29 November 2012

UMNO sekarang bersatu, tetapi hanya semasa menyanyikan lagu UMNO

Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.

Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.

TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.

Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.

Saya pun menjawab dengan gurauan, “wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan.” Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahaja lah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan berbegar-gegar Presidennya itu.

Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.

UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan ‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO.

Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap seperti sekarang ini.

UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa.

Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah ditentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan ini, tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil daripada perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.

Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa-apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu.

18 comments:

Anonymous said...

"Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke dibandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu".

ini dah tentu dah... tambahan lagi kat hotel-hotel yang mereka inap tu ada pusat aromaterapi dan spa. faham-faham sendiri dah ler...

BUAH KOTE MAMAK DR GUNUNG KEYANG said...

Ahli-ahli UMNO PAU di PWTC menyanyi lagu UMNO bersatu kerana yg wanita dah berpuas ganyang dan goyang.Pemuda pula mungkin dah puas tibai menibai maka mereka bersatu ahakss......

Mereka di sponsor datang ke PAU oleh UMNO pusat di mana duit itu dari duit Rakyat!Bukan duit UMNO! tambang pengangkutan,penginapan dan duit poket disediakan....maklumlah Menteri-menteri UMNO yg kesemuanya Ketua bahagian telah dapat peruntukan dari Budget Malaysia!Banyak juga lebihan budget itu pergi ke pokek Ketua bahagian.

Para Perwakilan UMNO diminta menyanyi, mereka menyanyi sajalah.Pemuda mencari Puteri kerana puteri muda!. wanita dah gayut mcm Shahrizat, tua pula tu....pergi ke tepi

Jika tidak terpilih jadi calun PRU, mulalah perang sabotag antara ahli UMNO di peringkat Bahagian."Biar berputik tulang jangan berputik mata"!Penyakit ni sudah menjadi kanker kata org indonesia.

Najib memang tahu keadaan ini di mana dia hampir kalah jika tanpa peti undi sundel malam datang menyelamatkan beliau.Sharizat nak mencuba tapi hantunya telah kena blok dalam PRU 12 yg lalu.Sharizat menangis tersedu-sedu...jaga kau akan aku ganyang dan goyang RM 250 juta!

Tanpa menipu undi dalam PRU tidak mungkin BN menjadi bee End.Fikir-fikirkanlah

BUAH KOTE MAMAK DR GUNUNG KEYANG

Anonymous said...

Blog ni..pencacai umno tak berani nk komen yer...mungkin nama Aspan Alias yg sering mmbawa hujah2 mantap..so, xberani diaorg nk kacau sebab akan menampakkan kebodohan mereka pula.Apapun saya sokong blog ni!

Anonymous said...

Ahakkss!

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14916-ada-orang-di-belakang-deepak-husam-musa

DUA SEPUPU sudah nak kena tibai?

Apa jawab Najib dan Isham??

Anonymous said...

Sangat bersetuju, ramai juga yg berjudi diblk hotel. Tidur kerana mlmnya berjaga dikaraoke, night club, club dang-dut. Hotel2 disekitar Jalan TAR dan Chow Kit penuh dgn balaci2 yg dtng ke KL disponsor dan diajar, didedah dgn maksiat. Bila blk ke kg masing2 hebat bercerita tentang hal mlm diKL dari bercerita apa yg berlaku dibPWTC, bahkan ada yg tak sampai pun ke perhimpunan itu. Hidup UMNO...............:))

Anonymous said...

Aik!

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/11/29/criminal-elements-present-in-police-and-politics/

dulu2 pulis semua steady? betul ke?

Betul!....pada tahun2 sebelom 1980!

Ahakss!

antisyaitan said...

Sempena PAU yang berlangsung sekarang ini banyaklah wang rakyat yg kena PAU selama ini dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti songsang di ibukota KL hujung minggu ni.

Saya juga tertarik dengan komen salah seorang Naib Presiden UMNO dalam progam wawancara malam semalam, yg mafhumnya lebih kurang:

Walaupun muka-muka kami nampak macam ni (macam penyamun dan kaki songlap???) tapi jauh disanubari kami ada tertanam niat suci untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Memang lawak sakan!!!

Oleh kerana UMNO dikuasai oleh golongan feudal-bangsawan maka ucapan dasar Presiden pagi tadi pun macam skrip drama bangsawan, tiada mesej yang jelas menjelang ketibaan tahun wawasan 2020.

wallahualam, terima kasih Datuk.

Anonymous said...

Selain daripada menyanyi lagu Bersatu, kerja kami adalah:

Cucuk mencucuk
Laga melaga
Guna mengguna
adu mengadu
picit memicit
balun membalun
komplot jatuh menjatuhkan
...........kami hanya ikut ajer pe'el tuan punya parti boss. Kalu tak nanti sendiwi kena!

merana gitu!

hehehheheh

Anonymous said...

