28 November 2012

Beristighfar banyak-banyak semasa mendengar ucapan pemimpin-pemimpin UMNO dalam PAU kali ini

Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu.

Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakkan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.

Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakkan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masakini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.

Apa yang amat mengaibkan sebagai pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu di penuhi oleh binatang haiwan yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa didunia ini. Muhyiddin telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan ucapan itu di selang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al quran dan hadith-hadith Nabi yang sohih.

Pembangkang dikatakan oleh Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara ‘head-on’ dengan kehendak agama dan negara.

Muhyiddin sepatutnya menyeru ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih buruk dari membunuh dan di samakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun manusia.

Ancaman Muhyiddin terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu ‘desperate’ untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini.

Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih gagal untuk meletakkan melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak melaksanakan janji-janjinya.

Kalau lah UMNO telah melaksanakan janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu masih di harapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi ‘billionaire’ dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini.

Jika UMNO benar-benar berjaya masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu. Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk menjadi kaya raya.

Itulah sebabnya kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang di seru oleh Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu seolah-olah rakyat boleh di kotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang beremosi itu.

Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya hak kekal UMNO dan BN.

Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang ‘there is life after UMNO’. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir.

Rakyat yang berfikir sekarang ini faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang ‘subservient’ kepada UMNO. Penyatuan Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain. 

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang bangkit di yaumil mahsya nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah.

Sepatutnya Muhyddin bercakap tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO di umumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya.

Hanya satu yang perlu kita sedar apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang berpecah di setiap peringkat.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar UMNO dan BN ini.

33 comments:

Anonymous said...

Rtm 1 dan tv 3 suku ada mnyiarkan live PAU 2012 mlm ni..saya terus tukar chanel national geografi dari menonton live PAU...baik saya menonton gelagat haiwan ciptaan Allah SWT dlm national geografi dari menonton manusia berhati binatang dlm PAU...beza tu pak aspan..

Orang Miskin Mersing said...

Pak Aspan,
Kena banyak bersabar semasa PAU 2012.
Banyak lagi caci maki akan menyusul sehingga tamat persidangan.
Jiwa mereka semakin kecil kerana sudah kehabisan idea Dan ikhtiar. Terpaksalah mereka jadikan PR sasaran kemarahan, kutukan Dan sebagai crash test dummy pengukur sokongan rakyat jelata kepada UBN.
Bersabar Pak Aspan. Ini 11th hour mereka. Deepak dah mula bukak mulut. Banyak lagi akan menyusul. PR Kena kerja kuat lagi.caci

KEYANG DOT said...

Muhyiddin anak Jawa dan Bugis ini adalahi jenis character assassination.Dia begitu emosional!

Apa yg yg dia hendak berperang itu? Jelas kelihatan perang Pemuda ,Wanita dan Puteri UMNO bersiap sedia dg memaki hamun PR dalam kempen PRU13.Mereka akan menggugut pengundi dg pelbagai tektik dan teknik strategi utk mereka menang!

Kelihatan dangkalnya Muhyiddin memuji Sahrizat yg melesapkan RM 250 juta!Apakah Pemuda,Wanita dan Puteri dalam dewan PWTC tidak sedarkah ini?

Dalam pemilihan hirarki UMNO PAU yg dulu dulu,Muhyiddin pernah tabur RM 1000 kpd setiap orang perwakilan UMNO utk menang jawatan Naib presiden UMNO.

Habit ini telah ada bukti ketika pilihan raya di Kelatan di mana Muhyiddin membawa duit berkarung dalam bag utk ditaburkan kpd pengundi yg terdiri Rakyat Kelantan.Dengar kata Rakyat disogokkan dg RM 200 setiap pengundi tetapi yg kenyang adalah Ketua,Pemuda dan Wanita Bahagian UMNO.Mungkin inilah message Muhyiddin dg tektik berperang dg sediakan saf-saf barisan menggempur Pengundi yg terdiri dari Rakyat negara ini.

Inilah Demokrasi yg Muhyiddin belajar di UM dulu dulu.Mungkin Muhyiddin tidak tahu tentang politik kerana disiplin Muhyiddin dalam jurusan Ekonomi.

