12 November 2012

Kalau terasa akan kalah, biarkan sahaja Parlimen terbubar dengan sendirinya

Ada dua perkara yang saya hendak sentuh sekali gus hari ini. Yang pertamanya ialah tentang program UMNO Seremban yang mengadakan majlis parti di Kem Tentera Sikamat, Seremban, dan yang kedua ialah isu Himpunan Rakyat 1Malaysia yang dianjurkan oleh UMNO dan BN melalui penganjuran oleh beberapa NGO pada 24 hb November ini.

Saya tidak berapa perasan bila program itu diadakan tetapi yang nyata ada jemputan Dato’ Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat untuk mereka hadir di majlis anjuran beliau di dalam kem Rejimen Ke-4, Artileri Di- Raja, Sikamat dan ini amat memeranjatkan banyak pihak kerana ia dibenarkan oleh pemerintah Kem tersebut untuk UMNO mengadakan majlis politik itu.

Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, yang berucap dalam majlis itu sepatutnya memberikan penjelasan kenapa UMNO mengheret tentera dalam politik dan jika tentera menjadi aktif dalam politik ini merupakan petanda buruk akan melanda negara dan tidak siapa akan dapat mengenali politik yang sebenarnya dalam tempoh yang terdekat ini. Ini merupakan satu fenomena baru di dalam UMNO dan ini hanya menunjukkan betapa terdesaknya parti yang telah memerintah negara sejak merdeka itu.

Jika tentera digiatkan dalam politik maka kita sudah tidak ada lagi sistem politik yang betul dan ia akan hanya membawa negara kepada keadaan dan situasi yang mana rakyat tidak akan tahu lagi yang mana satu sistem yang betul sebagai sebuah negara demokrasi kerana semua sistem dan tata cara bernegara itu sudah berkecamuk dan tidak menentu lagi. Anak-anak muda tidak akan lagi tahu siapa yang sepatutnya bergiat dan siapa yang sepatutnya duduk di tengah-tengah dengan ‘magnanimous’ kerana setiap rakyat sudah tidak tahu lagi yang mana yang sepatutnya mereka lakukan dan yang mana yang tidak boleh dan beretika untuk dilakukan.

Oleh kerana keadaan ini sudah mula berlaku ia sepatutnya menjadi pengukur kepada kemampuan untuk mempertahankan sistem demokrasi negara ini. Maka tidak boleh kita biarkan perkara seperti ini berlaku justeru pilihanraya inilah sebaik-baik masa untuk memperbetulkan apa yang tidak kena dalam negara kita ini.

Himpunan rakyat 1Malaysia

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, telah membuat sidang media semalam yang beliau sedang mengetuai satu sekatariat untuk menganjurkan himpunan rakyat 1Malaysia pada November ini di Kuala Lumpur. Ia bermatlamatkan untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada kepimpinan pada hari ini dan UMNO sedang menggunakan badan-badan bukan kerajaan untuk menganjurkannya. Menggunakan NGO-NGO seperti ini merupakan satu-satunya jalan untuk mengumpulkan manusia yang sudah menjauhi UMNO dan BN itu.

Tetapi masalahnya UMNO menggunakan cara yang sama yang digunakan oleh Pakatan Rakyat dan ia bukan cara UMNO yang lazim mereka lakukan. UMNO terpaksa menciplak dan mengadakan perhimpunan seperti yang dilakukan oleh pembangkang. Tetapi perbezaannya amat jauh di antara UMNO dan pembangkang kerana UMNO sudah pasti terpaksa menggunakan badan-badan NGO dan tentulah ia memakan belanja yang banyak untuk menyempurnakannya. Saya tidak menjangka yang orang ramai akan memberikan sokongan padu terhadap perhimpunan ini kerana mereka dijemput dengan semua persediaan yang mahal-mahal dengan karipap dan minuman serta tambang menambang serta bas-bas percuma untuk mengangkut manusia yang kebanyakannya terdiri dari pelajar-pelajar dan budak sekolah.

Berlainan dengan pihak PR yang hanya mengumumkan tempat dan waktu perhimpunan diadakan tanpa perlu membayar dan menyediakan makanan dan khemah-khemah untuk menarik orang ramai untuk datang. Kita telah melihat berapa ramainya kedatangan serta kehadiran rakyat jelata dalam perhimpunan rakyat di Senawang, Seremban pada 3hb Nov yang lepas. Mereka datang dalam hujan lebat dan berpayung dan berbaju hujan yang tidak diberikan oleh PR. Mereka berbelanja sendiri kerana yang memberikan motivasi mereka untuk hadir itu adalah semangat dan perasaan ingin kepada perubahan kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang.

