15 July 2012

UMNO itu sudah terlalu fakir dalam perjuangan

Muhyiddin menyeru agar UMNO mempertahankan kerusi Gelang Patah habis-habisan kerana Gelang Patah merupakan kawasan yang menempatkan pusat pentadbiran negeri Johor dan mempunyai infrastuktur yang terbaik di negeri Johor. Di dalam kawasan ini jugalah terletaknya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berbagai-bagai infrastruktur terbaik di negeri Johor.

Kenyataan seperti ini yang datangnya dari Timbalan Perdana Menteri dan ianya membayangkan bahawa negeri Johor juga merupakan negeri yang sangat ditakuti oleh BN dalam menghadapi PRU yang akan datang ini. Kenyataan yang membayangkan ketakutan dari pihak BN tidak pernah kita dengar sebelum ini jika ia melibatkan negeri Johor kerana Johor sebelum ini merupakan kubu kuat BN sejak negara mengadakan pilihanraya.

BN dan UMNO di negeri Johor sebelum ini hanya mengambil pilihanraya umum sebagai satu pesta sahaja kerana bak kata orang UMNO semasa parti itu kuat dahulu, 'calon UMNO tidak payah turun berkempen. Hantarkan songkok untuk mewakili calon-calon-calonnya sahaja sudah cukup dan BN akan menang'. Tetapi kenyataan yang datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan anak Johor ini, amat jelas yang BN di Johor tidak boleh lagi bercakap takbur seperti dahulu. Keadaan sudah berubah dan rakyat lebih fokus untuk mencari pemimpin dan parti yang lebih berguna dari dahulu.

Muhyiddin meminta UMNO dan BN Johor perlu melipat gandakan usaha untuk mempertahankan Gelang Patah daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat. Ia bermakna Johor terutamanya di Gelang Patah UMNO sedang berada di posisi defensif di tengah-tengah kemaraan pengaruh Pakatan Rakyat sekarang ini. Jika Gelang Patah yang merupakan kubu tradisi BN Johor sudah berada di posisi defensif, bagaimana agaknya di kawasan-kawasan lain yang lebih lemah dari Gelang Patah?

Mungkin apa yang dikatakan oleh setengah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Johor yang mereka (BN) kali ini akan hilang sepuluh kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang akan datang itu memang akan menjadi kenyataan. Mungkin itu jugalah sebabnya kenapa Sallahuddin Ayob, naib presiden PAS yang sekarang mewakili kawasan Kubang Kerian mengambil keputusan untuk kembali ke Johor untuk menjadikan impian PR menjadi pemerintah kepada kerajaan Johor menjadi kenyataan selepas PRU yang akan datang ini.

Jika penekanan dan tumpuan kepada kawasan Gelang Patah ini keterlaluan mungkin ada kemungkinan yang Gelang Patah dan beberapa kawasan Parlimen di Johor akan kekal dalam BN dan yang lainnya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Tidak ada perkara yang tidak menjadi kemungkinan dalam politik negara pada hari ini. Contohnya tidak pernah sesiapa terfikir yang UMNO akan menjadi seperti hari ini; fakir dalam perjuangannya serta miskin dalam nilai dan budaya bangsa yang dipimpinnya.

Itu semualah yang menjadikan UMNO sudah hilang seluruh identitinya sebagai sebuah parti pemerintah yang bermaruah dan berintergriti sehinggakan parti itu tidak akan kebah dari stigma yang terlalu buruk di sisi pandangan rakyat yang ramai.

17 comments:

Anonymous said...

Rakyat Johor sokonglah Pakatan utk menyapu bersih Parlimen dan Dun. Ajar pemimpin BN yg selama ini yg sombong dan bongkak utk tahu yg mereka ini tidak diingini. Rakyat sama-sama berawas semasa mengundi nanti yg BN akan main kotor dgn undi hantu dan pos yg dimanipulasi. Yg mana boleh dihalang, kita halang. Jgn alpa. Kita hendak ubah. - HISHAM DATO YAHAYA

Anonymous said...

hahaha! kat Selangor ada Noh Omar kat Johor ada Muhyiddin.Macam mana orang johor boleh percaya cakap mamat ni entah la.

Anonymous said...

Bila dia sudah menyebut kerusi Gelang Patah perlu dipertahankan habis-habisan bermakna serangan kawasan itu memang sengit.

Jika ada ahli UMNO Baru Gelang Patah membaca blog Aspan Alias, apa untungnya mempertahankan kerusi itu sedangkan kerusi yang lain menunggu masa akan patah kakinya dan rebah kebumi ?

Anonymous said...

Tuan AA,

Kemenangan umno bn sama seperti kemenangan Pak Kaduk, ayam menang tapi kampung tergadai.


Salam perubahan A.B.U

-scorpeneterbang-

Anonymous said...

Salam AA

Macam mana sambutan di kampung saudara semalam ???

Anonymous said...