Kita lihat sendiri berapa banyak tanah orang Melayu di JB ketika Muhyiddin menjadi Menteri besar Johor telah jatuh ke tangan Singaporean!

Muhyiddin juga telah memperkayakan kroninya Syed Mokhtar Al-Bukhary dg jualan tanah kerajaan Johor di Singapura!.

Muhyiddin berani bertempik dg cakap sorang sorang apabila kamera TV 1,3 dan Astro menghala kepadanya.

oii Muhyiddin kenapa tidak cabar saja Anwar berdebat dg engkau? Engkau boleh menggantikan Najib yg engkau puji bukan main!.Najib memang bacul berdebat dg Anwar.Rakyat hari ini sudah melihat bagaimana Pemimpin di Barat berdebat dg manifesto masing-masing utk tatapan dan mempengaruhi rakyat menyokongnya.

Tidak ada maki hamun seperti ucapan Muhyiddin.Jelas kelihatan Muhyiddin juga desperados kerana takut kehilangan kerusi Pagoh!

Anggaplah ucapan Muhyiddin itu seolah-olah dia juga telah terkena jangkitan gila meroyan di mana Rakyat memerhatinya.

Kita pasti Rakyat sudah tidak sabar-sabar lagi utk menjadikan UMNO parti pembangkang dalam PRU 13 ini.

Selamat Berjuang Rakyat Malaysia! Apakah kita sanggup melhat perwakilan UMNO dari 192 bahagian seluruh Malaysia menentukan polisi negara ini dg hegemoni UMNO?Rakyat akan menyanyikan " Sampai di sini UMNO akan perpisahan kita ,Racun di tangan kirimu UMNO" Madu di tangan kanan kita Rakyat Malaysia

Keyang Dot

Anonymous said...

PAU 2012 sentiasa dipenuhi perwakilan yg elit dan kaya raya.

Tips untuk jadi kaya:

PAU 2012 boleh mengkayakan seseorang dalam masa 5 minit dengan 5 patah perkataan sahaja dengan berjumpa seorang menteri.

hahahahaha..

Anonymous said...

UMNO dah kehabisan modal ,kehabisan peluru dan exhausted all avenues sebab itulah mereka merapu ,melatah dan tembak angin sama seperti orang lemas yang pegang apa saja yang terasa untuk selamat.Mereka tak ada apa nak megahkan kerana kerakusan mereka dah terbongkar.Kita sama2 tengok dan dengar kerana yang bercakap tu semua ada penyakit dan tak bolih dipercayaai.Keyakinan orang dah berkecai jadi mereka patut naikkan yakinkan semula bukan maki,fitnah ,kecilkan ,perlekehkan dan seumpamanya .Kita2 sama2 tengok dan dengar dan lepas tu kita nilaikan samaada perhimpunan itu mencapai matlamat atau sekadar beri cuti bergaji kepada perwakilan untuk berehat...

awangbatuburok said...

Salam sejahtera Dato Aspan,

Sangat setuju rakyat kena banyak bersabar setelah kena 'PAU' oleh UMNO/BN bertahun-tahun lamanya. Cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi PRU13 akan diadakan dan diharapkan majoriti rakyat telah celik politik dan tidak akan kena 'PAU' untuk kali ke-13 oleh UMNO/BN dalam PRU yang akan datang.

Terima kasih.

Pok Li said...

Pak Aspan, sebagaimana yang saudara katakan sebelum ini apa saja yang disebut oleh UMNO mestilah di baca secara terbalik. Sama-samalah kita lihat UMNO memburukkan diri mereka sendiri sepanjang PAU yang sedang berlangsung ini.

muzium padi gunung kheyang said...

saudara aspan
ucapan muhyidin yang bernada syirik dan kemunafikan.menganggap Umno sahaja yang betul.bila bercakap didepan manusia yang amat bengap dan penuh dengan kefasikan maka semua akan ditelan bulat-bulat.
nampak sangat gundah gulana sang gerombolan yang bermatian hendak menongkat langit.Orang begini mudah lupa bahawa sekuat manapun kerajaan suatu masa akan jatuh juga,hatta kerajaan kafir maupun islam.

