09 May 2008

Karpal, UMNO dan Raja-raja

Bangsa Melayu itu beraja, kecuali Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Setiap negeri di Semenanjung ada Raja Melayu dan kedudukan baginda dijamin oleh perlembagaan negeri dan negara.

Isu yang dibangkitkan oleh Karpal yang mempersoalkan tindakan Tuanku Sultan Perak membuatkan jiwa saya tertekan dan memberontak kerana saya orang melayu.


Karpal telah mempersoalkan seorang Raja Melayu dan dengan sendirinya dia telah menyentuh serta mempersendakan satu ‘clause’ perlembagan persekutuan yang sangat sensitif.

Jiwa melayu yang ada dalam diri saya benar-benar membuatkan saya ‘makan tak kenyang, mandi tak basah’ kerana tindakan ‘Benggali’ yang tidak berbudaya ini dan dia tidak layak untuk duduk dalam masyarakat majmuk negara.

Walaubagaimanapun tentu ada sebab kenapa Karpal dan ramai lagi di kalangan bangsa bukan melayu tanpa rasa segan silu bertindak mempersoalkan isu melayu dan Raja-Raja kita.

Saya tetap menyalahkan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri kerana telah tidak menghormati Raja-Raja dan pernah ‘membelasah’ Raja-Raja Melayu dengan sokongan media massa sewaktu krisis dengan Raja-Raja pada tahun 1993 dahulu.

Oleh kerana mementingkan nafsu-nafsi sendiri, pemimpin UMNO telah menghina Raja-Raja Melayu dengan begitu hebatnya kerana kuasa yang ada pada Majlis Raja-Raja semasa itu menyekat pemimpin besar kita untuk berbuat sesuka hatinya.


Tuanku Jaafar telah ‘dibelasah’ oleh politikus-politikus UMNO dengan menyebarkan fitnah mengatakan bahawa baginda telah membela babi di atas tanah milik Raja yang begitu sederhana itu.

Tuanku Pahang juga digambarkan sebagai Raja yang berbelanja besar dan bermacam-macam lagi kata-kata kesat kepada Raja-Raja Melayu yang lain semata-mata hendak mengampu.pucuk pimpinan bagi kepentingan peribadi.

Raja-raja seolah-olah dianggap tidak releven lagi kerana kepentingan politik pemimpin-pemimpin besar mereka, malah ramai pemimpin UMNO telah menggertak Raja-Raja Melayu akan pupus jika tidak mahu tunduk pada kemahuan mereka.

Apabila pemimpin-pemimpin UMNO sendiri memperkecilkan Raja-Raja Melayu maka tidak hairanlah jika bangsa asing tidak menunjukkan hormat kepada institusi Raja-Raja ini.

Abdullah Badawi, Anwar, Najib, Muhyiddin, dan ramai lagi yang ada dalam Majlis Tertinggi pada waktu itu bersama-sama membiarkan Raja-raja Melayu ‘dibelasah’ oleh pemimpin-pemimpin besar negara.

Bangsa asing sendiri merasakan apa yang dilakukan oleh UMNO kepada Raja mereka sebagai tindakan yang keterlaluan.


Sikap pemimpin-pemimpin ini memang tidak berbudaya, mungkin mereka mempunyai ‘migrant mentality’ yang tidak dapat merasai perasaan naluri rakyat jati melayu kita ini.

Sekiranya kerajaan mengakui kesilapan yang dilakukan kepada Tun Salleh Abas, maka UMNO patut membuat keputusan rasmi memohon Ampun daripada Raja-Raja melayu kerana tindakan mereka yang tidak bertamadun itu.

Budaya ‘membelasah’ Raja-Raja Melayu ini disuburkan oleh UMNO sendiri maka adalah amat wajar bagi pemimpin-pemimpin melayu dalam Majlis Tertinggi UMNO dan kabinet memohon ampun secara rasmi daripada Raja-Raja Melayu.


Karpal sememangnya ‘kurang ajar’ tetapi bagaimana pula orang-orang melayu dalam kepimpinan UMNO pada tahun 1993 itu?

Bukankah pemimpin-pemimpin UMNO sekarang yang menhilangkan kuasa Raja-Raja Melayu dalam perlembagaan persekutuan terutamanya dalam Bab 181(2) dan 159(5) itu?

Itulah sebabnya sebagai pemimpin kita wajib mempertahankan bab-bab dalam perlembagaan persekutuan yang melindungi orang melayu walaupun mungkin terpaksa melepaskan jawatan yang sangat kita sayangi.


Saya dan ramai lagi yang tidak bersetuju dengan tindakan UMNO menghina Raja-Raja Melayu ini telah bertindak menjelajah seluruh negara untuk mempertahankan kedaulatan institusi Raja semasa itu.

Salah satu ayat yang tidak pernah lupa saya ungkapkan dalan ceramah-ceramah umum saya berbunyi seperti berikut:-

“Pada suatu masa nanti pemimpin-pemimpin UMNO yang menhina Raja-Raja kita ini akan terjebak dan akan memerlukan semula Raja-Raja Melayu apabila mereka sudah tersepit. Masa itu nanti saya akan naik ke pentas dan akan ‘memadankan’ serta menjengkal muka-muka buruk mereka ini!”

Saya berasa sangat puas kerana situasi yang saya jangkakan akan berlaku itu sudah jelas wujud dalam jangka masa 15 tahun sahaja.

Apa yang dilakukan oleh ‘Benggali’ ini membayangkan perasaan prejudisnya terhadap Raja kita yang berdaulat.


Bagi Karpal, beliau rasa tidak perlu menunjukkan hormat kepada Raja-Raja kita kerana UMNO sendiri pernah menghina insitusi ini semasa krisis perlembagaan 1993 dahulu.

Akhir kalam saya hendak bertanya kepada pemimpin-pemimpin Melayu kita, “Apa yang kau orang nak buat terhadap Benggali kurang ajar ini? Kau orang ada telor ke tidak?”

Kami orang Melayu yang beraja ini menunggu tindakan pemimpin-pemimpin kita!


Sekian…………………………………………………………. Aspan Alias

2 comments:

joe said...

karpal singh memang patut dikenakan tindakan ....tidak dpt dinafikan.....

jika karpal dikenakan tindakan...mungkinkah beliau akan mengheret pemimpin2 UMNO diterengganu, kemungkinan ini adalah isu2 yg sengaja dimainkan untuk memerangkap pemimpin UMNO......

ia adalah dua isu yg berbeza..tetapi tindakan yang sama...tidak menghormati SULTAN

joe
carcoon71

Anonymous said...

Saudara Aspan, bangsa "Benggali" adalah 100 kali lebih baik dan bertamadun daripada bangsa "Melayu".

Jangan kamu bagaikan katak di bawah tempurung.
Bangsa "Benggali" ketamadunanya bermula lebih kurang 5500 tahun dahulu, manakala "Melayu" baru keluar hutan semenjak 400 tahun sahaja.

Raja-Raja "Benggali" sudah ujud 5000 tahun dahulu. Raja- Raja " Melayu" bagaimana?

Lain kali cakap hati-hati lah member!!