26 September 2012

Kepercayaan UMNO adalah segala-galanya adalah pemikiran usang

Kenyataan Dr Mahathir terhadap apa yang beliau katakan sebagai ‘Melayu tidak berterima kasih’ dan ‘tidak bersyukur’ memberikan reaksi yang sangat besar terhadap kewibawaan BN dalam menghadapi PRU yang akan datang. Bagi Mahathir Melayu yang tidak menyokong UMNO itu adalah Melayu yang tidak bersyukur dan Melayu yang tidak berterima kasih.

Kenyataan Dr Mahathir itu telah memisahkan ramai Melayu di antara dua pihak yang bertentangan dengan lebih dalam lagi dan kata-kata Dr Mahathir itu sangat menyentuh ramai Melayu yang sedang dalam pencarian sekarang ini. Mengatakan Melayu tidak bersyukur dan tidak berterima kasih itu adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana adalah tidak wajar untuk menuduh Melayu yang betul-betul Melayu itu tidak bersyukur. Hanya orang Melayu yang benar-benar Melayu sahaja yang tahu isi hati orang Melayu sendiri.


Jika benar UMNO telah berjuang dan berusaha untuk menyatukan orang Melayu tidak akan berlaku perpecahan seperti yang kita alami sekarang ini. Enam puluh enam tahun mengaku sebagai parti yang menyatukan orang Melayu tetapi apa yang kita  sekarang ini hanya menunjukkan kegagalan UMNO untuk melakukannya. Bagi Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain bersatunya Melayu itu ada beberapa cara:

Pertamanya, Melayu mesti menyokong UMNO bulat-bulat dan jangan mengambil kira samada UMNO itu jujur atau tidak. Mereka menganggap Melayu mesti dipenjara dan diberi makan sikit-sikit untuk mengelak orang Melayu dari berfikir dan bertindak mengikut kehendak zaman dan waktunya. Kalau pemimpin rasuah ditabur benih-benih nilai yang membunuh orang Melayu sendiri seperti ada sesetengah Melayu yang berkata, “kalau Melayu rasuah itu Melayu, orang Melayu juga yang kaya. Apa yang hendak dicemburukan?”

Apa sahaja yang pemimpin mereka buat jangan dipersoalkan. Yang Melayu mesti lakukan ialah menyokong sahaja dan jangan berbuat apa-apa. Terima sahaja bantuan rakyat 1Malaysia (BRIM) dan bersyukurlah sampai mati. Terima sahaja bantuan dua batang gigi palsu dan terus mengundi UMNO sampai mati. Itu adalah sifat berterima kasih. Kalau tidak menyokong UMNO pulangkan balik gigi palsu itu kepada kerajaan.

Pemandu teksi diberikan empat tayar percuma dan dengan empat tayar percuma itu UMNO mesti disokong tanpa berbelah bagi. Apa yang pemimpin buat di atas jangan dipersoalkan kerana mereka dah dapat empat biji tayar. Banyak lagi pemberian kerajaan yang kecil-kecil ini diperguna untuk menambat jiwa dan hati orang Melayu dan di harap terus menyokong parti itu. Kalau tidak menyokong kononnya orang Melayu akan hilang di dunia ini, tetapi mereka tidak sedar perlakuan pimpinan kita akan membuatkan orang Melayu hilang dunianya.

Cara keduanya ialah dengan membina perasaan benci terhadap bangsa bukan Melayu untuk dijadikan sebagai fakta yang boleh menyatukan orang Melayu. Pakatan Rakyat jika memerintah akan menghilangkan kuasa Melayu dalam politik dan merendahkan martabat agama Islam. Isu ini dimainkan dengan begitu hebat di kampung-kampung dan desa-desa bagi menakutkan orang Melayu untuk memberikan sokongan kepada parti-parti selain dari UMNO.

UMNO itu adalah segala-galanya kepada orang Melayu. Tidak ada UMNO tidak akan selamat orang Melayu itu dunia akhirat. Itulah yang UMNO cuba tanamkan dipemikiran orang Melayu.  Itulah yang telah diyakini oleh orang Melayu sebegitu lama. Tetapi kepercayaan itu tidak lagi kekal dalam pemikiran orang Melayu kerana UMNO sendiri telah menunjukkan yang itu hanyalah satu mitos yang usang.