Biarlah...mungkin terakhir baginya untuk berucap dan menista orang lain.INSHA ALLAH selepas Mac nanti kerajan baru akan tertegak. AMIN!

Anonymous said...

Salam Pak Aspan nampaknya dalam seminggu ini kita kena banyak bersabar. Nasib baik juga ada saluran Astro jadi boleh juga tengok kebijaksanan dan kekuasaan Tuhan yang menciptakan di dalam National Geoagrafi.

Pak Aspan mereka yang hadir di persidangan itu ialah KEBANYAKKANNYA peminat setia TV 1, TV 2 dan TV 3 serta suratkabar utusan. Mereka ialah Melayu Islam yang bencikan Babi dan Yahudi kononnya tetapi masih kental dengan kepercayaan menurun, bedah secara batin dan berbomoh. Tidak percaya dengan ubat yang dibacakan dengan ayat Al Quran macam kata Mahathir tetapi masih melambakkan botol air mineral bila ada bacan Yasin. Masih kuat dan tebal dengan adat warisan merenjis dan menepung tawar. Majlis bercukur jambul siap dengan endui dan buah kelapa. Amat marah kalau majlis tahlil malam pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh hingga keseratus tidak diadakan. Kaum hawanya terlibat di dalam persatuan Islam yang canggih dan hebat namanya dan selalu di bawa berjalan rombongan ke KL, duduk di Hotel dan atas nama Islam diselitkan program Tanyalah Ustaz dan Ustazah. Masuk pertandingan nasyid dan finalnya di buat nun jauh di Langkawi. Segelintir masih menggoreng bertih untuk diberi saka keturunannya makan. Dengan kopiah putihnya masih berkaraoke, minat sangat dengan AIM, Shout Awards, AJL dan macamx lagi. Sebelum kenduri perkahwinan hebat dengan kumpulan berzanji tetapi tak tahu makna apa yang dibaca dn dilagukan.
Dan banyak lagi dan banyak lagi yang agak sedih kalau hendak diceritakan dan paling malang dan sedihnya antara mereka ini masih ada dalam rumah kita sendiri.

Anonymous said...

Persepsi saya bila melihat dewan PWTC dipenuhi dengan lembu-lembu bila melihat Shahrizat dan khairy dlm dewan tu....... kesihan tengok bapak lembu dan anak pinak lembu berkelompok2. mungkin saya terlalu emosi dan terbawa2 dgn skendal NFC dan saya salah seorang pekerja di jabatan Audit dan antara orang awal yg perasan skendal NFC.

Anonymous said...

PAK
Pak ASPAN. PEDULIKAN MAHYUDDIN YANG PERNAH MENAGIS SEWAKTU MENJADI MB JOHOR KETIKA MELINTASI TANAH PERKUBURAN.


PAKATAN PERLU BERKERJA LEBEH KERAS.UMNO BARU " PUAK2 SETAN YANG KITA KENALI INI" INI AKAN MENIPU SEHABIS2 HABIHAN UNTUK MEMASTIKAN KEMENANGAN MEREKA.

Ibni Ismail said...

Salam Tuan Aspan,

Inilah 'indah' nya politik orang kita. Caci maki ini keluar dari bibir yang juga berzikrullah. Malangnya tuan memilih untuk hanya menegur bekas parti tuan dengan mengecualikan dari untuk menasihati PKR dan PAS. Semoga tuan tidak termasuk golongan yg bersetuju untuk berdoa membinasakan saudara seagama dan sebangsa. Saya menjangka UMNO dalam PAU ini akan berdoa yg baik2 utk saudara2 yang berlainan parti. Tahap keikhlasan doa tersebut, biarlah kita serah pada Nya.

Parti saudara dan MCA serta Gerakan ternyata lebih matang berpolitik. Mereka tahu berbeza fahaman tidak bermaksud mereka menghina sesama bangsa.

Anonymous said...

UMNO Memang Anjing Gila

Anonymous said...

tak payah le layan crta umno baik crta kes nazri/ musa duit 40 juta. crta scopene,dan banyak lagi crta curi duit lagi pun umno ni dah tak laku mcam tv 1,2,3.jadi crta pencuri ni seronik sikit.nak tenguk mcam mana yang dia boleh mencuri tu

Pok Li said...

