17 June 2012

Tun Mahathir tidak perlu gundah gulana kerana beliau tidak pernah bersalah

Dr Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri negara selama 22 tahun dan telah secara zahirnya bersara daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 30hb Oktober 2003. Tetapi jelas beliau belum bersara dari politik.  Beliau masih bermain politik dan panggilan ramai yang beliau sebagai negarawan itu agak tidak tepat. Beliau masih lagi seorang ‘politician’ yang giat, dan beliau belum lagi sampai ke taraf seorang negarawan.

Tidak salah beliau mahu terus berpolitik kerana ini negara demokrasi dan rakyat sedang memperjuangkan demokrasi itu dengan gigih. Hanya Mahathir sahaja yang bermain politik tidak demokratik. Demokrasi itu boleh dipanggil demokrasi jika beliau yang mendapat keuntungan. Jika politik itu tidak kena kepada kehendak beliau segala sistem yang telah wujud sebagai institusi demokrasi akan beliau runtuhkan.

Tidak payah mengulangi apa yang beliau telah lakukan kerana itu semua sudah menjadi pengetahuan umum dan ini jugalah yang sedang menghantui kehidupan dan pemikiran beliau sekarang ini. Apa yang telah beranak-pinak di dalam fikiran beliau sekarang yang selama ini tidak keluar, kini sudah beliau zahirkan melalui penulisan beliau dalam blog beliau baru-baru ini.

Pandangan beliau di dalam penulisannya itu amat menarik perhatian kerana apa yang beliau perkatakan itu memang telah menjadi perbualan ramai sejak beliau bercakap setiap hari akhir-akhir ini. Sebagai seorang PM yang sudah bersara daripada jawatan, beliau masih bercakap dengan tidak ‘magnanimous’ sekali walaupun beliau dipanggil sebagai seorang negarawan oleh sesetengah pihak.

Media-media arus perdana, dan salah satunya tentulah Utusan Malaysia yang kini dikenali sebagai akhbar ‘Utusex Malaysia’ seperti yang digelar oleh anak-anak muda sekarang. Sebab apa akhbar ini diberi gelaran ini tidak saya ketahui tetapi begitulah yang saya dengar ramai orang bercakap. Saya pun tidak mahu hendak mengambil ‘pot’ dengan panggilan dan gelaran itu. Agaknya panggilan itu terbit kerana dalamnya mungkin banyak cerita sex. Saya tidak tahu kerana saya sudah tidak membaca akhbar itu sejak tahun 90-an lagi.

Bekas PM negara Mahathir menulis luahan hatinya di dalam blog beliau sambil berkata bahawa PR akan mengambil tindakan terhadap diri beliau dengan memenjarakan atau mengambil tindakan mati terhadap segala ‘misdeeds’ beliau semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu. Beliau membayangkan ketakutan beliau yang beliau akan diambil tindakan seperti apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir terhadap Mubarak dan sebagainya.

Tentunya ini merupakan permainan dalam pemikiran beliau sebegitu lama dan bolehlah kita anjurkan bahawa Mahathir begitu risau terhadap apa yang akan berlaku kepada nasib beliau jika PR diberi mandat oleh rakyat di dalam pilihanraya ini. Dengan pemikiran begini ia menampakkan sikap beliau yang semua orang adalah seperti beliau, berdendam kesumat terhadap seteru politik beliau selama ini.

Sesungguhnya apa yang ingin dilakukan oleh pihak ‘alternative’ ialah untuk mengembalikan demokrasi dengan memulihkan sistem itu ke tahap yang baik seperti yang pernah negara alami selama ini. Sistem itu hancur apabila Mahathir telah meranapkan sistem demokrasi negara kerana beliau tidak sesuai dengan sistem yang menjadi amalan mana-mana negara yang bersistem.

Semasa beliau menjadi pemimpin negara sistem itu adalah sistem dia sendiri. Mahathir tidak kekal lama kalau beliau bersifat ‘gentleman’ dan mengikut sistem biasa demokrasi. Di negara Jepun pernah Perdana Menterinya bertukar dua kali dalam setahun, tetapi negara itu tetap utuh dan rakyatnya hidup seperti biasa. Kerana apa? Kerana sistem itu yang menentukan keadaan bukan pemimpin yang menentukan sistem.

Oleh kerana sistem demokrasi negara telah dianjak dan dialih maka negara kita di bawah pentadbiran Mahathir tidak mempunyai sistem dan sistem yang ada hanyalah sistem Mahathir. Mahathir pantang jika kehendaknya dilarang oleh sistem. Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa untuk memecat PM maka dicerobohnya sistem beraja itu kerana yang penting kepada beliau jangan ada sistem yang menghalang kehendak beliau.

Dalam mentadbir negara dengan sistem peribadi beliau maka beliau mampu melakukan segala-galanya tanpa takut dan ragu kerana beliau menguasai sistem negara. Oleh kerana bersikap bermaharaja lela beliau itulah, maka banyak perkara yang beliau lakukan terhadap negara yang salah, tetapi sistem pentadbiran beliau tidak membolehkan beliau dan sesiapa di dalam kerajaan tidak terkawal oleh undang-undang.  

