15 May 2008

Ahmad Shabery - 'Perempuan Simpanan'

Isu lompat-melompat di kalangan Ahli Parlimen Sabah yang sedang hangat dipersoalkan sekarang mendapat cemuhan Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan kita.

Ramai kawan-kawan menghubungi saya bertanyakan kepada saya kenapa beliau menggunakan perkatan-perkataan yang tidak baik, seperti ‘pelacur’ terhadap mereka yang dijangkakan akan ‘cross-over’.

“Aspan, nasihatlah kawan you tu! What is he trying to prove? Dia ingat dia tu siapa hah?” tanya seorang kawan yang saya panggil sebagai Man dari Kota Kinabalu.


Mereka menyangka yang Shabery masih lagi berhubung dengan saya seperti dulu sedangkan hakikatnya beliau sudah lama tidak ada apa-apa lagi hubungan dengan saya.

Saya hanya menjawab, “Saya sudah lama tidak dihubungi oleh Shabery kerana beliau sudah menjadi orang besar negara, dan saya sudah tidak lagi sesuai untuk berdekatan dengannya”.

Jika sesiapa ada terjumpa saya bersama Shabery, percayalah itu bukan perjumpaan yang diatur.

Kami hanya terjumpa di majlis-majlis perkahwinan ataupun bertembung di tempat-tempat makan dan sebagainya secara kebetulan.

Jadi, saya tidak mungkin dapat menasihati ataupun memberi apa-apa pandangan kepada Shabery. Shabery sudah menjadi bangau yang terbang tinggi, entah bila dia akan hinggap di belakang kerbau.


‘Enggang sama enggang, pipit sama pipit’. Itulah perbilangan orang Melayu jika tidak salah saya menggunakannya.

Saya hanya didekati oleh pipit yang belum menjadi enggang ataupun oleh enggang yang sudah manjadi pipit. Itu peranan saya selama ini. Tetapi, alhamdulillah saya menerimanya dengan redha.

Tetapi oleh kerana ramai yang menelefon, maka saya terpanggil untuk memberi sedikit komen berkenaan isu ini.

Saya juga terkejut mendengar komen yang tidak ada ‘decorum’ itu, kerana tidak pernah terlintas dalam fikiran saya yang beliau sanggup meletakkan diri beliau sama ‘standard’ dengan Zainuddin Maidin, Nazri ataupun Muhammad Taib.

Sekali pun benar ada yang akan meninggalkan BN, kita tetap tidak boleh menganggap mereka seperti ‘pelacur’, kerana tindakan mereka itu mungkin berdasarkan sebab-sebab yang kukuh.

Mereka mungkin melakukannya kerana sudah hilang kepercayaan pada kepimpinan negara dan adalah hak mereka untuk bertindak dengan cara yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Sekiranya pucuk pimpinan gagal mempamerkan kepimpinan yang baik, saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berbuat sesuatu untuk negara dan rakyat yang diwakili mereka.

Jika beliau tidak bersetuju, gunakanlah perkataan yang secucuk dengan tarafnya sebagai seorang ahli jemaah kabinet negara.

Apa perasaan Shabery jika beliau dipanggil ‘perempuan simpanan’?


Bukannya sedikit orang yang menganggap bahawa mereka yang sedang enak dengan kehidupan disebabkan bersekongkol dengan kepimpinan yang lemah ini sebagai ‘perempuan simpanan’.

Menjadi perempuan simpanan selalunya akan hidup mewah dengan kereta besar, pakaian yang mahal-mahal dan makan di tempat-tempat mewah dan bergaul dengan kumpulan yang elit, serta bernama dan bergelar pula.

Perempuan simpanan akan berbuat apa sahaja yang disuruh oleh orang yang menyimpannya.

Disuruh terlentang dia terlentang, disuruh menonggeng dia menonggeng, disuruh mengiring dia mengiring dan jika disuruh telanjang sepanjang malam dia akan telanjang.

