02 October 2013

Jangan tak tahu, negara ini Dr Mahathir yang punya

Semalam saya menyebut perbezaan diantara pemimpin pelapis dan pelapik. Mungkin ramai yang masih belum tahu apa dia pelapis dan apa pula maknanya pelapik. Malahan ramai yang meminta saya mendefinasikan pelapis dan pelapik itu. Mahathir seperti memakai kasut besar, maka untuk membuat beliau selesa memakai kasut itu beliau menggunakan pelapik untuk menyesuaikan kasut besar itu dengan kakinya.

Saya telah sebut dengan jelas yang pemimpin-pemimpin UMNO yang lain itu hanyalah diperlakukan sebagai pelapik kepada kasut yang longgar yang di pakai oleh Mahathir itu. Justru semua pemimpin-pemimpin UMNO selama initermasuk Musa, Ghaffar, Anwar, Abdullah Badawi dan sekarang Najib, semua mereka ini diperlakukan sebagai pelapik kasut sahaja oleh Dr Mahathir selama ini. Bolehlah saya tulis sedikit tentang ini sekali lagi, tetapi tidak perlu panjang kerana ia amat mudah difahami.

Dr Mahathir tidak pernah membina pemimpin pelapis dan itulah sebabnya selepas beliau bersara, negara diambil alih oleh pemimpin yang tidak kena pada tempatnya.  Beliau hanya membina pemimpin pelapik untuk melapik kedudukan beliau supaya tidak terjejas buat selamanya.Beliau sendiri pernah menganggap yang pimpinan dalam UMNO dan ahlinya sekali sebagai Red Indian sahaja. Beliau tidak peduli apa yang akan terjadi kepada parti beliau. Bagi beliau semua orang UMNO mesti bersedia untuk menjadi pelapik untuk kepentingan beliau semata-mata.

Sebelum beliau menaiki hireaki parti yang tertinggi, beliau tidak mahu melihat Tengku Razaleigh berada di samping beliau kerana rasa takut dan gerun akan menjejaskan kedudukan beliau. Maka beliau mengambil Musa sebagai pemimpin pelapiknya. Beliau tidak pun berniat untuk menaikkan Musa selepas beliau kerana beliau hendak berkuasa lama. Musa hanya di gunakan olehnya untuk menjadi pemimpin pelapik bagi mengelak dari ancaman bayangan Tengku Razaleigh semasa itu. Maka berlagalah Musa dan TR dan Mahathir berasa gembira kerana musuh hakikinya telah bergaduh dan bertelagah.

Semasa menjadi Timbalannya Musa pula dirasakan menjadi ancaman kepada beliau, maka segala perkara yang boleh menjadikan Musa merasa terhina dilakukan oleh Mahathir. Musa pun berhenti dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin yang menjadi pelapiknya ialah Ghaffar Baba. Semasa Ghaffar jadi Timbalan beliau, Mahathir merasa senang hati sedikit kerana Ghaffar bukanlah orang yang dianggap begitu cerdik dan perasaan gundah gulana beliau berkurangan.  Mahathir menukar timbalannya seperti orang menukar seluar dalam sahaja.

Ghaffar pula akhirnya di ganti dengan pelapik yang baru kerana dalam beliau menukar dan mengganti Timbalannya ada seorang yang baru menyertai UMNO begitu pantas menaikkan dirinya untuk naik tunggak kekuasaan, ia itu Anwar Ibrahim. Ghaffar terpaksa berhenti kerana pengaruh dan permainan Anwar menyebabkan beliau terpaksa berundur dan di waktu yang sama beliau (Anwar) pula diperguna untuk menjadi pelapik beliau yang baru.

Dalam pada itu dibawah-bawah di dalam UMNO sudah mula merasakan kebosanan terhadap Dr Mahathir dan perkabaran telah sampai ke Mahathir yang pelapiknya kali ini akan menentang beliau untuk menggantikan kepimpinan negara. Mahathir bertindak dengan ganas terhadap Anwar dengan menggunakan isu sodomi dan berbagai-bagai salah laku pemimpin pelapiknya ini.