Walaupun beliau telah melakukan perkara yang salah dan bertentangan dengan undang-undang yang biasa, Mahathir tidak termasuk dalam sistem kawalan undang-undang kerana pada Mahathir undang-undang itu adalah beliau sendiri. Itu sebabnya Mahathir adalah seorang pemimpin yang boleh ‘berjalan di atas air’ selama beliau berkuasa kerana semua undang-undang berada di dalam tangan beliau.

Mahathir itu adalah undang-undang, undang-undang itu adalah Mahathir. Undang-undang itu hanya untuk musuh dan seteru beliau tetapi tidak untuk diri beliau. Beliau lebih kebal daripada tindakan undang-undang sedangkan Raja Melayu pula sebaliknya tidak kebal daripada undang-undang dengan tertubuhnya 'special court' untuk Raja-Raja Melayu.

Itulah sebabnya Mahathir akhir-akhir ini bercakap lebih banyak daripada pimpinan negara yang lain. Belum pun hilang dengung kata-kata yang diluahkannya hari ini, besok beliau bercakap lagi dan akhirnya ‘through his own admission’ sebenarnya beliau terlalu takut jika PR memerintah dan pemulihan sistem itu akan memerangkap beliau kerana kesalahan-kesalahan yang beliau tahu telah beliau lakukan dengan sewenang-wenangnya semasa dalam kuasa dahulu.

Kita tidak mendengar mana-mana pemimpin dari pembangkang yang menjanjikan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Mahathir atau mana-mana pemimpin BN sekarang ini jika PR mendapat mandat rakyat. Apa yang dijanjikan oleh pimpinan pembangkang ialah untuk memulihkan kembali sistem yang telah dihancurkan oleh Mahathir dahulu.

Apa yang akan dihadapi oleh semua pihak yang bersalah itu bukannya pemimpin yang mengambilalih itu, tetapi hanya menghadapi sistem yang biasa di dalam sesebuah negara yang merdeka dan demokratik. Sistem itulah yang menentukan samada seseorang itu akan menghadapi tindakan undang-undang atau sebaliknya, tidak kira dari pihak yang hilang mandat atau yang sedang mendapat mandat.

Sistem itu tidak mengenal sesiapa. Ia hanya mengenal apa yang sistem itu patut lakukan sahaja. Itulah sebabnya kita jangan melanggar undang-undang semata-mata kerana kita berkuasa sebabnya bak kata perbilangan ‘what goes around comes around’.

Sistem merupakan elemen penting untuk menjadikan negara kita dihormati oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa. Keutuhan semua sistem dan institusi demokrasi negara amat penting dipertahankan untuk menjadikian negara kita sebuah negara yang benar-benar berdaulat atau sebaliknya.

Sistem itu bukan kepunyaan sseorang pemimpin. Ia adalah kepunyaan negara dan rakyatnya. Jika benar Mahathir tidak melakukan apa-apa kesalahan tidak ada sebab beliau membuat kenyataan yang menjadi polimik di mana-mana sekarang ini. Malahan beliau tidak akan merasa sedikit pun keresahan jika rakyat memberikan mandat kepada PR kali ini.

Lagi pun rakyat berhak untuk memberikan mandat itu kepada mana-mana pihak yang mereka yakini. Rakyat tidak mampu untuk mengekalkan mandat semata-mata untuk menjaga serta menutupi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan kepada negara.

Pandangan saya kepada Dr Mahathir, beliau tidak perlu resah dan gundah kerana beliau sendiri mengaku yang beliau tidak pernah melakukan kesalahan semasa memerintah dahulu. Bagaimana sistem yang baik dan betul mampu untuk melakukan apa-apa tindakan kepada beliau yang tidak pernah melakukan kesalahan itu?

37 comments:

Anonymous said...

Buat Tun Mahathir,

Saya sentiasa menyokong Tun. Saya tetap percaya kata kata Tun. Tuduhan yang mengatakan Tun lesapkan berbillion RM duit rakyat kerana spekulasi forex tu adalah fitnah. Bukankah Tun tidak pernah memegang kuasa PM selama ini?. Pembangkang dan rakyat memang telah memfitnah Tun. Tidakkah yang berkuasa lebih 50 tahun di Malaysia ini adalah PR iaitu PAS, PKR dan DAP?. Bodoh benarlah kalau Tun dipersalahkan.

Saya juga tidak percaya bahawa Tun terlibat dalam kes memfitnah Anwar liwat 1. Tun seboleh2nya telah mempertahankan Anwar. Mana mungkin Tun melakukan perbuatan dosa dan keji begitu?. Saya yakin Azizan, Ummi, Khalida Jafri dan mereka yang berkaitan hanya sekadar menghasilkan "satira" untuk rakyat tentang Anwar kerana mereka2 itu mahu rakyat bahagia dan gembira. Saya juga yakin Tun adalah orang paling gembira bila Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan akhirnya. Tidak kah begitu Tun?.

