22 November 2012

'Orang kenyang jangan diajak berjuang'

Apabila musim pilihanraya datang, setiap parti dan pihak-pihak NGO bergiat memberikan dokongan kepada parti yang mendapat ‘preference’ dari mereka. Walaupun pertubuhan-pertubuhan itu adalah pertubuhan NGO, sampai pilihanraya mereka juga terlibat dalam proses mengamalkan demokrasi mengikut cita rasa masing-masing.

Pihak pembangkang juga mendapat perhatian dari NGO-NGO ini dan mereka tidak teragak-agak untuk menentukan sikap dan pegangan politik mereka secara terbuka. Pihak pembangkang sendiri ke hadapan dan memberikan penerangan sambil merapati rakyat bagi mendapatkan sokongan dalam pilihanraya kali ini.

Sebaliknya UMNO dan BN menggunakan NGO-NGO sebagai ‘vehicle’ untuk parti itu apabila menghadapi rakyat untuk mendapatkan kehadiran yang ramai. Jika UMNO sendiri mengadakan program ia tidak mendapat kehadiran yang ramai dan keadaan ini adalah keadaan biasa di seluruh negara.

Seperti yang selalu saya sebut UMNO tidak bergerak di peringkat cawangan dan rakyat sudah merasa terasing dan jauh dari parti itu sedangkan pembangkang sentiasa dilihat berada di hadapan mata mereka dengan kegiatan pendekatan rakyat mereka. Cawangan-cawangan UMNO sudah hilang kemahiran mendekati rakyat dan parti itu terpaksa menggunakan tenaga Presiden atau Timbalannya untuk merempuh setiap kawasan di seluruh negara dengan persediaan yang begitu mahal.

Lima puluh peratus dari cawangan-cawangan UMNO tidak mendapat cukup ‘quorum’ dalam setiap mesyuarat agong cawangan-cawangan parti itu. Oleh kerana perlembagaan parti itu mencegah isu undang-undang dan perlembagaan parti dibawa ke mahkamah maka terselamatlah UMNO itu daripada terbatal pendaftarannya oleh ROS.

Peruntukan perlembagaan yang mencegah isu dan masalah parti ke mahkamah maka disiplin dan etika kepimpinan di peringkat cawangan telah jatuh dan ini merupakan salah satu sebab kenapa parti itu menjadi lemah dan tidak bermaya di cawangan-cawangan di seluruh negara.

Di peringkat nasional dan kerajaan pula, hutang negara tidak terkawal kerana sejak Najib mengambil alih kerajaan Persekutuan telah menambah hutang negara kepada lebih dari RM520 billion dari hanya RM230 billion semasa pentadbiran Abdullah Badawi dahulu. Najib berkata negara kita masih dalam kadar berhutang yang rendah kerana ia belum lagi mencapai ketahap 55% dari GDP kita.

Ini amat mengelirukan kerana jumlah hutang yang disiarkan kepada rakyat tidak termasuk RM120 billion hutang melalui ‘off budget agencies’ dan ini adalah satu kesalahan moral yang besar kerana tidak diberitahu keadaan dan status yang sebenarnya tentang hutang yang ditanggung oleh rakyat sekarang ini. Saya ingin menulisnya sedikit masa lagi tentang isu ini apabila saya telah melengkapkan datanya setidak-tidaknya secara kasar untuk pengetahuan ramai. Sesungguhnya negara kita sedang berdepan dengan hampir 68% hutang negara, dan keadaan ini amat membimbangkan kepada sesiapa yang serius dalam hal kenegaraan.