Akhirnya pemimpin pelapiknya ini dipecat kerana isu-isu nakal ini dan menggantikan pelapik baru bernama Abdullah Badawi. Benar atau tidak isu-isu terhadap pemimpin pelapiknya ini Tuhan sahaja yang tahu kerana saya tidak pernah melihat perkara itu dilakukan dihadapan mata saya.

Pelapiknya yang bernama Abdullah ini juga tidak mahu mendengar nasihat dan arahan beliau (Mahathir) dari luar maka berbagai-bagai isu dipalitkan terhadap Abdullah dan Mahathir menggunakan bakal pelapiknya, Muhyiddin untuk meletakkan Najib sebagai PM. Akhirnya telah jelas yang Mahathir kali ini mahukan pelapik yang terakhir iaitu Muhyiddin Yassin untuk menjadi pelapik sementara menunggu Mukhriz, orang muda yang sebenar-benarnya calon pimpinan pelapis bagi negara..

Sekarang pemimpin pelapis itu sedang berikhtiar untuk memenangi jawatan Naib Presiden, satu jawatan yang sangat penting dalam UMNO. Jika pemimpin pelapis ini berjaya maka dua orang yang lain itu merupakan pelapik kepada Mukhriz sahaja.

Selepas ini berlaku, Dr Mahathir tidak akan lagi mencari pelapik lagi kerana anaknya sudah akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara. Kali ini adalah pusingan terakhir bagi Mahathir bermain politik kerana selepas Mukhriz mendapat apa yang di kehendakinya maka barulah Mahathir berhenti bercakap hal politik negara dan semasa ini lah beliau mungkin menumpukan masanya bercuti dan hidup dalam persaraan.

Cita-cita beliau untuk mencari pemimpin yang cerdik untuk menggantikan pemimpin-pemimpin yang beliau anggap bodoh sekarang ini, akan tercapai apabila Mukhriz mendapat tempat di tahap Naib Presiden.Rupa-rupanya pemimpin yang beliau maksudkan sebagai pemimpin cerdik dan pandai itu adalah anaknya sendiri.

Barulah kami semuanya tahu. Kita pun tidak tahu setara mana cerdiknya Mukhriz ini, tetapi oleh kerana Mahathir maksudkan Mukhriz lah yang cerdik itu maka kita terimalah.  Kalau kita tidak terima nanti Mahathir akan kata kita bodoh lagi. Untuk mengelak kita dari dikatakan bodoh marilah kita semua bersetuju bahawa Mukhriz itu seorang pemimpin cerdik.

Apabila Mukhriz menjadi pemimpin utama negara nanti nescaya kita tidak akan mendengar lagi Mahatahir memanggil dan menganggap pemimpin UMNO itu bodoh-bodoh lagi. Pendeknya kita akhirnya mesti mengakui yang negara ini adalah kepunyaan Mahathir. Beliau boleh mendapat apa yang beliau mahukan.

Hanya orang Melayu khususnya orang UMNO yang perasan negara ini kita semua yang punya.

28 comments:

Anonymous said...

Alhamdulilah, sekarang adanya Seorang Pejuang Blogger Yg Berani Untuk Mengatakan Bahawa Malaysia ini Mahathir Anak Kutty Punya. Mahathir Anak Kutty inilah Tangan Ghaib yg selama ini Menganggu Urusan Kerajaan supaya Keputusan di ambil oleh Kerajaan Silap, Salah dan apa2 yg dibuat Gagal.

Ah Jib Gor pon sama2 tidak bijak, ikut cakap isteri dia dan pemandu, dan Omar Ong.

Kita harapkan Muhyiddin berani lawan cakap Mahathir anak Kutty ini,
BARULAH AMAN MALAYSIA, AMAN UMNO

Anonymous said...

