20 November 2012

Ibrahim Ali atau Hasan Ali pun boleh menjadi Perdana Menteri

Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM. Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut.

Tetapi yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seolah-olah telah menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini. Kalau tidak masakan di antara pimpinan UMNO sendiri berbincang siapa yang lebih layak di antara Anwar dan TGHA. Rupa-rupanya bukanlah saya seorang yang berfikir yang UMNO akan menerima kekalahan malahan mereka yang masih kekal dalam parti itu sendiri berbincang tentang pilihan di antara Anwar dan TGHA.

Ini merupakan kali pertama rakyat bercakap tentang PM dari pihak pembangkang sekarang ini selepas rakyat menukar mandat mereka dalam PRU yang akan datang. Isu ini pastinya satu isu yang akan menjadi hangat dan tidak akan berhenti senyap dalam masa terdekat ini. Bagi saya kedua-duanya layak, tetapi biarlah kita selesaikan PRU ini dahulu. Kadang-kadang ada pihak yang tidak berjaya niat dan tujuan mereka kerana sebelum pun pergi ke hutan sudah membilang buah kerayung.

Tetapi keadaannya ialah PR masih mendahului BN jika PRU diadakan pada minggu ini. Isu siapa Perdana Menteri elok kita ketepikan jauh-jauh dahulu kerana yang penting permaharajalelaan UMNO wajib kita hentikan serta merta selepas PRU ini. Kita mempunyai perlembagaan jelas yang seorang PM itu sepatutnya dipilih di antara ahli-ahli Legislatif yang mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen walaupun dengan satu undi.

Walau bagaimana pun pihak PR telah bersetuju untuk memberikan kerusi PM kepada Anwar jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Di dalam perlembagaan sesiapa yang mendapat sokongan yang terbanyak di dalam Dewan Legislatif Parlimen maka dialah yang menjadi Perdana Menteri negara ini selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Selama ini Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu hanyalah melalui ‘convention’ dan bukannya melalui cara dan kaedah yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Pada dasarnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dari mana-mana parti sekali pun asalkan ia mendapat sokongan dari ahli-ahli Dewan Parlimen walaupun dengan kelebihan ‘simple majority’.

Di atas dasar itu maka Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim, Bung Mokhtar, Mohamad Aziz  mempunyai peluang yang sama untuk menjadi Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihanraya parlimen mewakili apa-apa parti atau sebagai calon bebas dalam pilihanraya yang akan datang. Yang perlu mereka mendapat sokongan majoriti di dalam Parlimen.

Jika Hasan Ali 'akidah' dicalonkan menjadi ahli parlimen dia juga mempunyai peluang untuk menjadi PM untuk mewakili pertubuhannya yang kalau tidak silap saya namanya JATI. Lagi satu syarat dia tidak bercakap seorang diri selalu kerana mereka yang bercakap seorang diri itu adalah orang gila dan tidak layak menjadi ahli Parlimen.

Oleh itu semua pihak tidak perlu menentukan siapa Perdana Menteri sekarang ini tetapi menumpukan usaha masing-masing untuk memenangi pilihanraya dan meletakkan UMNO di pihak pembangkang. Saya secara peribadi pun hendak sangat mendengar ucapan-ucapan Muhyiddin Yaasin sebagai ahli pembangkang jika beliau memenangi kerusi pilihanraya Pagoh dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Untuk menjadi pemimpin yang baik seseorang itu elok melalui pengalaman menjadi pembangkang untuk melengkapkan pengalaman sebagai seorang pemimpin. Di negara-negara maju ramai pemimpin-pemimpin beralih tempat setiap pilihanraya. Penggal ini mereka menjadi Menteri kerana partinya menang dalam pilihanraya tetapi penggal yang berikutya mereka menjadi pembangkang kerana partinya kalah dalam pilihanraya yang berikutnya.

Keadaan itu adalah keadaan yang lazim berlaku dan itu bukannya tidak boleh berlaku di negara ini.

17 comments:

Anonymous said...

Amanah itu berat. Gunung tak sanggup, galaksi tak sanggup ..... manusia kerdil ini jadi pak sanggup.

Tapi Allah telah mengamanahkan Adam-manusia untuk jadi khalifah di atas Planet Bumi ini, setelah Tuhan telah menghapuskan semua dinosaur.

Kita tidak kisah orang bernama Najib jadi PM. Tapi kita tidak suka style kepimpinan UMNO baru yang sudah lebih dari Pharoah in Eygpt.

