13 July 2012

Selepas berjumpa PM, bekas wakil-wakil rakyat bersungut

Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka. Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama. “Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu. Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi kerana saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, disuruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini. Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak pada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. “Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara.” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya dianggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. Orang ramai dapatlah BR1M, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak.” Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun ke bawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali ke bawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga merupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Anak pemimpin besar negara jugalah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya-raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.

Saya bertanya kepada ahli MUBARAK itu, "So are you going to campaign for Pakatan?" Beliau menjawab, "I am not sure how to do it, but if they vote against BN, I'll be the first to congratulate them. PAS, DAP and PKR must now get ready to accept mandate from the people."

22 comments:

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers,

"I am not sure how to do it, but if they vote against BN, I'll be the first to congratulate them. PAS, DAP and PKR must now get ready to accept mandate from the people"

God's willing, our country will rise like a phoenix from the ashes on plunder and rape.

Salam.
Observer.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Bila dikatakan oleh sejarahwan Barat bahawa Melayu itu keturunan LANUN semua marah2.

Tapi cubalah lihat sendiri hari ini,semua berlumba2 darilah golongan istana,politikus dan pihak berkuasa cuba membuktikan bertapa lanunnya Melayu kalau diberi kuasa.


Saya tahu ramai yang marah dgn kenyataan ini,tapi walaupun kulit gelap,sawa matang,putih melepak,semua Melayu berDNAkan lanun yang mahu hidup mewah dengan jalan mudah dan paling cepat.

Buktinya lihatlah suburnya kegiatan skim cepat kaya dan MLM.

Yang tak dapat membalun melalui UMNO/BN akan bergolok-gadai menjual tanah, hutang bank dan kad kredit semata2 nak cepat kaya.

Tahniah UMNO/BN.

Surrogate

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Secara jujur tak sabar rasanya nak melihat tumbangnya parti yang memerintah sekarang ini. Teringin sangat nak melihat muka-muka sayu mereka2 yg selama ini membuat keputusan besar melibatkan berbillion ringgit di belakang pintu tertutup walhal mereka2 ini bukannya lebih baik atau any better dari lain2 rakyat biasa.

Bayangkan suatu hari nanti sedang saya beratur di dalam barisan sabar menunggu giliran utk mendapat bayaran BR1M ketika itu tiba2 ternampak Nazri Aziz dan anaknya beratur di belakang saya, di belakang mereka pula Muhyddin, beberapa belas orang di belakang lagi pula kelihatan Rosmah dan Najib diikuti oleh pet brother Zambry... he he.. 3 orang di hadapan saya Nor Yakcop... semuanya dilayan sama sahaja oleh kerajaan yg memerintah ketika itu.

Teringat saya movie "The Last Emperor" yg menceritakan kisah hidup maharaja China yg terakhir, Pu Yi, bagaimana kesudahannya dia menjadi rakyat biasa sebagai seorang pekebun sehingga ke akhir hayatnya.

Sepatutnya Najib dan gerombolan pemimpin-cum-pencurinya tonton movie ini berkali-kali agar masuk sedikit di dalam kepala mereka akan apa yg boleh terjadi kepada BN...

Anonymous said...

20 tahun dulu orang kampung seronok sangat apabila pemimpin turun ke kampung mereka. Tapi peruntukan tak dihulurkan jugak.

Saya katakan kepada mereka yang penting bukan tubuh badan pemimpin itu berada di kampung ini tapi peruntukan yang perlu disalurkan untuk kepentingan rakyat.

Pemimpin turun hanya mengabihkan boreh (beras) ajo.

Anonymous said...

Perjuang utk BN / Umno selama ni bukan kerana wang tapi sekarang perangai Warlords Umno dah melampau tutuh project & rasuah sana sini , rakyat di abaikan . Sekarang apa sudah jadi panglima2 & askar2 semua dah mati kelaparan baru nak bodek balik . Cuma nasihat kpd Umno tak ada harapan lagi - Lingkup Umno

Anonymous said...

Tuan AA,

'TERGOLEK'

- Saya amat menyukai dan menghargai penggunaan istilah 'TERGOLEK' yang digunakan dalam artikel tuan kali ini.Sangat tepat lagi logik dengan situasi yang dihadapi parti umno bn sekarang.Saya cuma hendak tambah sedikit disini dan terpulanglah bagaimana hendak dilengkapkan ayat tersebut kepada sesiapa pun yang menyedari kepincangan parti umno bn yang sudah tidak relevan lagi kepada pembangunan bangsa Malaysia dan korup itu :

- 'DAH NAK TERGOLEK'....

