30 November 2012

Memisahkan kuasa dari UMNO seperti memisahkan kulit dengan daging

Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan perhimpunan yang paling penting bagi UMNO kerana perhimpunan itu adalah perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya ini. Perhimpunan kali ini menampakkan yang UMNO begitu tertekan dengan ucapan yang bergegar-gegar yang melambangkan perasaan kurang kepastian untuk mempertahankan kuasa yang ada kepada mereka itu..

Berbagai isu yang dilemparkan kepada pembangkang dengan kuat tetapi isu-isu itu jugalah isu yang pembangkang lemparkan kepada BN khususnya UMNO selama ini. UMNO nampaknya tidak tenang menghadapi cabaran demokrasi. UMNO membidas pembangkang seolah-olah penawaran pimpinan gantian di Putrajaya itu seperti melakukan jenayah, sedangkan negara ini memberikan peluang kepada mana-mana parti untuk menjadi kerajaan.Itu sebab diadakan pilihanraya setiap lima tahun sekali.

Seperti biasa UMNO menekankan yang UMNO adalah parti yang berpengalaman. Kerajaan tidak perlu ditukar kerana UMNO telah membangunkan negara ini dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara yang berpendapatan sederhana dan bakal menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti. Bagi UMNO apabila negara itu maju maka rakyat tidak payah menukar kerajaan lagi kerana kononnya rakyat akan menghadapi risiko yang tinggi jika kerajaan gantian itu tidak mampu melakukan apa yang BN telah lakukan.

Tetapi dalam pada itu Najib menjadikan Amerika Syarikat sebagai contoh tetapi hanya mengambil kemenangan Obama yang kekal menjadi Presiden buat penggal kedua itu sahaja. Najib patut mengambil iktibar dan rakyat mesti memahami yang politik ini adalah berdasarkan kepada keadaan sekarang dan masa depan rakyat dan negara. Rakyat AS telah menukar kerajaan puluhan kali walaupun negara itu adalah negara maju. Jika inilah alasan Najib untuk rakyat negara ini tidak boleh menukar kerajaan dan elok di batalkan sahaja pendaftaran parti-parti yang lain dari BN di negara ini.

Dalam pada itu kita telah nampak sikap ahli-ahli Parlimen BN pada hari ini kerana tidak hadir dalam persidangan hari ini kerana menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO. Mereka (ahli-ahli Parlimen BN) tidak bertanggungjawab kerana perhimpunan agung UMNO itu sepatutnya di hadiri oleh mereka yang menjadi perwakilan sahaja sedangkan ramai dari MP-MP BN itu bukan pun ahli-ahli UMNO atau perwakilan ke perhimpunan itu.

Berbalik kepada Perhimpunan Agung UMNO yang kita jelas terlihat ialah perasaan gusar dan takut jika rakyat mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang. Apa yang Najib gagal memahami ialah orang Melayu sekarang mahukan perpaduan Melayu dan kali ini berpadu di luar UMNO. Tetapi apa yang Najib mahukan orang Melayu ini tunduk dan menjadi bangsa yang ‘subservient’ kepada parti. Sepatutnya parti-parti politik lah yang patut ‘subservient’ kepada rakyat dan ahli-ahlinya.

Najib masih memaparkan politik memenjara pemikiran orang Melayu seolah-olah orang Melayu tidak boleh memandang parti lain dan apa yang orang Melayu patut lakukan ialah untuk sentiasa mengangguk dan mengikut sahaja apa yang UMNO mahukan walaupun rasuah yang terlampau yang pimpinan UMNO itu sudah tidak terkawal lagi. Negara kita adalah sebuah negara yang terlalu deras menuju kehancuran kerana rasuah yang sudah tidak terkawal kerana hampir kesemua pimpinan, terutamanya dalam kerajaan itu terlibat dalam kegiatan hina itu.

Pengakhir kata Najib dalam ucapan beliau tadi, beliau telah memohon maaf di atas segala kesalahan yang UMNO dan pimpinannya telah lakukan. Tidak pula beliau mengulas apa kesalahan-kesalahan yang UMNO dan beliau lakukan. Beliau meminta rakyat memaafkan UMNO dan kepimpinan parti atas segala kesalahan.

Najib tidak pula meminta maaf di atas semua salah laku rasuah yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan. Jika rasuah adalah salah satu dari kesalahannya dan meminta rakyat memaafkannya ia sepatutnya pimpinan UMNO melakukan tindakan yang berani dan berjanji memulangkan kembali wang rakyat yang telah dibawa lari dari perbendahaaraan negara secara sistematik selama ini. Sementara memulangkan kembali harta rakyat yang di larikan itu UMNO sepatutnya berehat dan melakukan ‘soul searching’ yang intensif terhadap diri mereka.

