Kalau kita ikuti segala apa yang
sedang terjadi kepada negara kita sekarang, bukannya satu perkara yang mudah
jika kita hendak mencari penyelesaiannya. Masing-masing bercakap tentang cara
penyelesaian isu-isu yang banyak berbangkit dengan memberikan fokus untuk
masalah-masalah terpencil yang banyak yang sedang di hadapi rakyat.
Jika tiba hari raya rakyat yang
bekerja dengan kerajaan akan mendapat duit raya melalui bonus dan
berbagai-bagai lagi. Apabila mendengar rakyat susah untuk mengendalikan hidup
seharian kerana pendapatan yang tidak mencukupi, diberikannya BRIM yang tidak
pun boleh menyelesaikan masalah hidup orang ramai ini.
Apabila terdengar kaum India
tidak berpuas hati dengan kerajaan diumumkan peruntukan khas untuk sekolah Tamil
dan apa bila sampai hari Thaipusam, Najib pakai pakaian India dan pergi melawat
Batu Caves dan berucap dengan nada yang tinggi. Politik mengambil hati secara
lama ini masih segar dilakukan oleh pimpinan kita.
Pendeknya pimpinan kita tidak
tahu mencari formula untuk penyelesaian jangka panjang untuk semua. Mereka
tidak tahu masalah sebenarnya yang rakyat dan pimpinan hadapi sekarang. Oleh
kerana mereka tidak tahu masalah sebenarnya yang mereka sedang hadapi, maka
pimpinan kita terus sahaja menyelesaikan masalah dengan penyelesaian isu itu
secara individu yang akhirnya membelanjakan wang rakyat dengan begitu banyak.
Mereka tidak tahu masalah sebenar
yang dihadapi rakyat secara menyeluruh, maka mereka menyelesaikan masalah
mengikut apa yang sedang mereka hadapi secara 'ad hoc' dan memberikan sogokan
bagi membeli hati rakyat dengan pendekatan jangka pendek.
Dulu blog ini pernah menulis
tentang isu ini beberapa kali. Cara pemimpin kita mengubati masalah negara dan
rakyatnya ibarat memberikan ‘pain killer’ atau ubat penahan sakit sahaja.
Contohnya jika kelihatan mata merah yang sakit diberikannya panadol untuk
menghilangkan sakit. Selepas beberapa hari terasa pula sakit tengkok, dimakan
lagi ubat penahan sakit dan apabila sakit kepala diberikan panadol lagi untuk
menghilangkan sakit buat sementara.
Tetapi pimpinan kita tidak pernah
tahu sebab kenapa seseorang itu selalu sakit tengkok dan sakit kepala. Tidak
pernah diketahuinya kenapa seseorang itu merah matanya atau selalu berjalan
dengan tidak stabil. Sampai bila kita hendak memakan ubat menahan sakit seperti
ini?
Pendeknya cara kerajaan kita
hanya memberikan penyelesaian jangka pendek sahaja dengan memberikan ubat
menahan sakit sahaja dan ia tidak akan menyembuhkan penyakit yang sebenarnya.
Kerajaan BN hari ini sepatutnya mencari apa penyakit yang sebenarnya bukan
setakat menghilangkan sakit. Mungkin yang menyebabkan sakit mata dan tengkok
serta kekerapan sakit kepala itu adalah di sebabkan penyakit darah tinggi atau
kencing manis.
Selama ini kerajaan kita tidak
pernah berjaya untuk mengubati penyakit. Baginya memberikan ubat penahan sakit
sudah selesai masalah rakyat. Itu sebabnya kerajaan sanggup memberikan wang
bantuan 1Malaysia atau BRIM dan bantuan ini hanyalah menyelesaikan masalah
jangka pendek sahaja.
Jika BRIM dan bonus diberikan
semasa hari raya hampir tiba ia hanya mampu menyelesaikan masalah menghadapi
hari raya sahaja dan bukannya boleh membantu meningkatkan pendapatan rakyat
untuk kesenangan jangka panjang.
Cara UMNO mengendalikan isu
seolah-olah parti itu lebih suka untuk rakyat terus berada dalam masalah yang
mereka alami sekarang untuk mereka memudahkan membeli sokongan dan undi
semata-mata. UMNO nampaknya tidak berminat untuk membangunkan rakyatnya, disebaliknya
hanya inginkan sokongan apabila ia diperlukan.