Kita bernasib baik kerana kita ada Petronas untuk menyelamatkan keadaan kita. Petronas juga pernah menjadi penyelamat kepada anak seorang pemimpin tertinggi negara yang telah kerugian dalam perniagaan perkapalan dahulu. Petronas pendeknya bukan sahaja dapat menyelamatkan kantung kerajaan tetapi juga menjadi penyelamat kepada individu-individu berpengaruh dalam UMNO itu. Kerajaan kita dijadikan modal perniagaan oleh mereka yang berkuasa dan berpengaruh ini. Negara kita ini sekarang kepunyaan kumpulan elitis dalam UMNO dan kerajaan sahaja.

Tetapi sampai bila kita hendak bergantung kepada nasib seperti ini? Rakyat berkehendakkan nasib kita bergantung kepada kewibawaan pimpinan tetapi jika begini cara Najib mentadbir negara dan bercakap perkara yang tidak benar, maka kita tidak akan mendapat jaminan atau setidak-tidaknya mendapatkan harapan yang cerah untuk masa depan negara dan generasi kita.

Tetapi isu-isu seperti ini memang sudah menjadi pengetahuan dan menjadi isu perbincangan rakyat di merata-rata tempat di negara ini. Tetapi masih lagi ramai yang tidak mahu menerima hakikat yang keadaan ini akan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang bankrap pada suatu hari nanti jika pimpinan kita tidak mahu mengambil berat tentang isu ini.

Kita memahami sebab kenapa pimpinan kita tidak mengambil berat tentang perkara ini. Ia disebabkan negara kita belum pernah melalui keadaan bankrap ini dan pimpinan kita bercakap dengan takbur yang kita akan menjadi negara maju menjelangnya tahun 2020 nanti. Tetapi pimpinan kita terlupa yang banyak negara kaya yang telah bankrap kerana kelalaian pimpinan mereka mengambil tahu betapa seriusnya risiko negara jika perkara seperti ini terus berlaku.

Itulah sebabnya rakyat terpaksa bertanggungjawab dengan keadaan ini kerana rakyatlah yang selama ini memberikan mandat terlalu lama kepada BN dan UMNO ini sehinggakan mereka (UMNO) telah merasakan yang segala-galanya adalah kepunyaan mereka dan tidak lagi hak rakyat.

Saya pernah menulis tentang isu ini lama dahulu. Kerajaan yang bertanggungjawab dan mesra dengan rakyatnya tidak akan melakukan sesuatu tanpa membawa rakyat ramai terlibat dalam membuat keputusan. Dulu-dulu nya rakyat akan diberitahu melalui kursus-kursus sivik jabatan penerangan di setiap kampung melalui urusan JKKK di setiap daerah dan mukim jika apa yang kerajaan ingin lakukan itu melibatkan rakyat ramai.

Tetapi sekarang perkara ini tidak dilakukan lagi sejak pentadbiran Dr Mahathir dahulu. Itu sebabnya kerajaan sekarang terputus hubungan dengan rakyat dan pimpinan akan hanya timbul semasa waktu menghampiri pilihanraya sahaja. Setiap projek yang melibatkan rakyat diselia dan dipantau oleh ICU di Jabatan Perdana Menteri dan setiap Jabatan yang melaksanakan projek-projek rakyat itu dilakukan dengan serius dan dengan bermaruah.

Tetapi perkara ini tidak mungkin mampu dilakukan oleh pimpinan sekarang ini kerana setiap projek yang melibatkan rakyat telah dilibatkan elemen kronism yang besar dan ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan imbuhan ala kronisma. Rakyat tidak diberitahu dan dimaklumkan banyak perkara sebelum satu-satu keputusan kerajaan itu kerana unsur rasuah dan salahguna kuasa sentiasa wujud dalam setiap projek yang melibatkan rakyat ramai ini.

Perkara ini sudah berlaku hampir tiga dekad maka anak-anak yang masih muda tidak lagi tahu tentang cara mentadbir yang baik kerana lahir sahaja mereka di dunia ini mereka telah melihat budaya ini yang sudah berkembang terlalu jauh dan tidak dapat di lerai lagi. Itu sebabnya ramai terutamanya yang muda-muda tidak memahami apa yang orang seperti saya, yang masih sihat, melihat perlakuan ini dengan begitu sedih dan menyayat hati.