Kalaulah ini dilakukan ia boleh menyejukkan hati rakyat yang sayangkan negara. Misalnya jika keluarga Dr Mahathir boleh memulangkan kembali wang rakyat yang hampir RM2 billion yang digunakan oleh anaknya untuk menyelesaikan masalah perniagaannya dahulu ada juga lah nampak keinginan untuk bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat. Semasa Lemahn Bros di AS menggunakan wang kerajaan semasa kejatuhan ekonomi dunia dahulu, sekarang syarikat gergasi itu sedang beransur-ansur memulangkan kembali semua wang rakyat yang di gunakan untuk ‘bailout’ syarikat itu dahulu. Sudah sampai masanya Mirzan Mahathir mengembalikan kembali wang rakyat yang digunakan itu seperti apa yang dilakukan oleh Lemahn Bros itu.

Apa lagi kesalahan yang dimaksudkan oleh Najib yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO itu. Adakah isu komisyen Scorpene yang melibatkan ratusan juta itu salah satu dari kesalahan yang Najib memohon maaf? Bolehlah rakyat maafkan, tetapi pulangkanlah balik wang sejumlah itu kepada rakyat.

Bolehkah Najib menggunakan pengaruh beliau untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan untuk melayakkan beliau mendapat kemaafan? Ada lebih dari RM 7 billion wang royalti  yang sepatutnya dibayar kepada rakyat Kelantan. Itu merupakan kesalahan yang sangat besar terhadap rakyat negeri Kelantan yang mana 98% rakyat terdiri dari orang Melayu.

Inilah di antara ratusan isu yang sengaja dilakukan oleh pimpinan kita dan jika mereka mahukan kemaafan adalah elok UMNO duduk di kerusi pembangkang dan memperbaiki diri dan kembali mendapatkan mandat dalam pilihanraya yang akan datang jika rakyat bersetuju.

Kalaulah BN mendapat kemaafan dengan segala kejahatan rasuah yang mereka lakukan, maka BN akan terus melakukannya setelah mendapat kuasa nanti. UMNO akan kembali meminta maaf dalam pilihan raya yang selepas PRU ini dan rakyat memberikan kemaafan lagi. Jika ini keadaannya maka BN akan lebih bebas melakukan kerja hina yang sudah menjadi kerja  biasa dan ‘normal’ bagi parti yang sudah lusuh ini.

Belum kita lihat sikap UMNO yang percaya kuasa hanya untuk mereka sedangkan itu adalah kuasa rakyat yang akan memberikan ketentuan siapa yang patut mentadbir kali ini. Tetapi pimpinan UMNO ini tidak mahu menerima yang partinya sudah lemah. Usaha UMNO untuk bertahan sudah terlalu kotor perlakuannya. Untuk memisahkan kuasa dari mereka (UMNO) tidak ubah seperti memisahkan daging dengan kulit.

Apabila mereka (UMNO) terfikir sahaja tentang kehilangan kuasa mereka menjadi separuh gila, sedangkan peralihan dan giliran kuasa itu adalah perkara lazim dalam demokrasi. Sesungguhnya UMNO lah yang gila kuasa sehinggakan mereka dan pimpinannya berkata mereka akan bertahan walau dengan cara apa sekali pun. Padahal kita bukan hendak memisahkan nyawa dari tubuh mereka. Kita hanya hendak melaksanakan demokrasi mengikut sistemnya yang ada dengan cara terbuka.

Kepada Najib beliau tidak payah bercakap seperti halilintar memecah bumi kerana berucap secara itu sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang rakyat mahu melihat ‘content’ bukannya gaya berucap. Ia akan hanya menampakkan kelemahannya lebih jelas dari yang sudah jelas kita lihat selama ini.

Kata perpatah, ‘patah tumbuh hilang berganti’ Rakyat bukan saja-saja hendak mematahkan, tetapi rakyat mahu mematah atau mencatas pokok itu untuk ia bercambah dan rimbun daunnya serta lebat buahnya.

Kalau hendak sangat berucap bergegar-gegar itu, eloklah berbahas secara terbuka dengan Ketua Pembangkang. Ini tidak…bercakap bergegar-gegar seorang diri. Kalau bercakap bergegar-gegar tetapi tidak memberi mana-mana pihak menjawabnya orang itu adalah pemimpin yang lemah dan tidak berketerampilan sebagai pemimpin sebenar.