Style UMNO Baru sudah jauh ketinggalan zaman. Sangat terbelakang. Nasib baik kita tidak menangis gila-gila macam rakyat Korea Utara yang asyik menangis bila lihat gambar Kim Jong Il.

Cuma... penyokong totok UMNO baru menangis gila-gila dalam cara per buatan mereka. Takut bila lihat Najib, walapun Najib sendiri "ada aku kisah' dengan penyokong setia UMNO baru ini. Najib tak kisah suka duka rakyat miskin hendak menghantar anak mereka ke Universiti. Dia tidak kisah PTPTN itu cukupkah tidak untuk satu semester. Yang penting masuk poket kaum elit dlaam dunia perniagaan akademik.

Selama ini, yang Najib kisah ialah, seberapa ramai umat manusia hadir ke majlis lawatan beliau dan berapa juta orang Tweet beliau dan Facebook beliau dan berapa juta yang pangkah BN dalam PRU13 nanti.

Kalau ditakdirkan UMNO berkuasa lagi selepas PRU13, maka ketika itu kita akan lihat Najib akan menampakkan kuku besi beliau secara jelas. UMNO akan terus dengan giat menjalankan agenda mereka. Para penyokong totok UMNO akan sudah pasti akan terfikir ...... apakah betul aku lantik Najib semula jadi PM?

Walhal, dalam hari-hari mengundi RAKYAT adalah PM yang sebenarnya.

Najib akan kata "ada aku kisah?"


Anonymous said...

Harakah dah jelas kata Presiden Pas hanya layak jafi nelayan..,faham-faham sajalah. Tuan AA tentu akan sokong dgn penuh bangga DSAI jadi Perdana Menteri Malaysia terhebat dalam sejarah. Betul tak?

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Burung terbang dipipiskan lada.

Tumpukan usaha menyingkirkan syaitan dikenali bukan bertelagah berebut pucuk pimpinan.

Dengan semangat demokrasi biarkan jumlah kerusi dimenangi sebagai kata putus.

PM mestilah seorang Islam.

Kalau ditakdirkan esok Lim Kit Siang masuk Islam dan DAP menang majoriti kerusi Parlimen maka dialah PM.

Tak susahkan?

Nampak sangat ahli2 PAS dalam muktamar yang mencadangkan Hj Hadi sebagai PM adalah cetek pemikiran dan gila kuasa.

Dari segi ilmu agama memang Beliau layak.

Tapi harus diingat ini bukan Mesiar dan Hadi bukanlah Morsi.

Disana tidak ada DAP dan kaum Cina dan India dalam PKR.

Aku bukan sokong sangat Anwar,tetapi dari segi majoriti PR menyokong Anwar sebagai PM.

Jawabannya cukup mudah.Anwarlah yang menyatukan parti2 berbilang ideologi terutama PAS dan DAP yang berseteru selama ini.

Sebab itulah jentera dan komponen BN termasuk agensi penguatkuasa dan media2 cetak dan elektronik meracau2 nak jatuhkan Anwar bukannya Hj Hadi atau Lim Kit Siang.

ABAI (Anything But Anwar Ibrahim)

Kenapa bukan ABHH atau ABLKS?

Surrogate

Anonymous said...

Tuan AA, Ya pelik jugak si umno ini berbalah siapa layak jadi PM antara DSA vs TGHA bermakna dia tidak rule-out bahwa kedua2 orang itu akan jadi PM, kalu dia orang tak rasa begitu maka katakan DS NAJID yang layak! Fullstop!!!.

Zainundin Maidin (Awang Cilamat) pun cakap PR tak hormati suara Ulama supaya TGHA jadi PM, bermakna ZAM jugak mahu PM adalah TGHA.

Saya kira umno mula pikir mereka akan berada dalam dilema samada DSA atau TGHA akan jadi PM, tiada calon bayangan UMNO.

Saikologi ..... PM hanya dari calon PR di akui oleh UMNO, andaikata semua umno mahu TGHA .. baguslah begitu.. Terima kasih daun keladi ....

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Nama-nama besar yang tuan sebut itu, Ibrahim Ali, Zul Nordin, Zaharin Gigi Buaya, Bung Mokhtar, Aziz Mohammad menjadikan saya amat teruja. Sayangnya Hassan Ali tidak dapat disenaraikan kerana hanya menjadi ADUN.

Tidak sangka sama sekali Tuan Aspan dan saya berkongsi pendapat yang sama. Jika sosok sosok di atas yang memiliki IQ tahap terendah, yakni yang cuma sedikit melepasi tahap terencat akal pun bisa layak menjadi Perdana Menteri, inikan pulak mereka yang jauh lebih pintar seperti DSAI, TGHA, Bang Mat Sabu, Dato’ Ariff Sabri dan lain-lain...... Jadi UMNO/UPKO enggak perlu pusing memikirkan siapa diantara kita yang layak jadi PM.