-> Baru terfikir hendak beri BRIM RM500 kepada rakyat.

-> Baru cakap tidak punyai tongkat sakti untuk merealisasikan janji-janji semasa pilihanraya sebelum ini.

-> Baru pandai cakap 'u help me, i help u'.

-> Baru hendak pasang papan tanda sesuatu projek walaupun belum tentu projek tersebut dijalankan.

-> Baru hendak bagi imbuhan RMxxxx.xx kepada pesara pasukan keselamatan negara.

-> Baru ulang balik ayat 'HARAMJADAH' yang selalu dilafazkan itu.

-> Baru hendak cakap 1Malaysia walaupun terlebih memainkan sentimen hidup melayu.

-> Baru hendak memainkan sentimen bangsa, agama, raja-raja melayu dan ekonomi untuk meraih undi rakyat.

-> Baru hendak beri bonus lumayan kepada kakitangan kerajaan, peruntukan berbilion-bilion(dulu peruntukan hanya berjuta-juta saja).

-> Baru hendak umumkan pemansuhan akta-akta yang kejam.

- : TAPI BILA DAH TERGOLEK......

-> Barulah cakap arak San Miguel itu haram.

-> Baru cakap komisen diperolehi melalui jawatan menteri itu sangat merugikan kerana meningkatkan kos kerajaan.

-> Baru cakap budaya kroni sangat menyusahkan dan projek tidak dapat dijalankan kerana tidak tahu hendak pilih kroni mana yang hendak diberikan sesuatu projek.

-> Baru cakap tindakan menyelamatkan anak,keluarga dan kroni itu salah.

-> Barulah hendak cakap sepatutnya Media massa dan agensi kerajaan sepatutnya bebas dari kebodohan parti pemerintah.

-> Barulah cakap pendidikan percuma suatu yang penting dan tidak merugikan untuk kemajuan negara.

-> Barulah cakap MAS sepatutnya beli minyak kapal terbang dari PETRONAS dan bukannya dari sarikat PETRON Mamak kutty.

-> Baru tahu tindakan membayar media/penasihat asing sangat merugikan rakyat dan negara.

-> Baru sedar bahawa kroni dapat lebih banyak lagi menerima subsidi dari rakyat yang memberi mandat.


Banyak lagi dan terpulang kepada anda.

Salam perubahan : A.B.U

-scorpeneterbang-

XixieXoie said...

btol2

Anonymous said...

APA PUN RAKYAT MALAYSIA MESTI BERSATU UNTUK MENGHUMBAN BN DAN UMNO KE LUBANG NAJISV BUAT SELAMA-LAMANYA JIKA RAKYAT MAHUKAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK.MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA.

Pedang Sibuti said...

Saam tuan,
Mohon pautkan link kami dari Sarawak, sibuti-selamanya.blogspot.com. Tq

Anonymous said...

Apa yang di banggakan dengan ameno lagi..pemimpin semua berlumba lumba untuk kaya raya 7 keturunan seperti mahadir...

Rakyat yg berfikiran matang dan memandang sejarah politik malaysia..akan menggunakan pilihanraya untuk mencari parti yg akan berkerja untuk rakyat..

ameno akan menjadi sejarah..kerana pemimpin mereka yg kekal berkuasa pada hari ini adalah PENIPU tegar..mereka menipu samada dlm pertandingan parti sendiri atau pilihanraya..

ADAKAH najib tidak penipu dlm pilihanraya...ADAKAH mahadir tidak menipu dlm pemilihan parti..

Sekarang ini MELAYU sudah tidak mahu umno lagi..ini lah kata kata org besar dlm ameno sendiri...kalo ameno nak pulih nanti...TANGKAP MAHADIR DAN BICARAKAN PENYELEWENGAN YG DILAKUKAN SELAMA 22 TAHUN..

Perpunca dari mahadir..melayu berpecah..

Anonymous said...

