27 June 2008

Etika pemilihan 'bisu'

Sekarang ini, UMNO mengeluarkan pula etika pemilihan baru yang dipanggil ‘buku merah’ kerana ianya dicetak dalam kulit buku yang berwarna merah.

Kalau dibaca dengan rapi syarat-syarat baru yang terkandung di dalamnya, calon-calon dan ‘agennya’ terus tidak boleh bercakap dan berkempen secara demokratik.

Ini suatu undang-undang pemilihan yang ‘gila’ dan membunuh demokrasi terus-menerus dan tidak dapat diterima oleh ahli-ahli UMNO secara keseluruhannya.

Berkumpul dan berbincang untuk mendapatkan undi tidak boleh, makan dan minum pun tidak dibenarkan, berucap tidak diizinkan bahkan berjumpa perwakilan-perwakilan semasa melawat orang meninggal dunia pun boleh dianggap salah.

Sekarang ini hendak minum teh tarik di kedai mamak boleh menghilangkan kelayakan untuk bertanding. Gila! Gila!

Jika hendak berkempen calon mesti memohon kebenaran daripada Perhubungan Negeri dan ini adalah undang-undang yang tidak ada dalam negara komunis sekali pun.

Semakin hari semakin kalut, kerana kita dipimpin oleh pemimpin lemah dan tidak ada kekuatan mental untuk menghadapi proses demokrasi.

Mereka sedang cuba untuk menyekat jawatan mereka daripada ditandingi kerana mereka sedar kali ini mereka akan dihumbankan oleh ahli-ahli kerana kecurangan kepimpinan mereka di setiap peringkat parti.

UMNO semakin hari semakin uzur dan lemah di bawah kepimpinan mereka.

Uzurnya UMNO bukan kerana UMNO itu sudah tua, tetapi keuzuran perjuangan mereka, keuzuran pemikiran, serta perjuangan yang sudah jauh menyimpang daripada asas perjuangan parti ‘nasionalis Melayu’ ini.

Uzurnya parti kita ini juga disebabkan pemimpin-pemimpin yang tidak pandai menjaga diri mereka sebagai pemimpin kepada rakyat.

Mereka membiarkan diri mereka dipergunakan oleh isteri, anak, menantu dan kroni-kroni serta ahli –ahli perniagaan yang ingin mengambil kesempatan ke atas kedudukan mereka.

Etika yang baru ini hanya untuk menyekat kepimpinan baru menerajui UMNO dan negara kerana ‘mood’ dan pemikiran akar umbi sudah mula bertukar untuk perubahan.

Mereka hendak tutup kecurangan perjuangan mereka. Mereka lupa kepada perbilangan: ‘Bangkai gajah masakan boleh ditutupi dengan nyiru’.

Mereka ingin melihat berlakunya pemikiran dan perjuangan yang betul yang sudah lama ditinggalkan oleh pemimpin hari ini.

Saya tidak dapat bayangan bagaimana saya hendak berjumpa perwakilan jika saya hendak menawarkan diri bertanding dalam pemilihan parti yang akan datang.

Sindrom bisu ini akan memusnah pemikiran ahli UMNO dan parti ini akan menjadikan rakyat lemah tanpa pemikiran sendiri.

Undang-undang tuhan pun ada kelonggarannya. Kita boleh sembahyang jamak atau qasar jika waktu keadaan kita tidak mengizinkan kita menyempurnakan syariat solat kita.

Abdullah Badawi nampaknya cuba menyekat sesiapa sahaja untuk menandinginya dengan mengikat kaki dan tangan lawannya.

Apabila sudah diikat lawannya itu, dia akan menjerit dan melaungkan “Aku menang! Aku menang!” tanpa merasa segan dan silu.

Jika UMNO terkubur maka Abdullah Badawilah yang bertanggungjawab dan akan tertulis dalam sejarah negara sebagai orang yang menjenayahi parti yang telah memberikan kedudukan kepadanya.

