03 June 2012

Yang baik itu datang daripada Mahathir, yang tak baik itu datang daripada Pak Lah

Pak Lah semasa Mahathir sayang.
Dr Mahathir menyalahkan Pak Lah lagi. “Sendiri punya salah, dia salahkan orang lain pulak,” kata beberapa orang yang berhubung dengan saya dan orang-orang yang berhubung dengan saya itu adalah di kalangan yang hadir semasa perjumpaan dengan Dr Mahathir di Johor dulu semalam. Sebagaimana yang saya dan ramai yang lain berkata, Dr Mahathir di hujung-hujung hayatnya asyik menyalahkan orang lain terutamanya Pak Lah atas segala kelemahan BN dan UMNO Baru itu.

Beliau tidak pernah membuat salah dan segala yang baik itu adalah dibuat oleh Dr Mahathir dan semua yang buruk itu adalah kesilapan dan kesalahan orang lain. ‘Yang baik itu semuanya datang dari Mahathir dan yang buruk itu adalah atas kelemahan orang lain terutamanya Pak Lah. Mahathir seolah-olah ada benda yang hendak beliau bersihkan dari diri beliau sehinggakan Pak Lah tidak terlepas dari bibir dan ingatan beliau. Sebaliknya Pak Lah yang tahu apa yang Mahathir lakukan terhadap segala sistem kerajaan, tidak berkata apa-apa dan berdiam diri sahaja. Itulah perbezaan di antara kedua-dua bekas pemimpin negara kita itu.

Mahathir sentiasa mencari alasan untuk mengalihkan kesalahan besar beliau terhadap negara kepada orang lain tetapi satu perkara yang kita mesti ingat bahawa sejarah akan menghakimkan Dr Mahathir Mohamad ini dari rasuah dan salahguna kuasa. Segala kata-kata dan tindakan beliau tercatat di dalam buku nota sejarawan dan akan sampai masanya ia akan tertulis di dalam sebuah buku sejarah khas untuk beliau suatu ketika nanti.

Bak kata perpatah, ‘masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru’. Suatu ketika nanti akan terbongkar juga. Saya tidak mempertahankan Pak Lah, tetapi kita mesti berlaku adil terhadap beliau kerana beliau yang lemah itu dilantik oleh Mahathir juga. Beliau sebagai orang yang saya kenali, tidak pernah tergila-gila hendak menjadi PM walaupun pun beliau mengharapkan untuk mendapatkan kedudukan itu.

Mahathir sendiri yang telah mewariskan pimpinan negara yang mana semua sistem pentadbiran demokrasi telah diruntuh dan dikorbankan oleh beliau (Mahathir). Semasa Pak Lah mengambil tempat beliau, segala institusi di dalam negara kita telah dibinasakan oleh Mahathir. Kehakiman, perundangan, polis, institusi raja-raja dan banyak yang lain sudah diranapkan oleh Mahathir. Beliau tahu yang Pak Lah tidak mampu untuk memperbetulkan keruntuhan yang telah beliau (Mahathir) lakukan tetapi beliau mahukan juga Pak Lah untuk mewarisi kepimpinan daripada beliau.

Jika Mahathir teruskan memegang jawatan itu sehingga sekarang, beliau sendiri akan menghadapi krisis keyakinan ini seperti yang dihadapi oleh Pak Lah dan Najib sekarang ini. Tetapi oleh kerana Mahathir bersara tepat pada masa masalah yang beliau wujudkan itu hampir terlambak, maka lambakan masalah-masalah itu terpaksa dipikul oleh semua pewaris kepada kepimpinannya dan yang terawal mewarisi keruntuhan semua sistem ini adalah Pak Lah.

Lain-lain perkataan keruntuhan moral demokrasi dan tatacara kepimpinan negara telah dilakukan oleh Mahathir dan masalah-masalah yang kita lihat sekarang tidak akan dapat diperbetulkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang telah terbentuk dengan acuan Dr Mahathir itu.

Sesiapa pun boleh menyangkal pendapat saya ini, tetapi saya memilih untuk tidak menghiraukannya kerana ia adalah kebenaran dan UMNO Baru tidak mungkin mampu memberikan penyelesaiannya sampai bila-bila. Manusia yang boleh menyelesaikannya ialah pemimpin yang tidak berada atau terbentuk dalam satu acuan dengan Mahathir.

Semua yang berada di dalam barisan kepimpinan hari ini adalah dari acuan yang sama dan tidak ada seorang pun di kalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet dan MT UMNO Baru akan berjaya melakukan pembaharuan dalam politik negara kita. Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana acuan kepimpinan hari ini adalah acuan beliau sendiri.

