20 September 2012

Ramalan Dr M akan salah lagi rasanya...

Betulkah pandangan Dr Mahathir yang BN akan menang tipis dalam PRU yang akan datang? Ada yang bertanya samada ramalan ramai yang UMNO akan tumbang ada kebenarannya. Dr Mahathir meramalkan kemenangan untuk BN, tetapi kemenangan yang tipis. Dr Mahathir juga mengakui yang BN akan menjadi kerajaan yang lemah dan akan menghadapi masalah ‘defection’ selepas pilihanraya dan sebagainya. Mahathir meramalkan yang BN akan mendapat majoriti 2/3 jika BN menghadapi PRU kali ini dengan lebih kuat dan melakukan pemilihan calon dengan tepat.

Keupayaan Dr Mahathir untuk menelaah keputusan PRU itu menjadi persoalan kepada yang berfikir. Dalam pada UMNO menghadapi masalah yang besar sekarang, mana mungkin UMNO itu akan mendapat kemenangan majoriti 2/3 di Dewan Parlimen? Walau bagaimana pun sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir sendiri berhak untuk meramalkan keputusan PRU itu nanti, kerana pilihanraya itu pun belum diadakan lagi.

Pihak lain pula ramai yang meramalkan Pakatan Rakyat (PR) akan menang ‘hands down’ dan akan melakukan perubahan besar kepada lanskap politik buat pertama kali dalam sejarah kemerdekaan negara kita. Dr Mahathir berkata yang Pakatan Rakyat ini hanya sekumpulan manusia yang berpakat-pakat untuk melakukan kejahatan. Tetapi semua pakata-pakat yang beliau lakukan sekarang terbukti sebagai pakat-pakat jahat untuk kepentingan segelintiran pemimpin dan kroni-kroni mereka sahaja.

Salah satu dari dua ramalan itu akan menjadi kenyataan: samada yang mengatakan BN akan kalah atau pun pihak yang mengatakan BN akan kekal memenangi PRU itu nanti. Tetapi apa yang hendak saya nyatakan di sini ialah, tidak semua ramalan Dr M itu menjadi kenyataan. Ramai yang berkata Dr Mahathir hanya berkata-kata dengan apa yang beliau hendak dengar sahaja.

Pada tahun 1985 dahulu beliau meramalkan yang PBS (Parti Bersatu Sabah) yang baru sahaja wujud tidak akan berjaya mengalahkan parti Berjaya dan kerajaan yang dipimpin oleh Harris Salleh di Sabah. Dr Mahathir mempunyai keyakinan seratus peratus yang Berjaya akan dapat mengekalkan mandat dalam pilihanraya negeri pada tahun itu kerana PBS adalah parti baru dan tidak mungkin berjaya.

Dr Mahathir begitu berkeyakinan yang Berjaya akan berjaya dan beliau terus memberikan sokongan terbuka kepada Berjaya untuk mengekalkan kuasa di Sabah. Dr Mahathir dalam ucapan beliau di Sabah dalam kempen pilihanraya itu telah berucap dengan penuh keyakinan dan beliau berjanji yang beliau akan berenang atau tenggelam bersama Berjaya.

Akhirnya Berjaya telah tumpas dengan teruknya sehinggakan Harris Salleh sendiri telah kalah di kawasannya sendiri, di Tenom. Tetapi Dr Mahathir berubah pendirian dan tidak mahu tenggelam bersama Berjaya seperti yang beliau janjikan semasa kempen pilihanraya itu. Dr Mahathir sedar yang beliau telah tersalah membuat ramalan terhadap keputusan pilihanraya negeri itu. Dr Mahathir terus berenang dan membiarkan sahaja Harris Salleh tenggelam sendirian.

Sesungguhnya tidak mustahil jika UMNO mengalami keadaan seperti yang dialami oleh Berjaya. Apabila rakyat mahukan perubahan, keadaan itu akan wujud dengan sekelip mata sahaja.

Rakyat akan menolak dan meruntuhkan parti yang telah terlalu lama menjadi ‘sanctuary’ kepada semua pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni yang rakus selama ini.

Rasanya Dr Mahathir akan tersalah ramal lagi kali ini...

25 comments:

wankamarul701 said...

Tun Daim kata hanya Pulau Pinang dan Kelantan negeri yang selamat buat Pakatan Rakyat..camana?

Pok Li said...