Bangchaq

Anonymous said...

kutu 2 ekor ni eluk disiang hidup hidup aje bagi vietnam makan

Anonymous said...

ASPAN ALIAS PUN BOLEH JADI PM/
. WALAUPUN SEKARANG NI AA KAPIR.BILA DIA MENANG ATAS TIKET DAP NANTI. AA AKAN MASUK ISLAM LAH.

Anonymous said...

Sorang ajer yg TERAMAT layak jadi PM adalah Mahadeyyyy. PERIOD!

Sekian,

Gheng lama

P/s - inilah pendapat ramai melayu lebih2 lagi yg berumur 60++. Tak caya tanya Batu Ronson, Kampong man @ Ainon dan ramai Anon2. Najib hanya stop gap PM yg sudah terbelit lehernya oleh ekor ikan scorpene! Manusia lelain tak setaraf susuk hero donia ketiga yg sering umno (baru) miliknya nobatkan itu!

Anonymous said...

To all diehard umno/BN supporter, just a frank question. In true honesty, how many still have faith in Najib? Or in Muhyiddin? Please be truthful!

My take is the only person in umno (baru) who has the credential to lead is Razaleigh. But this name is not in the party owner's good book because of his (Mahathir) personal agenda.

See how the PMship grab will happen!

Lanvin Clichy said...

Sape pun x pe abu

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Memang menjadi kenyataan bapak2 umno yg ada masalah dan kes2 tidak gemar TGHA menjadi PM. Sebagaimana kita tahu TGHA adalah seorang yang bersikap "NO Nonsence". Jika TG menjadi PM misti ramai yang selama ini pandai menari akan sumbang tariannya selepas PR memerintah.

Duk kata puak2 pencari makan melalui politik juga boleh jadi PM jika mendapat kepercayaan ahli dewan pula..... dapat ke mereka ini berada dlm dewan selepas PRU 13 nanti? kedudukan mereka sekarang pun atas ikhsan pengundi yg mengundi PR.
Jikadapat pun saya rasaa akan berada dalam keadaan terlompat2(tidakrata?) Ini kerana sifat semulajadi mereka yang disebut.
Biarlah mereka bercakap sementara ada akhbar yang maseh sanggup memberi dan melapur apa yg mereka cakap. Saya doakan lepas PRU 13 nanti mereka ini akan bisu atau sentiasa melihat belakang mereka takut2 ada yang memerhati.
Biarlah konsesi jawatan tertinggi pentadbiran negara dibincang secara sulit. Yang pasti bila majoriti diperolehi perkaara ini telah tersedia.
Jika ditinju prasarana yang disiapsedia sekarang, tak susah mana nak tadbir negara.
Penyucian/pembersihan dalam negari mudah dilaksana kerana mahkamah2 baru dibinaseperti cendawan lepas hujan, yg perlu lantik hakim2 agar perkara ini dapat diselesaikan seberapa segera.
Yang jadi sedikit masalah saya fikir adalah hutang yg dilakukana oleh kerajaan sekarang......
Mari kita tunggu dan lihat, mungkin 30% ke 40% hutang negara dapat dikutip balik dari pemutihan harta panas si perlaku......

Anonymous said...

Gheng L ama,

Ente ingat hanya Mahadeyy kutty boleh jadi PM ke?

Ente ingat Anwar kutty tak boleh jadi PM ke?

Kalau Anwar kutty jadi PM, tol percuma, PTPN percuma, air api percuma, kereta murah...gerenti tiada korupsi, tiada kronisma, tiada jenayah, tiada seks bebas dan sebagainya..apa lagi yang ente nak...dalam lebih kurang dua minggu, Pakatan Rakyat menang, benda yang dijanjikan akan ditunaikan. gerenti...


Macam skrip Kampung Buah Pala pulak...

Batu Ronson

GUNUNG KEYANG said...

Saya melihat nama-nama Ibrahim Ali,Zulkifli Nordin,Zaharin Hashim,bung Mokhtar, Mohamad Aziz dan Hasan Ali.

Dalam semua senarai itu mungkin Bung Mokhtar akan menjadi MP semula.

Ibrahim Ali katak sudah tidak ada talian hayat.Norodin malbari gila sasau ni boleh ucap selamat tinggal.Zaharin gigi boya dg paid up capital rm 2 nak minta projek 40 juta pun kena gabus punggung.Mohamad Aziz terpelanting dg kebangkitan Rakyat Johor.Hasan Ali pun dah boleh ucap sayonara.