Janji UMNO untuk membina masyarakat bersatu padu sebagai matlamat yang ‘ultimate’ telah gagal samasekali malahan UMNO pula yang menyuntik perasaan curiga- mencurigai diantara kaum dan agama. Memperbaiki kedudukkan ekonomi orang Melayu juga merupakan satu yang dijanjikan oleh UMNO kepada rakyat tetapi orang Melayu tetap berada ditahap yang lama setelah UMNO melalaikan dasar-dasar yang telah terbentuk sebelum Mahathir mengambilalih kepimpinan. Hanya segelintir orang Melayu yang mendapat segala-galanya dan tidak payah kita ulangi acapkali.

UMNO tidak lagi mempunyai ‘attribute’ sebagai parti yang memerintah dengan sikapnya yang sama seperti parti-parti yang memulakan kejatuhan seperti yang kita lihat dimerata-rata negara didunia ini. UMNO menampakkan sangat rasa ‘desperado’nya untuk kekal berkuasa dan itu tidak lagi ada sifat seperti parti pemerintah yang ‘magnanimous’ yang berlaku adil kepada semua rakyat jelata. 

UMNO gagal untuk memperbaiki diri mereka. Mereka tidak tahu ‘priority’ dalam penyelesaian kemelut politik hari ini. Mereka gagal untuk mengakui bahawa yang paling utama untuk di selesaikan ialah imej dan stigma rasuah yang telah melekat begitu ketara kepada UMNO. Rakyat yang berfikir tahu jika rasuah tidak dapat dihapuskan tidak ada penyelesaian terhadap masalah mereka. Kita tahu jika kerajaan itu kerajaan rasuah tidak akan ada dan terjumpa lagi mereka (kerajaan) membuat keputusan dengan betul.  Rasuah itu adalah pembunuh kepada tamaddun manusia dan jika rasuah berluas-luasa, percayalah negara tidak akan menjadi betul lagi sampai bila-bila.

Dengan keadaan ini ‘mindset’ rakyat sudah berubah dan ianya telah memadamkan segala kerja baik yang terdahulu kerana politik ini berkisar kepada keadan terkini dan masa depan negara.

Jika ‘mindset’ Melayu sudah berubah maka perubahan sebanyak 5 peratus sudah mencukupi  untuk mengalih dan menganjakkan siapa yang akan memerintah negara selepas ini. Orang Melayu bukannya sesuka hati untuk menganjak dan mengalih atau mematahkan BN ini. Mereka bukan mematahkan semata-mata untuk mematahkan. Ianya bersebab dan penyebab ini telah wujud sejak hampir tiga puluh tahun dahulu.

Pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang amat kritikal dan ia akan menentukan samada negara akan masih ditadbir oleh mereka yang tidak boleh dipercayai atau oleh mereka yang akan melakukan perubahan dalam segala-galanya semata-mata untuk menentukan Malaysia kekal sebagai negara yang mempunyai ‘consequence’ di mata masyarakat antarabangsa. Kaum bukan Melayu sudah menentukan sikap mereka. Jika ada perubahan sebanyak 5 peratus dikalangan orang Melayu maka UMNO wajar menerima kenyataan yang sekarang adalah giliran mereka untuk duduk di kerusi pembangkang.

Inilah yang membuatkan Dr Mahathir bercakap tidak berhenti-henti untuk menyelamatkan kuasa yang berada di tangan BN pada masa ini. Segala kritikan beliau terhadap orang Melayu sekarang ini adalah kritikan kepada dirinya sendiri. Kekuatan yang bertambah yang dibentuk oleh pihak pembangkang sekarang telah diperkuatkan lagi oleh Mahathir sendiri.

Kata-kata Dr Mahathir kini merupakan kata-kata yang ‘counter productive’ bagi UMNO dan BN. Lagi banyak Dr Mahathir bercakap lebih mudah lagilah Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjalanan ke Putrajaya itu. Orang Melayu mempunyai ‘alternative’ yang banyak, di antaranya PAS akan menjadi pilihan kepada perjuangan orang Melayu bersama dengan Islamnya dan DAP pula telah mengakui yang mereka (DAP) bahawa orang Melayu merupakan tonggak kepada politik dan siasah orang Melayu.

Tiada parti yang selamat tanpa sokongan orang Melayu dan itulah juga sebabnya UMNO merasa tidak selamat kerana kehilangan sokongan Melayu yang agak mendadak sekarang ini.

Sesungguhnya UMNO sedang menghadapi masalah yang tidak dapat digambarkan besarnya dengan kata-kata. UMNO bermasalah dan akan terus bermasalah….. Jika sesebuah parti menghadapi masalah yang besar ia akan meruntuhkan lagi keyakinan rakyat yang akan mengundi.

19 comments:

Zaharuddin Abdullah said...