Jadi tak ada sebab Tun perlu rasa takut. Malah tubuh Tun pun kian sihat dan makin segar bugar kerana bahagia dan happy lantaran telah membuat yang terbaik buat rakyat. Tun telah buktikan kepada semua bahawa Tun langsung tidak terbabit dengan semua tuduhan melibatkan Anwar. Jadi keputusan Tun untuk tidak mahu hadir menjadi saksi kes Liwat 1 Anwar di mahkamah tentulah bukan kerana takut, sebaliknya kerana Tun tidak mahu dianggap campurtangan dalam kes tersebut. Tun cuma mahu buktikan Tun tidak campur tangan..bukan kerana takut dan bacul. Tidak kah begitu Tun?.

Saya sangat yakin Tun boleh tidur lena dan nyenyak sekarang. Lebih bagus kalau tun boleh lena selamanya dan bangun kemudiannya dihadapan Allah. Tun boleh buktikan Tun seorang manusia yang sangat menghormati rasul dan menunaikan perintah Allah. Allah pasti janjikan syurga buat Tun kerana jasa dan Tun kepada Malaysia, rakyat dan manusia bernama Anwar Ibrahim. Barangkali syurga terbaik balasan buat Tun kerana Tun adalah sebaik2 dan seadil2nya PM didunia ini.

Insyallah...Tun akan terus merasa selesa dan tidak takut selamanya. Saya nampak tubuh Tun pun semakin gemuk dan berisi tanda Tun terlalu bahagia. Wajah Tun pun makin ceria dan berseri umpama usia dua puluhan. Rakyat Malaysia pun dah semakin ramai menyokong UMNO Baru. parti yang Tun sendiri asaskan. UMNO BN Makin kukuh dan teguh sampai memaksa pembangkang dan parti lawan sering menyerbu dan menyerang ceramah majlis UMNO BN. Itu bukti jelas Tun dan parti Tun makin diterima.

Jadi rasional apa untuk Tun merasa takut dan seram sejuk?. Mungkin sesekali perasaan tu ada kerana demam dan atau selsema. Biasa la tu Tun. Selamat ceria ceria selalu wahai Tun kerana UMNO, parti yang serba bersih dan wangi dari kepala sampai ke usus ni akan hidup selamanya.

Kerana itu saya sentiasa menyokong Tun..menyokong agar Tun segera menerima pembalasan setimpal dari Allah yang maha besar. Mudah2an Tun kelak akan menjadi sebahagian ahli kelab mewah seperti Suharto, Mubarak, Gadafi dan ramai lagi.

Ha ha ha..Tun! Tun! Tun! Nanti Tun akan jadi bahan tonton!!! Kalau tension sangat..dapatkan ubat mujarab dari anak Tun..Mohzani..si tokey air pening "zam zam al la kazam " tu!

Anonymous said...

Pak Aspan,

Masalah yang dihadapi UMNO (Baru) Barisan Nasional bukannya masalah imej, tetapi sistem politik ala Mahathir yang "bercanggah dengan prinsip yang paling asas dengan pentadbiran demokrasi", iaitu pemerintahannya telah menjadikan rakyatnya gagal hidup dalam kesejahteraan.

xxx

Anonymous said...

Panjangnya akal Aspan Alias! Pasti mempunya seribu satu akal yang akan menjelma dalam benak fikiran beliau.

Percambahan akal Melayu, jelas dengan pelbagai cara seperti Aspan Alias yang mencerna akan melahirkan buah fikiran.

Dongeng Mat Jenin, Pak Kadok, Pak Pandir dan berbagai gurindam, seloka, syair, dan pantun adalah untuk terus mengajak Melayu bercakap dalam kias-kias agar sipendengar terus berfikir dan mengerti dalam tersirat. Sebabnya mudah, kerana Melayu faham cakap siang, pandang-pandang; cakap malam, dengar-dengar.

Hakikatnya, sikap hati-hati Melayu cukup halus.

KS

Anonymous said...

Bak kata perpatah, ‘masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru’.

Mahathir sendiri yang telah mewariskan pimpinan negara yang mana semua sistem pentadbiran demokrasi telah diruntuh dan dikorbankan oleh beliau.

Segala institusi di dalam negara kita telah dibinasakan oleh Mahathir. Kehakiman, perundangan, polis, institusi raja-raja dan banyak yang lain sudah diranapkan oleh Mahathir.

Oleh kerana Mahathir masih tidak 'bersara', Umno dan BN kini menghadapi krisis keyakinan yang paling teruk.

Keruntuhan moral demokrasi dan tatacara kepimpinan negara telah dilakukan oleh Mahathir dan masalah-masalah yang kita lihat sekarang tidak akan dapat diperbetulkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang telah terbentuk dengan acuan Mahathir.

Semua yang berada di dalam barisan kepimpinan hari ini adalah dari acuan yang sama dan tidak ada seorang pun di kalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet dan MT UMNO Baru akan berjaya melakukan pembaharuan dalam politik negara kita.

Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana acuan kepimpinan hari ini adalah acuan beliau sendiri.

Mahathir sendiri yang mengalihkan paradigma sistem kepimpinan negara dan kerajaan telah banyak menyebabkan kerosakan daripada kebaikan.

Anonymous said...

Bagaimana kebebasan kehakiman negara kita merosot dengan teruk sehingga ia diparahkan lagi dalam kes Anwar Ibrahim?

Pertembungan Mahathir dengan badan kehakiman ialah keputusan Hakim Harun Hashim yang menyifatkan bahawa Menteri Dalam Negeri tersilap ketika menolak permohonan Aliran untuk menerbitkan buletinnya dalam bahasa Melayu.

Kes yang julung-julung kalinya menyaksikan kekalahan kerajaan ialah pada 11 November 1986, apabila Mahkamah Agung melalui Hakim Tan Sri Eusoffe Abdoolcader memutuskan bahawa perintah Dr Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri, untuk mengusir seorang wartawan The Asian Wall Street Journal, adalah tidak sah.

Menurut bekas Ketua Hakim Negara yang dipecat, Tun Salleh Abas, sejak kekalahannya dalam kes inilah, Mahathir telah melancarkan kempennya memburuk-burukkan badan kehakiman.

Dalam majalah Time, Mahathir menunjukkan sikapnya yang tidak menghormati dasar pemisahan kuasa, antara eksekutif dan kehakiman: “Jika kami sering sahaja mendapati pihak mahkamah mengetepikan kehendak kami dengan pentafsirannya sendiri, dan jika pentafsiran mereka bertentangan dengan sebab-sebab mengapa kami membuat undang-undang tersebut, maka kami akan mencari jalan untuk membuat undang-undang yang boleh ditafsirkan menurut kehendak kami.”

Allahyarham Harun Hashim, dalam satu seminar di UKM, pada 5 September 1987 pernah mencadangkan supaya keanggotaan Dewan Negara dirombak bagi mencerminkan hal-ehwal dan juga kepentingan negeri-negeri dalam menentukan bilangan senator yang dipilih sebagaimana peruntukan asal Perlembagaan.

Sebaliknya Mahathir mempertikai cadangan Harun Hashim dan menuduhnya menyeleweng dari hal-hal mahkamah kepada kancah politik.

Anonymous said...

Mahathir terus menerima tamparan hebat dari Mahkamah Agung, apabila tiga dari lima hakimnya memutuskan bahawa peruntukan baru Seksyen 298A, Kanun Kesiksaan, bercanggah dengan Perlembagaan. Seksyen tersebut bertujuan untuk menekan kebangkitan Islam yang dicetuskan PAS, atas alasan ketenteraman awam.

Di Parlimen, PM menghamburkan kemarahannya kepada hakim-hakim: “Penyeliaan kehakiman memberi kuasa yang tidak terhad kepada pentafsir undang-undang sehingga mereka boleh pelaksanaan atau penguatkuasaan apa saja undang-undang. Tiada sesiapa boleh meneka hasil penyeliaan seorang hakim kerana ia bergantung kepada budibicara orang berkenaan.

“Dengan diputuskan sesiapa saja boleh mendakwa kerajaan, maka kerajaan tidak lagi boleh memutuskan apa-apa dengan tepat. Setiap keputusan boleh dicabar dan mungkin ditolak. Dengan ini, kerajaan tidak lagi menjadi eksekutif. Pihak lain sudah mengambil tugas ini.”

Menyusul kemudiannya, Hakim Besar Malaya, Abdul Hamid Omar , mungkin atas pertimbangan untuk memuaskan hati pihak eksekutif, telah memindahkan Harun Hashim dari Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas kepada Bahagian Perdagangan, digantikan Hakim Mohd Yusof dari Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

Tun Salleh pernah berkata: “Mahkamah tidak diwujudkan untuk hakim dan hakim tidak dilantik untuk mahkamah; kedua-duanya wujud untuk keadilan.”

Kemuncak pertembungan Mahathir-kehakiman ialah pada 25 Mac 1988, apabila Tun Salleh mengumpulkan semua hakim-hakim membincangkan kecaman PM itu. Sepucuk surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 28 Mac bagi menjelaskan kedudukan kehakiman negara ini.

Kes rayuan Umno diharamkan ditetapkan pada 13 Jun. Arahan Tun Salleh supaya sembilan hakim mendengar kes ini menunjukkan peri-pentingnya kes berkenaan. Mahathir tidak mahu strategi liciknya selama ini tersekat. Berdasarkan kes-kes rayuan sebelum itu, tidak termasuk kes-kes jenayah dan kes-kes penahanan, tujuh dari hakim-hakim Mahkamah Agung, iaitu Tun Salleh, Tan Sri Eusoffee Abdolcadeer, Datuk George Seah, Tan Sri Wan Azmi, Tan Sri Wan Hamzah dan Tan Sri Lee Hun Hoe adalah cukup bebas untuk membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak kerajaan sekiranya mereka dapati bahawa ia adalah satu keputusan yang adil.