Mungkin Pak Lah adalah orang yang ‘responsible’ terhadap kelemahan BN pada hari ini dalam skala yang kecil, tetapi yang mesti mengambil ‘accountability’ sepenuhnya ialah Dr Mahathir sendiri yang suatu ketika dahulu dijunjung sebagai pemimpin yang mengalihkan paradigma kepimpinan negara dan kerajaan. Sekarang segala paradigma-paradigma itu telah banyak menyebabkan kerosakan daripada kebaikan.

Menyalahkan segala-gala kesalahan kepada Pak Lah seorang merupakan satu tindakan yang sangat tidak berhati perut. Hanya dendam kesumat sahaja yang boleh menyalahkan Pak Lah seratus peratus. Mahathir mesti faham bahawa rakyat khususnya yang berminat untuk menulis sejarah akan menulis segala apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. Memoir Mahathir yang ditulisnya itu tidak akan lengkap sampai bila-bila selagi beberapa orang yang sebarisan dengan beliau tidak menulis memoir-memoir mereka masing-masing.

Segala sistem pemerintahan yang ada telah dipunahkan oleh Mahathir kerana beliau mahu mewujudkan sistem beliau sendiri. Sesiapa juga yang mengambilalih kepimpinan beliau akan ketiadaan sistem pemerintahan yang betul kerana kerajaan dan rakyat telah dibudayakan dengan sistem acuan peribadi beliau, bukannya sistem pentadbiran sebuah negara yang baik yang boleh  digunapakai  buat selama-lamanya.

Saya tidak dapat menerima yang kesalahan semuanya dilambakkan kepada Pak Lah semata-mata. Takkanlah wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang digunakan oleh Mirzan Mahathir untuk menyelamatkan perniagaannya pun kesalahan Pak Lah. Takkanlah pembuangan lima orang hakim mahkamah agung pada tahun 1998 dahulu kesalahan Pak Lah Badawi.

Membariskan pemimpin-pemimpin lemah yang gunanya untuk mengangguk di dalam kabinet itu adalah kesalahan Mahathir. Pak Lah itu sendiri yang tidak sepatutnya berada di dalam kabinet itu pun diambil oleh Mahathir juga dan itu yang dikehendaki oleh Mahathir. Apabila Pak Lah tidak mahu mengangguk kepadanya apabila mengambilalih kuasa, itulah kesalahan Pak Lah kepada Mahathir yang sebenarnya.

Mahathir sanggup meninggalkan parti kerana tidak sebulu dengan Pak Lah dan beriya-iya ingin melihat UMNO Baru dan BN itu hancur dalam pilihanraya yang lalu. Apabila Pak Lah meninggalkan Putrajaya, Mahathir kembali kepada UMNO Baru dan kembali bercakap tentang UMNO dan menyalahkan semua orang di atas kelemahan UMNO Baru itu.

Adalah tidak munasabah yang segala-gala kesalahan ditolak kepada Pak Lah seorang sedangkan Pak Lah itu hanya melakukan lebih kurang sama dengan apa yang Mahathir lakukan semasa memegang kuasa.

Jika Najib tercari-cari formula untuk melakukan perubahan kepada negara, beliau tidak akan jumpa formula yang terbaik selain daripada semua kepimpinan yang terbentuk dengan acuan Dr Mahathir, termasuk beliau sendiri (Najib) tidak bersedia untuk berkorban dengan meletakkan jawatan dan memberikan tugas menyusun semula negara ini kepada sesiapa yang berpengalaman dan boleh mendapat sokongan dan rasa hormat dari semua kaum dan pemimpin-pemimpin mereka.

Selagi itu tidak dilakukan selagi itulah negara tidak akan mendapat sebuah kerajaan dan kepimpinan yang dihormati rakyat.

Jika dikaji betul-betul, itulah sebabnya rakyat sendiri yang mahu melakukan perubahan ini kerana terlalu lama tertunggu-tunggu perubahan sikap dan cara UMNO Baru mentadbir negara.

Kepada pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian di Johor yang mendengar kata-kata Dr Mahathir dulu semalam, boleh memilih untuk mendengar nasihat Mahathir itu. Anda semua tidak boleh mengikut jejak langkah Mahathir untuk menyalahkan Pak Lah semata-mata, kerana kesalahan yang besarnya datang dari Mahathir sendiri. Kalau benar Pak Lah yang bersalah ingat kepada satu perbilangan, ‘there must be a cause for a cause’. Tidak mungkin kesalahan Pak Lah tidak disebabkan oleh kesalahan Dr Mahathir. Ingat itu.

Sesungguhnya Dr Mahathir mempunyai banyak lubang-lubang yang belum beliau kambus lagi. Jika beliau dan penyokong-penyokongnya tidak mahu mengaku pun tak mengapa, asalkan beliau mengakuinya kepada diri beliau sendiri sudah memadai.

Orang lain tidak payah mendengar pengakuannya. Kita pun hendak juga menjaga air muka beliau itu. Mahathir tidak perlu takut dengan apa yang beliau telah lakukan kerana yang mengambilalih tidak akan berdendam seperti sikap yang ada kepada beliau itu.

