13 November 2012

Pesakit kanser wajar berehat atau direhatkan

Saya tidak dapat memikirkan alasan-alasan yang munasabah untuk kita mengekalkan UMNO sebagai pemegang amanah negara kerana segala-gala yang dilakukan dan kegagalan UMNO selama ini sudah ‘terbonggeng’ dan sudah dirasakan oleh semua rakyat. UMNO ibarat pesakit kanser yang ‘terminal’ kerana hampir semua sel-sel dalam tubuh UMNO itu sudah mati. Penyakit kanser ini merupakan satu penyakit dalam mana sel-sel di dalam tubuh kita telah mati dan sel-sel yang masih hidup itu pun akan berbunuh-bunuhan sehingga penanggungnya, iaitu tubuh dan jasadnya mati.

Seperti penghidap kanser, ia akan selalu berusaha untuk mengubati penyakit yang merbahaya itu, tetapi akhirnya tubuh akan mati juga. Pesakit dan penghidap kanser akan melakukan apa sahaja untuk berubat samada menggunakan ubat tradisi atau ubat-ubat moden di hospital-hospital. Selalunya pesakit kanser akan berbuat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Jika ada yang memberikan nasihat untuk pergi ke tempat-tempat di mana-mana sahaja untuk berubat pesakit atau penjaganya akan pergi untuk memberikan harapan untuk terus hidup.

Tetapi akhirnya pesakit-pesakit kanser yang sudah pulih itu hanya mengalami pemulihan sementara sahaja dan akhirnya mereka akan mengakhiri kalamnya kerana penyakit itu juga. Tetapi saya tidak menafikan yang ada yang selamat sehingga satu jangka yang lama (dengan izin Allah), tetapi lambat launnya pesakit itu akan meninggal kerana penyakit itu.

Begitu jugalah UMNO. UMNO sudah menghidap penyakit ini agak lama, tetapi oleh kerana UMNO ini parti kaya-raya dan dipimpin oleh semua pemimpin-pemimpin yang ‘kaya baru’ maka hayatnya telah dapat disambung kerana yang kaya selalunya akan dapat berubat dan pergi terbang ke seluruh pelusuk dunia untuk berubat. Penyakit kanser UMNO ini sebenarnya sudah lama kerana ramai yang berpendapat ia mula merebak sejak pemerintahan Dr Mahathir. Tetapi UMNO mampu berubat kerana kekayaan pemimpin-pemimpinnya maka UMNO dapatlah untuk terus hidup sampai ke pilihanraya 2008 dahulu walaupun tanda-tanda kematian sudah jelas nampak apabila hilang majoriti 2/3 di Dewan Legislatif Parlimen.

Tetapi seperti yang saya katakan tadi, yang akan membunuh UMNO itu ialah penyakit kanser yang dihidapi selama ini juga. Sebagai pesakit kanser seseorang itu terpaksa berbelanja besar untuk membeli ubat dan membeli ‘supplement’ yang mahal-mahal untuk menyekat kemaraan penyakit kanser itu.

Maka kita sedang melihat bagaimana UMNO terpaksa berbelanja besar untuk merawat penyakit yang dihidapinya itu. Najib terpaksa ke hulu ke hilir serta mundar-mandir ke darat dan ke baruh untuk memanjangkan usia parti yang sedang menghadapi penyakit yang serius itu. Sekali Najib melawat jutaan wang ringgit dibelanjakan dan semuanya ini adalah wang rakyat. Seperti yang saya katakan peruntukan besar terpaksa diadakan untuk membeli segala ‘supplement’ yang dikatakan baik untuk mengekang penyakit ini daripada merebak.

Najib akan mendengar semua nasihat penasihat-penasihat dan rakan-rakan karibnya akan melakukan apa sahaja untuk mengubati penyakit yang amat sukar diubati itu. Di antaranya ialah satu ubat yang dinamakan ‘BR1M’ iaitu bantuan rakyat 1Malaysia. Ubat BRIM ini amat mahal harganya untuk memujuk sel-sel yang ada di dalam tubuh UMNO itu supaya tidak mati. Berbillion harganya ubat ‘BR1M’ ini.

Satu lagi usaha ialah dengan meminta semua sel-sel di dalam tubuh itu supaya tidak membunuh satu dengan yang lain. Ramailah pemimpin-pemimpin UMNO yang telah pergi ke Yayasan Perdana di Putrajaya untuk mengangkat sumpah di depan pemimpin besar UMNO supaya tidak membunuh di antara satu dengan lain kerana kanser disemarakkan oleh bunuh membunuh di antara sel-sel yang masih hidup itu. Ramai pemimpin UMNO telah pergi mengangkat sumpah di depan Dr Mahathir dan berbai'ah untuk tidak mensabotaj calon-calon BN dalam pilihanraya nanti.

Itulah sebenarnya penyakit UMNO itu. UMNO juga tahu yang pesakit kanser yang sudah sampai ke tahap ‘stage 4’ akan kurang diyakini oleh orang ramai untuk melaksanakan tanggungjawab. Pesakit kanser akan hanya dapat melambatkan kemaraan penyakit itu dengan berehat dan jauhi dari segala bentuk tekanan yang dianggap ‘stressful’ kerana perasaan tertekan itu akan memburukkan lagi penyakit itu.