Tun Daim juga kata hanya Johor dan Melaka negeri yang selamat buat UMNO/BN...camna?

ibnmustaffa said...

Yang negeri lain tu dimenangi oleh pengundi hantu la... apela, itu pun buat2 tak tau,.. he, he....

Melayu Kena Sokmo said...

As Salam Tuan AA.

Zaman Pak Lah sebaik sahaja dilantik sebagai PM, maka beliau beriltizam mahu mendakwa dan membongkar salah guna kuasa para Menteri dan Timbalan Menteri di waktu itu, maka rakyat memberi kemenangan besar yang tidak pernah dialami sebelum ini kepada UMNO/BN. Lantas fatwa Mahathir Iskandar Kutty mengatakan bahawa kemenangan yang terlalu besar tidak baik untuk parti pemetintah...... Sebaliknya apa terjadi kepada janji-janji Pak Lah? (janji orang mengantuk) Tindakan salah beliau melantik menantunya yang seperti "kera kena belacan" itu sedikit sebanyak dihukum oleh rakyat di PRU12, apabila UMNO/BN hanya "senyum kelat" walaupun menang majoriti mudah di parlimen tetapi "lubuk emas" mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perak telah jatuh ke tangan parti lawan. Isunya adalah sebelum PRU12 lagi, Pak Lah telah membawa pencerahan dan sedikit kelonggaran dengan cara mengurangkan tekanan dan campurtangan terhadap media dan meningkatkan keberkesanan dan keadilan pihak berkuasa dan memperbaiki sistem kehakiman di negara ini dan yang lebih menariknya banyak insentif serta keistimewaan telah diberikan khasnya kakitangan awam. Hasilnya di PRU12 juga, 4 buah negeri telah terbang kepada pihak lawan. Oleh itu marilah kita sama-sama lihat dan membuat tekaan terhadap pentadbiran Parti Najib/Rosmah pada PRU13 ini apabila semua media nasional dan berbayar rata-rata cenderung 99% kepada UMNO/BN (seolah-olah UMNO/BN terlalu sempurna tiada kesalahan langsung), yang diutamakan adalah sepanjang masa memfitnah dan memburukkan pihak lawan, pihak berkuasa menjadi "anjing pemburu" untuk melanyak rakyat yang menuntut perubahan, manakala PDRM, SPRM dan SPR dilihat seperti berkerja hanya untuk UMNO/BN. Kalau di tahun 1998 dahulu, pimpinan Mahathir yang begitu kuat pengaruh politiknya hampir lumpuh kerana pemecatan Anwar, saya yakin 100% kalau PRU di jalankan secara adil dan tidak menipu, maka UMNO/BN di bawah Najib/Rosmah akan kecundang lebih teruk di seluruh Malaysia. Apa jasa Najib? Apa perubahan yang Najib buat? Apa janji yang telah Najib tepati? Melainkan beliau hanya layak dipanggil "Bapa Penipu" selain "Bapa Pengumuman" dan "Bapa Korupsi".

Anonymous said...

hehehe

mcm antu pakcik yg mati masa BERSIH dulu bro...mati 2-3 kali bleh idop balik

caya lahh...keh3!

Anonymous said...

First of all we must remember that UMNOH is the source of all evil. First,Penghulu Segala Syaitan pleaded to us to vote for them ("SYAITAN YANG DIKENALI"). And now the Satan Chieftain spoke again, this time a prediction that The Satanist group would emerge victorious in the forthcoming election by a small majority. Wait a minute....The old Chieftain also said it could be 2/3 majority if bla bla bla........ Don't you think that Syaitan also sometimes get confused.....or uncertain.

Well, Satan has been given the opportunity and power to mislead, but the UMMAH would not fall for their tricks all the time.

Asrul Sani

Anonymous said...

Pak Aspan,

Berdasarkan perkembangan semasa..adalah hampir mustahil UMNO BN akan kekalkan kemenangan atau setidaknya kekalkan kerusi yang sedia ada dalam GE 13 nanti. Lihat saja dalam GE 12 lepas, kadar swing pengundi bukan Melayu yang tidak seberapa pun telah menyebabkan 5 buah negeri jatuh ke tangan PR..inikan pula jika swing pengundi mencapai 50%~80%.

Jika trend dan situasi serta mood pengundi sekarang berterusan sehingga hari mengundi, UMNO BN tidak syak lagi akan tumbangkan melainkan dengan keajaiban dan helah kotor saja mampu menyelamatkan parti tersebut.