31 comments:

Anonymous said...

Tuan Aspan, inilah penyakit yang diwarisi oleh pemimpin dUMNO sekarang yg dimulakan oleh Mahathir. Penyakit ini tidak boleh diubati lagi. Cuma satu saja ubat nya untuk dUMNO ini ialah ' Six Feet Under'

Quiet Despair said...

Much as I like grandpa Tun M, I feel he is unfairly vilifying Abdullah. He should behave more statesmanly towards his successor. Afterall, he chose him.
It is like Obama (whom I like too) who keeps on blaming GW Bush for the economic predicaments in the US. Americans are also tired of this blame game. Obama has three years already to fix it!
Same goes to Tun M. Enough of this vengeance. We know you are a great statesman. You will be remembered as the father of 2020.
But you look small in our eyes for your silent treatment to Abdullah.
I see KJ yesterday endorsing Mukhriz in Kedah. That's a good photo op to show us the future leaders of our generation.
If Mukhriz can be pals with KJ, why can't Tun Mr do the same. If you cannot forgive, at least forget.
Apalah dosa Abdullah yang membuat you berdendam sangat. Alangkah baiknya jika sambutan 66 tahun UMNO hari tu turut dihadiri oleh Abdullah. Diapun ada sumbangan kepada UMNO dan negara.
Saya cam Abdullah mengalah dengan Tun M. Kalau program UMNO dia tak datang. I think it's good move to avoid uneasiness for all around.
Dalam istiadat Istana Negara, protokol terpaksa modify the seating arrangement so that they do not sit together.
It's rather embarassing to see Abdullah seating beside Nek Hasmah with just a fews words and a nod. While Tun look the other way.
I really pity Najib who has to play a buffer role between this two.
Sepatutnya Tun M bersyukur yang in every important functions especially Proton, Najib gave him honor as though he's still PM.
Past PMs should not be in the picture just as in the US where Bush dan other living PMs were not seen.
Memang rasa aib our grandpa boleh menasihatkan UMNO members to unite when you can't even look at Abdullah.

Anonymous said...

Tuan AA,

-Mahafiraun sebenarnya amat takut kepada pak lah.Semasa pemerintahan Mahafiraun tidak akan ada suara/kehendak sebenar rakyat dilayan atau diberi perhatian kecuali kehendak mahafiraun itu sendiri.Ini tidak berlaku semasa pak lah menjadi PM,yang mana pak lah dilihatnya seperti terlalu mengikut kehendak rakyat.Jika pak lah mengikut kehendak rakyat sudah tentu akan memberi kesan yang besar kepada penyelewengan yang telah mahafiraun buat semasa pemerintahannya.
-Pak lah tidak akan rugi apa2 atau menanggung malu jika kerajaan ini diperkasakan mengikut kehendak rakyat,yang akan rugi dan malu ialah mahafiraun itu sendiri.
-UMNO memang tidak dapat diperbetulkan lagi kerana telah rosak dari dalam kerana asas kepimpinan mereka bermula dari salah guna kuasa,politik wang dan penipuan.Sepatutnya Pak lah sedar perkara ini dan rakyat hendaklah ditipu dan dimanipulasi sampai kiamat demi penguasaan/survival parti UMNO,dengan itu barulah Mahafiraun selesa tidur tanpa bersengkang mata atau menanggung malu menghadapi keadilan di dunia ini.


salam

-scorpeneterbang-

Anonymous said...

Mr Aspan,

Allow me share something here!

MACC refusal to act against corruption report on the PM, Najib despite this evidence and facts about in trial at the French court, it is clear that MACC is not free but bound under the authority of existing government.

In contrast to the case said to involve the opposition leaders (Azmin case the latest one), the Commission was quick to react even though the news source comes from few of imoral bloggers. MACC seem very sensitive to the reports involving little amount of money but a coward to investigate cases involving a lot of money.

MACC role is disputed and can not be expected to combat corruption in Malaysia. A Royal Commission of Inquiry must be established with immediate effect to investigate corruption involving the Malaysian PM.

Malaysia could not afford to continue to have a leader and prime minister who is not honest to more than 30 million people. So unfortunately ... the same PM is also believed to be involved in the murder of Mongolian citizen. This issue has been discussed around the world and it tarnished the good name of Malaysia and the people of this country. The Supreme Sultan should play a more proactive role to clarify the situation by removing the existing PM. This is not about UMNO BN or Opposition party but it is for the dignity of the whole rakyat Malaysia.

Do not wait until the people lost patience with the situation and revolt against the regime of Malaysia goverment.

By Pattani Warrior

Anonymous said...