Mahathir sedar beliau tidak berupaya menghalang persidangan Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan Umno. Beliau hanya boleh memastikan hakim yang mendengar kes tersebut akan menyebelahinya.

Hanya Ketua Hakim Negara sahaja yang berkuasa merombak komposisi hakim. Maka bermulalah trajedi paling getir dalam proses keadilan negara ini apabila Mahathir bertindak nekad mencari jalan agar Tun Salleh dipecat seberapa segera yang boleh.

Kebetulan seorang hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Agil Barakbah bersara. Episod seterusnya menyaksikan terselamatlah kedudukan Mahathir selepas Tun Salleh berjaya dipecat (8 Ogos 1988) melalui proses tribunal yang memalukan itu; turut disingkir dua lagi hakim Mahkamah Agung, iaitu Tan Sri Wan Sulaiman dan Datuk George Seah (7 Oktober 1988).

Anonymous said...

Saudara AA,

MM masih menyanyi lagu Frank Sinatra yang bertajuk "I did it my way" di mana beliau tidak akan mengakui salah sebab beliau can do no wrong!

Salam.

Anonymous said...

Adakah hidup Mahathir tenang,aman dan menyeronokkan?

READ MORE

Anonymous said...

Pak Aspan.
Assalamualaikum wbt.

Tuan saja bergurau bila tuan menulis berkenaan Tun Mahathir, "beliau tidak perlu resah dan gundah kerana beliau sendiri mengaku yang beliau tidak pernah melakukan kesalahan"

Saya boleh merasakan setiap inchi tubuh badan Tun Mahathir penuh dengan ketakutan dan kegerunan yang teramat sangat termasuk kuncu-kuncu beliau.

KKIkhlas

Anonymous said...

Nak kata apa lagi AA dah muka Mamak Kutty tu tebal macam tebalnya kuli babi biasalah......

Anonymous said...

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.

Anonymous said...

Siapakah yang melantik Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan paling berpengaruh dari tahun 1991 hingga 1998, selain menjadi Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 hinggalah dipecat pada 2 September 1998?

Bukankah dengan kepakaran Anwar Ibrahim yang menyusun dan merangka strategi ekonomi selama lapan tahun itu membuatkan Mahathir semakin tidak keruan dibuatnya?

Bukan hanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini resah dan gelisah tetapi Umno semakin resah dan gelisah.

Kebangkitan Arab Spring sangat dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh parti pembangkang mahu mengguling kerajaan.

Pemimpin-pemimpin Umno di Kedah juga turut resah dan gelisah apabila menyaksikan kebangkitan rakyat, penyokong PAS lebih dari 100,000 orang hadir, membanjiri stadium itu sehingga melimpah ruah.

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dasar kronisma adalah punca utama berlakunya kemerosotan ekonomi yang bermula sejak Julai 1997 dan berlarutan hingga ke hari ini. Kata perpatah Inggeris “truth will prevail”, iaitu kebenaran itu akhirnya akan menjadi nyata jua.

Pentadbiran Tun Mahathir hanya melalaikan rakyat dengan kemewahan yang palsu yang sebenarnya berteraskan pinjaman wang dari luar negara yang berjumlah US$360 billion, iaitu hampir satu trillion ringgit.

Kerajaan dan syarikat kroni-kroni telah memboroskan duit pinjaman tersebut dengan melaksanakan projek-projek mega yang diinginkan sangat oleh Tun Mahathir, seperti pembinaan KLCC Twin Towers, yang menelan berbillion ringgit tetapi tidak ada pulangan ekonomi, malah membebankan negara dengan hutang yang terlalu banyak.

Syarikat-syarikat kepunyaan kroni-kroni regu Mahathir-Daim kesemuanya telah menyalahgunakan wang pinjaman dari luar negara hampir satu trillion ringgit itu yang mana dijamin oleh bank-bank tempatan.

Oleh kerana dana asing ini disalah urus sehingga dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam akaun-akaun persendirian di luar negeri, maka bukan sahaja syarikat-syarikat kroni menuju ke arah bankruptcy, tetapi bank-bank tempatan yang menjadi penjamin ikut bersama lingkup.

Sebaliknya duit rakyat pula digunakan iaitu dari sumber-sumber seperti Petronas, EPF dan Tabung Haji termasuk bajet kerajaan untuk membailout syarikat-syarikat kroni mereka.

Kini hanya Pakatan Rakyat sahaja merupakan harapan rakyat untuk membersihkan ekonomi dari gejala penyelewengan, pecah amanah, rasuah, nepotisma dan kronisma yang sudah menjadi ‘trademark’ pemerintahan UMNO Barisan Nasional.

Anonymous said...

Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia

Anonymous said...

Tun Mahathir bekas Presiden Umno telah berjaya kuburkan Umno lama melalui mahkamah pada tahun 1988 dengan mengharamkan parti Umno, yang ada kini bukan lagi Umno lama tapi Umno baru! Wajah Umno baru ini bukan lagi bertunjangkan idea-idea untuk majukan orang Melayu tapi jadikan orang Melayu berotak lucah dan porno dengan cerita-cerita karut Umno yang penuh dengan pembohongan dan fitnah.