Salam tuan,

Saya juga sms beberapa rakan dalam perwakilan PAU, jawap mereka ' sedia maklum bro..masyuk, tak datang tak masyukkk'

Anonymous said...

Takkan dia nak kata dia kenal Musa dan Deepak!

http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=44489:umno-stronger-in-high-spirit-at-2012-assembly-dr-m&Itemid=2

Typikal Dr M and his games......

Anonymous said...

Berucap berapi2 tapi masaalah tak terjawab pun.Apa guna menghentam pembangkang sedangkan kes NFC ,kes Skorpene ,kes Altantuya, berbagai2 tak terjawab .Saya dah sejuk sikit tapi bila nampak Shahrizat berucap langsung confirm takkan saya dan seluruh keluarga pangkah umno. Mana yang bermasaalah eloklah menyuruk dulu supaya rakyat lupa tapi Shahrizat berucap nampak sangat yang umno dah ketandusan pemimpin kena gunakan old stock .Pemimpin UMNO macam jaguh kampung berani berucap yang berapi2 sesama mereka tetapi orang tak percaya terbukti bila ceramah tak ada orang nak dengar kerana rakyat tahu bahawa semua itu berlakun dan mempunyai kepenting dan masaalah bertimbun2 yang bolih diselesaikan jika BN kekal memerentah.Jadi eloklah kita ramai2 tumbangkan UMNO kerana mereka dah pentingkan perut dari melaksanakan amanah....Wallah hu alaam.

Anonymous said...

Saya peminat setia blog pak aspan.hujah2 bernas dan mamtap.saya doakan semoga pak aspan sihat sejahtera dan dbrkati Allah.

Anonymous said...

'bila izrail datang memanggil
jasad terkujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil..(sila sambung yee)

Lagu ini adalah yang paling relevan dinyanyikan oleh semua perwakilan dan pemimpin umno di pwtc..

Anonymous said...

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )

( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa kerenda diusung
( 2X )

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
( 2X )

( ulang 2 )

Ini full lirik lagu selimut putih..memang seswai sgt utk semua perwakilan dan pemimpin umno dlm PAU..kah kah kah...

Anonymous said...

Entahlaa terasa tenang jer. Mata pun tak sakit. Sedap jer rasa hati. Kalo tak nampak jer puak2 tu berselirat, berkeliar sana sini. Kat kedai makan mereka bertumpu!

Oh lupa, mereka2 semuanya takde kat sini, mereka bertumpu kat PWTC

Aman dunia bila setan2 takde! Best laaa

Anonymous said...

Bang,

Nak tanya sket. Masa abang berjuang dalam umno dulu pernahkah abang dengar kata2 atau ucapan2 atau bualan2 para pemimpin dan juak2 umno berkata bahawa Allah swt telah memilih umno secara mutlak utk tadbir Malaysia? Orang lain tak boleh ambil alih?

Juga nak tahu adakah pemilihan umno oleh Allah swt berserta dengan pemberian satu 'CEK KOSONG' bagi mereka2 ini buat FITNAH, BUNOH, HINA, CACI, CUCUK, LAGA, RASUAH, MAKAN HAQ RAKYAT, SALAHGUNA KUASA dan buat serta edar VIDEO PORNO??? Ada tak Abang?

Kalau ada bagitau yer....

Anonymous said...

Bang,

Terlupa la, nak tambah sket lagi. CEK KOSONG yang Allah swt beri umno untuk tadbir negara Islam Malaysia ni turut babitkan penipuan tak?

TIPU dalam Daftar Pemilih
TIPU dengan bawak warga asing ke Pekan dan Terengganu
TIPU dengan daftar pemilih punyai maklumat tak lengkap seperti di Selangor
TIPU dgn SPR tentang banyak perubahan kepada cara dan kaedah mengundi yang baru
TIPU dalam urusan persempadanan semula tetapi beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu tak berubah!

Bang, SPR ni anak syarikat umno ker bang? Hebat diorang, semuanya melayu yer. KUAT TIPU!!

nanti bagitau yer bang. Saya tunggu!

insafdoh67 said...

Nyanyi lagu Bersatu nk rompak rakyat pulok lps pru13. Puok yg pergi PAU ni kebanyakan kontraktor. Ramai kwn kta yg kuat nanyi dpt class A punya projek. Ramai jd Kaya Giler. Class D.E.F. Pakat jd jkkk dpt r tender majlis bandaran. Bila Kaya Belagak nk mampus. Umno leni bkn mcm dlu. Semua Acuan BN xleh pakai. Kayakan Keluarga dan Kroni. Rakyat hidup MELARAT. MISKIN. MERANA. Cukup dh 55thn jaga Melayu x jd ape. Melayu Merempat di bumi 1MAlAYSia... Xpyh ckp lg baik.Buat Malu Bangsa je. INSAFLaH......