Pak Aspan,

Perangai pariah yang bertukar kasta begitulah jadinya. Sikap yang ditonjolkan Pandit Kutty terhadap Pak Lah sebenarnya menserlahkan lagi siapa sebenarnya Pandit Kutty ini.

Saya yakin bahagian terbesar rakyat Malaysia berterima kasih kepada Pak Lah kerana membuka laluan untuk pembangkang dan PR terus bangun lebih kuat menentang regim zalim. Dosa Pak Lah kepada Pandit Kutty paling besar hanyalah kerana Anwar dibebaskan di era Pak Lah.

Seburuk buruk Pak Lah, beliau tidak redha dan tidak sanggup bersekongkol terus menganiaya musuh politiknya dengan tuduhan melampau kerana latar belakang Pak Lah yang lebih Islamik.

Soal jambatan bengkok, soal kekuasaan tingkat 4 di era Pak Lah hanyalah ulam tambahan yang disuap Pandit Kutty kerana dendam kesumat beliau terhadap Pak Lah. Kemerosotan UMNO BN sebenarnya lebih berpunca dari keburukan perangai pariah Pandit Kutty ini sendiri. Lambat laun kita akan dapat melihat kebenaran kerana Allah tidak akan membiarkan hambanya yang teraniaya berterusan diperlakukan sebegitu rupa.

Selagi ruang diberi kepada Pandit Kutty..Malaysia akan terus rosak binasa dan Melayu asal akan terus terpinggir digantikan melayu species dan sewaktu dengannya.

Pandit Kutty adalah musuh utama kita dan harus diterajang jauh dari persada politik tanahair.

Anonymous said...

Saudara AA & bloggers

Dr M was spot on when he wrote "The doctor in the house" but he forgot to add in "but is very sick".

Salam.

bat8 said...

Bro

TDM melepaskan jawatan dalam tahun 2003 dulu bukan kerana dia baikhati tetapi untuk mengelak tsunami 2008 berlaku pada PRU 2004 jika dia terus kekal.

Jika dia masih kekal sudah pasti tsunami 2008 berlaku dlm PRU 2004. Dalam PRU 2008 kalau bernasib baik dia akan menang tipis. Dalam PRU 13 dia akan kalah teruk.

MengenaliMahathir, dia takkan lepaskan jawatan kalau keadaan tidak tenat dan nothing he can do to reverse it. Dengan keadaan dirinya yang sudah terok there is no way dia boleh buat recovery dalam PRU 12 dan PRU 13

Anonymous said...

Bro

TDM melepaskan jawatan dalam tahun 2003 dulu bukan kerana dia baikhati tetapi untuk mengelak tsunami 2008 berlaku pada PRU 2004 jika dia terus kekal.

Jika dia masih kekal sudah pasti tsunami 2008 berlaku dlm PRU 2004. Dalam PRU 2008 kalau bernasib baik dia akan menang tipis. Dalam PRU 13 dia akan kalah teruk.

MengenaliMahathir, dia takkan lepaskan jawatan kalau keadaan tidak tenat dan nothing he can do to reverse it. Dengan keadaan dirinya yang sudah terok there is no way dia boleh buat recovery dalam PRU 12 dan PRU 13

Anonymous said...

Kalau camtu...Anwar Ibrahim pon tak akan berjaya jugak la utk mengubah kebinasaan yg disebabkan oleh Tun Mahathir ye tak? No?

Anonymous said...

Selama Mahakutty jadi PM Aspan, mana dia buat salah. Tengok saja beberapa ramai haprak UMNO berlari memujuk beliau bila dia menangis nak letak jawatan. Semua kesalahan dibuat orang lain. Anak dia beli syarikat ARAK kerana ada orang lain nak jual. Anak dia jual syarikat perkapalan yang nak bankrap sebab ada orang lain yang nak beli dengan harga yang mahal. Banyak lagi dia mendapat rahmat dan keuntungan kerana ada orang lain buat kesalahan. Ini syndrom MAHATAIK namanya...

Anonymous said...

Ooooo...aspan alias menulis.

Anonymous said...

Kalau camtu....Anwar Ibrahim pon nampaknya tak kan berjaya jugak utk mengubah kebinasaan yg di buat Tun Mahathir. Tak begitu?

mahaza said...

TDM hanya ada 2 orang dalam kepala beliau - Pak Lah dan Anwar Ibrahim

Bagi PM Najib untuk pastikan BN menang sebenarnya amat mudah - buang RM dan tangkap TDM. Susah? he he he. Takut makan diri apatah lagi melibatkan perempuan

Anonymous said...

I am sorry Pak Aspan your attempt to discredit Dr M and melagalagakan UMNO leaders is unbecoming that explain why few comments are coming in,Fitnah .

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Ma sha Allah! Terima kasih sekali lagi! Teruskan menyatakan apa yang benar meskipun pahit untuk didengar.