Apa ada pada Umno kalau tak bohong dan buat cerita fitnah? Mungkin Umno ciptaan Tun Mahathir sudah lama mati pucuk tanpa bohong dan fitnah.

Umno Tun Mahathir kini digelar juara fitnah bukan lagi juara untuk perjuangan bangunkan anak bangsa Melayu. Amalan projek dan tender untuk kroni hanya kayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni Umno.

Melayu kampung dan bandar yang terus menyokong Umno digula-gulakan dengan cerita bohong dan fitnah supaya orang Melayu terus percaya dongeng Umno. Ini semua untuk tenggelamkan kenaikan harga barang, rasuah yang bermaharajalela, salahlaku pemimpin Umno bolot harta rakyat dan skandal pembelian senjata pertahanana negara kapal selam scorpene yang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Semasa menjadi Perdana Menteri dulu, Mahathir sememangnya banyak melakukan tindakan yang bercanggah dengan demokrasi termasuk penggunaan ISA, menarik balik permit akhbar, menyekat kebebasan rakyat memberikan pandangan, menyekat kebebasan bersuara dan menyekat kebebasan akhbar.

Mahathir pantang jika kehendaknya dilarang oleh sistem.

cc

Anonymous said...

Mahathir sudah jadi paranoid. Penulisan beliau bukan lagi menonjol seorang pemimpin yang berhemah ataupun berwibawa.

Tindakan beliau hanya secocok untuk kepentingan diri beliau, anak-anak dan kroninya serta beberapa kerat pemimpin dalam kelompok beliau. Ramai akan karam jika Mahathir terbenam.

Sejarah telah menunjukkan bahawa Mahathir betul-betul telah membunuh Demokrasi, menafi dan menghakis hak rakyat yang menuntut KEADILAN.

Anonymous said...

Melihat dari air mukanya kita tahu Mahathir hidup dalam kegelisahan atas perbuatannya semasa beliau berkuasa. Orang yang menginiaya orang lain akan berasa resah apabila ia sedar yang ia sudah tidak punya apa2. Pada ketika ini barulah terfikir bahawa sesungguhnya kita ini tak punya apa kecuali ALLAH.

Anonymous said...

Sebagai rakyat yang berumur hampir 6o tahun, dan segala peristiwa suak senang dan benci ngeri negara telah saya amati, tidak salah rasanya bila saya mengatakan bahawa Tun MM inilah yang membawa kecelakaan kepada negara. Tak salah juga rasanya kalau saya katakan Tun ialah pengkhianat negara bersandarkan hujjah-hujjah nyata, menghilangkan RM30B wang negara, kehausan integriti kehakiman, manipulasi politik, dan banyak lagi. Pengkhianat ialah seseorang yang merosakkan negara. Tidakkah Tun tergolong dalam kategori ini?

motro said...

Kisah sinis
tentang Mahathir.....

Siri 1 : Raja Lembong

Pada suatu masa dahulu disebuah negeri disebalik samudera, ada seorang raja yang pintar, pandai bercakap dan berpidato. Bijak memerintah dan menewaskan lawannya. Suka membaca dan menulis syair.
Rakyat menyukai raja sebab negara aman dan banyak pedagang datang berdagang. Rakyat jadi senang dan kaya kerana banyak hasil negeri dapat diniagakan.

Hari berganti bulan, tahun berganti dekad. Pada suatu hari raja buat keputusan yang silap . Baginda telah mengarahkan batu bersurat yang menjadi kemegahan negara dialih ketempat lain. Sedangkan batu bersurat itulah lambang tamadun dan asal usulnya negara tersebut selama ini. Dibatu bersurat itulah tertulis rukun tertib negara.
Batu bersurat itu kononnya hendak dialih ketempat yang lebih selamat. Sebenarnya raja telah mendapat nasihat dari pedagang supaya dialihkan batu bersurat itu sebab tapaknya hendak di buat bangsal barang dagangan.

Ramai rakyat tidak bersetuju namun kuasa ditangan raja. Akhirnya kerja mengalihkan batu bersurat yang berpuluh bongkah itu dilaksana dan diselesaikan.

Sesuatu yang tidak diduga berlaku. Sewaktu kerja pengalihan batu-batu bersurat itu, sebuah batu lagi dijumpai tertanam. Batu itu mengatakan satu perihal peraturan negara yang agung. Ia mengatakan jika raja berbuat salah, ia boleh dihakimi.

click to continue
http://rainwonder.blogspot.com/2012/05/siapa-makan-cili-terasalah-pedasnya.htm

Anonymous said...

Mamak Bangla ni memang bukan Melayu. Yang melayu pun benggung dok pi sokong lagi. Dah kena sekali sudah lah.

Anonymous said...

Mungkin kah mahadey adalah agen yahudi..bagaiman seseorang susur galur yg bukan berdarah melayu menjadi pemimpin dlm umno..