Itu jugalah sebabnya saya kembali bergiat setelah berehat begitu lama, setidak-tidaknya untuk memberitahu apa yang salahnya dalam negara kita mengikut perspektif demokrasi dan pentadbiran yang sebenarnya. Berjaya atau tidak matlamat dan impian saya ini cerita lain. Yang pentingnya mesti ada pihak yang berusaha untuk melakukan pembaik-pulihan kepada negara yang sudah begitu uzur dalam setiap bidang kehidupan bernegara.

Mungkin kejayaannya akan sampai semasa kami tidak ada di dunia ini, tetapi saya pasti ia akan sampai. Jika kejayaan ini hanya tercapai setelah kami tidak lagi hidup di dunia ini hadiahkanlah saya dengan bacaan Al-Fatihah dan itu sudah mencukupi. Rakyat wajib melakukan perubahan secepat yang mungkin dan pilihanraya kali inilah kesempatan yang keemasan untuk melakukannya tanpa berlaku pertumpahan darah seperti yang berlaku di banyak negara di dunia ini.

Rakyat perlu melakukan introspeksi yang serius dan jangan pedulikan apa yang orang lain kata. Jangan mengajak orang yang kenyang untuk berjuang kerana mereka yang kenyang tidak akan berdaya bersusah-payah untuk bersama kita. Mereka yang hidup di dalam ‘comfort zone’ sekarang ini, mereka akan hanya menyokong apabila kita mendapat kejayaan kelak. Itu biasa.

“Orang kenyang memang susah untuk bergerak kerana kekenyangan mereka itu”.

9 comments:

Anonymous said...

Sekarang ni "NGO Cari Makan" tumbuh bagaikan cendawan di musim hujan. Walaupun NGO jenis ini tidak mempunyai hala tuju yang jelas, namun niat mereka amat jelas sekali iaitu untuk mengampu sedaya upaya agar dipilih sebagai calun pilihanraya atau setidak-tidaknya diberikan sokongan kewangan oleh UMNO/BN yang amat terdesak ketika ini.

Paling ketara ialah kumpulan-kumpulan keturunan mamak yang amat menonjol sedangkan peratusan keturunan dari benua keling ini sangat jumlahnya berbanding jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Kejayaan seorang daripada species ini sebagai mengawal negara secara diktator ternyata memberi inspirasi kepada kimmak kimmak ini bermaharaja lela dan menubuhkan NGO NGO membuat kacau dan mengganggu kenteraman awam.

Saya berharap selepas PR membentuk kerajaan, suatu suruhanjaya ditubuhkan bagi mengkaji peranan keling mamak ini dalam menghuru-harakan negara dan dihukum setimpal dengan kesalahan itu.

mad said...

saudara aspan saya ingin mengambil kesempatan disini utk keluar tajuk dan meng'highlight'kan isu harga kamera aes. semenjak awal lagi saya sudah sangsi dgn harga kamera aes seperti yg dimaklumkan oleh pihak yg berwajib. sungguh meragukan kamera yg sekecil itu mencapai ratusan ribu ringgit. seperti biasa bila ada isu berkaitan badan kerajaan dgn harga barangan maka kita seharusnyalah sangsi kerana kita sudah maklum berkali-kali betapa penipunya mereka ini.
dgn muka selamba ds hishamuddin hussein memberitahu media tentang harga kamera aes yg telahpun dibeli oleh pasukan polis sejak sekian lama.

>> http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/police-have-124-speed-cameras-worth-rm23.5-million-says-hisham/

komen balas dari salah seorang pembaca:

"Go to google and seach for these words:

laser trucam price list

click the first link. Look for Trucam Laser.

It shows that a Trucam Laser cost USD4995 or RM15,000.

And what is the price we are paying? RM223,500.00.