Ya, seperti yang saudara nyatakan pada tajuk artikel ini, sebegitu jugalah yang saya acapkali nyatakan, saya secara peribadi membenci malah mengutuk keras individu seperti Mahathir gila, bodoh dan berperangai kehaiwanan dan keIblisan ini. Malah, sebenarnya, seperti yang saya acapkali sebut, belaulah Fir'aun Malaysia yang terhebat sepanjang penguasaan UBN. Malah, dalam hal ini, saya turut bersimpati terhadap Tun Abdullah (Pak Lah) kerana setidak-tidaknya, di zaman beliau, terdapat juga sedikit sebanyak unsur penambahbaikan seperti kebebasan media yang sedikit terbuka serta pembebasan terhadap DSAI daripada tuduhan jenayah Mahathir dan tentera ahzabnya sejak konspirasi 1998, suatu pertuduhan yang teramat tidak bertanggungjawab! Walaupun begitu, sudah tentu kedapatan penambahbaikan yang bersifat kosmetik seperti slogan dan pendekatan Islam Hadhari; sekurang-kurangnya, terdapat juga agenda keIslaman yang, mungkin, cuba diterapkan secara senyap oleh Pak Lah yang turut tdak disenangi Fir'aun ini, selain keberaniannya untuk tidak tunduk terhadap tekanan Mahathir untuk kekal kebal sebagai ahli jemaah kabinet.

Justeru, bersamalah kita memberi penilaian yang adil, walaupun hakikatnya Pak Lah juga tidak terlepas daripada pelbagai bentuk kelemahan dan kepincangan ketika pemerintahannya. Ingat sahajalah pepatah ini: "kalau tiada angin, masakan pokok bergoncang" ... Juga, setiap yang berlaku, pasti punya sebab dan puncanya, walaupun akan kedapatan sebahagian daripadanya itu tidak mungkin atau tidak mampu diketahui dalam jangka waktu singkat. Akhirnya, sekali lagi, saya mengajak diri saya, khasnya, serta rakan-rakan lain, amnya, agar bersama memberi ulasan yang adil, kalau mahu mengulas, bukan dengan emosi yang tanpa fakta, kerana mendedahkan kezaliman seseorang yang memang terbukti zalim, dibolehkan dan harus. Jutaan terima kasih di atas kesudian kalian berkongsi pandangan dengan saya selama ini, dan, paling penting, janganlah kita ikut jejak Mahathir ini; kelak sendiri yang rugi.

Terima kasih dan selamat berihad.

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Kebelakangan ini racau dan meroyan Mahathir kian menjadi. Beliau tidak lagi seperti kebiasaannya. Kenyataan yang dikeluarkan Mahathir akhir akhir ini bernada lain, menunjukkan ada keresahan ketara pada mimik muka serta perasaan amarah yang sukar disembunyikan.

Saya mendapat maklumat beliau menerima lapuran risikan situasi politik semasa dari risikan tentera yang sangat tidak menggembirakan, suatu yang ditakutinya selama ini. UMNO BN bakal tumbang dalam GE 13 nanti. Ini dibuktikan lagi dengan kehadiran majlis majlis anjuran PR yang luar biasa. Terbaru adalah himpunan hijau menuju putrajaya di Stadium Darul Aman, Kedah. Ini sebenarnya mengesahkan lagi apa yang sampai ke telinga beliau.

Kenyataan Mahathir yang menyebut bahawa PR akan memberontak jika pembangkang tewas dalam GE 13 perlu diperhatikan dan dianalisa secara mendalam. Timbalan PM Mahyuddin juga senada dan satu suara dengan perosak negara ini.

Saya yakin ada sesuatu yang sedang dirancang oleh beliau, Najib serta pemimpin2 UMNO BN dengan kerjasama institusi2 penting dibawah kekuasaan mereka. Tewasnya UMNO BN di beberapa negeri pada GE 12 lepas tidak ramai yang menduganya hatta ketua pembangkang sendiri. Dalam situasi diam tanpa bantahan ketara dari rakyat sebelum GE 12, UMNO BN tiba tiba dikejutkan dengan kehilangan 5 buah kerajaan negeri dalam GE 12. Dan sekarang hampir semua penganalis politik mempunyai pandangan sama bahawa situasi politik semasa tidak akan menyebelahi UMNO BN lagi. Logiknya jika dibandingkan dengan situasi pada GE 12 dulu, UMNO BN pada dasarnya wajib kalah atau tumbang pada GE 13 nanti. Jika keputusan yang berbeza berlaku, ianya adalah suatu yang sangat anih dan diluar kebiasaan.

Mahathir, Najib dan UMNO BN telah sedia maklum mereka bakal tumbang. Penangguhan tarikh pilihanraya adalah satu lagi indikator bagi mengesahkan real politik semasa. Penangguhan GE 13 ke satu waktu yang tidak dinyatakan sebenarnya bertujuan memberi ruang untuk UMNO BN memanipulasi segala kekuasaan yang mereka ada agar keputusan dan laporan negatif tentang kekalahan mereka tidak menjadi satu kenyataan.