Mohon jelaskan peribadi jet yang dinaiki.

Anonymous said...

Mr AA,

kalau tidak baca tulisan you setiap hari rasa macam tidak gosok gigi aje.

Anda pengubaj pemiran kami.

Syabas sdr.


Mohd Khir Jamil

hamzah said...

Mahathir ini buruk siku! apa yg naka terima kasih ? Mahathir mesti berterima kasih kerana org melayu beri kuasa kpdnya memerintah.Jika tidak belum tentu Mahathir boleh survive kerana Maha Klinik ketika itu dah merudum!

NurWangi said...

Kata-kata dia yang tak berapa Melayu ni...sudah tidak boleh dipakai.

Anonymous said...

Saya sokong kenapa pulak kiat harus bersyukur kepada MAHATHIR maupun UMNO, kita hanya boleh bersyukur kepada ALLAH swt ...

Ya betul kenapa kita kena berterima kasih pada UMNO, kalau kita punya kepercayaan agama sudah jelas kita bukan makan dari tangan MAHATHIR, kita bukan hidup dan mati kerana MAHATHIR ...

MAHATHIR dah jadi macam FIRAUN, dia dah GILA dan diberikan penyakit GILA tak sedar diri sebelum kojol, tidak sedar diri yang dia hanya insan biasa, yang akan MATI satu hari dan mengadap ALLAH tuahn sekelian ALAM

Agaknya ini lah pembalasan di dunia yang ALLAH nak berikan kepada MAHATHIR, jatuh hina dimata MAKHLUK dunia dan menjadi manusia hina lagi dina, walaupun berduit cukup untuk TUJUH KETURUNAN

Anonymous said...

udah-udah le tu...
dah cemuih@meluat dengar cerita mahathir mohamad iskandar kutty ini.
Pak AA, mohon luaskan pandangan dan pemikiran orang melayu khususnya tentang jasa-jasa UMNO/BN yang telah menjahanamkan Melayu selain daripada cerita Madet kutty yang 'meroyan' sekarang ni. Mungkin boleh juga Pak AA kupaskan isu petani@pesawah padi yang semenjak dahulu tidak pernah diberikan perhatian (malahan dirtindas secara terancang oleh BERNAS)sedangkan dengan jerih-perih dan titik-peluh petani inilah ramai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa boleh makan nasik hari-hari. Bukannya apa, petani-petani inilah penyumbang undi kemenangan UMNO/BN di kampung-kampung. Sekurang-kurangnya kalau mak-bapak tak baca blog ini, anak-anak petani ini yang 'celik IT' tahu kisah betapa ibu-bapa mereka telah ditipu oleh kerajaan yang mengaku membela melayu dan adil pada semua bangsa. Kalau dah dijelaskan 'pengkhianatan' yang dah dibuat oleh UMNO/BN ni, masih lagi nak pangkah calon parti tu, sebab takut kalau PR perintah Negara mati kebulur, lantak koranglah dan baru 'sedap' nak panggil 'BANGANG'.
mAAF Pak AA sedikit melencong dari isu sbb dah muak dengan madet kutty ni.
tq.

Anonymous said...

Well written piece AA, thank you.

Anything they say or do they're digging their grave deeper!

ABU.

1Crony said...

As SAlam Tuan AA.

Parti tali barut British (UMNO) ini kalau kalah atau jatuh pada PRU13 nanti, tak mungkin akan mampu bangun lagi untuk sekurang-kurangnya 10 kali PRU atau 50 tahun menjadi pembangkang di Parlimen Malaysia walaupun parti pemerintah (PR) telah membuat pelbagai karenah dan kurang amanah mentadbir negara. Semua itu kerana para pemimpin UMNO 20 tahun kebelakangan ini terlalu rasuah, korupsi, pengkhianat dan penyamun terhormat buat rakyat Malaysia keseluruhannya. Semua kes rasuah atau pecah amanah yang akan dibangkitkan nanti begitu besar kesannya terhadap rakyat hingga begitu sukar untuk memaafkan UMNO, apalagi membuat pemilihan semula untuk parti maha korupsi (UMNO) ini berkuasa semula. Memang tiada harapan......

Anonymous said...

- Bangsa melayu seperti tidak kisah hidup mereka semakin terhimpit, terlibat jenayah, maksiat dan segala kesusahan hidup yang akan terpaksa dilalui.Diam-diam pak menteri umno bn sudah jadi kaya raya, senang lenang mengalahkan layanan yang sepatutnya raja2 yang sah patut dapat, sebab mereka lebih berkuasa dari penguatkuasa bertauliah yang ada.