Saya kira Mahyuddin pun sama, jenis suka jatuh dan menjatuh kan orang lain.
Bukan kah angkara beliau Pak Lah terpaksa melepaskan jawatan nya kerana tak tahan mendengar cerceaan yang di buat di Singapura dulu

Anonymous said...

dah tubuh kan parti Aspan-monggol belum???


jadila president parti baru... 2 man show ..

lembu said...

kalo tgk jalan criter drpd zaman TR , muda, baba, anwar...


logic gila la analisis pak aspan.. dan mmg betul tuh... ruparupanya... macam tuh bagaimana pemimpin tuak sekarang ni bodoh bodoh... part of the planning... hahahaa

Anonymous said...

pasal melayu..berasap berapi lgi...pulau pinang sape pnya bro?

Aspan Alias said...

Anon 10:26,

Ppinang DAP yang punya, tetapi kecenderungan untuk dipunyai secara peribadi oleh satu kelompok keluarga itu sememangnya ada.

Kita tengoklah setahun dua ini.

Anonymous said...

Pak Aspan

Muhyiddin Yassin ni pelapis atau pelapik? Sama-sama kita renungkan.

Salam.

Aspan Alias said...

Anon 11:55,

Saya dah sebut tadi, Muhyiddin merupakan pelaik terakhir sebelum pemimpin pelapis Mukhriz menjadi PM. Semuanya pelapik selain dari Mukhriz.

Boin said...

Saya faham apa yg tuan maksudkan itu. Saya cuba untuk menulisnya tetapi saya tidak berapa pandai menulisnya. Sebenarnya itulah keadaan sebenarnya. Anology tuan amat berkesan dan saya terdengar ramai yang suka dengan anology tuan itu. Syabas tuan

Amuraria said...

dinasti mamak kutty kerala mari akan berterusan selepas sikandar kutty,si kitul & mamak mandaliar ! lengkap geng mamak perbodo melayu daa ! ABU jangan lupa pasal melayu ingat sampai mati!

flyer168 said...


Salam Aspan,

Yes indeed.

Just to share this...

http://www.youtube.com/watch?v=6o5jpcTmcqk

You be the judge.

Cheers.

Anonymous said...

sangat mudah analisa yg dibuat kerana semuanya telah tertulis qada dan qadar tuhan. kenapa tuan tidak nyatakan 12 tahun yg lepas sebelum mahathir meletak jawatan bahawa mukhriz adalah pengganti beliau sebagai pm ke???... fikir-fikirkanlah

Anonymous said...

Melayu dlm umno yg bodoh jika masih mau lagi keturunan mahathir menjadi pemimpin...cuba tngok jawatan utama dlm kerajaan,umno dan swasta...golongan sape???

Anonymous said...

Seteruk mana Tun Mahathir pun semasa pemerintahan beliau rakyat tidak hidup tertekan seperti sekarang (di bawah Naib). Najib dikelilingi oleh para menteri dan golongan kapitalis yang kotor dan rasuah. Najib juga didampingi oleh seorang perempuan yang kejam dan bernafsu syaitan.

Seteruk mana tanggapan rakyat kepada Tun Mahathir sekalipun masih ada yang mempercayai cerita fitnah beliau terhadap DSAI.

Gayuman9 said...

UMNO ialah parti yang dimonopoli keluarga tertentu sahaja yang dimulakan oleh Datuk Onn. Legasinya diteruskan oleh Hussein Onn dan sekarang sedang ready dengan anaknya Hishammuddin. Tun Razak pula diteruskan oleh anaknya Najib. Pak Lah pula dengan menantunya KJ. Mahathir pun nak juga so dia readykan Mukhriz. Muhyiddin pun tengah cari juga, buat masa ni belum nampak lagi.

Anonymous said...

I honestly don't think that Anwar was a pelapik. Mahathir was looking for a successor who is just like him and at the same, none of his son showed any interest in politics at the time. Mukhriz was also very young and unpolished.

Mns said...