Nampaknya keadaan sudah terbalik.

Persidangan UMNO yang sedang berlangsung hanya memperkatakan tentang keburukan Pakatan Rakyat. Belum ada pemimpin dan perwakilan mengupas rancangan masa depan negara. Ini menunjukkan betapa takutnya UMNO sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa. Begitu juga yang berlaku semasa persidangan MCA baru2 ini.

Sebaliknya, persidangan PKR dan PAS (dan diharap DAP nanti) perkara2 yang di bincangkan adalah hala-tuju negara serta rancangan menaiktaraf kehidupan rakyat terbanyak apabila mereka mengambilalih tampuk pemerintahan.

Keadaan ini amat berbeza dengan masa2 dahulu dimana pembangkang hanya menghentam kerajaan manakala persidangan parti2 kerajaan membicarakan hala-tuju negara. Adakah ini tanda2 yang UMNO/BN akan mengambil tempat sebagai pembangkang selepas PRU13? InsyaaAllah.

Anonymous said...

Jauh sangat dengan orang putih, lihat lah ucapa Obama atau Romney di persidangan parti mereka. Kempen mereka jauh sekali dari kita, cakap nak jadi negara maju tetaapi pemimpin politik masih primitif aka tarzan stail. Bila DS Rais dan DS Zahid hamidi beri ingatan tumpu pada PRU13 dalam ucapaan dan bahasan, tok tok pemimpim no.2 yang tak ikut. Jadi kita tunggu wanita dan pemuda bahas sikit lagi. Ada tak gelak dan lawak melampau!.

AWA

Anonymous said...

Pembetulan pak Aspan,mahadey bukannya bangsa melayu?DNA telah membuktikan...sekarang ne ramai anak pembesar ameno kawen dengan pompuan sama DNA dengan mahadey,anak nazri aziz,anak ramli ngah talib dan ramai lagi...

Kelmarin,terdapat perjanjian MOU antara kerajaan banglesh dan hishamuddin,untuk bangladesh membekal pekerja dlm jumlah yg terlampau banyak bermula januari 2013..Apa rasional nya pekerja yg banyak di malaysia??...

Dahulu..sebelum merdeka british menyusahkan bangsa melayu dengan membawa masuk org cina dan india..tetapi sekarang selepas merdeka ameno menyusahkan bangsa melayu dengan membawa masuk bangla,indon,nepal,myanmar..

Bagaimana nasib anak cucu bangsa melayu akan datang..tidak kah pemimpin ameno berfikir akan nasib rakyat jelata??

Anonymous said...

Muhyiddin cakap PAS ibarat melukut di tepi gantang. Saya kata UMNO ibarat anjing kurap di tepi longkang. Buktinya, dah berkali-kali PAS cakap tak nak tak nak kena tipu muslihat perpaduan Melayu palsu kau tu....namun aning kurap di tepi longkang masih mengharap. masih antar wakil secara sulit jumpa TGNA.

Anonymous said...

Saya cukup suka membaca artikel anda.Teruskan

Anonymous said...

Apakah perwakilan PAU yang menentukan KERAJAAN Malaysia? Janganlah syiok sendiri, kalaulah SEMUA ahli UMNO mengundi calon BN dalam PRU ke-13 ini, apakah BN akan menang?

Anonymous said...

Proses penyucian umno (baru)? ATAU proses BALUN Najib sudah mula?

Deepak bersuara!
Musa menuduh Isham kacau PDRM!

Musa ingat Najib (+ Isham) bodoh ke nak biarkan dia main wayang? Aisyeh Moosa


Ahakkssx!

Anonymous said...

Saya sedang tunggu citer Superb n Sensasi, tahun 2010/11 sudah heboh dlm blog Pro umno (baru)!

'The wife n the drebar'

Hhmmmmmmm!

Anonymous said...

MOSES KATA: Saya tertumpang dengar juga ucapan TIMB PRESIDEN UMNO ne, bukan apa, saya berharapan besar ianya berlainan dr yg lepas, kalau dia membaei nasihat terutamanya kpd org Melayu yg berugama Islam .Tapi hampas, siax aja, tukar astro chanel 511 lagi bagus kah kahhhh. Maaf lah BN, ingatx dlm hati PRU13 nak pangkah BN, tapi maaflah cam PRU 12 lah saya.ABU

Anonymous said...