'A genuine leader does not wail and scream'.

36 comments:

Anonymous said...

Bang, orang yang dipilih tak perlu ingatan2 ini yer?

http://www.malaysiakini.com/news/215508

Ingatan2 ini hanya untuk Imam2 dan Khalifah2 dulu ajer yer?

Al Syeh Reezal Merican a/l Naina Merican lebih hebat sejarah nya yer bang?

Woww!!

mahaza said...

Pengakhir kata Najib dalam ucapan beliau tadi, beliau telah memohon maaf di atas segala kesalahan yang UMNO dan pimpinannya telah lakukan. Tidak pula beliau mengulas apa kesalahan-kesalahan yang UMNO dan beliau lakukan. Beliau meminta rakyat memaafkan UMNO dan kepimpinan parti di atas segala kesalahan.

- Setuju nih -

Anonymous said...

Salam Pak AA,

Saya orang Melayu, saya beragama Islam.

Saya sembahyang tak tentu, saya pergi karaoke, saya pergi club, saya ada simpan skandal, saya bagi rasuah, dan saya bukan umat yang patuh agama. Tapi saya ada prinsip. Kalau buat kerja mesti siapkan. Saya tidak bercakap besar. Saya tidak mengungkit. Kalau tak tahu saya bertanya. Saya pakai songkok hanya bila pergi masjid, ziarah jenazah dan ke PAU.

Saya pendebat terbaik di zaman sekolah. Tapi saya tidak sesekali gunakan ayat AlQuran dalam berucap sebab saya tahu saya bukan umat yang baik. Saya tidak berbaiah pada siang kemudian malam hari ke karaoke dan club.

Kelmarin saya penyokong Tegar UMNO selama 22 tahun. Selama ini hidup senang dengan kontrak dari orang UMNO. Tetapi saya kehilangan rakan sedikit demi sedikit. Saya makin senang sedangkan rakan semakin susah. Saya minta maaf kepada rakan rakan dan semua yang telah saya aniaya. Saya insaf.

Selepas ucapan Beliau semalam, saya tekad tinggalkan UMNO.

Sekarang saya faham kenapa saya tidak tenang. Saya faham kenapa Pak AA pun begitu jua. Cukup cukup sudah.

Dan hari ini saya begitu tenang.

-Wira Tak Didendang-

Anonymous said...

kami rakyat yang ditindas selama 50 tahun ini cuma nak kata ni aje.kami anggap jijiknya umno lebih teruk daripada najis babi.dan bencinya kami kepada umno lebih teruk pada yahudi.sebab umno suka yahudi.APCO dapat juta juta

Anonymous said...

SELAMATKAN NAJIB!

Headline UTUSEX hari ini.

(maaf, saya baca terbalik!)

Tapi sapa yang suruh selamatkan Najib ni? Najib sudah kelihatan bersendirian jer sebab Musa Hassan dan Deepak sudah mula kerja yang rapi diatur oleh orang tu!

hahahahah

Anonymous said...

Reezal merican naina merican darah keturunan keling mengaku melayu sama juga ngan madey kutty.

Anonymous said...

Bang, kang kita kata bodoh mereka marah. Kalu akar umbi umno standardnya makan ubi kayu ajerlaa

Duit dari Michael Chia tu untuk yang kat atas tu mentekedarah pizza, steak, steamboat, sea-food dan ulik2 chinadoll!!

Awat baghal?

Anonymous said...

Umno sudah pulih,itu kata najib. Maknanya benar umno berpenyakit. Jika orang sakit stroke,ia pulih sekejap sementara kena serangan kedua yang membawa maut. Begitukah umno dlm pru 13 nanti. Setuju dr aspan?

Anonymous said...

Najib hopes the UMNO delegates will turn soft like taufu with his 'wails & sreams' and then support UMNO in GE 13; that is how Mahathir achieved his aims, by weeping and UMNO members became fluid and backed him.

Anonymous said...

Najib terjerit-jerit sewaktu berucap kerana dirasuki jin yang masuk ke dalam dirinya. Menjelang perhimpunan besar seperti ini Rosmah akan memanggil segala dukun dan bomoh bagi memberi pelindung serta penyuntik semangat kepada suaminya.

Kerana bilangan yang ramai, jin-jin pendamping tadi berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk mengampu pembawanya. Akibatnya mereka berlawan sesame sendiri lalu ada yang bergayut-gayut di telur si Najib. Maka ketika itulah Najib akan terpekik terlolong macam orang hilang akal dengan muka kemerah-merahan menahan senak……….