Bersekolah dan keluaran Universiti d Malaysia tidak mampu menjadi pemimpin Negara. Sebab itulah kebanyakan pemimpin menghantar anak2 belajar d luar Negara.

Mns said...

Bersekolah dan keluaran Universiti d Malaysia tidak mampu menjadi pemimpin Negara. Sebab itulah kebanyakan pemimpin menghantar anak2 belajar d luar Negara.

Anonymous said...

Tolong tengok berapa ramai orang seperti Mahathir dlm parlimen sekarang terutama yang berandad UMNO. Mereka sahaja lah yang boleh di anggap mampu memimpin Melayu Malaysia (melayu kutty) kerana cerdik. Azeez dah zahir pun dgn kata2 kuttynya di parlimen beberapa hari lepas. "dey!!!,aney!!!"

Melayu jati pula seorangpun tidak boleh di harap pembodek shj peranan mereka dan paling tepat menjadi alat (pelapik kasut) permainan politik Melayu Kutty.

Jadinya semua tak jadi kerana nasib Malaysia khasnya, dan Melayu amnya selalu di perjudi yg tanggung nya rakyat selalu rugi. Lihat lah laporan audit 2012.

Anonymous said...

Kalau Mahathir baca analisa Pak Aspan ni, saya rasa Mahathir mati hidup semula pun tak mengaku. Tapi tak mustahil hatinya berkata firasat pak aspan amat hebat.

Kalau melayu UMNO tak sedar dan buat bodoh jer, jangan salahkan orang lain.

Anonymous said...

Umno bersikap seperti yahudi..yang memecah belahkan penduduk asal sesuatu kaum supaya jati diri dan bersatu padu penduduk asal menjadi renggang..

Mula mula umno berganding bahu dengan british menjadikan kaum cina dan india menjadi warganegara malaysia..skrg umno menjadikan bangla,pakistan dll sebagai warganegara...dan mahathir sendiri bukan penduduk asal tanah melayu...itu pun ahli umno menjadi buta.,

Anonymous said...

Yang buta bukan UMNO tapi melayuuuu haprak yang dididik olih Mamak kutty.....supaya melayu jadi bodoh yang sokong UMNO baru....

Anonymous said...

What more I can say? While some melayu in Negeri Sembilan because agama, bangsa.....This is what you get

Read them!

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/03/adun-bukit-kepayang-pertikai-belanjawan-tambahan-rm10-juta/

Anonymous said...

kalau harapkan penduduk asal alamat masuk hutan jadi sakai ler brader....

Anonymous said...

betul tu bodoh macam lembu...: )

Anonymous said...

Kata Usman Awang dalam puisi Melayu-nye...

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Anonymous said...

UMNO BN, adalah pewaris penjajah yang dipercayainya berbanding kumpulan lain. Penjajah pula dari golongan Yahudi dan Nasrani ( GYN ). GYN pula dinukilkan dalam Al-Quran surah Al-Baqaroh ayat 120 sebagai golongan yang sampai bila2 tidak ridho kepada golongan yang beriman ( GYB ).

Diriwayatkan dalam satu hadith GYN menyesatkan GYB selangkah demi selangkah sehingga jika mereka masuk lubang biawak pun kita akan ikut sama.

Oleh itu saya harap regim UMNO BN, waspada kepada GYN bahkan lebih teruk lagi menyebabkan kesusahan kehidupan rakyat dgn ketirisan, penyelewengan, penipuan dalam pilihan raya gara nak menang dengan apa cara pun.

Harap UMNO nak bertanding di N20 Sg. Limau kena fikir 100x kerana kamu mewarisi GYN yang tidak di ridhoi Allah.

Anonymous said...

Golongan Yahudi dan Nasrani terlalu lemah dinegara ini, mereka tidak mampu menyesatkan orang-orang melayu Islam. Sebaliknya golongan melayu Islam munafik lah yang banyak menyesatkan orang-orang Islam dinegara Islam ini.