Kesan dari pembabitan mahadey dlm umno dpt di lihat pada masa sekarang..iaitu melayu berpecah belah..islam terhakis, kedaulatan undang undang musnah dll..

Apa yang mahadey idamkan sekarang adalah untuk mencontohi lee kuan yew yg mempunyai anak yg mewarisi jawatan perdana menteri..jika muhriz tidak menjadi pm,mahadey akan mati kempunan dn dianggap `the failure father` dan tidak boleh menyertai alumni bush di neraka nnti..

Anonymous said...

Suatu yang menarik dan tersirat daripada tulisan mahatir tetapi terlepas daripada pandangan tajam beliau ialah pengakuan langsung beliau bahawa sistem pengadilan dan sistem-sistem lain yang berkaitan pada masa ini boleh dimanipulasi untuk menjatuhkan hukuman atas tuduhan dan bukti palsu.

Saya tidak yakin sistem-sistem sekarang berada pada tahap integriti tertinggi dan apabila Pakatan memerintah mengubahnya menjadi sistem yang bobrok maka Mahatir dihukum menggunakan sistem bobrok itu.

Quiet Despair said...

Tun M bukan gundah cuma mengingatkan kita bahwa Anwar jenis dendam dan boleh mencari kesalahannya supaya dia masuk penjara.
Kan ke dia cakap dia tak makan sesenpun duit rakyat dan pernahpun dibicarakan tapi tak ada kes to answer.
Dia bukan macam Anwar yang tak berani bersumpah di masjid atau cuba mengelak cakap tentang harta berbillionnya.
Tun M diiktiraf world statesman dan mendapat penghargaan dari Yemen untuk menjadi Special Economics Advisor negara itu.
Anwar cuma Economic Advisor Selangor saja. Itupun pada nama je. Manalah dia tahu tentang ekonomi.
Kesian Anwar green with envy of Mahathir's world recognition.

Anonymous said...

Kadang-kadang Tun ni mengelabah bila kesan minum air keluaran anaknya itu berkurangan. Maklumlah, terlalu banyak jemputan/program yang perlu dipenuhi, ada kala bekalan air tu terputus. Penyakit ' amnesia ' akan datang dalam keadaan seperti ini. Tun mesti minum air itu setiap masa. Soal bekalan tidak ada masalah. Untuk menentukan bekalan tak putus, anaknya telah membeli syarikat pengeluaran air tu. Kita perlu menerima keadaan kenapa kadang-kadang kata-kata Tun tak masuk akal. beliau waktu itu dalam keadaan ' hang over '...

Anonymous said...

buku2 nya displayed strategically at MPH Pavillion and staring starkly out to the passers by...

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Amat kasihan jika ada sesiapa yang percaya bahawa Tun M berasa gentar akan ancaman PR. Jika kita baca akan entry beliau itu maka kita akan tahu bahawa beliau menyindir LKS. Tun M ini seorang yg sangat tinggi keyakinan dirinya. Walaupun banyak tindakan beliau yang saya tidak setuju namun saya amat menghormati beliau sebagai pemimpin.

Anonymous said...

Tuan AA,

MAMAK BOLEH

- Mamak sangat bangga dengan slogan 'malaysia boleh' kerana semuanya memang boleh dilakukan walaupun dalam keadaan sedar bahawa kebolehan itu tidak akan membawa apa-apa faedah kepada negara dikemudian hari.

- Mamak mahu Malaysia buat kereta sendiri walaupun akhirnya kereta itu tidak mampu bersaing dengan pembuat kereta yang lain.

- Itulah Kebolehan mamak yang sebenarnya.

salam
-scorpeneterbang-

Anonymous said...

Wahai Ibni Ismail,

Bagaimana anda masih boleh menghormati Tun Mahathir padahal beliau sendiri memperlekeh agama Islam?

Tun Mahathir menghina kemuliaan Nabi s.a.w dan anda masih boleh menghormati beliau lagi.

Saya merasa simpati terhadap anda kerana tidak memahami kemuliaan dan ketinggian Junjungan Nabi s.a.w.

Sudah banyak kali Tun Mahathir menghina dan memperlecehkan hukum hakam Allah, merendah-rendahkan kemuliaan dan keagungan Nabi s.a.w. dll. Adakah selama itu beliau tidak tahu dan tidak faham akan maksud dan kesan ucapannya yang sedemikian?

Soal jahil tidak timbul sebab kalau dalam bab lain beliau begitu pandai bercakap, kenapa dalam soal perkara yang melibatkan akidahnya sendiri beliau cuai?

Tun Mahathir bukan sahaja memperlecehkan Nabi s.a.w bahkan seolah-olah mempertikaikan Ilmu Allah dan kebijaksanaanNya dalam memilih Muhammad s.a.w sebagai RasulNya.

Ingat, janganlah sekali-kali bersimpati dengan mereka yang membenci Allah dan RasulNya dan cuba pula untuk melebarkan pemikiran sesat dan kufur mereka itu ke dalam hati rakyat.

Anonymous said...

Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan. HR. Al-Bukhari

Seorang pemimpin sejati, mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang yang dipimpinnya.