Tidak ada yang kekal melainkan Allah.Jadi UMNO nak tumbang itu perkara biasa dan PR dicadangkan teruskan menyedarkan rakyat kerana rakyat baru bangun dari tidur jadi teruskan.Mana ada negara dalam dunia ni satu parti perentah dari merdekanya hingga sekarang kecuali UMNO .Congress parti India dah lama tumbang.Allah bersama orang2 yang sabar jadi jangan rasa puas selagi belum pegang Putrajaya .Saya ahli UMNO puluhan tahun tidak takut seperti sekarang ni nak menyokong UMNO sungguhpun dalam mesyuarat cawangan dan bahagian umno kerana semuanya menyokong bersyarat atau pun sokongan mereka meragui atau dalam perundangan sokongan bersyarat adalah tidak menyokong.UMNO nazak jadi jangan tertipu putar belit mereka dan nereka akan buat apa saja untuk menang kerana mereka tahu kalau kalah bukan tak timbul tapi ada pemimpin dipenjarakan atas salah kriminal .Orang yang biasa kalah ,kalah berikutnya dah biasa tapi mereka yang tak pernah kalah dalam hidupnya tiba2 kalah besar kemungkinan akan bunuh diri karana malu mana nak letakan muka.Kalau pemimpin umno dah kalah dan tak pegang Putrajaya saya yakin ahli2 umno akan siahkan kalau jumpa pemimpin ini.Cadangan saya jangan terpengaruh atau simpati dengan drama yang dibuat olih pemimpin UMNO.

Aspan Alias said...

Anon 19:00,

Sambutan untuk saya di Kg Tengkek amat memberangsangkan. Ramai yg menunggu. Alhamdulillah

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Turut berasa sgt sukacita, penduduk Kg Tengkek nampaknya dah cerdik untuk merampas balik hak mereka, rasa " encouraged " dgn the latest response untuk Pak Aspan.

arfhartoe said...

nampaknya yang bercakap minta pertahankan tu pula org yg popular dgn gelaran 'angin dan tanah kubur je yang dia tak boleh jual'..org johor kenal sgt tu. Gelang patah for sure akan berpindah tangan.begitu juga dengan parlimen pulai.aminn.kawasan saya tu.

Anonymous said...

AA,

Kalau di Johor ada perit sikit PR nsk menang.Orang Johor ni lain .Mwreka macam oranh Kelantan perit sikit BN nak menang. Jadi jangan buang masa Johor ya.

Anonymous said...

Johor bermasaalah bagi umno..kerana org umno telaha sedar apa yg berlaku dan akan berlaku jika umno yg kuasa..melayu akan tergadai dan islam akan di perlekehkan..

Dijohor lah,paling banyak maksiat berlaku..di johorla kedaulatan negara hilang..seperti hilang nya pulau batu putih..masa untuk umno insyAllah akan berakhir..

Anonymous said...

pr kena keje kuat kt johor...
Bayu perubahan kian berhembus...kena kasi tambah lagi....
Jgn sampai tiupan berhenti...
Aku org johor...aku pun org umno...
Jd..faham2 ajalah..

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Peluang PR 50/50 di johor.

Lets face it.

Undi penentu adalah kaum cina dan india.

Find the way to win their heart.

Berhati2 dengan sentimen sultan yang cuba dimainkan oleh otak2 feudal geng songkok tinggi.

Surrogate

Anonymous said...

Kat Pahang, jika letak kayu buruk pun BN akan menang juga.

komando said...

Gelang Patah nama pun dah cukup untuk membayangkan apa akan berlaku selepas PRU-13!

UMNO AKAN PATAH 300000000!

Anonymous said...

kalau GEALANG PUN DAH PATAH bermakna itu sudah jatuh tersembang! Kenapa depa cakap macam itu ... ini seperti general memberi arahan kepada saldadu untuk pertahankan bukit hambeger sehingga ketitisan darah terakhir ... bermakna musuh amat hebat, jumlah besar, senjata canggih, keadaabn sudah berat sebelah musuh.

Cakaplah JOHOR no way for PR ... PR akan hilang wang pertaruhan .. barulah hebat!!

Anonymous said...

Orang melayu benci UMNO sebab mereka angkuh dan sombong, kacang sudah lupakan kulit. Mereka jadi kaya-raya dan lupa orang susah dibawah, mereka dongak ke atas dan nak jatuhkan orang atas..orang bawah merana mereka tidak peduli,
TUHAN KEPADA mereka adalah - JAWATAN,KEDUDUKAN, KUASA DAN AL-FULUS!

Maka tuhan tidak laku zalim, hanya manusia yang lupa akan siapa dirinya sebenar yang lupakan tuhan dan orang susah merata!

Janji Allah kita pegang dan janji manusia UMNO tidak boleh dah!

Maka harus lah mereka fikir ke mana nak lari atau pindah selepas ini..sebab mereka hilang semua!