek identiti kebangsaan mereka itu. Semoga dengan itu, kita insha Allah setidak-tidaknya terlepas daripada dipersalahkan generasi kita mendatang di dunia ini lagi akan kegagalan kehidupan mereka kelak, apatah lagi memikul beban berat di sana.

Terima kasih.

Anonymous said...

20 tahun dulu den dah kobar kat orang kampung. Yang ponting bukan nak sambut YB turun padang. Buat abih boreh jo. Sepatutnyo peruntukan tu disalurkan dogan boto.

KGB said...

Pak Aspan,

Mengapa Mahathir mencipta fitnah menjatuhkan Anwar Ibrahim

abdullah said...

Haloo

nick said...

Pak,

UMNO has begun to realize albeit too late, that the people especially the Malays, Chinese and Indians are becoming closer and are uniting for a common cause which is to bring down UMNO and BN through the polls. It is truly ironic that the hatred of UMNO and BN is the only element that is able to unite all Malaysian. The unity of all Malaysian which was an elusive goal for the government of Malaysia for several decades is within grasp through the shared hatred and revulsion of all Malaysian towards their own government (which is totally justifiable since that government is immoral and corrupt to the core).

BUT it should not come as a surprise to UMNO and BN since history have recorded many such instances where the people after decades of division and mistrust, were able to unite for a single cause and most of the time that cause was to depose their corrupt government and leaders! Take for instance the fall of Marcos and Suharto. It's not really the opposition or the exile politician that make the change possible. Rather it's the will of the people or in Malaysia case, the change of heart that has envelop the malays, chinese and indians. A change of heart that has turn them from the people who idolize UMNO and BN to a people who hate and revile UMNO and BN.

However, this change of heart is not without justifiable reason or cause. On the contrary, the people have every right and cause to a change of heart. And the cause and reason to it is simply UMNO or to be exact the corrupt and immoral UMNO (and its leaders).After decades of worship and blind obedience, it finally dawned on Malaysian that their obedience and blind trust for UMNO and BN was taken for granted and instead of working for the people who idolize and worship them, UMNO and BN betray the people and worse, sold them to the highest bidder.

Thus the awaken people resolutely took a stand to stop UMNO and BN and ABU was born. It would be a monumental folly for UMNO to believe it's own propaganda and delude itself into thinking that Malaysian are still under their thumb and on their beck and call. Time has change, the people have change but unfortunately for UMNO and its leaders past and present, they still do not change for fear of losing power and wealth. History have shown that the struggles between the people and their power craze leaders will eventually be won by the people. It's the majority over the minority. It's democracy, the rule of the many over the whims of the few. It's liberty for the people against tyranny of the elite. UMNO days are numbered because people now see them as the tyrant, the oppressor and most important of all, the enemy of the people, the country and democracy. It's a tsunami that follows an earthquake that shakes the very foundation of of Malaysian psyche and politic. Man can never win against GOD and nature and thank GOD for that!

Nick.

Cape tiger

Anonymous said...

Pemimpin utama bn memang sengaja untuk membiarkan pemimpin peringkat bahagian atau cawangan yg melakukan penyelewengan dan penipuan..

Supaya mereka ini senang dicucuk hidung dan supaya senyap jika mendapat tau pemimpin utama mereka lebih teruk penyelewengan mereka..Ini lah yg diajar oleh madey selama 22 tahun..

Talkin untuk umno dan bn..

Anonymous said...

Anon statement,

Pemimpin utama bn memang sengaja untuk membiarkan pemimpin peringkat bahagian atau cawangan yg melakukan penyelewengan dan penipuan.
---------------------------------

Setuju dengan pendapat yang disebutkan.

Dengan cara ini, semua anggota/ahli BN tidak berani mencabar ketua mereka dan cuma ikut yang apa dikehendaki.
Sekiranya mencabar, mereka akan disiasat MACC dan akan dipenjarakan.

Ini terbukti dengan adanya banyak ahli PKR telah masuk BN sebagai senator (melayu, india, cina) dan buat fitnah kepada ketua pembangkang untuk diampunkan kesalahannya.

Penyakit barah yang ada di BN tidak dapat diubati dan hanya tunggu giliran untuk mendaftar sebagai orang mati.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Umno sudah tidak ada nilai dan harga diri. Umno berlumba untuk mendapat tempat bukan untuk menjaga rakyat tetapi untuk meraih kepentingan diri walaupun mengorbankan moral dan akhlak.

Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Keadilan dan DAP sudah bersedia mengambil alih kepimpinan. Pemimpin Pakatan Rakyat bersih daripada rasuah dan bersedia berkhidmat untuk rakyat.

Masa depan rakyat menjadi lebih makmur bersama pemimpin yang amanah dan jujur. Ini telah dibuktikan dalam pentadbiran negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Semangat UMNO sejati sudah semakin pudar. Perebutan jawatan dengan menggunakan wang ringgit atau politik wang dan berbagai tipu helah tidak pernah belaku semasa golongan guru menjadi tulang belakang UMNO.

Semasa golongan guru menjadi 'tiang seri' UMNO, perebutan untuk memegang jawatan boleh dikatakan tidak ada. Ramai yang menolak apabila dicalonkan untuk memegang jawatan termasuk menjadi wakil rakyat. Sekarang, mereka berebut, membentuk puak atau klik dan mengeluarkan belanja besar untuk merebut jawatan. Jawatan dalam parti adalah batu loncatan untuk mendapat jawatan atau kedudukan yang lebih tinggi dan berbaloi.

Ada orang yang sanggup mencurah wang untuk mendapatkan jawatan kerana jawatan dalam parti membawa nilai ekonomi yang tinggi kepada mereka yang tahu mendapatkannya.

Bukan sahaja wang digunakan untuk mendapat jawatan tinggi dalam parti, bahkan mereka sanggup mengguna khidmat pawang dan bomoh. Pendek kata, mereka yang terlalu ghairah untuk memegang jawatan tinggi, sanggup melakukan apa sahaja yang mampu untuk cuba mendapatkannya.

Rasuah yang paling besar sekali ialah membeli undi untuk mendapatkan kuasa dalam parti kerana sudah tentu ada tujuan untuk faedah diri.

Zaman guru Melayu menguasai UMNO sudah luput, sudah lupus hayatnya. Sekarang zaman korporat menguasai politik kerana orang politik yang bertukar wajah menjadi orang korporat.

Kemasukan golongan korporat yang memandu kereta mewah dan dengan nama mereka didahului oleh gelaran tertentu membawa 'budaya' baru dalam UMNO. Mereka pada asalnya bukan tokoh korporat, tetapi bergelar demikian melalui pintu masuk UMNO. Ada yang semata-mata menjadi proksi kepada tokoh tertentu dan ada yang tidak lebih daripada "Ali Baba".

Golongan ini menyumbang dana kepada parti kerana mereka sebenarnya 'bekerja' bagi pihak parti termasuk mengepalai syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat yang dikuasai sama ada secara langsung atau secara proksi oleh parti. Mereka dan parti saling perlu dan memerlukan.