UMNO dan pimpinan hari ini tidak
memahami isu negara secara menyeluruh. Isunya berkait dengan isu kehidupan
seharian hinggalah isu-isu besar negara yang tidak kunjung nampak apa yang
mereka patut lakukan. Kadangkala mahu sahaja hendak menuduh yang kita sekarang
seolah tidak mempunyai kerajaan yang mentadbir negara dengan baik. Di mana-mana
ada masalah.
Sesungguhnya negara kita
mempunyai ramai pemimpin tetapi tiada yang berkepimpinan.
Persoalan-persoalan yang sangat
perlu diberikan perhatian secara menyeluruh tidak di selesaikan dengan cara
yang betul dan munasabah. Semua pihak hanya menumpukan kepada politik kepartian
dan parti-parti kedua-dua belah pihak lebih menumpukan untuk melakukan
‘political intrigues’ bagi mendapatkan sokongan tetapi tidak ada parti yang
benar-benar memberikan solusi terhadap permasalahan yang banyak yang negara
sedang hadapi.
Jika kita susun dari atas hingga
kebawah masalah-masalah yang kita hadapi, yang sedar akan merasa ngeri melihat
apa yang negara akan hadapi dihari muka. Pertamanya masalah keadaan negara kita
sebagai negara Persekutuan itu sendiri belum mendapat penyelesaian sehinggakan
ada negeri-negeri dalam negara kita sentiasa tidak berpuas hati kerana Perjanjian Persekutuan itu sendiri menjadi persoalan dari segi perlaksanaan
secara jujurnya.
Masalah kedudukan Sabah dan Sarawak yang masih menjadi duri dalam daging bagi negara
masih belum selesai dan ini mempengaruhi kestabilan politik negara secara
jangka panjangnya. Isu ini adalah isu besar tetapi pemimpin kita masih bercakap
tentang isu seperti BRIM dan yang lain yang saya sebutkan hanya seperti
memberikan ubat penahan sakit sahaja dan tidak memberikan penyelesaian terhadap
isu-isu besar negara kita.
Pemimpin-pemimpin kita tahu
masalah ini, tetapi mereka lebih cenderung untuk menyusupkan masalah ini di
bawah permaidani. Kenapa mereka berbuat demikian? Jawapannya ialah mereka tidak
tahu apa yang hendak dilakukan kerana mereka adalah pemimpin seperti yang saya
sebutkan sebagai pemimpin yang berjiwa fakir dan miskin dan tidak berani
melakukan perubahan dan penyelesaian secara drastik dan ‘final’ bagi memastikan
negara kita terletak diatas keadilan yang kesaksamaan yang utuh dan kuat untuk
kekal sebagai negara yang demokratik yang benar dan betul.
Itu sebabnya kita mempunyai
masalah besar. Di negara maju jika masalah seperti ini wujud maka mereka boleh
memberikan kepimpinan negara kepada pihak pembangkang yang menjadi 'alternative' kepada kerajaan yang menyandang.
Tetapi di sini pihak pembangkang
sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah ini kerana mereka
menumpukan masa dan tenaga untuk bermain politik kepartian yang menebal yang
akhirnya akan membuahkan keadaan yang sama juga…….
(bersambung)
4 comments:
saya sangat2 bersetuju dengan kenyataan di atas. apabila kita menyelami satu persatu keputusan yang kerajaan umumkan, pada pendapat saya mereka seperti menjaga sesetengah pihak yang memberi kepentingan untuk mereka walhal mereka adalah kerajaan. sbg contoh kenaikan tol. orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin di Negara sendiri..
rakyat prihatin
btul btul btul
Artikel yang baik dimana tidak berpihak kepda mana-mane parti politik. Namun, itulah yang berlaku di Malaysia, kita tidak boleh berharap pada kerajaan mahupun pembangkang. Jika bertukar tangan sekali pun, keadaan tetap sama, rakyat dipergunakan. Undi, undi dan undi. Pujuk, pujuk dan pujuk. Suap, suap dan suap. Apa guna pemimpin, sedang pemimpin ikut telunjuk pengikut. Ini bukan konsep kepimpinan. Kerajaan dan pembangkang sama sahaja, menunjukkan politik Malaysia, terlalu kolot.
Syabas AA..syabas...
radzi
Post a Comment