Yang penting hidup mesti mewah dan enak! Bayaran mesti lumayan! Tidak mahu hidup susah seperti dulu lagi! Persetan dengan kebenaran! Kebenaran selalunya membikin kita lapar!

Parti ke, negara ke, bangsa ke, perempuan simpanan tidak ambil peduli!

Akhirnya percayalah, pelacur dan perempuan simpanan tidak ada bezanya.

Kedua-duanya tidak ada moral.


Sekian sahaja………………………………………………….. Aspan Alias

2 comments:

joe said...

Ahmad Shabery Cheek......nak jadi mcm nazri aziz...kot
hatchetman bak kata tun mahatir

utk saya perkataan2 seperti itu tidak sepatutnya digunakan oleh beliau apatah lagi beliau adalah menteri penerangan...yang menerajui RTM...cakap tak serupa bikin

tidak pernah pemimpin dr malaysia timur sebegini lantang......

saya rasa kemungkinan ‘cross-over’ ini akan berlaku....ini disebabkan tindakan yang akan perlahan oleh pak lah...dan ramai yang akan mengambil kesempatan keatasmya.....
kerana ini lah masanya yg paling enak utk mereka meluahkan apa yg terbuku sekian lama.....


joe
carcoon71

Mr Dino Ponorogo said...

Sdra Aspan,
Just want to share this article with you.

Political prostitution
Jeremy Coseo
The word "pander" has two definitions: to assist others in the gratification of their baser passions, and to pimp. It's a word so prevalent in our politics, but how many of you knew the actual definition?

We hear this word all the time when people are describing different politicians, Democrat or Republican. Most of them pander to some type of group, organization or corporation - liberal or conservative, moderate or extreme. This raises a question in my mind: Is this a good thing?

To a simple question, a simple answer: No.

How can pandering be a good thing when someone whose job it is to serve the people owes or is obligated to a select group?

What have they done? They sold themselves to the largest bidder, most influential or largest demographic group they could find. This is also referred to as special interest.

Is the job of a politician to sell him- or herself?

Apparently, in today's world, it is.

The two Webster's Dictionary definitions of a politician: one skilled or active in politics, and a statesman.

Wait a minute, I don't see any link between the two definitions. What does that mean?

It means that politicians who pander to any group aren't really genuine politicians in the true sense of the word. They're not statesmen.

Where does that leave you and I, the everyday Joes? "With the short end of the stick," as they say.

That's right, unless you're a member of one of those so-called special interest groups that have the ability to sway political opinion and get attention, you're out of luck.

You have no power and you have no voice.

The system has been thoroughly corrupted with politicians who see their jobs not as serving the masses and the greater good, but instead serving the ones who can benefit them financially or politically.

Which brings me to the Webster's Dictionary definition of the word "prostitute." A prostitute devotes his or her honor, talents or person to base purposes, or engages in sexual acts for money.

Now I see a connection. Prostitute - a word that should have no place in politics but is rampant throughout it.

This is a problem.

We're supposed to be under the rule of people who have our best interests in mind, not rulers looking out for their own best interests.

Are we lost, or are there no true statesmen out there who care for the greatness of their nation rather than themselves?

Sadly, as we stand today, we're lost. Half the country doesn't bother to vote, and the other half doesn't feel any real connection to the people they elect.

Selling themselves to further their own aspirations, politicians not only overlook the cheapen us to their standards also.

Look how easily they can buy our votes with a few empty promises.

They have changed their jobs to not keeping promises and making excuses, and we have changed our jobs to not holding them accountable to their words or actions.

If you can't see that "everything is money" in politics, as well as the rest of the world around you, it's time to see an optometrist - you need some reality glasses.

The worst part about this unjust scenario is this: If politicians are the high class call girls, what does that make you and I? Crack hos?

Jeremy Coseo is a freshman journalism major and can be reached via e-mail at jdc3g@mtsu.edu.