Itu sebabnya UMNO kian hari kian lemah kerana terlalu tertekan dan tidak mungkin boleh memperbaiki kesihatannya. Kerana tekanan yang terlalu serius maka kita sedang melihat kesihatan UMNO itu semakin hari semakin buruk.

Itulah sebabnya rakyat meminta UMNO untuk berehat dan pergilah buat pembedahan yang mana patut semasa dalam berehat itu. Tetapi sebagaimana sikap pesakit, mereka susah untuk menerima hakikat yang mereka terpaksa melakukan pembedahan-pembedahan yang amat diperlukan itu.

Rakyat perlu memaksa UMNO pergi melakukan pembedahan dan berehat sebanyak yang mungkin. Sementara itu tanggungjawab menjaga negara dan rakyat ini biarlah dilakukan oleh pihak lain yang sudah terbukti lebih sihat dan walafiat.

UMNO perlu memahami keutamaan mereka. Keutamaan mereka ialah untuk berehat dan melakukan pembedahan. Jangan fikir lagi untuk masih berada di pejabat dan bekerja. Kalau masih mahu bekerja pun ia tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada negara.

Kepada UMNO, pergilah berehat. Jaga kesihatan yang sudah terlalu uzur itu. Itu lebih afdhal. Bersihkan segala ‘toxic’ yang ada di dalam tubuh UMNO itu. Makan dan minumlah makanan dan minuman yang mempunyai kandungan ‘alkaline’ yang tinggi untuk mengurangkan ‘toxic-toxic’ tersebut.

22 comments:

Anonymous said...

Pemimpin UMNO g angkat sumpah depan Mahathir? Tersilap taip kut atau sungguh ni? Tolong jelaskan.

Anonymous said...

Pak Aspan

Yakinlah, datangnya PRU 13 Pesakit Kanser (UMNO/BN) akan di rihatkan oleh Rakyat Malaysia, dengan izin Allah swt.

sizzly7761 said...

Salam. Satu analogi yang tepat bagi sebuah parti yang sel kansernya berpunca dari virus Rasuah,Kronisma,Bodek,Ampu dan Tidak Amanah.Pesakit ni rajin berubat cara moden dan tradisional, tapi tak pernah nak berpaling pada 'Doa'(Allah dan Agama). Justeru itulah maka payah nak 'sembuh'.Kalau 'sembuh' tapi perangai tetap tak semenggah pun tak guna. Senang cerita ganti 'orang baru' yang lebih sihat dan akhlak terpuji,Telus,Tak Rasuah dan Amanah! Lagi senang cerita gantikan UMNO dengan PR!

Aspan Alias said...

Anon 13:58,

Isu bersumpah dan berbaiah disepan Mahathir oleh pemimpin-pemimpin bahgian-bahagian sememangnya telah berlaku.

Begilir-gilir negari pergi di gerbang perdana putrajaya untuk bersumpah tidk sabotaj parti.

Ia memang dilakukan atas initiative Mahathir.

Anonymous said...

org2 melayu angkat sumpah dekat dap ada tak?

Najib Buat Kerja Gila Lagi said...

Pak Aspan,

Najib Kutuk Rosmah

Jerlun said...

UMNO sijangkiti kanser RASUAH.UMNO dijangkiti kanser PENIPUAN UNDI.UMNO dijangkiti kanser mmengaut kekayaan utk diri Sendiri@ VESTED INTEREST.

Pelbagai penyakit kanser berjangkit dan melarat dalam UMNO.UMNO org tua yg mengalami asidic ketika ini.Tiada pakar lagi boleh menyembuhkan penyakit UMNO.

UMNO tidak berdaya menghadapi PRU 13.UMNO akan jadi PARTI PEMBANGKANG!

Rakyat tidak boleh diperbodohkan dg approach PERKAUMAN,UGAMA dan BANGSA.

Rakyat di mana-mana berkata UMNO itu UNTUNG MEREKA NIPU ORANG.Siapa mereka? Pemimpin UMNO,MCA,MIC dan lain-lain.Siapa Orang? Rakyat Malaysia pembayar cukai

Jerlun

Anonymous said...

Pak, angkat sumpah. tak berhenti di PLF saja, sambungdi seluruh bahagian umno se antero Malaya.

Osama said...

