16 June 2008

Sebelum naik ikut Quran, sesudah naik ikut Qarun

Kadangkala saya termenung memikirkan Agama dipergunakan untuk politik peribadi.

Agama menjadi tempelan semata-mata tanpa mentauhidkannya, dan ramai pula yang terikut-ikut kerana hendak menumpang tuah pemimpin-pemimpin tersebut.

Ramai pemimpin di dunia ini termasuk di negara kita telah tergolek dan yang akan tergolek kerana menempelkan Agama untuk mendapat ‘mileage’ politik mereka semata-mata.

Mereka tidak langsung takut menonjolkan imej Agama untuk memanjat tangga politik dan pastinya mereka ini tergolong dalam kolompok yang lemah.

Ada yang memetik firman-firman tuhan dan hadith-hadith nabi untuk membezakan dirinya lebih daripada pemimpin-pemimpin yang lain.

Pendeknya sebelum naik ke takhta kuasa mulut mereka tidak lepas dari menyebut tentang Agama dan Quran; itulah kononnya panduan yang diikuti oleh mereka.

Tetapi lain pula sikapnya apabila sudah naik.

Apabila telah berkuasa mereka mula mengumpul harta untuk keluarga, dan kali ini mereka tidak lagi mengikut Quran, tetapi sudah mula mengikut perangai Qarun untuk menjadi kaya-raya dengan menggunakan kedudukan dan kuasa mereka.

Lagi lama berkuasa lagi banyaklah harta dapat dikumpulkan oleh pemimpin-pemimpin ini dan jumlahnya tidak kurang daripada apa yang dikumpulkan oleh Qarun semasa zaman Firaun dulu.

Harta yang dikumpulkan oleh Qarun dahulu dipergunakan untuk melebarkan pengaruhnya ke seluruh negara Mesir sehinggakan Firaun mengakui dirinya sebagai Tuhan.

Kalau dikaji secara halus, maka tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada kepimpinan kita yang semuanya sudah kaya-raya dengan kuasa yang ada pada mereka.

Di mana-mana pun kita lihat duit jatuh macam daun gugur yang datangnya dari Qarun moden kita yang terbentuk oleh parti UMNO kita.

Kita hanya berdoa agar tuhan akan hantar kepada kita ‘Musa’ untuk menewaskan Qarun-Qarun yang ada di sekeliling kita dalam UMNO ini.

Apabila ‘Musa’ sampai nanti itulah tanda-tanda Firaun dan Qarun akan ditewaskan.

‘Musa’ yang saya maksudkan bukannya Musa Hitam. Saudara tahu siapa ‘Musa’ yang saya maksudkan.


Sekian…………………………… Aspan Alias

1 comment:

pakbelalang said...

Pan,

Kawan tahu awak pandai ngaji quran. Nak tanyo sikit. Apo tu Islam Hadhari. Kawan orang Johor tak biaso dongan macam-macam istilah baru ni. Satu soalan podo ekau.

Apo hukumnya Islam itu dijadikan macam bunkusan produk. Bila nak "lakukan" Islam maka "bunkusan"nya ditukar dengan jenama baru seperti Islam Hadhari. Kononnya buat rebrandinglah!

Rebranding apo? Taik Kucing !!
Ini semua angkara Pak Lah sampai kono bala 5+1 negeri tombang. Ini semua ado hikmahnya. Pak Lah masih tak sedar lagi !!

Jom minum teh tarek! Kau belanjo lah !! Leh tak?