Dengan etika yang mengarut ini, maka nampaklah yang sesiapa yang bertanggungjawab menggubalnya itu memang orang yang tidak ada moral kepimpinan yang baik.

Mereka menampakkan kepada pemimpin dunia yang mereka ini adalah pemimpin yang kurang dalam segala-galanya: kurang pemikiran, kurang ilmu, kurang adab, kurang ketokohan, kurang ‘finessenya’ dan mempunyai muka tebal macam tembok di tepi jalan.

Mereka handak mencari kemenangan melalui kesalahan teknikal dan bukannya di atas sokongan orang ramai: Yang penting menang.

Mereka menganggap UMNO ini seperti harta emak bapak mereka. Mereka fikir UMNO ini modal perniagaan mereka, mereka ingat rakyat semuanya bodoh dan bangang serta mereka menggunakan kelembutan bangsanya untuk menekan mereka kembali.

‘They take friendliness of the Malays as weaknesses’

Kita rasa malu kerana pemimpin-pemimpin mempunyai mentaliti sengkek ini.

Oh ya! Saya teringat pesanan orang-orang tua dahulu kala: jika seorang raja, menyapu sampah di tepi jalan dia tetap raja, tetapi jika sengkek diletakkan mahkota di kepalanya sekali pun dia tetap sengkek.

Kita mulalah berfikir dengan sejujur-jujurnya semata-mata untuk masa depan generasi kita! Orang melayu sedang berada di persimpangan.

Pilihlah simpang yang mana! Nak masuk gaung? Nak masuk lubuk? Atau mana-mana sekali pun. Pilihlah!

Jangan salahkan ibu yang mengandungkan kita.


Sekian……………………………………………Aspan Alias

4 comments:

shahbandarmalakat said...

hai yo..macam ni ko..eseh nak komen pun malu..torok bonar ke umno ini dah..eseh takut kot memang ada perancangan rapi dari luar nak musnahkan umno terus...dulu laii eseh dah cakap kito duduk ramai ramai dalam 46...jangan lari..tunku abd rahman pun dah posan kat kuli teruskan dengan 46..sebab perlembagaannya sama umno lama...tapi rais dogil dio nak jadi menteri je...sebab itu pan eseh macam mano pun tk masuk laii umno...masih 46..

ekau dulu, Pan, pandai cakap pasal zila..zila di zoo dan zila di luar oo...
apa susah..pakat ramai ramai koyahkan buku merah tu..eseh kalau dapat eseh koyakkan...ini tak dapet laii...

CINTA suci abadi said...

kau dah buat yang apa yang patut untuk peringatkan Melayu...tapi makin mereka makin layu...

lepas ini kau ikut cara Arwah Datuk mansur othman nak buat bila bila anak melayu dapat biasiswa MARA dulu..." kalau kamu gagal dan kamu datang jumpa saya...saya akan ludah muka kamu"

jadi bila umno dah hancur dan luput nanti, dan ada orang melayu, termasuk yang pernah memimpin yang datang mengadukan pada kau..kau ludahkan mukanya...baru padan melayu...sebab tak dengar cakap kau...

Desperado said...

Don't worry,

RULES ARE MEANT RO BE BROKEN!

www.pilihananda08.blogspot.com

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]windows xp pro, [url=http://firgonbares.net/]Titanium Pro Mac[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] sale manager software xp professional oem software
windows vista ultimate [url=http://firgonbares.net/]coreldraw graphics suite x4 v14.0.0.567 keymaker only-core[/url] disable nero 9 automatic update check
[url=http://firgonbares.net/]student discount microsoft office 2007[/url] pros and cons of quarkxpress 7
[url=http://firgonbares.net/]microsoft smartphone software[/url] adobe creative suite 4 web premium
8 Retail Price [url=http://firgonbares.net/]sell softwares online[/b]