UMNO atau BN tidak mungkin mampu untuk memanggil kehadiran yang besar tanpa disediakan makanan, pengangkutan, topi serta baju T yang mahal-mahal. Sebaliknya bagi UMNO, mereka akan diberikan kontrak untuk membekalkan baju T dan topi. Mereka tentulah mendapat habuan yang besar dan mereka yang mendapat kontrak itu tentulah mereka yang hampir dengan pejabat setiausaha agong dan setiausaha kerja UMNO Pusat. Satu perhimpunan rakyat anjuran BN itu akan memakan belanja yang berjuta-juta.

Bagi UMNO ia hanya untuk menunjukkan kepada ramai yang mereka juga mendapat sokongan tetapi rakyat tahu tujuan pimpinan BN hanyalah untuk merawati jiwa mereka yang tertekan dalam menghadapi pilihanraya yang hampir tiba ini. Mereka (UMNO) hanya hendak menunjukkan dan menempelkan imej sokongan sahaja tetapi ia hanyalah ibarat seorang wanita yang mengenakan bedak sejuk di muka mereka sahaja. Bedak sejuk di muka-muka mereka akan hilang setelah baru bangun dari tidur dan selepas mandi. Bedak sejuk itu tidak kekal melekat di muka-muka mereka.

Mengikut kata-kata Ahmad Maslan di antara mereka yang berucap nanti adalah mereka yang mewakili berbagai-bagai bidang masyarakat. Beberapa professor kangkong serta mereka yang bergelar dan bernama yang mewakili berbagai pihak akan berucap. Mereka termasuklah Chandra Muzaffar dan Lee Lam Thye. Apa yang akan mereka perkatakan tidaklah dapat kita jangkakan kerana selalunya mereka akan memberikan retorik dan ucapan mengungkit-ngungkit tentang apa yang BN telah lakukan kepada rakyat dan sebagainya.

Mereka tidak akan berani bercakap tentang segala kemungkaran politik, ekonomi dan sosial yang BN telah lakukan oleh mereka selama ini. Satu yang pasti perhimpunan anjuran BN akan menggunakan belanja yang besar untuk menjayakannya. Untuk mengekalkan BN memerintah rakyat terpaksa berbelanja terlalu mahal tetapi tidak juga mendapat perhatian ramai.

Bagi pandangan peribadi saya jika BN tidak berkeyakinan dengan diri sendiri untuk menghadapi PRU ini biarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April yang akan datang. Mengadakan perhimpunan besar pun bukannya memberikan faedah apa-apa pun. Apa perbezaan di antara 29hb April dengan Mac? Yang pasti Najib merupakan satu-satunya PM yang belum mendapat mandat sehingga hari ini.

Kalau UMNO sudah masuk kem tentera untuk mengadakan ceramah, itu adalah petanda yang UMNO tidak relevan lagi kepada rakyat biasa.

22 comments:

mr edz said...

sepatutnya umno kena buat XXX expo baru ramai yang datang.

Amuraria said...

BILA SEMUA DIPAWAHKAN OLEH PARTI SEKUTU APCO ! ABU !

zouldahan said...

isteri saya seorang cikgu.
dapat arahan untuk ke Tangkak pagi Sabtu lepas.
katanya ada taklimat bersama TPM.
bila sampai sana lain pula ceritanya.
ada wakil daripada 3 Datuk yang buka isu video seks bekas TPM.
berceramah lebih sejam memburukkan bekas TPM.
lepas tu ceramah keselamatan negara pulak.
rasanya ramai pegawai kerajaan seluruh negeri diarahkan hadir.

begitulah terdesaknya kepimpinan sekarang.

Anonymous said...

Zahid hamidi sekarang sudah teruk..di mindef semua kerja kontraktor kelas f di buat kontrak bermasa dengan kontrak 3tahun..yg di beri kepada kroni...kontraktor kelas f bekas tentera sekarang tidak boleh cari makan di mindef..

Harap harap zahid hamidi kalah dalam pru nnti..

Anonymous said...

Pak Aspan, jangan lupa. Beberapa ketika dulu sudah ada latihan bersama PDRM-ATM di sebuah kem latihan polis.

