Seperti negara dan tamadun yang besar yang telah jatuh dan berakhir, kita di negara ini juga tidak terlepas dari menghadapi suasana yang sama jika kita tidak mempunyai komitmen yang jujur untuk bersama-sama menangani dan mengelak dari perkara yang sama berlaku kepada kita. Bagi satu-satu tamadun bangsa kehilangannya akan bermula apabila bangsa-bangsa itu sudah hilang identiti dan ‘attribute’ asal yang ada kepada setiap bangsa dan suku kaum itu.
Jika kita teliti dengan halus perjuangan setiap bangsa itu ialah untuk mengekalkan identitinya yang secara semula jadi yang ada kepada bangsa itu. Apabila bangsa itu sudah berubah identitinya maka bangsa itu akan secara beransur-ansur hilang didunia ini tetapi akan wujud dari bangsa yang sama satu bangsa yang baru yang selalunya merupakan bangsa yang jauh perbezaan dari segi ‘attribute’ nya jika dibandingkan dengan ‘attribute’ asalnya.
Bangsa Melayu kita adalah satu-satunya bangsa yang didefinasikan oleh perlembagaan negara kita dan salah satu ‘attribute’ bangsa Melayu itu, ialah ia beragama Islam. Itu sebabnya kita di negara ini beranggapan memperjuangkan bangsa melayu itu sekali gus memperjuangkan Islam jika ia diperjuangkan dengan cara yang sejujur yang di definasikan oleh perlembagaan itu.
Perjuangan sesuatu bangsa itu sentiasa diintai oleh musuh-musuhnya bagi menyaingi bangsa itu di dalam sesebuah negara seperti dinegara kita ini yang mempunyai kaum dan bangsa yang berbilang ini. Sekarang ini prasangka diantara kaum semakin hari semakin menonjol walaupun ada pihak yang memperjuangkan keperbilangan kaum di negara ini yang tidak pernah ditunaikan mengikut yang disebut oleh perlembagaannya.
Sentimen perkauman dimainkan tanpa segan silu oleh semua pihak yang sedang bersaing. dalam isu ini yang akan berjaya ialah bangsa yang sentiasa menjaga dan menjunjung nilai bangsanya sendiri. Kaum Cina tidak mungkin kalah kerana kaum itu menjaga identiti bangsanya dengan begitu kuat sehinggakan ada pihak yang menyatakan bangsa Cina itu bukannya kaum, tetapi sebaliknya adalah agama.
Marco Polo pernah belayar ke China untuk mencuba melakukan ‘invasion’ kepada budaya kaum Cina di Canton. Tetapi akhirnya Marco Polo yang di tawan oleh budaya Cina itu baik dari cara hidupnya, bahkan dari segi penampilan peribadinya juga berubah seperti beliau sudah berbangsa Cina. Pakaian serta rumah kediaman Marco Polo tidak ada perbezaannya dengan rumah dan pakaian kaum Cina yang asli. Marco Polo terpaksa menjadi lebih Cina dari Cina bagi mendapatkan penerimaan bangsa Cina semasa itu.
Jadi jika ada pihak yang berfikir dan percaya yang kaum Cina itu boleh di tawan budayanya, ia merupakan satu kepercayaan yang boleh dianggap sebagai kepercayaan yang karut semata-mata. Tetapi itu adalah hak mereka kerana mereka sentiasa menjaga identiti bangsanya dan sememangnya bangsa itu wujudnya secara semula jadi sebagai kejadian yang di kehendaki Tuhan untuk kita bersama-sama mengenali sesama kita yang lahir dengan berbeza-beza bangsa dan cara hidup ini.
Di sebaliknya Melayu lebih mudah untuk ditawan budayanya, sama seperti Marco Polo dahulu. Orang Melayu ‘generally’ boleh di ubah dan dialih cara hidup mereka dan boleh meninggalkan cara hidup dan budaya mereka dengan lebih mudah lagi dalam semua bidang. Mereka yang telah termakan dengan budaya ‘material’ akan menjadikan wang ringgit dan harta kekayaan sebagai perjuangan utama mereka bagi meletakkan mereka setara dengan budaya kuning yang mereka anggap lebih menyeronokkan.
Yang terbiasa dengan budaya barat akan menjadi lebih barat dari barat dengan tidak mahu mengekalkan budaya asalnya sebagai orang Melayu. Bagi mereka budaya barat itu adalah budaya yang paling baik serta ‘stylish’ dan terkini serta memandang rendah kepada budaya dan ciri-ciri bangsa sendiri. Budaya sendiri mereka anggap satu budaya dan segala-gala yang ada kepada orang Melayu itu sebagai kolot dan tidak progressif.
Bagi seseorang ahli politik (Melayu) yang sudah tidak menggemari UMNO lagi, misalnya akan mengatakan segala-gala buruk terhadap bangsa Melayu itu sendiri. Tetapi tidak bersedia untuk memberikan pengakuan yang jika yang ada di dalam UMNO itu tidak lagi berguna lagi. Melayu yang sangat berguna tidak mendapat perhatian oleh UMNO itu sendiri dan biasanya mereka akan berada diluar parti itu.
Kita tidak dapat menerima pendapat yang Melayu itu sebagai bangsa yang tidak berguna semata-mata kerana UMNO itu sudah kehilangan segala kepimpinan yang perlu untuk terus menerajui pimpinan negara. Jika UMNO sudah tidak berguna lagi ia tidak semestinya bangsa Melayu itu tidak berguna lagi.