Sayang sekali kali ini satu lagi Jin tak dapat hadir kerana keuzuran, Jins Shamsuddin.

Jerlun Lana bulu said...

UMNO menekankan yang UMNO adalah parti yang berpengalaman. Kerajaan tidak perlu ditukar kerana UMNO telah membangunkan negara ini dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara yang berpendapatan sederhana dan bakal menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti.

Jawapan : Janganlah berbohong Najib dan Udin.Umno cuma ada pengalaman mencuri tanah,balak,saham,komisyen dalam urus niaga Emas dan Sawit,Yang mentadbir negara ini adalah semua Pegawai tadbir dan Diplomatik( PTD).Menteri cuma buat keputusan setelah bertanya kpd PTD tentang keputusan.janganlah bohong Najib!

perhimpunan agung UMNO itu sepatutnya di hadiri oleh mereka yang menjadi perwakilan sahaja sedangkan ramai dari MP-MP BN itu bukan pun ahli-ahli UMNO atau perwakilan

Jawapan : Kesemua MP BN itu sedar parti komponen dalam BN akan gulung tikar dalam PRU 13.Rakyat akan menjadikan BN parti pembangkang!Mereka dah mula rasa gerun!

beliau telah memohon maaf di atas segala kesalahan yang UMNO dan pimpinannya telah lakukan.

Jawapan : Maaf saja tidak cukup Jib! Engkau sepatutnya menyenaraikan kesalahan rasuah dan berapa banyak wang rakyat yg telah disunglap oleh Ma'atdeyy,Dolah Kaki tido dan engkau sendiri dg Scorpene.Engkau tidak pernah bertanya budak engkau Zahid Hamidi perlari wang dari komisyen yg didapati dari kroni-kroninya di Mindef

pimpinan UMNO melakukan tindakan yang berani dan berjanji memulangkan kembali wang rakyat yang telah di bawa lari dari perbendahaaraan negara secara sistematik selama ini.

Jawapan : Setuju! Pulangkan balik wang Rakyat! Kesemua kabinet BN semenjak dari Ma'tdeyy hingga kini mesti dibicarkan di Tribunal Rakyat.

Rakyat Malaysia kesemuanya tidak dapat menerima minta maaf darimu Jib.Rakyat sedar semua pemimpin UBN tunjuk muka kesian!Orang pun tahu Najib berani ckp berdekah-dekah tetapi kosong cakap sorang diri!Cukuplah engkau menggunakan professor kangkung utk mengembalikan keyakinan Rakyat.Kami tidak mahu diperbodohkan oleh BN lagi melainkan menjadikan BN parti pembangkang!Tribunal Rakyat mesti diadakan utk menghakimi salah laku menteri kabinet Ma'atdeyy,Dolah KT dan engkau juga Najib.

Inilah Qada dan Qadar

Jerlun Lana Bulu



Admin007 said...

lalu sebelah The Mall tiba2 terbau busuk... rupa2nya ada Perhimpunan Lembu2 SeMalaysia... Bapak2 Lembu bercakap, anak2 Lembu semuanya moooooo!!! sambil bukak mulut yg besar & bertepuk... Memang dasar Lembu Dulu, Kini dan Selamanya!!!

Melayu Kena Sokmo said...

As Salam Tuan Aspan.

Najib memberi taklimat dan memburuk-burukkan pembangkang di PAU boleh ditamsilkan seperti Ali Baba sedang memberi taklimat di dalam gua kepada 40 Penyamun, sebelum pergi merompak dan menyamun rakyat lagi.

Sayugia diingatkan, Jib Gor adalah Perdana Menteri yang paling korupsi dan paling bodoh di rantau Asean ini. Bini beliau seperti "Red Indian mendapat kuda (kuasa)", betina yang berusia 3 tahun melebihi suaminya ini ibarat langsuir yang sentiasa melekatkan taringnya di leher suami yang sememangnya telah kenyang makan "Nasi Kangkang" sejak sekian lama.

Lantiklah Ketua Cawangan UMNO sekalipun pastinya akan jauh lebih baik dan berkredibiliti daripada Jib Gor ini.

Anonymous said...