Adakah sewaktu Perhimpunan Bersih 2,3 dulu ramai yang mengganas tu tak bernama pada unifom. adakah mereka anggota tentera yang sudah berlatih itu?

Anonymous said...

Pak Aspan,

Saya peminat blog Pak Aspan dgn Dato SAK. Berdasarkan mood penulisan saudara dan Dato SAK, nampaknya peluang cerah PR untuk membentuk Kerajaan dan moga-moga membawa perubahan kepada negara kita.

Persoalannya, sebagai rakyat Malaysia keturunan cina; bagaimana parti DAP dapat memastikan perwakilan bukan cina yang tinggi dlm barisan calon utk GE13? Adakah Pak Aspan dan beberapa ahli melayu akan dipertandingkan? Untuk masa depan yang utuh, tak patut DAP majoriti cina, PAS majoriti melayu dan PKR saje yang lebih multiracial. A political change is needed in this country!

Persoalan kedua, adakah orang melayu bersedia utk membuat perubahan kali ini? Kita memerlukan sokongan mutlak dari kaum paling besar di negara ini dan bukan setakat 50% sahaja. Ura-ura nasib orang melayu malaysia seakan nasib orang melayu singapura belum dijawab dgn baik of pemimpim PR. Jika dilihat dan dianalisis, orang melayu singapura memang hidup lebih baik, makan lebih baik and tahap pelajaran yg lebih tinggi. Mengapa PR tidak menyentuh mutu hidup orang melayu yg baik di Singapura?

Last sekali, kerja saya membawa saya ke serata dunia. Saya bertemu dgn seorang Lecturer di Paris yg fasih French dan mengajar matematik di universiti kat Paris. Si lecturer ini mengatakan bahawa dia meninggalkan MY kerana diskriminasi dan agenda politik di kampus MY. Perkara ini menunjukkan 2 perkara; 1) Melayu sebagai bangsa bukan lemah dan mampu bersaing dgn yang terbaik. 2) Diskriminasi berlaku terhadap orang melayu juga.

Mengapa PR tidak pernah membangkitkan isu ini? Kes 1) boleh menyakinkan orang melayu bahawa mereka mampu bersaing. Kes 2) boleh menyakinkan orang bukan melayu bahawa bukan mereka saje yang didiskriminasi

Klu dilakukan, tentu perseimbangan dan keharmonian boleh terjalin antara kaum. Air mata mengalir di tepi pipiku bila Shila Amzah menang kat Asian Wave. Pada saya, dia Orang Malaysia, saudara saya.

Salam - Anak Malaysia

Anonymous said...

Bukan main lagi juak2 kata mereka boleh menang.

TAPI list calun pun umno (baru) belom mampu nak finalise!

Maknanya mereka yang dilihat seolah2 bersatu dan kukuh sebetulnya mereka sedang bergolak sesama sendiri.

Sudah terlalu lama mainan kawan makan kawan dan kerja cucuk dan sabotaj berleluasa dalam umno (baru) milik mahatdeyyy ni. Teratas dalam kerja2 kotor ni adalah mahatdeyyy sendiri!

Maka bagi juak2 yang amat bangga dengan mahatdeyyyy, kita seru mereka agar sedar ajer.

Udah tak kemana perginya bangsa melayu dan agama Islam bila REALPOLITIK mahatdeyyy berleluasa sejak 1968!!!

sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Mendapat mandat atau tidak adalah bukan perkara penting dalam parti umno bn, yang amat penting sekali ialah keturunan pelapis mesti berasal dari kalangan anak2/menantu/kroni umno bn dan mereka ini seharusnya berpijak atas keturunan pelapik (rakyat)untuk terus memegang kuasa.

Kakitangan kerajaan dikehendaki sujud kepada parti yang mentadbir kerajaan dan itulah kehendak demorasi cara parti umno bn.Mereka ini tahu hak mereka boleh dan bebas mengundi mana-mana parti yang bertanding, tapi masih keliru dan ini yang akan membawa kelebihan kepada umno bn.

Anonymous said...

alies anor tentu ada plan dgn tentera..al maklumlah mantan setpol najib di mindef..kesian org umno dan bn sudah dipinggirkan

Anonymous said...

Bila mgheret tentera ke kancah politik kepartian, rejim bn tidak ada beza dgn husni mubarak atau rejim lain yg telah tersungkur di timur tengah. Tentera atau raja atau penjawat awam sepatutnya dibiarkan neutral,tapi bagi bn ia milik mereka. Tunggu,rakyat semakin matang utk terjemahkan rasa meluat mrk dlm peti undi.

