27 June 2014

PRU ke13 TS Khalid testimonial PR, siapa pula testimonial PR dalam PRU ke14?

Setelah Khalid tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR  Kuala Selangor sudah ada suara dikalangan ADUN PKR sendiri meminta beliau meletakkan jawatan sebagai MB. Suara yang sama telah pun kita dengar dari beberapa orang pimpinan PKR yang tidak senang dengan kehadiran Khalid sebagai MB kerana jawatan itu juga diminati oleh pemimpin yang lain dalam parti itu.

Kalau dipandang dari sudut yang lain adalah susah bagi seorang MB itu kalah dalam pemilihan partinya tetapi oleh kerana permainan politik yang begitu kuat dikalangan pimpinan parti itu, maka ia tidaklah menjadi suatu perkara yang menghairankan jika ia berlaku. Perlu diingat PKR adalah 'anak tut' kepada UMNO setelah Anwar dipecat dari parti UMNO pada tahun 1998 dahulu. PKR bukannya parti perjuangan tetapi parti yang tertubuh kerana Anwar terpecat dari UMNO hasil dari permainan politik beliau dan Mahathir sendiri semasa itu.

Jadi jika wujud elemen berebut sampai parti mati ini tidak lah suatu perkara yang ganjil berlaku dalam PKR itu. Khalid sudah dijadikan isu besar kerana pergolakan dan perebutan kuasa diantara pimpinan parti. Kita masih ingat bagaimana Khalid telah dipuji meninggi sebagai 'the best MB' dalam negara ini dan ia terbukti telah hampir melumpuhkan UMNO di Selangor ini kerana BN dan UMNO hanya mempunyai 12 kerusi sahaja di Selangor ini.

Malahan ‘performance’ Khalid ini telah dijadikan testimonial yang begitu hebat dalam pilihanraya yang lalu sehinggakan ia memberikan pengaruh besar di seluruh negara dan PKR khususnya serta Pakatan umumnya, telah mendapat sokongan begitu kuat semasa itu. Tetapi keadaan berbeza kerana jika negeri Selangor itu menjadi kaya raya dibawah Khalid ia bukannya baik untuk Khalid kerana kejayaan itu, sebaliknya ia akan menjadi isu besar kepada pemimpin yang mencemburui kejayaan Khalid itu.

Dalam PKR yang mempunyai DNA UMNO yang begitu kuat pemimpin yang baik dan produktif akan dibunuh oleh rakan parti sendiri. Dalam UMNO sejak lebih dari tiga puluh tahun dahulu telah membunuh karier pemimpin yang baik-baik dan produktif. Selepas lebih dari tiga dekad kita telah diwariskan dengan barisan pimpinan yang paling lemah seperti yang ada pada hari ini.

PKR seperti UMNO telah menjadi parti yang tidak berjiwa lagi dan untuk mewujudkan atau untuk mengembalikan roh pimpinan itu buka satu kerja yang mudah dalam negara sedang berhadapan dengan kepimpinan yang tidak semenggah semuanya itu. Kekalahan Khalid Ibrahim di Kuala Selangor itu sememangnya sengaja dilakukan oleh musuh Khalid diperingkat yang tinggi.

Pimpinan PKR itu  mempunyai sifat ‘vandalism’ yang kuat dan sifat itu jugalah yang telah melemahkan UMNO setelah tiga puluh tahun elemen itu mula wujud dalam parti itu. Kini PKR pula menjadi murid UMNO yang baik kerana parti itu adalah ‘offshoot’ UMNO. Bagaimana Dr Mahathir yang memainkan politik pecah perintah dalam UMNO dahulu, begitu jugalah apa yang dilakukan oleh Anwar dalam PKR itu.

Jika UMNO memakan masa tiga dekad untuk hancur hasil dari elemen pecah dan perintah ini, PKR akan hanya memakan masa empat lima tahun sahaja dari sekarang untuk pecah kerana itulah satu-satunya hasil dari parti yang mempraktikkan pecah perintah ini.

Kecelaruan yang sedang berlaku di Selangor sekarang ini sesungguhnya telah menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat Selangor kerana parti tunjangnya sedang berkrisis yang tidak mungkin mudah diselesaikan itu.

Apa pun yang orang kata semuanya ini bersebab dari ketidak jujuran pucuk pimpinan dan barisan pimpinan yang tertinggi. Seburuk dan sekecil mana seorang pemimpin ini mempunyai pengaruh mereka dikalangan ahli-ahli dan jika pemimpin berpecah maka tidak hairan perpecahan itu melintasi garisan dibawah-bawah ini.

Baik UMNO mahu pun PKR pemimpin yang suatu hari dipuji dan dijunjung akhirnya akan terbunuh politik mereka jika pimpinan itu menempa kejayaan.. Hanya yang pandai main silap mata dengan pucuk pimpinan sahaja yang boleh mendapat tempat dalam parti itu.

Bagi saya Khalid boleh kita jangka kesudahan politik beliau. Beliau sudah tidak diperlukan oleh ramai kepimpinan PKR kerana ada pemimpin lain yang terkeliur dengan jawatan MB yang disandang Khalid itu.

Kita tidak tahu siapa kah yang akan menjadi testimonial kejayaan bagi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Khalid Ibrahim sudah pasti tidak boleh lagi dijadikan testimonial kejayaan kerana beliau telah dibunuh politiknya oleh rakan-rakan dalam kepimpinan PKR itu sendiri.

5 comments:

Anonymous said...


Elizabeth Wonglah testimonial baru PR Selangor..

Anonymous said...

Nak jadi politikus yg stabil ni agaknya kena jadi sekerat manusia sekerat jin. Nak jadi Mufti atau khodi je yg perlu org yg bersih dan bertestimoni baik.

Anonymous said...

Anwar punya nelit sama macam Mahathir. Sbb kedua2nya mamak.

Anonymous said...

Isu Khalid bukan hanya menjadi kemarahan PKR, malah Dap dan Pas turut menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Khalid. Isunya adalah kerana Khalid sentiasa membuat keputusan sendiri yg membelakangi Pakatan dalam beberapa isu seperti Projek Langat 2, Isu Bible dan terbaru adalah Lebuhraya Kidex. Semakin bayak bantahan dan kemarahan rakyat ditunjukkan terhadap Khalid dalam isu-isu tersebut. Pakatan cuma risau sekiranya kemelut seperti di masa arwah Ustaz Azizan di Kedah berulang. Ini akan menggugat kedudukan Pakatan di Selangor.

Adam

Anonymous said...

Saya pun tak faham kenapa org yg tak suka khalid sering membangkitkan beliau buat keputusan sendiri dlm isu air, kidex, bible. Apa yg beliau buat keputusan sendiri.? Beliau ada exco dan pegawai2 kerajaan utk selesaikan masalah rakyat. Isu air - akhirnya semua pimpinan setuju...apa masalahnya? Bible ....bukan beliau yg suruh rampas tapi jais di bawah mais dan beliau berusha selesaikan. Adakah dgn meletakkan org lain biblee tu jais akan pulangkan? Kidex - kerajaan negeri dah beri penerangan di mana minit mesyuaeat exco pun di beri pd org ramai? Nak ketelusan camne lagi? Cuba sebut apa keputusan mb yg tidak beri untung kpd rakyat selangor secara keseluruhannya?