MOSES KATA: Sejarahwan CINA dan TOKOH akademik ,PROF DR KHOO KAY KIM berpesan pd pembahas usul PAU " BETULKAN PERSEPSI BUKAN MELAYU" - baca utusan malaysia bertarikh 29 Nov 2012 muka surat 12. Baca jgn tak baca- saya bersetuju dgn PROF KHOO. Bukan sebiji berlorix kena kat UMNO.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan & Pengunjung Blok;

Memanglah menyeksakan jika orang sedar kuasanya akan ditamatkan.
Orang yang hidup di sepat kulitnya.
Orang salah yang ditayang vedionya.
Kuku dicabut dari isinya.
Orang yang salah menegakkan kebenarannya.
Orang salah yang sedang menunggu penggantungannya.

Orang yang ketakutan dusuruh bercakap.
Orang yang bersalah disuruh menengakkan kebenaran depan umum.
Penyamun ditangkap sedang menyamun.
Pelahap ingin menyorokkan laba yang terlalu banyak hingga tak dapat ditutup.

Jika kita biasa mendengar, gambaran manusia semasa sakatulmaut hadir mencabut nyawa.......

Begitulah gambaran yang dapat ditafsir semasa berucapnya president yang dicalun tanpa dipilih oleh pertubuhan yang bernama umno.....

Ketahuilah oleh mu, hidup itu benat mati itu hisab itu besar, pembalasan itu benar.......

Bertaubatlah semasa kamu boleh bertaubat.......myi




Anonymous said...

Saudara Aspan,

Minta maaf memang mudah sangat. Bertaubat amat sukar. Kalau nak bertaubat selain dari meminta maaf perlu berjanji tidak buat lagi serta memulangkan kembali apajua yang telah diambil secara batil. Bolehkah UMNO buat begitu?

Cahaya Qalbu said...

The UMNO-led government have forgotten their role – to serve the people. Rakyat are constantly trampled, cheated & bullied. We are also told to be grateful for what they have done. How dare they talk like that? Who elected them? Who pays their salaries? Who pays the taxes needed to run the public agencies? Its us, the rakyat.

The rakyat are the boss, lest they forgot. Let's vote ABU because what we want is a government of the people, by the people, and for the people. These incompetent and hypocrite BN leaders are not anointed by god, dropped from heaven with bags of money to do us some favor. They owe their position to us – the RAKYAT!!

ordinary malaysian said...

Setelah lebih setengah abad berkuasa, tidak hairan lah Umno menganggap diri sebagai berhak memerintah Malaysia selama-lamanya. Jadilah, tidak harian mereka merasa kulit dan kausa adalah sama suatu sama lain. Ha ha. Itulah digelar kulit atau muka tebal. He he.

Umno bukan mementingkan orang Melayu kerana sayang pada orang Melayu tapi kerana sayang pada diri sendiri. Umno cuba berlagak macam mementingan orang Melayu kerana tanpa sokongan orang Melayu, Umno tahu mereka tidak berpelung melanun khazanah negara. Malangnya, Umno masih belum terbangun dari mimpi syiok sendiri. Orang Melayu sekarang bukan lah tidak boleh berfikir lagi. Mereka sudah pandai menilai kerana masa sekarang, tidak seperti dulu, bukan saja ada media masa urus perdana yang semuanya kepunyaan Umno atau kroni-kroni mereka, tetapi juga terdapat media massa internet alternatif yang tidak terikat mahupun terhutang pada Umno. Kesian lah Umno, mereka ini tertinggal masa.

Unmo boleh berputar balik sesuka hati, tetapi rakyat sekarang tidak mudah terpengaruh dengan cakap-cakap atau janji-janji manis siiblis ini(gelaran 'iblis' courtesy of the good doctor - Mahathir sendiri lah)

Apakah Umno dapat berubah? Kalau ditinjau saja dari apa yang telah disuarakan mereka sendiri, sekejap kata Umno akan berubah and sekejap kata tidak ada apa apa yang perlu diubah, boleh kah Umno dipercayai langsung?

Saya rasa Umno memang tidak tentu haluan lagi dan adalah pada hujung jalan mereka (at the end of the road for them). Dalam keadaan nazak ini, tidak harian lah ucapan ucapan pemimpin-pemimpin mereka semuanya tidak masuk akal.

Tidak ada sepatah pun dari mana mana ucapan di perhimpunan Agong Umno yang menyentuh tentang bagaimana Umno dan kerajaan Persekutuan yang mereka terajui sudah begitu lama itu, akan mentadir ekonomi negara dengan baik, terutama tentang macam mana kerajaan akan cuba mengurangkan hutang negara yang sebenarnya sudah mencecah had undang-undang iaitu mencecah 55% GDP (pengeluran kasar negara). Tidak ada sepatah pun tentang bagamana hendak menarik pelaburan asing terus (FDI)

Yang terdapat adahlah hanya kritikan lantang terdapt pembangkan yang tidak berasas. Ini adalah satu tanda tanda jelas bahawa Umno sudah kehilangan arah and sedang mengigau ketakutan.

ayba said...