Anonymous said...

Dalam bahagian Seremban ni bekas DUN samaada yang kalah mahu pun pencen sibuk pasang badan menggunakan kenalan untuk tonjolkan diri macam datok sahak buat .Jadi orang muda dalam umno ni mana ada talian hayat cuma harap ihsan pemimpan atasan untuk naikan nama.Semua bekas DUN dlm bahagian seremban tak payah ceritalah kerana bukan sahaja ahli umno dah meluat tetapi orang biasa dah tak bolih terima lagi kerana semuanya berkepentingan.Di NS apa yang saya tahu 60% BN tumbang kerana rakyat dah jemu dengan ragam mereka tu dan mereka dah selesa dengan pas,pkr dan juga dap.Ugutan UMNO ada udang besar disebalik batu dan dah terlambat.Rata2 saya dapati orang melayu yang sama dalam umno sebagai ahli biasa puluhan tahun akan tengok calun bukan lagi parti kerana modal BN sokong parti adalah untuk untungkan dan kayakan pemimpin.Saya naik bulu roma bila tengok kakak2,adik2 uwan2 ,atok2 berkejar untuk hadir program PR diseremban jaya pada 3 nov lepas.Saya tak pernah jumpa dalam umno semangat yang ditunjukan olih umno dalam apa2 program pun.Ini semua petanda baik yang bukan buat2 yang akan mempastikan UMNO padam selepas pru 13.Pemimpin patut dapatkan sokongan rakyat bawahan untuk menang bukan berebut tempat kerana era umno menjanjikan kemenangan sudah jadi sejarah.Mungkin mereka berebut untuk buat sejarah calun umno yang terakhir membawa umno berkubur.Di bahagian seremban kini program dicawangan hampir tidak ada jadi macam mana nak menang kerana winnable terbuka luas melampaui calun dan parti ..

Anonymous said...

hari ni ana memerap kat rumah..nak tengok astro tak ada rancangan menarik..jadi ana tengok youtube pulak...terjumpa pulak ceramah cikgu Non... Banyak hentam UMNO dan Dr Mahathir... Best pulak ceramah dia ni... Menusuk kalbu dan berfakta pulak..Kalau macam ni punya hentam gerenti PAS menang besar PRU 13 nanti..Tolong war war kan...ana buat amal jariah sedikit tolong sampaikan benda yang baik kan...tabligh..sifat Nabi tu...

Batu Ronson

Jerlun said...

Yang menarik perhatian saya di mana perhimpunan UMNO menjemput professor kangkong berucap.Mereka adalah pensyarah dari UM,UKM dan USM.Chandra Muzaffar akan mengaitkan dg pendekatan sejarah.CM akan berucap berapi-rapi setelah mendapat habuan dr UMNO.Di manakah keadilan sosial yg pernah diperjuangkan oleh CM yg satu ketika dulu sbg pensyarah Sains Politik USM?CM pernah bergiat dalam parti Gerakan.Kemudian PKR.Dia sanggup buat apa saja asalkan bayaran yg diterima memuaskan lifestyle beliau.Professor Kangkong lain berharap mendapat promotion di Universiti.Setidaknya dean fakulti/School atau chancellor.Ramai professor kangkong cari makan begini.Contribution kpd international journal kosong.tidak menghairankan prestasi universiti di Malaysia merudum!

Jerlun

Anonymous said...

Dua perkara yg dilihat Najib 'berlawanan' dgn Tuanpunyer parti umno baru, mahatdeyy.

A) keengganan melaksanakan PRU 13 sejak 2010 dgn melengah2kan walaupun selalu 'ditekankan' oleh mahatdeyy. Dia tahu dgn cepat dia akan 'dipaklahkan' selepas PRU 13 dlm keadaan umno baru sudah dilemahkan oleh kerja2 budak2 perkasa brahim milik mahatdeyy.

B) najib biarkan kes saman Petronas oleh kerajaan Kelantan diteruskan tanpa melewat2kannya. Bila Ku Li berdiri sama sebaris dgn kerajaan Pas Kelantan, maka org yg merasa gerun jika rahsia Petronas terbongkar itu terus mengigil.

Samada secara senyap najib sudah beralih kem utk akrab dgn Ku Li, bab ni kita tanya tok him. Dia pasti tahu kerna dia sentiasa berada disekeliling Ku Li utk spy ke atas Ku Li bagi bossnya tu, mahatdeyy.