Scorpeneterbang,

Well said lah,kalau Melayu tak faham2 lagi tak tau lah nak cakap,
memang jenis Kerbau/lembu kene cucuk hidung le,spesis jenis ini lebeh2 lagi dari kalangan UMNO totok memang spesis yang dah tebal macam kulit babi.ABU

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

pm Najib memaanggil orang2 lama umno bukaan saja nak minta bantuan dan nasehat, mungkin juga beliau memohon maaf. Mana tau takut2 nanti tak sempat nak minta maaf.
Kalau ini benar, ia menunjukkan siempunya badan telah merasai akan pemergiannya.
Jadi benarlah cakap2 yang kita dengan pm Naajib dan bn tengah nazak. Patutlah menabur laba membaalas budi,ceduk aje semua idea PR dan cuba melaksanakan mengikut tari lagu yang PR dendangkan. Tetapi saya maseh ragu adakah kabinet Najib sekarang mampu melunaskan perancangan yang dikemukakan oleh PR setelah diperakukan sendiri yang tinggal dalam bn sekarang adalah......
Bak kama Madey yang pandai masuk pas yang cerdik masuk Keadilan dan yang pintar masuk DAP jadi kita taulah yang tinggal tu apa.....

PR perlu mengariskan dari sekarang rangkakerja pembangunan negara baik dari segi kepolisan, pertahanan, kewangan,pembangunan, kehakiman dan sebagainya memandangkan pencapaian matlamat ke Putrajaya bukanlah satu perkara yaang mustahih.
Gunalah kepakaran dan pengalaman yang ada dalam PR sekarang. Dengan perancangan awal dapatlah disemak agar ianya dapat dilaksanakan tanpa meninggalkan setiap rakyat Malaysia.
Saya juga rasa kuncu2 bn sekarang terasa nak terkencing memikirkan bagaimana nak selamatkan diri dan hartabenda mereka...

Ingat perkongsian dan setiakawan, jadikan ia satu ikatan bagi membangun negara Malayasia ini yang sekian lama rakyatnya tertindas atas nama Merdeka dan Demokrasi, pulangkan YANG HAK KEPADA YANG BERHAK.....

Wasallam....

hamba rakyat said...

DAH NAK TERGOLEK....baru nk jual cincin...

Anonymous said...

hahaha 'Dah nak tergolek baru panggil kami' bukan tergolek je...sampai tinggal spender je agak nya.

Anonymous said...

DAH NAK TERGOLEK/DAN DAH TERGOLEK....baru nak letak jawatan tan rela nak sambung jadi Senator kononnya Najis nak tengok LEMBU2 BERKELIARAN DI GEMAS....SHARIZAT MAMI a/p LEMBU, dengan itu orang N.Sembilan jangan risau rayo ni lembu akan murah lagi,tahun lopeh den ingat sokilo daging lombu RM17 tahun ni lombu Sharizat sokilo RM15 agak eh,orang N9 cubo tanyo Tok Mat.ABU

Anonymous said...

next election...BN tetap menang juga tu..ramai MP Pakatan Rakyat yang menang bakal dbeli dgn jutaan ringgit serta diberikan pangkat dan mega projek peribadi.yang penting status MP mesra BN or jadi MP katak berhormat..dijamin BN takkan kalah punya.hehehe...

Anonymous said...

Most do not care...either misinformed, misguided, selfish or narrow and shortsighted - it's all about EASY money/benefits.

Until the country goes to the dogs and hit rock bottom, nothing significant will change.

tebing tinggi said...

Sama-samalah kita tengok siapa yang tergolek !,.

Yang penting siapa yang bangun dan kerana apa dia bangun ,tak gitu ?.

Anonymous said...

Pirates of Putrajaya sudah tergolek kerana membuat banyak ramalan yang tidak tepat .Pembaca blog bijak memikir yang mana boleh diterima sabagai fakta dan yang nana auta ! kerana ianta berkisar dari penulusan atau komentar orang yang sama.Ramai sudah pun membuat keputusan memilih pihak mana. Pemikiran sempit yang bersifat rethorics tak akan berkesan.Bye.....

Anonymous said...

Anon 10:39,

itulah awak bodoh,u did not understand the word of english, Pirates of Putrajaya said he only close his blog on friday,he did not says he close his blog Forever
so you cunt please learn more about enlish ok....agaon you stupid cunt. Abu

Anonymous said...

Hanya org tak membaca saja yang akan pangkah umno...

Anonymous said...

Anon 15 July 12:58

m one alongside professional friends are for ABU in the fast approaching GE 13, you have your right to be real furious, but it is not necessary to use derogatory words against someone who has differing views and yet writing with respect for us ABU.. sempat juga he said bye.. what lah. ABU must have a class of nice character, different from kaki maki- hamun aka rempit !!