Oleh itu enam jahanam ni tak boleh jadi PM kerana tidak menjadi MP lagi.


Gunung Keyang

Anonymous said...

Dear Anon 18:51,

I am being honest sir.I am for Najib anytime.But i have no problem accepting who the majority rakyat choose in the end.I know what the end results is going to be.Ok,Thsnks.

Anonymous said...

'Jaga2 dgn manusia jenis ni. Ni jenis manusia yg bole dan mampu makan ketua'!

.......Ringkasan kata2 Allahyarham Cikgu Abdul Kahar Ahmad dari Muar, Johor pada tahun 2005/6 terhadap Muhyiddin Yassin.

Sungguh benar telahan Arwah apabila Paklah tersungkur akibat cucukan Muhyiddin atas arahan tuan punya parti umno (baru), Mahadeyy

Siapa pula yg Mahadeyy akan suruh utk cucuk Najib selepas PRU 13 nanti?. Yg berani buat kerja ini akan diletakkan sebagai TPM! Game ni Najib dan Muhyiddin tahu sangat kerana Paklah sudah termangsa!

Najib sudah dapat baca? Kalo tak faham2 juga, komanlah anak Razak ni!

Kita tunggu wayang dlm PAU tak lama lagi.

Ali, hang da bersedia?

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Wahai Batu Ronson @ Kampong man @ Anon 00:12,

Sekitar pertengahan 1980'an, saya hadiri satu seminar ekonomi Islam di UIA Sect 17, PJ. Seminar yg amat baik dgn tajuk2 yg mendalami topik ekonomi konvensional dan Islam sebagai jawapan kpd ketidakadilan yg berlaku.

Masa tu ada sekumpulan manusia, diketuai oleh seorang bertitle Datuk. Mereka masuk dewan pakai songkok hitam DAN ada berkopiah putih. Dari pemakaiannya, kita tahu mereka bukan biasa dgn kopiah putih tapi menyamar!

Kerja mereka duduk bertebaran dlm dewan kuliah itu. Kerja mereka mempertikai dan memperlekeh setiap hujah pembentang kertas kerja. Mereka sahaja yg bangkit utk bertanya dan berhujah!

Sehingga ramai peserta perasan tindak tanduk mereka. Siapa mereka?

Sewaktu break, mereka hampiri peserta2 membisikkan berbagai cerita. Saya terdengar kata2 mereka perlekeh DSAI yg ketika itu baru dalam umno tetapi org penting dalam UIA!

Permusuhan puak2 ni dan seperti hang kpd DSAI utk bawak pembaharuan kepada nilai Islam bermula sejak dia di dalam ABIM. Ramailah soldadu2 umno hantar resapi ABIM dan inilah muka2 yg masih tentang DSAI sehingga kini.

Lu orang kerja utk siiapa? Utk si setan yg akui dirinya setan yg kami rakyat semua sudah kenali?

Sesungguhnya takde manusia akan memusuhi pembawa kebaikan lalu memfitnahnya selain manusia2 itu berhati kaudu dan bekerja utk puak2 yg menyesatkan, ie iblis dan setan!

Berbalik kpd seminar UIA itu, sewaktu lunch break, mereka terus hampiri peserta2, berbuih mulut bercakap sambil makan. Kita sibuk kejar masa utk solat zuhur sebelom sessi ptg bermula. Mereka masih dalam dewan makan. Selesai solat, kita bergegas ke dlm dewan, si mulut2 berbuih sudah berada dalam dewan, masih menghimpit2 peserta yg aktif memberi pendapat!

Inilah setan2 yg saya sudah kenali seawal pertengahan 1980'an! Hari ini mereka nak tentukan siapa kita pilih selaku PM kita?

Sekian,

Gheng lama

P/s - bapak najib dia sudah guna, datuk harun idris dia sudah hancurkan, si Najib juga akan musnah seperti Paklah, Ku Li, DSAI, Musa, Hussein, Ghaffar. Marina, Syed Husin Ali, Ghazali Shafei, Dollah Kok Lanas, Mat Sabu, TGNA, TGHA, Kit Siang, Karpal, LGE, dll.

Hussein Ahmad dan berahim Ali antara kuda setianya. Ramai jugak 'anak kuda padi' yg dilahirkan nya!

Anonymous said...

If there is a new govt....PAS Hj. Hadi should be PM for 2 years to get rid of Saitan and its followers and DSAI & LKS made Deputy.