Saya tidak pelik kenapa Mahathir bersuara demikian. Sebenarnya apa yang keluar dari bibir Mahathir bukanlah apa yang sedang bergelora di hati dan fikiran beliau. Mahathir sebenarnya sedang resah sengsara dan kenyataan beliau itu tidak lebih untuk menyedapkan hati sendiri selain memberi keyakinan untuk menyuntik semangat sisa sisa penyokong UMNO BN yang ada agar terus pertahankan parti berkenaan.

Apa yang penting ialah PR harus mempertahankan mood pengundi sekarang atau setidak2nya mendedahkan lagi lebih banyak pekung dan dosa UMNO BN supaya majoriti orang rami sentiasa sedar dan tidak lupa betapa UMNO BN ini tidak lagi berwajah UMNO asal, yang ketara ialah betapa parti yang berkuasa lebih 50 tahun ini telah memporakperandakan sistem kehakiman dn perundangan negara. Mahathirlah yang bertanggung jawab menyusun dan meletakkan individu kepercayaan beliau di kementerian2 penting agar beliau dan UMN BN amnya mudah memanipulasikan undang undang semau hatinya. Dan seperti kata Dato Mat Zain Ibrahim ( bekas pegawai polis tertinggi ), manusia bernama Mahathir ini layak dan wajar diadili di mahkamah. Beliau lah bapa perogol kaharmonian institusi kehakiman di Malaysia.

Mahathir sebenarnya sedang bergelut dengan ketakutan akibat dosa dosa dang angkara durjana yang beliau lakukan sepanjang kekuasaan beliau sebagai PM. UMNO BN kini dipenghujung hayat dan kenyataan bahawa UMNO BN masih mampu menang dalam GE 13 nanti hanyalah "gurindam" penghibur hatinya yang akhir akhir ini kerap dibayangi "jerejak besi" dan "kamar sempit berdinding batu".

Barangkali Anwar saja yang dapat meredakan hati seorang si tua yang kian walang dan gundah gulana ini. Pengalaman Anwar disebalik tirai besi dan bilik sempit berdinding batu itu mungkin dapat meredakan hati seorang negarawan yang kini makin aktif menghina dirinya sendiri.

Allah Maha Besar! Maha Suci Allah. Sebaik baik perancangan manusia..tidak mungkin mampu menandingi perancangan Mu. Kepada Mu kami berserah. Sesungguhnya Engkau Maha Adil & Maha Mengetahui.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Esok, Jumaat, kabaunya kerabat2 setan muda yang kita sudah lama kenal nak demo pasal orang2 barat kutuk Nabi saw.....

Kabaunya, mereka nak ajak pemuda Pas demo sekali.....tetapi setahu saya, pemuda Pas sudah atur utk buat dua program....Jumaat lepas dan Jumaat ini......suku sakat setan ni ikhlas ker nak bela Nabi saw???....

Saya tak risau apa ketua setan yang kita sudah lama kenal ni nak cakap atau ramalkan.....biarkan sahaja....dia jenis cakap berputar2....berlapis2.....tetapi TETAP ada niat dan muslihat tersendiri.....

Bagi saya, apa yang Nabi saw sabdakan kita pegang kuat2.....kerana zaman ke 4 yang Nabi sebut sudah berada di pengakhirannya......dan akan terbit zaman ke 5.....InsyaAllah

Bagi juak2 setan yang nak berseronok macam anon sorang kat atas ni, teruskanlah.......

Bolehkah duit Taib Mamut yang berpuloh billion tu membendung kehendak rakyatnya mahukan pembelaan?....mahukan keadilan?....Boleh?

Atau kekayaan yang Mahatdeyyyy dan Daim sudah kumpul sejak 1980'an lagi bertahan???...bertahan dari arus yang Nabi saw sabdakan lebih 1400 tahun lalu????

sekian

gheng lama

p/s - tahun lepas sibuk persatuan bekas wakil rakyat kabaunya nak Najib turun...bila dibocorkan rahsia tu, cepat2 mereka deny.....tahun ni, poster muhideeen nak naik ganti najib sebelom pru 13 sudah naik....sehingga ke kedah pun adaaaa.....Najib ditekan utk buat PRU 13 seawal 2010!...sehingga kini anak razak ni tunjuk liat....tunjuk degil....

teruskan bergaduhlaaaaaa.....sesama sendiri....(tapi ingat!, jangan libatkan agama Islam, bangsa melayu, raja2 melayu, dan kami2 rakyat melayu dan yang bukan melayu yang bukan ahli umno (baru) ni TAUUU!!!)