UMNO tiada hala tuju. Pembangunan negara bukan lagi isu utama. Selagi UMNO berkuasa ekonomi akan terus menjunam. Bagi saya tak nampak satu pun usaha puaka-puaka UMNO ni nak memajukan ekonomi. Tiada sorang pun menteri yang berfikiran positif yang boleh terima teguran. Kelemahan berfikir menteri UMNO akan meranapkan terus ekonomi negara. Rakyat perlu berfikiran positif untuk menukar pemerintah agar idea-idea baru boleh disalurkan untuk pembangunan negara.

insafdoh67 said...

Muidin jd sasau. Org melayu tau doh umno bapak nipu. Xllama doh UBN nk karam. Kuatkan pejuangan pak aspan.

insafdoh67 said...

Ubn doh npok hayat nk tamat. Ckp pun merapu mcm org x skoloh. Nk jd meroyan kut. Kahh.kah.kah..

Anonymous said...

pau -perhimpunan lembu lembu semalaysia.

insafdoh67 said...

Memang class pak aspan. Teruskan bongkkar tipu daya MelayuUBN.

Anonymous said...

Tertengok news Bernama bahasa Tamil mlm semlm. Tak paham tetapi kendian tengok KJ, kak Ijat dan ketua Puteri berucap, sumpah bukan dlm bahasa Tamil!

Terlolong2, memekik2, bersuara keras, kasar, langsung tak berpijak di bumi/realiti semasa. Terus saya teringat kata2 Allahyarham datuk saya sewaktu kami kecik2 dulu, sekitar tahun2 1960'an!

'Kalau nak jaga (amanah) burung (di dangau kat sawah padi) mesti rajin! Kena keluar, jalan2, tarik tali orang2 tu, JANGAN TIDO jer kat dangan! Jangan nanti padi sudah abis kena makan burung baru kau nak tunjuk rajin, baru nak memekik2, terlolong2! Tak guna masa tu, padi dah tinggal hampas!!'

Cuma bezanya dulu2 burung makan padi tetapi kini PAGAR yg makan PADI!!!

Ketiga2 mereka tak sedar diri hanya nak salahkan orang lain, sedangkan amanah kat tangan sendiri dan mcam kak Ijat, lemboo sendiri yg makan padi/ AMANAH itu!!

Saya tak dngar ucapan moideeeeeeeeeeeeeeeeeeeEen, tapi hari ini kita akan dengar si bacul bin penakut berbibir merah berucap pula.

Satu dewan manusia yang hanya hidup sia2!

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Kak Ijat sebut dalam ucapan.

Dr M pun sebut.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pakatan-dismisses-dr-ms-street-chaos-claim/

Jaga2 semua, 13-5-13!!

Jerlun Tok Kepak Lana Bulu said...

Kenyataan Ketua wanita Umno Malaysia Sharizat anak mami Penang, berkata dalam PAU PWTC kelmarin yg trajedi 13 mei akan berulang sekiranya UMNO kalah dalam PRU 13 adalah berbau perkauman,menggugut dan provokasi!

Beginilah desperados Wanita UMNO yg nak ganyang dan pemuda UMNO Tibai! ganyang ke goyang?Begitulah kuat ganyang dan goyang Shahrizat setelah menganyang dan menggoyang RM 250 juta duit Rakyat!.Pemuda UMNO tibai apa tu? tentu dah pakai makjun dhabSinai ni!

PAS menggesa ahli-ahlinya membuat laporan POLIS.Sdra-sdra yg menyokong perjuangan sdra AA silalah buat lapuran polis juga.

The sign is clearly written on the walll that UMNO is going to loose in the PRU 13.Insyaallah!

Jerlun Tok Kepak Lana Bulu

wankamarul701 said...

UMNo suka kutuk2 pembangkang..pak aspan suka kutuk2 umno..ok la tu.. bak kata pepatah mendulang paku sepih, katakan orang awak yang lebih..kui3

Anonymous said...

Mengutuk dan mengulas adalah 2 perkara yang berbeza tuan.