Pemimpin sejati yang dicontohkan ialah Nabi Muhammad SAW. Bukan sebaliknya, pemimpin yang selalu ingin dilayani, selalu ingin mendapatkan dan mengambil sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya.

Pemimpin adalah pemandu yang memberikan arahan pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan yang terbaik untuk selamat sampai di bawah naungan syariat Islam.

Pemimpin Islam haruslah jujur kepada dirinya sendiri dan pengikutnya. Pemimpin yang perkataan dengan perbuatannya sentiasa selari.

Pemimpin Islam haruslah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan.

Seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri.

Seluruh nabi dan rasul memimpin dengan kekuatan iman dan ilmu. Nabi Muhammad S.A.W dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan ilmu dan keimanan yang kuat.

Seorang pengikut harus dinamik dan kritis dalam mengikuti kepimpinan seseorang. Islam tidak mengajarkan suatu mengikut membuta-tuli atau sekadar ikut-ikutan.

Anonymous said...

Dengar sini tuan-tuan semua,

Sekiranya PR berjaya memerintah, saya meminta agar Tun Mahathir dibicarakan oleh hakim-hakim yang benar-benar bebas di atas-atas kesalahan-kesalahan salahguna kuasa yang jelas. jika bersalah biarlah beliau mereput di dalam penjara. Jika kerajaan PR mahu mengampunkan beliau, saya sendiri akan bangun menentang kerajaan baru ini. Ini janji saya.

Bang Kassim

Anonymous said...

Anon 18 June 2012 07:45,

Anda tulis "janganlah sekali-kali bersimpati dengan mereka yang membenci Allah dan RasulNya".

Kenapa anda merasa simpati terhadap Ibni Ismail?

Anonymous said...

Kalau dah mempertikaikan hukum allah tu maksudnya orang itu kafirlah,lebeh2 lagi kalau mamak kutty dari karala dan disokong olih mangkuk Ibni Ismail dengan itu ibni ismail ni pun kafirlah,Wahai Ibni Ismail sanjungilah insan mamak ni awak pun sama lah ya...

Anonymous said...

Wahai anon 10.51;

Siapakah sebenar yang memperlekeh agama Islam? Tun Mahathir atau Ibni Ismail?

Siapakah yang menghina kemuliaan Nabi s.a.w? Tun Mahathir atau Ibni Ismail?

Bukankah Ibni Ismail yang patut disimpati kerana tidak memahami kemuliaan dan ketinggian junjungan Nabi s.a.w sehingga mengormati orang yang memperlecehkan baginda s.a.w?

Anonymous said...

Well! Well!

The most racist old Indian man still opens fire at PAKATAN.

Why still active to defend and ask the malay to support the corrupt UMNO till today? As what he has clarified that all UMNO are corrupt from the top to the bottom.

Put yourself in his position. After 8 years of retirement, he should stay away from politic (like Badawi) and why he is so worry that PAKATAN to take over Putrajaya and keep splitting the poison at Anwar, LKS (DAP)?

As human behavior, we can conclude that he is so worry about his 22 years of legacy where he will be proven as a most corrupt/abuse PM in Malaysia history where all his cronies will be exposed and jailed.

This old man really got a sleepless night from now onward.

We need to change the Government and know the truth on all corruption, murder, abuse of power….etc.

Anonymous said...

Kesian ko ne qd.. hidup pun dalam kemutan jubo madey..

Anonymous said...

Kepada siapa semut mengadu
Ketika rumah mereka diranap manusia
Kepada siapa lebah merayu
Ketika rumah mereka diranap manusia
Kepada siapa manusia mengadu
Ketika manusia meranap rumah mereka?
Ingatlah sesuatu perbuatan itu akan dinilai kembali, kalau tidak hari ini maka di hari kemudian
Siapa yang membenci sesama manusia? manusia sendiri yang membencinya.
Siapa yang mencemuh sesama manusia?
manusia sendiri yang mencemuhnya.
Ayuh saudara-saudari sekalian,perbaikilah dari membenci,berubahlah kepada saling meperingatkan.Hari akhir itu cuma sejengkal di atas kepala kita.Tidak kira bangsa atau agama,peliharalah keamanan demi warisan yang akan datang.
"Kamu akan diperintah oleh pemerintah-pemerintah selepas aku; yang baik akan memerintah kamu dengan kebaikan nya dan yang tidak baik akan memerintah kamu dengan keburukannya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada
mereka pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran; sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka; tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan,
maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka lakukan."

(Hadis ini disebut oleh AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah dari riwayat Abu Hurairah).
Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).Selagi Pemerintah itu tidak menyuruh melakukan maksiat,maka patuh lah pada pemerintahan nya dan apabila ia melakukan kejahatan maka mereka akan memperoleh pembalasan
Disini jelas menyatakan,menjatuhkan pemerintah adalah tidak dibenarkan dan jelas juga mencetuskan pertumpahan darah juga adalah dilarang.Fikirlah sejenak wahai baka kaum adam dan hawa