- Bangsa melayu tersangat bangga memiliki/membeli kereta nasional, sedangkan rata-rata pak menteri umno bn lebih suka menunjuk2 kemewahan dari kuasa mereka iaitu memiliki kereta buatan luar negara.Potong tangan mereka jika mereka sendiri tidak berani istihar harta yang dimiliki.

- Media massa sepatutnya memberi kesedaran kepada rakyat tetapi digunakan oleh umno bn meNIPU rakyat pada tahap lebih rendah dari kasta pariah.Itulah umno bn, rakyat bodoh, pak menteri senang.

- A.B.U

Anonymous said...

- Kepercayaan umno bn hanya berpegang kepada kuasa dan harta, tidak lebih dari itu.

- Perjuangan UMNO BN hanyalah memastikan anak pm akan jadi pm juga suatu hari nanti sambil-sambil membuat untung dari komisen/projek yang boleh dikebas dari tabung negara.

- Undang-undang ??? Percayalah bahawa hanya dalam kamus umno bn,jawatan dan kuasa didahulukan, undang-undang boleh dilupakan(kerana ada jawatan/kuasa) .

- A.B.U

Anonymous said...

macam mana Aspan? tak nak spin ke bila kumpulan pro pembangkang tewas teruk dalam pilihanraya kampus...rasuah, daftar pemilih yg tak bersih, kena ugut dan macam macam lagi...sedih kan bila apa yg dihajatkan tak menjadi ...doa dah, spin macam pun dah...tapi apo nak buek,orang nogori kato takdo joki...

Mahathir Mohamad ditakdirkan Allah menjadi borak said...

Pak Aspan,

Jamil Khir naik Jet Peribadi Datuk Taufik juga

Anonymous said...

Anon 26 September 2012 22:35:00 GMT+08:00 bagi aku samada dia ni karat parti syaitan atau tak pun jenis manusia akal senteng yang berkitabkan Utusan Meloya & Berita Hairan atau berkhiblat Radio TV Merapu serta TV 3 Suku.

Manusia kalau mengaku maju dan modern tapi pemikiran tahap zaman karnibal dulu, soalan bodoh macam ni jer dia mampu tanya. Dia tak akan tahu pasal komplot 2020 wal hal pemimpin yang dia sokong tahu kerja haram jadah yang mereka lakukan kat budak2 kampus yang rasional pemikiran mereka.

Kalau dengan Anwar pun mereka boleh baut perangai babi dan gangster, apa lagi dengan pimpinan budak2 kampus yang terbuka pemikiran mereka. Kes pukul yang berlaku kepada seorang pemimpin mahasiswa UM adalah satu contoh betapa UMNO BN ni terdesak di mana mana saja.

Pada Anon 26 September 2012 22:35:00 GMT+08:00, elok hang balik mengaji cukup cukup dulu sebelum aju soalan bodoh hang tu. Kalau ada separuh warga Malaysia macam hang ni, bertambah caca marba laa Malaysia ni. Konon nak jadi hakim yang adil...tapi mendengar dari sebelah pihak saja. Apa lah malaon ni..simpati betoi aku kat manusia melayu jenis macam ni.

nick said...

Pak,

Right now we are seeing that mahathir the ex-PM, the ex-president of UMNO and the ex-Chairman of BN is going around furtively trying to campaign for UMNO and BN. It is as if he is the 4 star General of UMNO and it is as if UMNO loses, Mahathir will lose his life too. One has to wonder what motivates Mahathir to keep himself involved in Malaysian politics long after he has retired. His time is over and done for! So what is he after now? What does he wants? There must be a reason for this retired and once a non-member and the next day a member again of UMNO desperate pleas, ranting and dribble. And definitely not because he believes his idiot son Mukhriz is losing his hair due to an overheated brain thinking about malaysia and how he is the only one who can save it!(That guy is bald because he has no gray matter to begin with except for a balck heart stealing millions of FELDA shares). "Masakan tempua bersarang rendah"?

In a democracy, it is natural and normal for government to change and be change. It is the basis of democracy where leaders are elected and not given the mantle through birth right and inherited legacy until the end of the world. So why must UMNO and Mahathir fear a change of government so much? BN has shown that it is unfit to be in charge of a toilet let alone a government. UMNO is unfit to be in charge of anything. Period! Mahathir is a disaster to Malaysian and especially to the Malays.