Bukan unuk kelangsungan Melayu, akan tetapi kelangsungan peluang mereka untuk menggunakan harta benda kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Anonymous said...

Kita tahu modal dan pendekatan UMNO untuk mohon sokongan ahli2 umno dan rakyat.Ketubah dimesjid dimasukan juga perkara yang sama tapi ini semua dah terlambat kerana rakyat terutama ahli umno bawahan ni digunakan sepenuhnya untuk memenangkan mereka semula lepas tu mereka buat sesuka hati untuk puaskan nafsu mereka.Rakyat perlu bijak dan dah pun bijak untuk mewujudkan two parti system supaya pilihan ditangan rakyat dan ugut mengugut dah tak laku lagi.Umno kita dengan untuk beberapa hari ni ugut,hina,perlekehkan pembangkang ,panggil mat sabu sebagai mat sabun adalah tanda2 mereka dah latah dan hilang panduan dan pedoman.Kita sama2 tengok satu dua minggu ni samaada ketua cawangan umno berkobar2 atau menikus bila balik kekawasannya.Kita perlukan penjelasan ,penyelesaian dan perancangan untuk merengan beban rakyat tapi ini semua tak berlaku.Kalaulah pemimpin tak bolih terima cabaran atau terima kekalan eloklah jangan jadi pemimpin.Kalau pembangkan berterusan kalah semenjak merdeka dimana mereka terima dengan baik mengapa tak pemerentah sekarang mempunyai sikap yang sama after all jawatan itu amanah bukan untuk sendiri ,keluarga dan kroni.Semua pemimpin Umno yang atas pentas PWTC penuh dengan masaalah jadi kalaulah ada yang masih percaya dan yakin saya tak tahulah apa nama manusianya yang menyokong umno tu dan tunggulah bala dari Allah nanti.Umno dah kehabisan modal apabila bercakap semuanya balik kepadanya kerana dia yang pegang steeringnya.Saya ikut perhimpunan umno tapi kali betul2 nampak mereka cukup cemas sedang mencari talian hayat yang mustahil dapat dalam tempoh empat bulan ini.Jadi kita harapkan cepatkan PR13 diadakan supaya negara ini tidak dibebankan dengan hutang yang munasabah. Wallah hu alam .

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Sebagai orang lama malahan dah pencen dari menjadi ahli umno maka tuan pasti arif dengan strategi umno ini. Mengugut,menghina lawan, menakut nakutkan penundi, meninggikan diri dan dalam masa yang sama merayu ihsan, memberi imbuhan, memohon maaf, merendah diri..

ini semua strategi umno sejak berzaman. Pakatan pembangkang kena guna cara berbeza yang lebih berhemah dan telus.Sekiranya cara, perangai, sikap dan strategi sama sahaja dengan umno maka pengundi akan berfikir banyak kali sebelum beralih arah.

UMNO will never change said...

Pak Aspan,

Why people wail and scream?

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Bagi UMNO, wang yang telah dimasukkan ke dalam kocek tidak boleh dipulangkan, malah mereka ni nak lebih dan lebih dan lebih. Oleh itu, kerajaan selalu mengamalkan 'bailout' untuk semua GLCs dan syarikat kroni. Siapa yang kena tipu - rakyat lah!

Anonymous said...

how about wang pampasan RM207 billion oleh kerajaan Jepun kepada buruh paksa di Malaysia. Pampasan ni pon telah dibayar ( sekitar tahun 2007 ???) kepada kerajaan Malaysia.....

Qaseh Bonda said...

Bila dengar antara Najib dan Anwar berucap jauh panggang dari api.

Anwar Ibrahim mengemukakan fakta sedang Najib semuanya auta. Kesian Najib, terserlah kebaculan anak jantan.

Bertambah-tambah malu lagi kalau seluruh perwakilan UMNO terus memuja Najib sebagai PM.

Berlapang dada apalah salahnya. Terima saja kenyataan yang UMNO sudah tua untuk memerintah. Akar UMNO sudah reput.







Anonymous said...

KITA SAMA KITA...

Kita pernah fitnah
Kita pernah komplot
Kita pernah sabotaj
Kita pernah bunuh!

Kita serupaaa!

Najib TAKOT dgn sapa yer??

Anonymous said...