Are you surprised? I'm not."

price list utk trucam laser dll:

>> http://procure.ohio.gov/pricelist/800196pricelist.pdf

Jerlun Tok Kepak Lana Bulu said...

Najib tidak tahu tentang finance and accounting.Dia cuma tahu rural studies dari Nottingham Univ.Najib tidak ambil kisah jika negara ini bengkrap ke tidak.Negara ini kaya dg natural resources.Sebut saja apa yg kita tidak ada! Malu kita dg Singapura, negara sekengkang kera tapi 1 Sing dolar,duit kita RM 2.40.Di mana salah ibu mengandung?

Semuanya bermula dari Ma'atdeyy mamak tongkang Yat,Alok Stak.Dia bawa masuk Daim dan Nor Mohd Yaakub.Geng mamak ni semua pelingkup! Ma'atdeyy memerintah Malaysia mcm kedai mamak.Semuanya dia nak kawal.Ma'atdeyy kontrol dg OSA dan ISA utk jaga kepentingannya serta kroni.

Najib pula dah kena dah dapat Rosmah Mansor.RM pula lulusan Anthropology,UM.Dia peduli apa?Kerja dia perhabis apa sj.RM kaki boros belanja jutaan ringgit.RM sama dg Imelda Marcos.

Saya yakin PR mengambil alih dalam PRU 13 ni.

Sdra AA jangan pula begitu pessimistik.Orang berjuang tidak mengenal erti keluhan dan kegagalan.Perjuangan PR akan ada kesinambungan dari generasi akan datang.Rakyat tidak lagi mahu budaya UBN yg korapsi,kroni dan proksi penuh dg kekejaman.

Jerlun Tok Kepak Lana Bulu


Anonymous said...

24 Nov 2012, kita keluar ramai2, bawak kamera utk ambik gambar ribuan umat manusia bangsa melayu yg sedang kenyang tetapi terpaksa keluar utk tunjukkan muka kepada makhluk2 yang bangga memberi mereka rezeki utk terus kekal kekenyangan utk 10 generasi!

Anonymous said...

Dan jangan lupa bahawa semua Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Putera dahpun didominasi oleh spesies yang sama.

Anonymous said...

CUBA AMATI BETUL2 KANDUNGAN BLOG INI, HURU HARA PADA TAHUN 2013??

HEBAT TEORI ANGKANYA!!

http://aliffmy.blogspot.com/2012/10/huruhara-berdarah-2013.html

Ini bagi alasan untuk buat huru hara ATAU siap2 nak tuduh Pakatan Rakyat jika berlaku huru hara yang sudah dirancang???

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Jutaan terima kasih di atas artikel ini, serta kepada rakan kita yang mengirimkan artikel dan pandangan mengenai isu AES. Justeru, berdasarkan artikel kalian berdua serta kesemua 6 ulasan yang saya telah tinjau, nyata sekali gejala mungkar ini sebenarnya telah mendarah-daging sekian lama, khasnya seperti yang saudara sebutkan, sejak penubuhan parti haram bin rakus pimpinan bapa syaitan 1-Malaysia ini. Dengan itu, ia sekaligus melahirkan para manusia yang zahirnya sahaja sihat lagi kelihatan gagah, montel, buncit, ... Oleh itu, bersamalah kita mengubah keadaan ini, dan insha Allah, walaupun saudara ditaqdirkan tidak berkesempatan menyaksikan kejayaannya (semoga sempat), pahalanya, insha Allah, telah dijamin-Nya kerana setidak-tidaknya saudara telah berusaha mencegah kemungkaran yang dah sampai tak terbatas ini. Teruskan; kami tunggu pendedahan demi pendedahan saudara selanjutnya.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Tutup saja kamera AES ni ngan plastik sampah.....

Anonymous said...

- umno ni seperti kata orang dulu-dulu ....Siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong dah lama dah mencuri..