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Sorry...nak tambah sket lagi....

Daulu2...bila nak PRU....akan keluarlah jaguh2 umno....seperti Ghaffar Baba, Ghazali Shafei, Abdullah Kok Lanas, Musa Hitam....Aziz Tapa....serta sejarahwan/ideologue2 ameno seperti Zainal Kling dan Koo Kay Khim....akan diwawancara dalam TV rtm dan TV 3.....

Kini ramai sudah meninggalkan kita....Musa pun sudah malas dan tak larat nak bela umno....Tok Aziz Tapa wira Jasin sudah lama tak dirujuki....mungkin dia sudah keletihan!...atau sudah meluat??....atau sudah terasa amat malu mahu membela umno (baru) yang sudah tersasar jauh.....

Namun Zainal Kling masih ada hati nak membela.....prof ni nak suruh kita terus menerus ikot setan yang kita sudah lama kenal rupanya! prof ini ingat kita semua beku otak macam dia!!

Maka terlolong la ketua setan yang kita sudah lama kenali ini ke sana ke sini....ke utara ke selatan....jumpa semua orang....orang2 pencen....untuk membela parti setan yang dia punyai itu....yang kita sudah lama kenali dan tahu ini......

kesiannnnn.....dia tak mahu ambik umpama....tak mahu dengar nasihat Nabi Muhammad saw!!

sekian,

gheng lama

mamak Port Dickson said...

Sdr AA,


Sikap Mahathir ni benar-benar memalukan mamak saja!

Anonymous said...

Wan Kamarul,

Ko tak abis baca komen Daim kerrr?....Daim pun diberitakan dalam The Star.....pernah berkata bahawasanya Najib adalah sorang General without army!

Why no army???.....ooooo...Gaji army2 dibayau oleh Field Marshall??....especially the WARLORDS kat bahagian2 tew????

Berani ker Najib nak gantikan warlords2 tu dengan budak2 pemuda zaman dia???....atau dengan budak2 pemuda zaman sepupunya Isham???? ghentikan laaaaa

hehheheheh....

Anonymous said...

Nama pun 'ramalan' dan sesiapa pun boleh meramal, guna daun terup boleh, guna burung boleh, guna busut pun boleh. Kalau nak yg nyata tunggulah masa & ketikanya. Jangan pula bila yg nyata dah tiba, masih berlagak sebagai tukang karut dan tukang sembelih sudahlah.

Anonymous said...