UMNO sekarang ni kan Mahdey punya sebab tu la jdi Untuk Mahadey No Objection! Maka bencana yg melanda parti kebangaan melayu tu kini kerna selama ni parti tu la yg mengeram & menetaskan spesis Umat Melayu Naif Otak nya!
Ironinya ujud la Ulama Muda Nomad Otak nya hingakan pencerca2 & penghina2 Islam dibela & dijulang! Ulamak Muda Nomad Otak nya akan berfatwa mngikut selera pengembalanya. Golongan Umat Melayu Naif Otak nya tu lah yg mentadbir Islam bukan Islam yg mentadbir mereka.
Soal sumpah bgi Umat Melayu Naif Otak tu pekara biasa. Sumpah laknat, sumpah taat setia, sumpah mubahalah tu biasak je... Yg hebat & tak tertanding oleh umat2 lain di bumi era melanium ni adalah sumpah seranah! Sumpah seranah yg mendarah daging tu lah selama ni yg memakan diri mereka sendiri yg membarah kini stage four spt catatan Aspan Alias.
Tiada sebab lagi utk kita menolak & memencenkan Umat Melayu Naif Otak nya macai Be End tu! Takde sebab juga utk kita menguzurkan utk tidak hadir pd Hari Kebangkitan Rakyat di Bukit Jalil pda 12 January 2013 nanti.
Jom tunjukan solidariti dgn berpakaian warna warni.
Kuning; tuntutan pilihanraya BERSIH.
Hijau; selamatkan bumi Mlysia dri sisa radioaktif oleh LYNAS.
Oren; selamatkan dri tergadainya tanah2 peneroka FELDA.
Merah; sokong rakyat Kelantan menuntut ROYALTY.
Hitam; tuntutan kebebasan berkarya warga seniman & KARTOONIST.
Unggu; usah jdi dungu..
Biru Birat; sokong utk menambah biratkan nazak Be End.
Putih; kain kapan utk UMNO!
Ada beran?
Jgn sampai Umat Melayu Naif Otak nya berkata "sangkakan Morib rupanya Teluk Aur,
mengatakan si Najib rupanya sendiri tak bertelur"

Anonymous said...

Greater credit confines with and best fitted to house loans, is given conventional would need to work out a live dynamic checking account through your name [url=http://www.janespaydayloans.co.uk/]pay day loans[/url] Many on the web lenders are prepared to mechanism fees speedy unsecured loans and poor credit credit card loan

Anonymous said...

- Dalam umno ada doktor kerala.

- Seorang doktor sepatutnya arif kesihatan tubuh badan dan tahu merawat apa-apa penyakit sekalipun yang dihadapinya.

- Tapi doktor kerala ini tabiatnya suka mencantas sel-sel sihat

Changing Our Mindset said...

You need to go down to meet all the ex govt staff who still reads Utusan daily. They believe what is written as the truth. It is hard to convince them unless it is somebody who used to be inside BN does the talking. You are the best person as you come from Phg too. To be specific you were once working under the current PM as a rep in Phg.

And you should be the best person to be as a part of Jljh M'deka Rkyt. I don't see the Jljh Mdeka Rkyt as successfull as those who came are loyal supporters. They are not the main target, it is those who are sitting on the other side of the fence that should be the target.

Anonymous said...

Many are mentally sick because of decades of toxic political and social environment, ordinary people are not spare.


An ordinary broom/brush will not work...you need STEEL WOOL or same thing similar to properly clean up.

Anonymous said...

It has cancer with virus!

Virus spread very quickly and it is dangerous/deadly. You got to destroy it to protect innocent ordinary people.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Pesakit kanser ni bukan pesakit biasa. Dia rehat dlm hospital, bila2 masa dia suka dia bole keluar dan masuk semula. Ini kerana kesemua hospital dia kata bapak dia punya!

Walau sakit, talibarut dia bersepah! Bekas itu dan bekas ini ramai bantu pesakit ni. Yg masih bekerja lagi ramai yg rela bantu pesakit ini agar takkan mati!

Jaga2lah. Game-plan mereka ialah utk menang dgn apa cara sekali pun. Walaupun mainan dan penipuan mereka sudah dibongkar! Pembantu2 yg rela itu akan teruskan berusaha agar pesakit tak mati!

Bila mereka menang dan kita kata mereka tipu, itu yg mereka mahu. Mereka lagi suka kalo kita bertindak, seperti berdemo. Mereka sudah bersedia utk bertindak!

Ini semua usaha mereka agar pesakit tak mati.

Sekian,

Gheng lama

P/s - ntah kenapa saya teringat pesakit yg tak mati2 tu, dah bertahun, sejak 2006 on life support!

Anonymous said...

Hello. And Bye. Thank you very much.

Anonymous said...

This money advance is available today without pledging any security or any valuable
items payday loans what lenders you
connect with will depend heavily on the form of loan you want to have, as well the extent that your credit has been ruined.
Also see my website :: payday loans

Anonymous said...

Interestіng reaԁ, еspeсially reply number fiνe І think it was.
Worth taking note of.

Stop by my blog - fast cash today

Anonymous said...

I've been looking for a readable article on this for months, and this has been a good help. I will be getting this tweeted for sure.

Here is my web page get fast cash

Anonymous said...

Dеfinitely was not thе аnѕwer I wаs
thіnking of!

My blog post; Personal Loans Uk

Anonymous said...

Оh ωеll, tгy not to minԁ. Ӏt's the old saying...if it can't be donе, better do іt уourself.


Also visit my hοmеpagе; personal Loans bad credit

Anonymous said...

Τhe last time Ӏ сame acrοss a website thіs гeadable it cost mе
mу lady i'm sure, I spent that long on it.

Look into my homepage fast payday loans online