Buat-buat menangis rupanye semua penyamun lebih teruk penyamun Lembu betina.
Yang lain cukup kenyang beg berisi PAU.

Anonymous said...

Confirm yang dengar pengucapan dan hadir di AU itu adalah dari golongan lembu-lembu jantan tua, muda, betina dan betina muda. Mereka amat berani seperti lembu Sepanyol dan Mexico yang ditunggang "Rodeo" kerana memakai tutup kepala merah dan berpaksikan keris telanjang yang ditamsilkan Melayu telah ditelanjangkan oleh bapa-bapa lembu ini.

Akhir kata, rupanya terlalu ramai bangsa Melayu masih lagi terlalu bodoh dan mudah di "lembu" kan oleh para pemyamun di dalam ini negeri. Bimbang nasib bangsa Melayu sekiranya parti 'Munafik" ini masih diberi kuasa oleh juga spesis "lembu" yang di luar sana, maka tunggulah kehancuran sebuah bangsa yang kononnya gah suatu masa dahulu sama seperti bangsa Monggol.

Tetapi sekurang-kurangnya Melayu ada "Mat Monggol" yang buat anak dengan minah Monggol melalui saluran hadapan dan belakang kemudian diletupkan oleh Bini Puaka beliau bersama janin 4 bulan kerana bimbang bermadu dan tidak merasa wang komisen kapal selam yang tidak boleh menyelam.

Melayu Lembu, dulu, kini dan selamanya masih ada di kandang PWTC. Selamat menjadi korban setelah diberi makan dan tempat tinggal yang agak selesa selama hanpir seminggu.

Anonymous said...

Berita yang sudah lama saya tunggu akhirnya keluar juga.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/12/01/fahaman-syiah-meresap-dalam-pas/

Setelah banyak khutbah Jumaat memberitahu orang2 melayu tentang SYIAH dan bahaya SYIAH, berita ini akan menjadi besar.

Tiada jalan lain bagi umno untuk kekal kuasa, bila mereka guna isu agama, maka itulah penyudahnya.

Bab LGBT, Pluralisme, moral pemimpin (baca tuduhan ke atas DSAI) masih kedengaran Jumaat lepas!

Kita tunggu langkah umno seterusnya. Mengikut Mediaperak/Kingofgoblok, PRU pada bulan 4 (April)??

Menyusul kemudian, tarikh 13-5-13.

Anonymous said...

Mamat muka 'TILAM' ni nak ajar kita? Dia nak ajar KPN? CLEAN IGP??hehe

Mula2 ada berita kata dia nak masuk Pas. Dia deny dan mati2 kata dia mahu remain NEUTRAL!
Kini dia muncul 'menampalkan imej NEUTRAL' bersama2 dengan INCIK Sanjeev (orang PKR?)

http://www.youtube.com/watch?v=fix-5_V3Lhs&

(Dengar baik2 PC ni. Secara teratur dia BUILD-UP his case)

Dia sebut kerisauan Sultan Perak
Dia sebut 'broken window concept?'
Dia sebut auxiliary police dan polis tak puas hati. Instructions from KDN? Not blaming anyone? Police Act? Taking orders from others? DIA TEMBAK SEPUPU NAJIB!

Selangor - many illegal gambling? Even sudah masuk Ke dalam Felda di Selangor?

Criminals attack polis? No more respect?

Ketua2 polis must 'LOOK AT THEMSELVES'? Introspect? Dia ni SUCI?

Police officers close and become business partners with criminals?

NGO suruh KPN tukar Deputy Chief Police of Selangor utk bertindak atas gangster India??

(Saya teringat pada tahun 2010 dia ada sebut tentang letupan di dua tempat!)

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku disebalik serangan bertalu2 ini??

JAGA2LAH semua.

Anonymous said...

Read carefully:

http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=44463:evil-dr-m-putting-the-final-touches-to-big-trouble-to-cling-to-power&Itemid=2

Kita TIPU DULU untuk jamin kita MENANG
Mereka akan kalah, maka mereka akan MARAH dan BERDEMO
Geng2 kita BUAT KACAU
Maka kita boleh BERTINDAK!

May 1969 script (with some modifications)

Anonymous said...

salam.
Betapa hinanya 3 Naib Presiden Umno di panggil 3 EKOR oleh Najib semasa ucapan pengulunggan terima kasihnya. ..adakah najib tersasul atau bergurau atau sememangnya 3 orang menteri memang setaraf dengan......

Anonymous said...