Salam keadilan,
Mahathir bin Mohamad Iskandar Kutty dipanjangkan umurnya pasti ada hikmahnya-'untuk melihat kerosakan yg dia dah buat kat bumi Malaysia ni dan betapa jahanamnya bangsa Melayu 'dijahanamkannya'. Parti yg dolonya untuk orang Melayu (otomatiknya dikaitkan beragama Islam,walaupun sesetengahnya 'kaki tunggang' atau 'taik judik ' atau 'pencinta bini orang') kini dah jadik hak milik bumiputera termasuk bumiputera sabah dan sarawak. Tahniah org UMNO sbb dah jadi parti pelbagai bangsa, pelbagai agama!!! Dah sama mcm DAP, PKR ek. Hebat UMNO-janji ditepati 'untuk khianati bangsa Melayu'.
Madet ni diberikan kesihatan mungkin untuk diberikan kesempatan melihat kehebatan anak-anaknya menyonglap hasil negara. Pasti dia bangga sesangat. Lagi satu yang pasti madet bangga sampai kembang idungnya bila anak jantannya jadi antara pemegang saham syarikat buat arak San Miguel yg terbesar di Asia (peliknya mana pegi ulammamak muda dan tua dlm hal ni. Takkan jadi pemegang saham arak tu dihalalkan kot ataupun dah dpt saham mading-masing...ek) (terbaca kenyataan Harussani Pakar agama UMNO - tegas menyatakan haram dan berdosa memilih pemimpin yg menghina Islam - ditujukan kpd YB DAP Neg Perak yg tidak sensitif dlm mengulas isu agama (jgn diulang lagi kesilapan itu krn kesannya sangat dahsyat-setuju dgn YAB MB KEDAH!!!) -Jadinya nak tanya Harussani, kalau pemimpin yg mengsku Islam terang-terang tolak hukum Islam mcm kata hudud tak sesuai dgn zaman ni, kalau buat hudud kudung semua tangan orang Islam, boleh buat sup tangan, Nabi simpan janggut sbb zaman itu tadak pisau cukur - layakkah org mcm ni diangkat/dipilih sebagai pemimpin?!!! Jawab Harussani saya tak tau la, tapi jawab saya lebih haram, lebih berdosa pilih puak ni jadi pemimpin sbb mengaku Islam tp lantang menghina ALLAH dan RASULNYA!!! Jadinyer orang yg pilih puak ni sama la 'jahanamnya'.
Diberikan madet kutty ni kepetahan bercakap walaupun di usia senja agar lebih banyak kebobrokan parti dia di dedahkan. Lebih banyak kesalahan yang disembunyikan dulu ditelanjangkan untuk tontonan ramai, sehinggakan sanggup Mensyaitankan parti sendiri. Tahniah org UMNO/BN kerana anda redho disyaitankan oleh pemimpin anda. Kalau tak nak jadik setan, keluarlah dari PARTI SETAN, cari haluan baru.
Akhir sekali, jgn terkejut kalau UMNO/BN di'kuburkan' dlm PRU13 nanti akan ada yang mengikutinya, turut dikuburkan, sbb terkejut, serangan jantung-maklumlah dah tue sesangat dan takut dipenjarakan, iyeler... mana la puak ni pernah mimpi akan dibicarakan dan dihukum atas jenayah yg dibuat.
Kita tunggu PRU13 untuk buat perubahan demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat malaysia. Biar madet dgn 'parkinson' dan 'alzhemair' dia.
Tq.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Dua blog yang saya baru baca sudah melapurkan bahawa Najib sudah kena LUTU dalam mesyuarat MT umno (baru) yang baru berakhir!

Perang terbuka sudah bermula.....dalam umno (baru) dari kalangan sesama mereka.....maka benarlah telahan dan ramalan guru politik saya Allahyarham Cikgu Hj Abdul Kahar Ahmad.....(beliau ramalkan perkara ini akan berlaku sejak 2002 lagi sewaktu mahatdeyyyy masih PM!)

Katanya signal mahatdeyyyy sudah diberi.....Muhideeen akan naik gantikan Najib sebelom PRU 13?

Apa kata blok Musa?....Blok Paklah?....Blok Ku Li?....Blok Najib/Isham??....Blok bebudak2 yang mahatdeyyy duk bela iaitu Zahid Hamidi dan Shafei Apdal???...Blok orang kuat buat bising untuk mahadeyyyy iaitu Berahim ali, Zul kulim, Hassan Ahleee dan Zahren???
Blok Raja Muda umno (baru), iaitu Mukrizzz.....

BEGAPA MANYAK BLOK DAAAAAAAA......

Ingat eh, begaduh jangan libatkan rakyat.... yang ramainya bukan ahli umno (baru)!!

sekian,

gheng lama

Anonymous said...

Apa mahathir kata untuk yakinkan orang melayu kerana menang dalam tangan jadi baliklah bersatu sedangkan mahathir sendiri tahu yang umno dah lama tumbang kalau telus.Kalau mahathir kata umno akan tumbang PR 13 tentu sekali berbondong2 lah orang tinggalkan umno kerana general sendiri dah surrender.Kita orang bawahan dah tahu dan terasa yang UMNO akan dikebumikan kerana ombak meluat menyampah benci tengok ragam kelakuan orang umno yang kini menggunakan berbagai cara untuk melekehkan,memperkecilkan termasuk menghina pemimpin PR.Rakyat dah tetapkan pendirian untuk kuburkan umno jadi apa2 yang ditonjolkan olih umno dah tak bolih masok kepala lagi.Jadi janganlah tunggu lama2 lagi panggillah PR 13 sekarang jika PM anak jantan.

Anonymous said...

Mahadey cuba menimbulkan kekalutan dan perasaan keliru rakyat malaysia yg selama ini telah berjaya mengkelabukan rakyat supaya mengambil jalan mudah dan selamat..

Rakyat malaysia sudah mulai kenal hanya ada warna hitam dan putih..kelabu terjadi campuran warna hitam dan putih...rakyat malaysia tidak akan keliru lagi jika sudah kenal warna hitam dan putih...

