26 June 2014

Najib, a failed leader

Semalam telah di umumkan oleh PM Najib penambahan ahli kabinet negara dan saya sudah ‘lost count’ terhadap jumlah Menteri Kabinet kita. Rupa-rupanya ia bukan satu ‘reshuffle’ terhadap kabinet negara, tetapi hanya pengumuman penambahan jumlah ahli kepada Jemaah Kabinet negara itu.

Pada awalnya kita diberitahu yang PM Najib akan membuat rombakan kabinet dan ramai telah membuat andaian siapa yang akan memasuki kabinet itu dan siapa yang akan digugurkan. Kita memahami yang jika rombakan kabinet dilakukan ia tentulah ada yang keluar dan ada yang masuk. Kita menjangkakan yang akan masuk ialah ahli legislatif dari MCA serta dari Gerakan yang baru memenangi pilihanraya Teluk Intan dan beberapa yang lain keluar dari UMNO dan parti-parti lain yang bersama dalam BN itu.

Diantara yang dispekulasikan oleh ramai yang diantara yang akan dikeluarkan dari barisan kabinet itu ialah Hasan Malek kerana pandangan ramai beliau ini sememangnya tidak berfungsi sebagai Menteri yang efektif untuk kabinet negara. Ada yang membuat spekulasi yang Nazri Aziz sepatutnya akan dikeluarkan kerana sebab-sebab untuk menambah integriti kabinet negara itu.

Tetapi yang jelasnya apa yang telah diumumkan itu ialah untuk memberikan hadiah ‘token’ kepada setengah orang dan bukannya untuk menambah baik nilai kabinet negara itu. Maka ia bukanlah rombakan kabinet untuk menjadikan kabinet itu lebih ‘functional’ tetapi semata-mata untuk memuaskan hati individu yang menjadi penyokong kuat kepada pimpinan Najib dan bukannya untuk menyusun kabinet yang lebih berwibawa.

Jika hanya menambah bilang ahli kepada Jemaah Kabinet itu ia bermakna ia memberikan beban kepada pimpinannya yang sudah sedia menjadi rungutan rakyat yang ramai. Pengumuman itu merupakan ‘anti-climax’ bagi orang ramai yang sentiasa ternanti-nanti perubahan yang dijanjikan oleh Najib iaitu pembaharuan yang ‘progressive’ dan ‘functional’ untuk negara.

Pengekalan ahli kabinet yang tidak semenggah itu pastinya akan membebankan Najib dengan lebih berat lagi. Satu lagi yang menjadi persoalan rakyat ialah berapakah kos untuk menyelenggara jumlah kabinet yang terlalu besar ini. Bagi saya yang penting bagi satu-satu barisan kabinet itu ialah kualiti pemikiran dan pelaksana terhadap dasar kerajaan yang sudah cantik dan boleh digubal itu. Tetapi jika inilah barisan yang dipanggil sebagai ahli-ahli kepada Jemaah Kabinet negara ini, ia bukanlah Jemaah Kabinet namanya tetapi sebaliknya adalah jemaah yang memberi beban kepada negara.

Selalunya jika berlaku rombakan kepada kabinet ia akan membawa ‘ambience’ yang baru kepada negara yang boleh diterima sebagai usaha membaik pulih situasi politik dan tahap keyakinan rakyat kepada pimpinan seseorang Perdana Menteri itu. Tetapi rombakan ini masih meletakkan tahap keyakinan rakyat terhadap pimpinan Najib ditahap yang lama, malahan ia membuktikan yang Najib, samada beliau tidak tahu untuk melaksanakan tanggungjawabnya atau beliau sememangnya tidak mengambil tahu bagaimana rakyat memandang kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri yang berwibawa dan ‘progressive’.

Kabinet Najib merupakan satu kabinet yang ‘dysfunctional’ dan kita tidak boleh mengharapkan apa-apa pembaharuan terhadap kepimpinan beliau. Kita tidak dapat menerima kenapa kita perlu mempunyai 10 orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. Ini merupakan rekod dalam sejarah negara yang jumlah Menteri di JPM merupakan satu pertiga dari jumlah Menteri yang diberikan tanggungjawab dengan kementerian-kementerian masing-masing.

Saya berharap Najib dan pimpinannya perlu berundur kerana lagi lama beliau berada diatas sana, lagi besar beban yang akan ditanggung rakyat selepas ini. Beliau mentadbir negara seolah-olah beliau mentadbir persatuan bola sepak bandar Pekan sahaja. Siapa yang menunjukkan muka untuk meminta jawatan, beliau akan beri sahaja apa-apa jawatan asalkan berjawatan. Berfungsi atau sebaliknya tidak menjadi perhatian beliau.

‘Seriously Najib is a failed leader of this beautiful country’. Najib sedang membawa negara keambang kemusnahan. Dulu kita hanya membaca banyak negara dan tamadun yang hancur oleh kerana kelemahan pimpinan mereka. 

Tetapi sekarang kita rakyat Malaysia sendiri sedang menghadapi situasi yang sama dan akan ditulis oleh sejarahwan dan generasi yang akan datang siapa dan bagaimana kehancuran kita telah berlaku.

7 comments:

Anonymous said...

Apa yg nak dikata terima ajelah nilah akibat org islam tinggal kerja sbg org islam

Anonymous said...

orang umno mana kisah itu semua. otak mereka gagal berfungsi

Anonymous said...

Sejak bila Najib yang dilahirkan dengan sudu emas berpura2 dan bongkak ini menghiraukan Rakyat? Dia ini sudah hilang bolanya di Brazil dan cukup takut dengan Rosmah.Tetapi nampaknya Mahathir yang gila2 menghentam dan menghalau Abdullah Badawi yang nyata lebeh berhemah dari Najib pun kecut dan takutkan Rosmah. Hanya Negara sapeti Pakistan, Somali, Libya, Tunisia, Indonesia,Thailand sahaja yang boleh "menegur" pemimpin saperti ini

tebing tinggi said...


Anon 14:38,

Orang Melayu diluar UMNO sangat bijak macam saudara dan otaknya masih berfungsi.
Alhamdullilah.

Saudara Aspan,

Aden nak pegi kiro beropo kobou Den sekarang ,banyak yang bunting .
Kalau tambah Den jual.

Anonymous said...

Failed leader!!! Tepat sekali. Undecisive dalam semua hal. Takut hilang popularitii. Bila kena gertak , telor kecut. Hightime di terajang keluar.

Anonymous said...

Org cina gelak...ha..ha..ha... politik terdesak Najib.

Anak Merdeka.

nizar said...

Yg Berbahgia Tuan Aspan,

Tuan tidak sepatutnnya melabelkan PM Najib sebagai 'a failed leader' kerana saiz kabinet terkini 35 menteri. Tuan & rakyat seluruhnya sepatutnya tidak menjadi risau gundah gulana kerana besarnyanya jumlah menteri yg dilantik dgn mengambil kira kepentingan unity parti komponen BN. Apa salahnya kita punya menteri yg ramai - semacam petanda bahwa negara kita punya 'team/jamaah' eksekutif yg luar biasa hebat untuk mengurus negara yg rakyatnya mempunyai pelbagai masalah yg selalu menerpa & banyak yg tk dapat diselesaikan oleh pemerintah. Apa salahnya 35 orang menteri terkini, ditambah lagi jumlahnnya hingga 40 MENTERI yang menyamai 40 orang PENYAMUN seperti dalam mitos ALI BABA & 40 ORANG PENYAMUN. Oh Malaysia tanah airku yang tercinta.