16 October 2013

Apa gunanya popular jika di tolak rakyat, kata Khairy

“Tiada gunanya popular jika di tolak rakyat” kata Khairy Jamaludin. Ini merupakan kenyataan yang paling benar yang kita dengar dari mulut Ketua Pergerakan Pemuda yang baru di perbaharui mandat oleh perwakilan Pemuda dalam pemilihan  UMNO minggu lepas.

Bukan sahaja blog ini, tetapi juga oleh banyak pihak, yang populariti kepimpinan itu hanya boleh di nilai oleh orang ramai bukannya oleh ahli-ahli UMNO semata-mata. Selama ini ramai pemimpin khususnya Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah memenangi jawatan penting itu tanpa bertanding, tetapi nyata UMNO menjadi lemah seperti yang kita saksikan sekarang.

Jika kemenangan tanpa bertanding pemimpin utama parti selama itu menjadi kayu pengukur popularnya parti itu, masakan UMNO kini sudah diambang kehancuran? Jika kemenangan tanpa pertandingan itu boleh menjamin kerajaan itu bersih tanpa rasuah dan salahguna kuasa, masakan penyakit itu menjalar begitu menular walaupun hampir setiap pemimpin utama negara menang tanpa bertanding.

Saya sangat bergembira mendengar kenyataan Khairy semalam dan ini membuatkan hati saya berkata, “masih ada harapan UMNO itu segar kembali, tetapi kenalah ada ramai lagi yang berfikiran seperti itu’. Walau bagaimana pun itu baru kenyataannya sahaja. Yang akan di perhatikan ialah tindakan susulan untuk merealisasikan pemikiran beliau itu. Pandangan inilah yang boleh menyejukan hati setengah rakyat yang sudah diambang tua ini untuk mendengarnya.

Bagi saya, saya rela memberikan pandangan dan input yang kasar sahaja kerana mungkin pandangan dan input dari orang seperti saya dan yang lain tidak semestinya betul. Tetapi kami boleh merasakan yang kami diberi peluang untuk berinteraksi untuk kebaikan kita. Khairy tidak perlu menjadi popular di kalangan UMNO tetapi menerima doa popular dari rakyat yang ramai.

Rakyat yang ramai mungkin tidak dapat memberikan undi kepada Khairy tetapi rakyat yang ramai boleh membantu dengan permohonan kepada yang pemberi yang ‘ultimate’ yang Maha Pemberi itu. Pemberian dari Maha Pemberi itu merupakan pemberian yang di berkati dan ia tidak sehebat pemberi dari pengundi dalam parti.

Pemberi dari dalam parti itu boleh berubah mengikut keadaan. Ia boleh datang dan hilang dalam masa yang singkat. Mereka adalah politikus-politikus yang mengamalkan politk mengikut resmi air, di mana lekok di situ mereka berhenti. 'No permanent friends and no permanent enemies'. 

Sandarkan keyakinan kepada yang Esa kerana negara ini adalah negara bertuah dan banyak anugerah Tuhan, yang ramai tidak menyedarinya. Itulah sebabnya mengkufuri segala nikmat dan rahmat itu adalah dosa yang sebesar-besarnya.

Saya dan ramai yang lain memahami tekanan yang ada di dalam jiwa pemimpin muda ini setelah mendapat pembaharuan mandat itu.. Tetapi jika kita bersandar kepada yang hak, ia akan memutikkan jiwa yang tenang dan dalam ketenangan jiwa itu, maka mudahlah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berada dihadapan beliau, sebesar mana pun halangannya.

Hanya tingkatkan syariat tebalkan hakikat, tidak ada siapa dan sesuatu pun mampu menghalang kemaraan perjuangan seseorang itu, ‘come what may’.   

13 comments:

saksama said...

Orang politik...... hampir semua cakap tidak serupa bikin, apa lagi yang berada di tampuk kekuasaan... fikir-fikirkan

Anonymous said...