On the other hand, PR controlled states has shown stellar performance. Record revenues, increased transparency, good governance practice and above all, a government of the people for the people. So why is mahathir is desperately trying to prevent malaysia from being governed by these men who have shown that they are up to the task and capable of shouldering the responsibility with honesty, morally sound intellect and above all with the right sense of patriotism to King and country. So what gives, mahathir?

The answer can only be that UMNO and mahathir are afraid that their wrong doing, crimes, corruption and of course treasonous act will see the light of day. mahathir is afraid that if UMNO is defeated, no one who is on his blackmail list will have the power to hide his wrongdoing. Mahathir is afraid that when UMNO loses, so does his cronies business fortune. Mahathir is scared of spending his future on the run, hiding and of course unable to sleep. mahathir is trying to prevent PR from Putrajaya because he knows that He is a corrupt man, he knows UMNO is an even corrupt party filled with corrupt men like him and he knows that the fate that awaits corrupt men once they lose power is not a happy one to say the least. Mahathir now lives in fear for his lives and for his family and fortune. And for someone who have done so much wrong doing, abuses, corruption, treason and crime against the country and its people, HE should be!

Nick.

Cape tiger.

Anonymous said...

Mungkin ini masih peluang yang ALLAH berikan untuk MAHATHIR bertauabt

Dia merapu begini, hanya pembalasan ALLAH atas kejahatan yang dia buat selama ini terhadap ISLAM, bunuh orang ISLAM (Memali), tutup Sekolah Agama Rakyat, ancam Kerajaan Islam Kelantan jika teruskan Hudud .... ALLAH mungkin bagi peluang kat dia TAUBAT, seperti FIRAUN diberi peluang TAUBAT .... mudah-mudahan dia sempat bertaubat, kerana dah sampai tua pun masih jahat terhadap ISLAM ... kalau tak kesian menjadi hina se hinaaa nya dihadapan pandangan MAHKLUK sebelum mati ....

Anonymous said...

Salam tuan. . Mahathir adalah lambang legasi melayu putarbelit.. .saya amat kesal dengan pengembaraan politiknya yang bersimpang siur , tidak berprinsip , tidak beramanah , mmenuding salah orang dan yang paling seni politiknya DIa buat diri sentiasa tak bersalah walaupun dia tahu dia begitu evil. . Itulah legasi mahathir yang menjadi doctrin pemimpin2 baru. .mempamirkan kelembutan berkeluarga tetapi zalim kepada dengan keluarga orang lain. . Sebagai pengiat politik saya tidak nafikan sya kagum dengan pencapaiannya. .tetapi sekarang bila apa yang beliau lakukan selama 22 tahun akhirnya terbongkar setaip pencapaian tersebut adalah dirancang untuk pembangunan negara dan pada masa yang sama MEROMPAK hasil negara dengan berjaya memperbodohkan orang dengan melayu khususnya dengan bangunan2 yang indah dan sbgainya.. Mencipta kroni walaupun orgnya melayu tetapi tujuan untuk MEROMPAK Lagi. .ini adalah fakta tuan bukan andaian. .saudara buat kajian kekayaan mahahir dan keluaraganya dan sumbangan kekayaan keluarga mahahir pada rakyat.. .kita tidak mahu propaganda dan tipu helah selama 22 tahun di copy n pastekan oleh pemimpin yang akan datang.

Anonymous said...

As Salam Tuan.

Tuhan memberi peluang dan sekaligus petunjuk kepada rakyat negara ini suatu masa dahulu dengan melantik pemimpin dari kalangan "Kutty" ini (Tun Bija Sura, Mahather, Nur Yaacooob, Zamre Kadiak dan yang beselerakkan di Pulau Pinang dan negeri di sebelah utara Semenanjung yang sering mengaku Melayu) untuk memerintah supaya generasi muda selepas ini akan mengambil iktibar terhadap perlantikkan keturunan tersebut yang dilihat boleh menghancur, memfitnah, merompak, memporak perandakan rakyat dan membunuh semangat Islam di negara ini. Bangunlah Melayu jangan jadikan diri kamu selamanya "barua" kepada spesis ini.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Sebenarnya orang Melayu
tidak memerlukan umno untuk maju tetapi umno yang memerlukan orang Melayu untuk terus berkuasa.Siapa la umno tanpa sokongan orang Melayu.Fikir-fikirkan lak sendiri,adakah kita masih memerlukan umno untuk maju.Oh tidak....ABU.....


TemplerMan

Raden said...

masa pak lah pm... tdm kluar umno sbb tak suka pak lah... pastu ajak skali ahli2 yg lain... apa citer?? pooodah bersatu dlm umno...