Maka tidaklah menjadi satu perkara pelik kenapa Mahathir membangkitkan isu PR akan berdemo jika keputusan GE 13 tidak memihak kepada pembangkang. Saya berkeyakinan kuat Mahathir bersama UMNO BN dan institusi aparat mereka sedang melakukan sesuatu untuk mengubah keputusan tidak rasmi GE 13 ekuran laporan negatif para perisik tentera.

Benarlah jika berdasarkan logik akal serta membandingkan dengan situasi politik sebelum GE 12 dulu, UMNO BN wajar tumbang dalam GE 13 nanti. Jika perkara sebaliknya berlaku, bukan suatu yang pelik dan tidak masuk akal kalau rakyat jelata dan PR mempersoalkan keputusan berkenaan. Penangguhan tarikh pilihanraya seakan mengesahkan lagi usaha tidak baik sedang dilakukan oleh UMNO BN khususnya dengan kerjasama SPR dan institusi penting lain. Keengganan SPR memenuhi tuntutan BERSH adalah bukti jelas bahawa UMNO BN sedang melakukan sesuatu.

Anonymous said...

Jika Mahathir, Najib dan Muhyidin selesa dengan keadaan politik seperti mana yang berlaku dalam puluhan GE sebelumnya, kenyataan sedemikian tidak mungkin diucapkan mereka. Jadi adalah wajar rakyat untuk mempertikai jika keputusan berlaku sebaliknya. Saya tidak menolak kemungkinan berlakunya kebangkitan bantahan rakyat besar2an jika UMNO BN didapati memanipulasi perjalanan sistem pilihanraya.

Kalau ditakdirkan rakyat bangun menentang selepas GE 13, Mahathir dan UMNO BN harus melihat dalam diri mereka sendiri. Kebangkitan rakyat dan protes besar2an selepas GE 13 boleh dielakkan dengan cara UMNO BN membuktikan perjalanan pilihanraya dilakukan dengan adil dan saksama tanpa sedikit pun manipulasi.

Sesiapa pun akan marah dan melawan jika hak mereka diinjak dan diperlakukan sesuka hati. Sedarlah dalam sebuah negara demokrasi, rakyat berhak kepada sebuah sistem pemilihan pemimpin secara demokrasi dan bebas. Jangan UMNO BN cuba meresikokan keamanan negara dengan tindakan2 yang meremehkan perkara ini. Rakyar Malaysia yang majoritinya hidup tertekan akibat desakan ekonomi sedia melakukan apa saja jika hak mereka yang kian tersisa sebagai pengundi dan warga sah diperkotak katikkan oleh pimpinan negara ketika ini.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan Dan Pengunjung Blok.

Segala yang berlaku ada sebab dan musababnya.
Yang terkemudian mewarisi drpd yang terdahulu. Jika landasan telah disediakan dan yg mewarisi dipaksa menggunakan (sudah tentu denganpenyesuaian)kesilapan adalah dari BAPAKnya.
Bak kata Melayu Bapak kencing bediri Anak kencing belari.
Buruk2 pak Lah ada juga tinggal SSM pada kakitangan awam, dapat juga diguna oleh Najib masa sesak2.
Bagus2 Pak Madey dapat memperkayakan kroni sampai bertilamkan harta, mewariskan hutang negara.
Yang teruk sekarang ni Najib guna pusaaka Datuk Lebih dari pusaka bapak.
Kita rakyat ni takpayah fikir banyak, tolak saja mereka ini, cuba 1 penggal, tak payah fikir rasis, kroni, pembaziran,rasuah, beban cukain, tol, barang naik dsb lagi.
Jalan2 di Selangor,Pulau pinang, Kedah dan Kelantan musim cuti dan hujung minggu. Lihat sendiri dengan mata kepala sendiri.Jangan duduk baca akhbar yang bersih sangat yang ada sekarang kerana disebalik yang bersih itu tidak terdaya kitamencucinya kelak.
Janganlah kita perlakukan perkara kurang cerdik, akalnyang dianugerah olehNya gunalah sebaiknya. Fikirlah mengikut akhbar dan media perdana sekarang menyiarkan dan mempropogandakan seolah2 kerajaan yang ada sangat bersih dan cekap, sebaliknya fikirlah jika bersih dan cekap macamana hutang kerajaan naik berlipat kali ganda.