AA,
UMNO lemah?.Satu persepsi salah.Mana mungkin.Dengan keterbukaan demokrasi , kelemahan dalam PKR, DAP dan Pas sekarang ini ianya tidak akan membantu PR memenangi PRU 14.PR akan mula pudar dengan tiadanya
perhimpunan haram saperti Bersih dan Blackout 505 kerana rakyat marhaen telah bosan dengan janji janji Anwar.Sekira pilihanraya dikendalikan secara aman PR akan terus kalah banyak kerusi.Ini saya sangat yakin. ~ SA

Amuraria said...

in sya Allah ! ABU jangan lupa !

wahi said...

Sokong ABU dan sokong YB Khairi

Anonymous said...

Anon 07:20:00 am

parti politik tak beberapa penting pada masa negara dan rakyatnya seperti dan sudah kehilangan hala tuju.. sama ada rakyat sudah bosan kepada anwar dan janjinya sudah tak boleh dipercayai..negara ini sebenarnya sudah hampir tiada lagi pemimpin yg betul2 boleh memimpin

Anwar adalah de facto leader yg mahu tak mahu terpaksa PR mesti mengekalkannya.. ajakan Anwar utk bekerjasama dgn kerajaan sedia ada utk membaikpulih negara ini harus dipuji dan disokong

pedulikanlah untung rugi parti politik dan ahlinya terlebih dahulu..hakikatnya politik di malaysia ni kalau tak bertanding orang marah..kalau bertanding kemudian dah menang..menyakitkan hati pula

semua orang di malaysia ini..semua orang mesti memikirkan sesuatu utk kebaikan rakyat dan negara melebihi kepentingan parti politik

semoga Allah S.W.T beri petunjuk dan hidayah pada semua orang

maybe there are no total victory... survival is all that matters now......we have no place to go.....

semutapi said...

kalau orang kita nak maju jangan terlalu bergantung pada orang umno kerana saya melihat orang umno tak lah pandai sangat hanya kelebihan menipu dan salah guna kuasa bila berkuasa.

Anonymous said...

kita tngok nnt berapa bnyk projek masuk ke kocek pemuda2 umno dtg dari menteri belia ni.

kalau sama mcm sebelum ni......

bak kata Imuda.: PIIIIRAAAAHHH !!!!!

Anonymous said...

Sapa boleh lupa kelaku kj masa fight 3 pnjuru dgn khir n mukhhriz..bersih n penuh kredibiliti kah beliau...? Tp at least beliau melayu maybe darah minang...bukan melayu perlembagaan bugis mamak pakistan jawa...dan pd mada depan akan ada gerakan mncantas beliau. Mnkin juga nuke bomb utk akhiri pendakiannya..inilah realiti feudal umno.

Anonymous said...

politik khairy akan dicantas oleh kemenangan mukhriz nnti..tunggu dan lihat...

Bazin said...

Anon 18:15,

Busuknya hati mu!!!

Anonymous said...

Bukan kepalangnya kata-kata itu, satu dalam seribu. Mampukah KJ menarik kesedaran ahli-ahlinya dgn kata-kata sedemikian. Kerisauan ahli-ahli Pemuda yang ikhlas mesti ada, tektik dan teknik untuk melumpuh ketua mereka akan diusahakan jua oleh petualang Umno yang suka merompak harta rakyat.

Anonymous said...

Salam Pak, Kj tetap Kj. Bole kah Kj berpisah dgn dunia niaganya? Bole kah dia berpisah dgn Kalimullah? Bole kah dia terpisah dari Avenue-Ecm Libra? Bole kah Kj berpisah dari sahabat2 karib yg lain Azman Mokhtar, Nazir Razak, Bake Saleh dll?

Anonymous said...

Anon 9.56,

KJ tak perlu berpisah dengsn semua nama nama itu.Malah tambah lagi nama nama lain.Politic is politic.No reason to leave your friends behind.Punyalah tak senang tengok melayu lain kaya.Dengki kesumat tak habis habis.Trademark jenama Melayu.Bodoh !!