01 May 2008

Tengku Razaleigh Harapan UMNO

Saya telah didatangi oleh kawan-kawan rapat setiap hari apabila mereka balik dari kerja kerana seronok berbincang tentang hal ehwal semasa mengikut kemampuan kita.

Nampaknya semua antara mereka sekarang pandai cakap politik, baik Cina, Melayu atau pun India.

Daripada perbualan mereka, saya nampak dengan jelas bahawa setiap kaum ada masalah dengan pemimpin-pemimpin mereka dalam Barisan Nasional(BN).

Memang tidak hairan kenapa orang Cina tolak MCA, India menolak MIC dan UMNO memilih PAS atau PKR sebagai parti alternatif mereka.

Rupa-rupanya, pemimpin-pemimpin dalam BN selama ini memang lalai dengan tanggungjawab kerana mengambil mereka ‘for granted’.

Hasilnya, kita sedang melihat perubahan lanskap politik negara dengan masing-masing bangsa memilih alternatif mereka semasa pilihanraya ke-12 baru-baru ini.

Kalau dikira wakil BN di Semenanjung, jumlahnya hanya 86 dan 78 daripadanya adalah dari UMNO yang pada penggal lepas mempunyai 110 kerusi.

Kehilangan 32 kerusi dari UMNO itu sangat menyakitkan dan kita tidak nampak kenapa pemimpin-pemimpin besar UMNO masih tebal muka hendak kekal duduk di jawatan tertinggi parti.

Kerusi MCA, Gerakan dan MIC telah hampir lupus daripada pandangan rakyat di samping menangisi kehilangan terus parti PPP.

Saya nampak sikap pemimpin-pemimpin parti MCA dan Gerakan lebih telus dengan bertindak dengan betul selepas PU12 yang lalu.

Parti Gerakan yang telah menangguhkan pemilihan parti sehingga tahun hadapan sebelum PU12 telah mengambil keputusan mengadakannya pada tahun ini mengikut jadual asal parti mereka.

MCA telah bertindak dengan menunjukkan sikap bertanggungjawabnya apabila Ong Ka Ting tidak mengambil jawatan kabinet, tentunya untuk membayangkan yang beliau akan mengundurkan diri daripada pucuk pimpinan partinya.

Chan Kong Choy, Timbalan Presidennya dari awal lagi telah mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam PU12 yang lalu.

Yang bermasalah ialah UMNO kerana pemimpin-pemimpinnya tidak mahu memikul tanggungjawab mereka dengan meletakkan jawatan.


Presiden UMNO sebaliknya mengambil tindakan untuk memanggil ketua-ketua cawangan seluruh negara untuk menghadapnya untuk memastikan beliau dicalonkan semula sebagai Presiden.

Pengarah Pilihanraya, Najib yang telah gagal membawa BN dan UMNO mencapai kejayaan tidak berbunyi langsung, malahan beliau menerima cadangan yang mengatakan bahawa beliau akan dirundingkan untuk mengambilalih kepimpinan daripada PL selepas pemilihan parti yang akan datang.

Mereka berdua masih bermain-main politik sedangkan rakyat sudah hendak muntah melihat lakonan-lakonan yang sudah pasti tidak akan membawa faedah kepada sesiapa kecuali mereka sendiri.

Boleh ke kita percaya PL akan memberikan laluan kepada Najib jikapun beliau mengekalkan kedudukannya selepas pemilihan yang akan datang?

Sebaliknya, boleh ke PL percaya yang Najib begitu bodoh untuk menerima tawaran itu sedangkan beliau tahu itu hanyalah ‘carrot’ untuk mengelakkan Najib menentang beliau dalam pemilihan nanti?

‘Budak-budak’ Najib sedang membuat kerja secara senyap-senyap bagi mendapatkan pencalonan walaupun telah berjanji tidak akan menentang PL.


Jumlah pencalonan itu nanti akan menentukan sikap Najib samada bertanding kerusi Presiden atau menunggu sahaja di tempat timbalan yang juga belum tentu tidak ditandingi.

Pendeknya, samada bertukar atau tidak kepimpinannya, pemimpin-pemimpin UMNO akan cuba mempersembahkan manusia sama yang telah ditolak oleh kebanyakan pengundi baru-baru ini.

Perubahan yang tidak berubah ini akan memaksa rakyat kembali berbaris di peti undi untuk memberikan pukulan maut kepada UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.


Rakyat tidak lagi percaya kepada barisan yang ada sekarang dan mereka tidak mahu tertipu lagi.

Hanya satu sahaja peluang bagi UMNO untuk berubah dan mengembalikan imejnya yang telah tercalar ini.

Sekiranya Tengku Razaleigh serius untuk menawarkan diri dan diterima pula oleh ahli-ahli UMNO peluang untuk kembali menjadi parti yang dihormati akan menjadi kenyatan.

Jika ahli-ahli bertindak drastik dengan memberi sepenuh sokongan kepada TR UMNO akan kembali dengan ‘package’ yang berbeza dan akan kembali diterima oleh rakyat pelbagai kaum.

Banyak alasan yang telah pun saya tulis bagaimana UMNO akan kembali releven jika TR diberikan tanggungjawab itu.


Sekian………………………………………………………………. Aspan Alias

6 comments:

Mr Dino Ponorogo said...

http://theenlightenedone-kamarudin.blogspot.com/

Anonymous said...

ku li ke muhyiddin ke najib ke rais yatim ke, sesiapa sahaja. asalkan ikhlas utk agama, bangsa dan tanah melayu.

joe said...

soalannya siapa kah yg layak selain TR......
hairan juga kerana adakah kita sudah ketandusan pemimpin yang berkaliber dalam UMNO .

aspan_alias said...

TR is the only living leader who has the experience and the heart wholy for the people. He was the main figure who structured the ntion's economic structure and with quantifiable legacy he left for Malaysian.

Petronas, BBMB, Bank Islam, KUB, Pernas, PNB, ASNB,are among the few which is synonym to TR.

To add to his profile we should recognise that he was made the Charmain of the World Bank,Asian Developement Bank and also the Chairman of Islamic Development Bank.

I am not denying anybody else, but all leaders of UMNO was rejected by the people in the recent General Elections.

All these leaders should be collectively accountable and admit that they are not sound enough to take up the mountable challenges ahead to take up the leadership.

TR is fit for the job as he is not within the rejected lots of leaders.

This short brief hopefully anwers your question.

joe said...

thanks for the explaination.......
but do u think that datuk sharil samad would be ideal for the no 2

aspan_alias said...

Joe, Shahrir is definately one of those leaders who are looked upon by the concerned public in the quest to redeem our nation's leadership image.

But the question is whether he himself believes in all the issues against the current administration.

Does he believe that UMNO will be in oblivion if nothing is done to change the leadership?

I bet, if Shahrir sets aside personal politics and congregates himself with Ku Li to move for a change, he is definately the fairly good choice for the no 2 spot.

Thanks Joe. See u