Jika sdr2 guna minyak tiap2 hari cuba lihat ilmu kira2 pemerintah sekarang, minyak RON 95 bersubsidi kerajaan(ngok)dijual RM1.95 subsidi melebihi harga jualan (harga sebenar RM3.25?). RON 97 tanpa subsidi dijual RM 2.95? dan gendang dipalu subssidi petrolium berbelion ringgit, diungkit, perlukah kita mengekalkan kerajaan yang mengungkit tangungjawab memerintahnya kepada negara setiap hari jika menteri2nya bercakap? fikirlah....
Seingat saya semasa pilihanraya kita mengundi memilih kerajaan Malaysia, tup..tup bila dah memerintah kita diperintah oleh kerajaan bn.Perojek itu, ini di buat oleh kerajaan bn, entah dimana puak2 ni sekolah sayapun tak faham.
Sepatutnyalah kita rakyat menurunkan keraajaan bn ini pada PRU 13 dan melantuk satu kerajaan Malaysia untuk negara Malaysia.....

Anonymous said...

Maha-thir semuanya betul belaka. Semua timbalan yang beliau pilih dan lantik tak betul juga. Siapa sebenar yang yang tak betul agaknya.

Anonymous said...

Hai QD,

Wah dah tak menjilet jubo madey lg ke... kenapa jubo madey dah kerepot ke..

biasanya ko tak kesah lg kerepot lg bes.

dah pindah lubang ke.??

Anonymous said...

Mahader berdendam dgn paklah..kerna paklah membebaskan dato sri anwar ibrahim..pembebasan anwar menyulitkan rancangan mahader untuk memperbodohkan ahli politik umno dan bn (yg sememangnya benggap) supaya dpt melonjakkan muhriz botak menjadi pm pada 2020..

Sekarang adalah masa yg tepat untuk paklah meninggal umno seperti apa yh tunku abdul rahman dan tun hussien onn yg meninggal dunia bukan dlm umno..

Bila paklah tinggal umno..jadi lah mahadey seperti kera sumbang yg tua bangka..kerana semua bekas pm tiada dlm umno..

bangsa melayu dizaman sekarang telah kenal tindakan mahader telah banyak merugikan melayu..seolah olah mahader adalah ajen yahudi..

dengan adanya mahadey dlm umno..bangsa melayu akan jadi malang..akhirat xdpt..dunia pon xdpt..tanahair tergadai..itu lah jasa mahader..

Anonymous said...

Salam Aspan;

Beza Tun M dengan Pak Lah macam langit dan bumi..

Tun M rajin membaca, Pak Lah rajin tidur

Tun M kalau ada official function akan tepat hadir pada waktunya, Pak Lah sentiasa lewat

Tun M bijak, kalau melakukan sesuatu dah berfikir lebih mendalam, Pak lah akan sentiasa berubah apabila dengar nasihat yang baru

Tun M tak banyak cakap agama, dan tak suka tonjolkan diri beliau seorang yang kuat agama, Pak Lah akan projek diri beliau sebagai orang yang kuat agama.

Tun M ikhlas dalam melaksanakan sesuatu walaupun tak popular, Pak Lah lebih kan nama beliau supaya jadi lebih popular,

Nak tahu bezanya Tun M 22 tahun memerintah, dan Pak Lah memerintah selama lima tahun... lihat saja pada hasilnya...

Tun M akan dikenang sebagai PM yang terbaik sedangkan Pak Lah akan dikenang sebagai PM yang terburuk.

Anonymous said...

Anon 4 June 2012 11:48

Pak Aspan is ever mindful of his words - a fine, most sincere gentleman with conviction first, a politician second, tulis pun berlapis - lapis. Tak apa lah kita rakyat biasa terimanya, nak undi nya, doa kan untuknya & keluarga. Pls find your way to wherever suits you better.

Anonymous said...

4 June, 21:24:00

Tun M tak banyak cakap agama, dan tak suka tonjolkan diri beliau seorang yang kuat agama HAAAAAAAHAAAAAAA ! dia tuu dewa dari kerala.

Anonymous said...

Tuan AA,

Masa pak lah dia keluar umno,sekarang rasa-rasanya Mamak lebih suka tumpang kapal selam Najib,boleh sama-sama simpan pekung didada.

Quiet Despair said...

Anon 21.20

Amboi, amboi vulgarnya, aok. Kaeh tak mainlah bab jubor ni. Kaeh ada lubang sendiri. Tak perlu cari tempat lain.
I am a frank person. I rasa bab Badawi ni, Mahathir agak memalukan.
Tapi bab dia bencikan Anwar, I truly understand.
Memang patutlah. Awak tu anak emas tiba-tiba main belakang bapa dan melawan nak rampas kuasa bapak.
Yang tu memang tak patut dimaafkan.

BTW gila meroyan tu makna apa? Selalu tengok orang tulis that word but don't know what it means.

Anonymous said...

Tuan tuan mempersendakan saorang tokoh yang baik saperti Tun yang banyak berjasa pada negara dan dunia islam kerans tuan tuan fikir UMNO lemah sedangkan rakyat majoriti akan terus dibelakang UMNO/ BN selama ini kerana kematangan UMNO menghadapi isu parti dan negara.

