12 May 2008

Siapa yang patut pimpin kita?

Sejak dua tiga hari ini, ramai ‘political citizens’ memanggil saya dan rakan-rakan untuk berbincang tentang masa depan UMNO dan kerajaan.

Ini adalah tidak menghairankan kerana polimik dan perbincangan ini memang tidak dapat dielakkan hasil daripada keputusan buruk UMNO/BN dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

Rakyat yang insaf sedang berfikir bagaimanalah keadan kita jika UMNO sudah tiada lagi.

Rakyat merasakan bahawa mereka perlu turut serta memainkan peranan memperbaiki serta membuat perubahan secara total kepada UMNO yang ‘pelan lama pelan hanyut’ ini.

Kita telah merasakan kekosongan kepimpinan ini sejak 4 tahun yang lalu, kerana rasanya seolah-olah negara kita sudah tidak dipimpin lagi.

UMNO sesungguhnya tidak menyedari bahawa perasaan resah rakyat berbilang kaum terhadapnya memang sudah lama bersemi di dalam sanubari mereka secara diam-diam kerana tidak ada forum yang sesuai untuk melepaskan perasaan mereka.

Memetik kata-kata seorang pemimpin UMNO yang sudah berusia sebelum pilihanraya dahulu, “Telling the truth in UMNO is prohibited, There is no avenue to express dissatisfactions and criticisms in the party. So I bet that these people will express their feelings in the ballot box,” kata beliau kepada saya.

Pandangan pemimpin veteran ini jelas tepat kerana rakyat telah menzahirkan manifestasi mereka melalui peti-peti undi dalan Pilihanraya Umum ke12 pada 8hb Mac yang lalu.

UMNO telah rebah di banyak tempat dan memang jelas rakyat sudah tidak lagi memandang UMNO sebagai parti yang boleh menjamin masa depan generasi mereka.

Dalam erti kata lain, mereka sudah menolak seluruh kepimpinan UMNO, dan adalah salah dan tidak wajar bagi individu-individu di dalam Majlis Tertinggi untuk mencadangkan Pak Lah seorang untuk berundur.

Isu peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib sepatutnya tidak timbul kerana beliau(Najib) juga patut berundur atas kegagalannya sebagai pengarah pilihanraya BN dan secara etikanya patut mula mencari ‘face-saving devise’ untuk bersara bersama Pak Lah dan bukan untuk menggantikannya.

Jika etika ini dipelihara, negara akan pasti selamat walaupun ia mungkin menjejaskan peluang individu untuk menjadi nakhoda kepada kepimpinan negara.

Jika Najib tidak tercapai hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri, ianya merupakan perkara yang biasa terjadi.

Ramai lagi pemimpin di dunia ini berkorban untuk negara dengan menolak daripada memimpin sekiranya diri mereka dipersoalkan dengan isu-isu yang akan menjejaskan parti dan negara mereka.


Malahan ini sahajalah satu-satunya jalan bagi Najib untuk berkorban kepada negara, iaitu dengan bersara daripada jawatan politik dan kerajaan. ‘The rakyat can’t afford to carry his heavy baggages any furher’.

Begitu jugalah kepada pemimpin-pemimpin yang lain. Jika mereka berada dalam barisan kepimpinan yang telah ditolak rakyat ini, mereka sepatutnya berundur secara ‘gentleman’.

Jika begini keadaannya, siapa pula yang patut memimpin kita? Adakah tokoh yang hendak kita cari itu? Kalau pun ada tokohnya, di mana dia sekarang? Dan sanggupkah dia berkorban untuk memperbetulkan keadaan yang kotor seperti ‘jamban awam’ ini?

Kita kupas dalam tulisan yang akan datang!


Sekian…………………………………………………………… Aspan Alias

3 comments:

Mr Dino Ponorogo said...

The next best alternative to be Prime Minister is Mahyuddin Yassin. He is the talk of the town. But I wonder whether he is brave enough to go for broke and go for Presidency post. If he got the guts I think he will win. As for Tengku Razaleigh, I am quite doubtful whether his grassroot support is still strong. He has to do a lot of convincing on the ground and to find the best strategy to gather support. Your articles must not show too much criticisms on Najib. I think it will be backfired. My sincere observation, but anyway it is your prerogative to have different views. Politically, you are more seasoned and know the subject matter best.

joe said...

" Isu peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib sepatutnya tidak timbul kerana beliau(Najib) juga patut berundur atas kegagalannya sebagai pengarah pilihanraya BN dan secara etikanya patut mula mencari ‘face-saving devise’ untuk bersara bersama Pak Lah dan bukan untuk menggantikannya."

itu sepatutnya.....dan terbaik
najib pun sepatutnya bertanggungjawab sebelum dan selepas pilihanraya....

joe
carcoon71

Jokiden said...

Ombong,

Next PM should be Najib, itu kata En Baharin