Sekarang ini warna hitam adalah bn dan warna putih ialah PAKATAN RAKYAT...sampai bila mahadey hendak memperbodohkan bangsa melayu...sebagai mana permulaan mahadey menulis buku`Malay Dilemma`...lihatlah selama 22tahun menjadi pm...apa yg melayu ada??

Ibni Ismail said...

Salam Tuan Aspan,

Melainkan PR dapat lebihan 30% dari apa yg mereka perolehi dlm PRU lalu, BN saya jangka akan menang.

Anonymous said...

Mahatir is hoping to get some sympathy votes from the Malays. He knows that BN/UMNO is going to lose big time in PRU13. Najib is also aware hence his inability to announce date for elections, Najib is hoping for a miracle to happen. Unfornately the miracle will be the rakyat rises to the challenge and votes BN/UMNO out !

Anonymous said...

Mamak kutty ingat ic projek boleh memenangkan berjaya, rupa-rupanya berjaya menghancurkan negeri sabah dengan kebanjiran pendatang asing.

Anonymous said...

For decades, the divide and rule had been most effective and successful......the distrust is extremely high.

BN will win again, by a small margin for another term to " clean up " the mess.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

For your info, sorang dari melayu unconventional yg masuk Dap sudah diserang oleh sorang blogger gemok chap mamak!

This is precision attack by the doctor! I guess Datuk SAK has deeply dented their Felda support! Bigdick oops dogg, could not defend Isa Samad's and the shares that umno warlords swallowed!

Mahatdeyyy AND bigdick ooppss, defends Najib's transformasi??? Saya nampak ini hanya 'damage control' exercise by mahatdeyyy nak cover his boys in MT questioning Najib semalam jaaa! Hahahahahaha

Sekian,

Gheng lama

P/s - ibni ismail, dgn bantuan SPR utk UBN, kalo PR menang gua mati terkejut sambil tergolek. Tapi kalo UBN kalah kat Selangor jugak (tanpa SPR buang nama2 pemilih yg kotor), gua ingat mahatdeyyy dan pang-empatnya, iaitu brahim serta assan ahlee, zul northdheng dan jahren semuanya akan mati terkejut sambil berdiri! Hahahahahahaha

Anonymous said...

Beware mahatir is now in the picture He plays to win he plays dirty and he has a lot of money to play He will never allow anwar to be PM

Abdul Aziz Husain said...

Pak Aspan,

Alleged corruption, rights violations and environmental degradation plague Malaysia's controversial Bakun project.

Anonymous said...

Ramalan orang tua nyanyuk selalu tak betul dan melesit jauh. Mamak kutty bukan Tuhan yg memiliki sifat Maha Mengetahui...Hanya Allah SWT maha tahu apa yg akan berlaku kerana semua yg terjadi dan akan terjadi adalah didalam perancanganNYA.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, agak terlewat mengikuti artikel ini. Pada hemat saya, biarkanlah bapa syaitan itu terus meramal dan meramal, manakala kepada yang ingin menjadi pak turutnya menjadi tukang nujum, lebih manis hentikanlah.Ingatlah, sesungguhnya segala yang berlaku adalah dalam perancangan dan ketetapan-Nya belaka; manakala dia tu hanya mau ikut kepala otak yang hanya disandari nafsu semata-mata. Paling penting, harus difahami bahawa kini bapa syaitan ini sebenarnya hanya meneruskan angan-angan yang hanya akan terlaksana menerusi trillionan taktik kotor para penyokong dan pengampunya di dunia ini. Namun, kalau taqdir-Nya sudah sampai, jangan nanti mereka mati bagaikan mampusnya bala tentera musyrikin dalam Perang Badar, atau kojolnya Abu Lahab kerana diserang sakit jantung mengejut. Untuk itu, sekadar ingatan sahaja, lebih baik kita sekalian memohon pertolongan-Nya dengan banyak bermunajad di samping mengusahakan dengan kuasa pemilihan yang ada untuk menumbangkan regim syaitan ini demi kemaslahatan bersama. Jutaan ampun dan maaf andainya ulasan ini tidak disenangi; saya sekadar berkongsi idea dan pengetahuan yang masih belum seberapa, dan mengalu-alukan sebarang pandangan dan teguran bernas, berilmu lagi berfakta, bukan dengan emosi dan ketaksuban.

Terima kasih dan salam jihad.