Banyak soalan saya tidak dijawab kerana tuan tuan lebih berminat membenci dan mempercayi PR akan berjaya di PRU 13 sedangkan ramai yang tidak berfikiran sama diluar sana.

Soalan saya pula:

1) Adakah anda bersedia menerima DSAI sebagai PM ? kerana ini yang disetujui PR.

2) Adakah tuan tuan yakin dengan perjuangan DAP yang tidak diterima baik majoriti Melayu Islam.?

3) Kalau benar Tun M tidak baik kenapakah beliau dibiar memerintah selama 22 tahun ?

4) Apa kata tuan tuan sekira saya meramalkan kejayaan UMNO /BN adalah lebih baik dari prestasi 2008 di PRU 13 kerana transformasi Najib berkesan ,berjaya dan diterima rakyat majoriti.

5) Apa kata tuan yang perebutan kuasa dalam PR akan pasti melemahkan coalition ini.Akhirnya PAS akan meninggalkan PR disuatu masa kerana hudud dan islam tidak di terima DAP terutama the vocal Karpal Singh.

6) Saya yakin hanya penyatuan PAS - UMNO yang boleh menyelesaikan banyak isu dan permasaalahan perpecahan ummah yang merugikan kaum ini.

Sekian, hanya satu pandangan berbeza dari pandangan tuan tuan semua.Dalam

dinoscots

Anonymous said...

4 June 2012 21:20

hang ni dah tak ada digniti? tak tahu aib, jatuh martabat diri, pii ke blog najis, hang nii nak propagate lifestyle depa ataupun cari busines utk depa ?

Ini blog Pak Aspan yang berpelajaran, beradat, begitu juga tetamu2 nya.

QD pun satu !! Dah bincang sikit elok - pasal Pak Lah, tapi balas cam najis pula.. asyik 2 najis yang sama. Couldn't have suit it better to say it is expected a leopard or an engineered leopard won't change its spots !

Hang dua org ni self - sensor lah, tak kan lah nak tunggu sampai beranak pinak baru nak ganti kata2 najis.

Ramai kita pun teramat marah, tak jatuh kelas bahasa kita pun, cuma kita org marah secara self- sensored. Baca setiap comment, kurang pandai macam saya nii, pun jadi pandai.

Anonymous said...

@QD..

is it u who write those words to ur papa?hehehe...

all this while..this is d 1st time i read ur writing yang x merapu...100% use ur brain...

congratulationsss......~

-anon-

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, mencelah untuk kali yang entah keberapa, agaknya. Namun begitu, tertarik rasanya saya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh salah seorang rakan kita ini. Cuma, mungkin, jawapan saya hanya satu, berbanding enam soalannya yang memerlukan fatwa.

Begini sahaja. Untuk makluman saudara yang berkenaan, sepertimana yang disebut: "Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang ..." Justeru, soal siapa nak jadi PM bila PR menang, tak timbul. Begitu juga kebimbangan anda yang kononnya PAS akan kehilangan atau tersesat jalan dengan adanya insan seperti Peguam Karpal Singh dalam PR, juga tidak timbul. Hanya satu yang anda perlu renungkan kembali, sekaligus, inilah jawapan saya: Adakah makhluq insan ini, khasnya kita, lebih bijak daripada Allah? Redhakah andan dan keturunan anda mendatang terbiar dalam arus kejahilan dik taksub kepada insan tertentu yang umum sedia tahu jelas fasiq lagi dajjal? Tidakkah anda tahu bahawa hijrah Nabi SAW ke Yathrib (Madinah) turut melibatkan kerjasama dengan non-Muslim yang jauh lebih ikhlas lagi mulia hati?

Akhirnya, perbanyakkanlah berjalan dan memerhati akan kesudahan para diktator sepanjang ketamadunan manusia ini, hatta kerajaan Islam sendiri, dan jangan jadi maha taksub kepada yang kita sayang. Namun begitu, terpulanglah kepada penilaian anda. Cuma, saya merasakan elok kiranya kita boleh saling berkongsi idea dan perbincangan dalam suatu iklim yang harmoni dan berfakta, bukan emosi semata-mata. Justeru, jutaan ampun maaf saya pohon seandainya perkongsian saya ini kurang atau tidak disenangi. Paling penting, walau sehebat mana lidah kita cuba untuk menutup kebenaran, Allah akan tetap bertegas menegakkannya sekalipun dibenci seluruh umat manusia di dunia ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Terima kasih.

Anonymous said...

QD,

OK la .. kalau ko dah ada lubang sendiri .. wa terima la..
Congrats.

Bab ko kata anwar lawan tokey tu.. boleh bincang lg.

Dengar2 mooohiden pakat ngan madey nak tendang najib tu.. komen la sikit..

nak tengok akai umno jugak.