Paklah dan Musa Hitam tersenyum saya lihat. Kenapa DSAI buat2 tak tahu tuuu? TGNA dan TGHA apasal buat2 tak dengar tu? Syed Husin Ali?

Hehehe

Sekian,

gheng lama

JobSeekers said...

http://kerjakosongterkini2012.blogspot.com/

Anonymous said...

Kalau kabinet Malaysia yang lebih cerdik berbanding negeri Singapore, Malaysia mesti lebih maju sebab Malaysia ada banya resource. Kita mesti bolen kalau kalau menteri kabinet kita tidak rasuah dan ada kaliber. Saya harap PR menang untuk masa depan kita. Saya harap siapa yang jadi Perdana Menteri tidak boleh jadi Menteri Kewangan barulah kita ada check and balances macam akautan dan auditor.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim..InsyAllah akan menjadi perdana menteri malaysia selepas pru nnti..Adalah menjadi tanggungjawab bro anwar mendakwa ahli politik,ahli perniagaan,pengarah kerajaan yg melakukan penyelewenggan serta rasuah mengikut undang undang sebagai pengajaran dan peringgatan kepada bakal pemimpin kerajaan dlm pakatan rakyat nnti..

Rakyat malaysia TIDAK MAU pemimpin dlm pakatan rakyat nnti 2 KALI 5 seperti pemimpin barisan nasional..

Gunakan duit rakyat yg dirampas semula dri mereka yg korup dlm bn dlm memberi kemudahan perumahan kepada rakyat..

Saya optimistik pakatan rakyat akan memenangi pru nnti..insyAllah

Anonymous said...

Pak Aspan saya dipahamkan, minggu lepas semua kroni telah dipanggil ke JPM untuk memberitahu wajib bantu dlm program 24.11.2012 yang dicadangkan oleh UMNO.Masing-masing kroni telah diwajibkan menyediakan segala kemudahan untuk pamerkan sokongan rakyat kpd UMNO/Najib.

Anonymous said...

Ikrar sumpah sudah didendang, gendang perang sudah dipalu..24nov laskar berkubang, semboyan berbunyi muntah peluru

Anonymous said...

Org melayu, bila umno panggil ja keluarlah mereka, tanpa usul periksa!

Umno menipu melayu ada lesen!

Anonymous said...

Bagi sojar yg ada hati nak muntahkan peluru tu, kamu bela siapa? Nak balun rakyat yg kuat kena tindas oleh melayu penipu? Oleh melayu Penghisap darah? Melayu pengotor lagi jijik?

Ingat tentera Shah Iran pun lari berdepan dgn kemaraan rakyat!

Anonymous said...

Nov 24 ni ramai nak turun membela umno (baru)? Termasuk NGO2 bekas itu dan bekas ini?

Masa mereka masih bekerja dulu kaki TUANG/ponteng kerja, kaki Pau/makan rasuah, kaki TONGGANG botol/geng mabuk, kaki BETTING bola tonjol/main snooker kat mess pegawai waktu masa bekerja.

Bila sudah tua, punca rezeki dulu tak berkat, maka sudah tua dan berstatus BEKAS, sibuk buat persatuan itu dan ini. Guna nama persatuan utk menagih kontrek dari pemimpin2 umno (baru).

Bagi mereka2 yg kerja betul2 rezeki dari pencen sudah memadai! Nama masih dihormati, pangkat dan gelaran disanjung saudara mara dan rakan taulan.

Yg kaki busuk, kenalah jadi kuda, siap goyang punggung depan rumah loyar perempuan berbangsa India! Mana maruah diri?

Kita tengok muka2 mereka Nov 24 ni nanti. Kenalkan dan camkan muka2 kaki busuk ni. Jika mereka bersih peribadi, mereka akan malu utk dampingi puak2 umno (baru) yg sahih korup, kotor lagi jijik!

Sekian,

Gheng lama

P/s - daripada saya kecik sampai tua, sering dengar citer askar2 mabuk tunjuk handal dan tunjuk bodo bergaduh di bandar melaka. Buat malu bangsa jer!

Ada juga sedara mara saya serta jiran2 bekas polis, askar dan pencen berbagai jawatan hidup sehingga tua dihormati. Rezeki mereka membawa berkat sampai mereka meninggal.tak perlu mereka tunjuk muka membodek2!