Tetapi jika UMNO yang menguruskan kerajaan negara ini dengan cara yang mereka sedang lakukan sekarang tidak mustahil jika bangsa Melayu itu akan tidak lagi menjadi satu bangsa yang boleh dibanggakan lagi. Pertamanya bangsa itu sendiri tidak mempunyai kudrat untuk memperbaiki bangsanya dengan masih menjunjung pimpinan yang sudah pasti tidak mampu membawa bangsanya menjadi bangsa yang di hormati.
Tetapi jika seluruh bangsa Melayu itu bertegas mahukan pembelaan yang sebenarnya, melayu wajar, memberikan perhatian terhadap kepimpinan mereka, kerana kepimpinan bangsa itulah yang akan menentukan samada bangsa itu akan masih kuat atau sebaliknya.
Jika kita terima UMNO itu untuk memperjuangkan bangsanya serta mengekalkan kebaikan ciri-ciri bangsanya itu, maka dalam keadaan sekarang UMNO serta kepimpinan hari ini wajar ditukar dan dialih. Kita masih berkeyakinan pimpinan hari ini mahu melakukan yang terbaik, tetapi masalahnya mereka tidak tahu apa yang baik untuk mereka lakukan untuk bangsanya.
Mahu tidak mahu Melayu itu adalah pemimpin politik dan siasah negara. Jika lemah kepimpinan Melayu itu maka lemahlah negara termasuk bangsa-bangsa lain yang mendiami negara itu. Maka membina kepimpinan Melayu itu bukan sahaja tanggungjawab orang melayu, tetapi ia juga merupakan tanggungjawab semua bangsa kerana Melayu perlu kukuh untuk mendapatkan sebuah negara yang kukuh. Orang lain dari Melayu tidak boleh mendabik dada mengakui yang mereka boleh mengambil alih kepimpinan dari Melayu itu. Lemah Melayu itu maka lemah semua bangsa di negara ini jika dipandang dari sudut siasahnya.
Seperti yang disarankan oleh Borneo Heritage Forum baru-baru ini di Sarawak , kita memerlukan pimpinan negara ini dipilih dari kalangan Ahli-Ahli Legislatif Persekutuan untuk memilih seorang Perdana Menteri. Oleh kerana Melayu itu adalah penentu keadaan politik negara kita maka jika mahu memilih seorang Perdana Menteri dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen kita, maka ia perlu dipilih dikalangan seorang ahli Legislatif dari bangsa Melayu sebagai gantian kepada yang ada pada hari ini.
Kita tidak boleh menunggu sehingga pilihanraya untuk mencari kepimpinan baru kerana jika hendak dicari dari pihak pembangkang yang ada pada hari ini kita masih belum mempunyai keyakinan tentang kewibawaan mereka yang sedang menunggu giliran untuk mengambil alih kerajaan kita.
Seperti yang saya sebutkan baru-baru ini peluang terbaik bagi Pakatan untuk mengambil alih kerajaan ialah pada PRU ke13 yang lepas. Tetapi peluang itu terlepas kerana kesilapan pimpinan utama Pakatan yang terlalu ‘over confident’ sehinggakan mereka telah menunjukan sikap angkuh mereka terlalu awal, kononnya Pakatan akan mendapat 125 kerusi sap-sap-sui. 'Mood' yang memberangkan semasa kempen PRU ke13 dahulu tidak mungkin berulang.
Mereka telah bersorak terlalu kuat dan terlalu awal sehinggakan rakyat ramai yang takut menghadapi keadaan dan situasi baru di bawah Pakatan Rakyat itu. Kata orang tua-tua, jika hendak menembak haiwan buruan, jangan bersorak sebelum menembaknya. Tembak dulu dengan tepat baru boleh bersorak.
Kita sepatutnya memahami satu hakikat yang ada, ‘UMNO/BN cannot be replaced, but it can be displaced’.
6 comments:
Pak Aspan,
Kalau bukan Melayu UMNO yang agak bolih memperjuangkan hak Bagsa Melayu,adakah kita nak perjudikan nasib kita pada Melayu PKR,DAP atau PAS yang pendirian macam lalang.
Anon diatas,
Bukankah saya dah kata, jangan direplce UMNO itu, hanya lakukan displacement sahaja.
Pak Aspan,
Msg understood,tk
AA is writing with real understanding with the actual feel of its contents.
seperti kata pak aspan alias"
Jika kita teliti dengan halus perjuangan setiap bangsa itu ialah untuk mengekalkan identitinya yang secara semula jadi yang ada kepada bangsa itu. Apabila bangsa itu sudah berubah identitinya maka bangsa itu akan secara beransur-ansur hilang didunia ini tetapi akan wujud dari bangsa yang sama satu bangsa yang baru yang selalunya merupakan bangsa yang jauh perbezaan dari segi ‘attribute’ nya jika dibandingkan dengan ‘attribute’ asalnya"
Sekiranya umno di replace or displace saya membayangkan suatu waktu not too distance future kita mungkin akan melihat rakyat malaysia akan terdiri dari bangsa atau keturunan yang dipanggil melayu islam, melayu bukan islam dan bangsa malaysia manakala ugama pula akan terdiri dari ugama islam, ugama china, ugama kristian dan tiada berugama.
AA, I have an addiction to yr blog cos of yr immense historical elements.
Post a Comment