13 October 2013

Tugas Khairy amat berat

Khairy menang seperti yang di jangkakan dan kemenangannya lebih dari angka jangkaan saya. Kemenangan dan kejayaan Khairy mempertahankan Ketua Pergerakan Pemuda itu mengesahkan yang beliau sebenarnya layak dan diakui sebagai Ketua yang ‘legitimate’ tanpa sebarang was-was. Untuk itu blog ini mengucapkan tahniah yang setingginya dan diharap Khairy dapat membawa perubahan kepada parti yang sedang uzur itu.

Dalam apa-apa perubahan politik yang selalu menjana perubahan itu adalah dari puak yang muda. Kemenangan dan tanggungjawab Khairy bukannya tugasan yang mudah di pikul. Berlainan dengan zaman-zaman sebelum ini, Khairy terpaksa berhadapan cabaran yang sangat besar, iaitu untuk memperkasakan parti yang kini kian hari kian uzur dalam semua perkara.

Bagi saya secara peribadi Ketua Pemuda yang mendapat mandat baru ini merupakan Ketua Pemuda yang sangat penting dalam mengembalikan UMNO ke tahap yang pernah dialami oleh parti ini. Yang terpenting bagi Khairy ialah untuk mengakui hakikat yang UMNO sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling tenat dalam sejarah kewujudannya. Malahan ada pihak yang menjangkakan yang pimpinan UMNO yang ada sekarang ini akan tenggelam di mamah oleh arus perubahan yang tidak boleh di tahan dan di sekat pada masa kini.

Dari saat ini tentulah Khairy sedar betapa besarnya tugas dan tanggungjawab untuk memandu arah tuju parti dan melakukan pencarian bagaimana hendak menyelamatkan UMNO dari terhakis dalam politik dan siasah negara. Khairy juga perlu sedar yang beliau merupakan seorang yang tunggal dalam barisan kepimpinan UMNO yang masih menjadi harapan ramai.  Khairy adalah harapan untuk melakukan innovasi bagi memperbaiki keadaan walaupun perlu melakukan tindakan yang ‘unorthodox’ bagi mengembalikan kegemilangan parti yang beliau menjadi ahli dan pemimpinnya.

Khairy semestinya perlu melihat perjuangan Pemuda pimpinannya melakukan perkara dan tindakan baru walaupun tindakan itu belum pernah secara tradisinya dilakukan oleh UMNO. Tidak keterlaluan jika saya katakan Pemuda perlu mencari manusia pemimpin yang boleh membina aura yang baru bagi UMNO yang boleh menanggalkan stigma negatif yang sedang melekat di seluruh kepimpinan tertinggi UMNO sekarang ini. Ini mesti di lakukan bagi mengalihkan UMNO itu berada di dalam situasi baru, agar ahli-ahli dan rakyat akan terkeluar dari perasaan dalam suasana yang sentiasa dalam kebimbangan ini.

Khairy dan Pemuda perlu membawa perubahan kepada ‘ambience’ yang lain dalam UMNO dan tidak lagi terhambat oleh imej 'tidak semenggah' sekarang ini. Krisis keyakinan yang dihadapi oleh pucuk pimpinan sekarang ini adalah ‘beyond comprehension’ dan keadaan ini jika berlarutan akan membawa bencana kepada parti tertua ini dan akan runtuh dengan tiang serinya sekali.

Khairy jangan lalai dengan kenyataan yang tugasan yang di pikulnya sekarang ini tidak membolehkan beliau bersenang lenang kerana segala pemikiran dan tenaga beliau terpaksa diperah bagi mencari penyelesaian yang amat sulit ini.

Sekarang Khairy menjadi Ketua yang ‘legitimate’ dan tidak ada siapa yang boleh mempersoalkan isu ini seperti dahulu lagi. Jika masih ada pihak yang cuba mempersoalkan kewibawaan atau ‘legitimacy’ bagi Khairy memegang jawatan ini ia hanyalah dari mereka yang tidak berpuas hati dan isu peribadi semata-mata.

Khairy perlu faham yang beliau bukan sahaja pemimpin kepada Pemuda dalam UMNO, beliau adalah dalam kategori pemimpin yang perlu berinteraksi dengan semua pihak terutamanya mereka yang diluar UMNO dan dari berbagai kaum yang ada di negara ini.

Tugas Khairy bukan mudah, kerana beliau memimpin UMNO semasa parti itu berada dipersimpangan. UMNO sedang berada di persimpangan yang akan menentukan hidup mati parti pemerintah itu dimasa hadapan.

7 comments:

Anonymous said...

Salam Pak, sejak maghrib & sampai pagi ni sya tak tengok news. Pastinya semua surat kabar menyiarkan berita umno. Pasti.... Pastinya umno nak berubah dlm pemilihan ini & pastinya pemimpin rasuah tak kan terpilih & dipilih. Pastinya ahli2 umno bijak memilih pemimpin...Pastinya pemimpin perasuah akan disisih & dinyah keluar dari umno! Tak gitu Pak???

Anonymous said...

Najib menang lg bila khairy & ijat dijulang lg. Ini tambahkn keyakinan najib yg umno berada di landasan betul. Najib become more powerful & confident. Tak sia2 lah Najib berabis duit membesarkn kabinetnya. Takat ini Tun Mahathir kalah satu mata....

Anonymous said...

umno dikira hebat kerana mampu pertahankan kuasa walaupun diserang hebat pru13 lalu. jadi najib and the geng patut terima penghormatan. terkejut juga kak jat boleh menang. ramai mengjangkakan beliau akan dibuang ke laut oleh perwakilan. umno akan kekal hebat....dengan pemimpin2 korup

Tinta Hitam said...

Pak Aspan,

KJ ke,sapa ke saya tak harap langsung selagi mereka bergerak diatas landasan yg sama iaitu UMNO.UMNO adalah landasan yg reput..Sesiapa shj yg bergerak diatas landasan ini akhirnya terperlus...

Seorang Rakyat said...

Salam Pak Alias,

UMNO yang sedang tenat dikepalai oleh 'warlords' yang keras kepala. Arah manakah parti ini akan tuju? Parti yang bercakap pasal proses keremajaan tapi ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin yang telah mencapai 'menopause'. Berapa usia Najib, Muhyidin, Kuil, Ali Rustam, Zahid Hamidi dan ramai lagi? Berapa ramai pemimpin pelapis yang berusia 45 tahun ke bawah bagi meremajakan parti dan membawa aspirasi baru untuk menongkah ke depan?
UMNO bukan sahaja memerlukan evolusi tetapi revolusi dalam memastikan ianya masih lagi relevan dengan tuntutan politik hari ini. Malangnya parti ini seolah-olah mengambil langkah ke belakang dengan memainkan isu perkauman yang parah demi menarik sokongan. Sedar atau tidak, selepas lebih 56 tahun merdeka, marginisasi dan polarisasi kaum semakin tebal. Kaum lain mungkin tidak bersuara dan hanya mampu menggelengkan serta menebalkan lagi persepsi prejudis mereka terhadap tindakan orang melayu.
Saya tidak pikir Khairi akan sanggup menongkah arus dan mengambil risiko dal am merealisasi cita-cita politik beliau, apatah lagi berhadapan dengan 'chief warlord' Tun Mahathir. Seperti kata-kata 'if you cannot fight them, join them'. Kecuali UMNO dikecundangkan dalam PRU Ke-14, mungkin golongan muda akan merevolusikan UMNO.

sot said...

Nampaknya KJ di landasan menuju cita2nya menjadi PM.

Anonymous said...

tuan

saya bukan ahli umno tapi saya seronok khairi menang.