Salam ,

Saudara Jerlun bercerita tentang PTD yang membuat semua kerja kerajaan..jadi kami yang bukan PTD ni buat apa? PTD adalah kelahiran British yang bertujuan memastikan semua peninggalan mereka masih diteruskan selepas 55 tahun merdeka. Semua arahan ketua jabatan yang juga PTD adalah untuk dilaksanakan. Mereka lah yang menjadi pak turut selama ini untuk membuat segala kerja yang diarahkan membabi buta. Ini termasuklah arahan untuk 'menghukum' rakyat di kawasan parlimen, dun dan negeri yang BN tewas. Kami yang bukan PTD terpaksa mengikut arahan secara paksa. Segala dasar dalam Perkhidmatan Awam ditentukan mereka apalah tidaknya kepala dalam PA adalah PTD dan diikuti oleh semua KSU dalam kementerian. Senario KPPA yang ditamatkan perkhidmatan dan lantikan KSN baru yang secara terangan menyokong BN merupakan indikator yang tepat dalam hal ini. Adalah merisaukan kami jika selepas PRU13 kerajaan bertukar sekiranya generasi British ini akan melakukan sabotaj kepada kerajaan baru pimpinan PR kerana mereka inilah yang akan menjadi KSU, Ketua Pengarah, Setiausah Sulit dan Pegawai Khas Menteri. Sesungguhnya kesetiaan mereka diragui apatah lagi selama ini mereka turut berkongsi laba dalam segala projek dan penyelewangan Menteri UMNO dan BN. Rantaian kekayaan ini sengaja diciptakan oleh British melalui parti yang diciptakan mereka dan yang tidak digelar komunis seperti UMNO MCA MIC supaya Malaysia terus didalam acuan mereka. Bayangkan 55 tahun berlalu dan bagaimanakah akar umbi yang telah meresap di dalam tanah dikeluarkan, dicuci, dan diperbetulkan?

Barangkali bukan sahaja kerajaan BN perlu ditukar, malah PTD yang sering membuli perkhidmatan lain turut mesti dikuburkan. Silalah bertanya berapa ramai PTD yang turut serta dalam PAU setiap tahun menunjuk muka dan melobi jawatan. Jangan lupa juga semak harta dan kekayaan mereka.

-Cikgu Pencen

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, agak terlewat mengikuti artikel ini. Pada hemat saya pula, sebenarnya UMNO yang ada kini sedang cuba berlagak seolah-olah merekalah Khaliq (Pencipta), bukan makhluq (yang dicipta). Nah, bukankah itu perangai Fir'aun laknatullah? Tidakkah terlintas di hati sekalian yang berucap berdegar-degar bagaikan diri mau qiamat itu, manusia tiada yang sempurna 100 %? Bayangkan, dalam sejarah dakwah para Ambiya, termasuk junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, Baginda juga pernah ditegur? Walaupun demikian, sudah pasti teguran yang Baginda terima merupakan wahyu Allah serta punya hikmah tersendiri yang tak mungkin boleh disamakan dengan teguran dankritikan yang seseorang seperti kita, insan biasa ini, patut terima. Malah, bukankah sejarah turut mencatatkan bahawa antara kegemilangan ketamadunan Islam awal ialah apabila pemimpinnya turut dibarisi menteri daripada kalangan ulama pelbagai latarbelakang keilmuan, malah ketika menerima amanah jawatan seperti di zaman Khulafa Ar-Rashidin, ucapan dasar mereka itu sahaja cukup menggambarkan peribadi seorang hamba Allah yang tawadhuk? Oleh itu, UMNO tak usahlah nak marahkan kita, rakyat bawahan ini, kerana, merekalah sebenarnya yang buta mata dan pekak telinga; tak pandai bermain muzik dan menyanyi, masih nak juga berlagak jadi artis muncul di "concert" ... Agaknya, tak tau malukah mereka tu, kan?

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

For Cikgu Pencen,

http://www.idhamlim.com/2012/12/suhakam-penjawat-awam-boleh-ikuti.html

My boss had gone for the whole week from his office to show his face at PWTC. Claiming as part of the job.

A bullshit PTD officer.

insafdoh67 said...

Betul pak. Mcm nk pisahkan Roh dan Jasad.. Ketakutan yg amat sgt dlm tempoh 36thn sy kenal puok UBN ni. Mcm npok Malaikat yg d kenali nk cabut nyawa. Meroyan dan Sasau. Mcm x blh dgr psl Pakatan jd GILA. X pernah ku lihat UBN mnjdi Hilang Pedoman x tau nk buat apa. Sepanjang ku kenali memang inilah perangai Setan yg d kenali. INSAFLAH...