30 August 2010

Ibrahim Ali dan Khairy sepakat

Semakin hampir pilihanraya umum semakin banyak isu yang dihebohkan dan kebanyakkan isu itu pada pandangan saya merupakan isu yang membazir masa dan waktu untuk dilayani. Orang ramai sudah lali dengan isu yang sengaja digemparkan oleh setengah pihak dengan tuduh menuduh diantara satu pihak dengan pihak yang lain.

Sekarang kita berdepan dengan isu lembik, iaitu isu Ahli Palimen berbangsa Cina masuk kesebuah surau diSerdang untuk menyampaikan bantuan dan bercakap perkara ‘non-political’ dalam perjumpaan itu. Banyak pihak dan individu yang sentiasa mencari isu, tangkas membuat kenyataan khbar dan mejerit-jerit mengatakan yang YB Teo tidak sepatutnya berucap didalam surau itu kerana kononnya merosakkan kesucian Agama kita serta menyentuh sensitivity masyarakat Islam dan Melayu kita.

Ketua Pemuda UMNO dan Ibrahim Ali kali ini sepakat untuk menyanyikan ‘chorus’ yang ‘harmonic’ dalam isu YB Teo ini. Kedua-duanya begitu selari dan saya yakin isu ini diadakan bukan kerana nak jaga kesucian Agama tetapi kerana hendak menarik perhatian ramai sahaja.

Seorang wakil rakyat boleh memberikan bantuan dimana beliau suka dan dalam kes ini beliau dijemput untuk memberikan bantuan disurau tersebut dan bagi saya itu bukan masalah besar. Rasanya saya pun seorang Islam juga dan saya tidak nampak ianya menghina Islam malah saya begitu suka mendengar Ahli Parlimen itu mengakui yang ramai pengundinya beragama Islam.

Kalau kerana tidak memakai tudung kepala kenapa isu ini hendak diperbesarkan tanpa had. Biarlah Majlis Agama Islam mengambil ‘initiative’ untuk membetulkan keadaan, bukannya orang politik.

Saya juga tidak nampak Teo sengaja hendak melukakan sesiapa apa lagi untuk menyentuh ‘sensivity’ orang Melayu. Beliau hanya melaksanakan tugas beliau sebagai seorang wakil rayat bagi kawasan Parlimen tersebut. Apa yang perlu diberitahu kepadanya ialah tata cara dan adab bila memasukki rumah ibadat orang Islam. Saya rasa tentu beliau dapat menerimanya. ‘She will be more than happy to accept it’.

Yang disebut ramai dan diisukan rakyat sekarang ialah sikap UMNO sendiri yang tidak menjaga ‘sensivity’ orang Melayu yang dipimpinnya. Pemimpin UMNO lebih sayangkan bangsa lain dengan berkompromi dalam banyak hal tentang masa depan dan nasib Melayu akan datang.

Ramai orang termasuk diri saya faham UMNO sedang tercari-cari kelemahan parti lain kerana PRU 13 mungkin tiba tidak berapa lama lagi. Oleh kerana tidak dapat menunjukkan perkara yang baik maka jalan yang lazim digunakan ialah dengan mencari isu demi isu untuk mendapat perhatian ramai; untung-untung orang Melayu akan kembali menyokong mereka.

Ramai yang mentertawakan mereka yang menjadikan ini sebagai isu. Yang ‘sensitive’ ialah pemimpin UMNO yang mengelabah tak keruan termasuklah Pemudanya sendiri. Nak tunjukkan sesuatu hasil kerja mereka tidak ada, maka gunakanlah isu ini untuk menunjukkan yang mereka masih ada dan belum mati lagi.

Kalau hendakkan orang Melayu mengikut kita, Pemuda UMNO mesti perjuangkan isu-isu yang mana pemimpin-pemimpin kita telah menyelewengkan wang ringgit dan menyalah gunakan harta benda rakyat.

Pemuda mesti bertanya secara ‘detail’ ke mana perginya 67% daripada RM4.08 billion wang Felda dibelanjakan hingga kantung Felda merosot dengan teruk sekali. Tanya Felda kenapa Felda membeli hasil peneroka dengan harga yang terlalu rendah dari harga pasaran di luar sana.

Ingatkan PM itu bahawa Felda ditubuhkan untuk menjadikan orang Melayu yang tidak bertanah dulu untuk memilikki harta, bukannya untuk Felda dan pegawainya yang kaya raya. Kita selalu nampak kurap orang, tetapi kita tahu dibalek pakaian kita yang cantik-cantik itu, dikulit kita penuh dengan kurap-kurap yang tak kunjung kering.

Khairy patut pergi berjumpa Mirzan Mahathir untuk memulangkan wang PETRONAS yang berbillion yang digunakannya untuk ‘bail out’ sebuah syarikat perkapalannya belasan tahun dahulu. Khairy mesti beritahu Mirzan, di Amerika Syarikat semua syarikat yang di'bail out' oleh kerajaan, sekarang sedang dalam proses memulangkan kembali wang rakyat yang mereka gunakan untuk menyelamatkan konglemerate mereka semasa kejatuhan ekonomi tidak berapa lama dahulu.

Beritahu Mirzan wang yang berbillion itu dipindahkan kepada MARA; boleh hantar puluhan ribu anak-anak kita ke Australia, New Zealand atau ke England untuk belajar. Bila balik nanti mereka boleh berkhidmat kepada negara kita.

Kalau Khairy berani berbuat demikian barulahlah dia dianggap anak jantan dan Ketua Pemuda yang tulin dan tidak ada tolok bandingnya. Kita tidak payah berucap menjerit-jerit untuk berjuang. Pemimpin yang menjerit dan beretorik dengan nada suara tinggi itu selalunya orang yang banyak kelemahan sendiri yang hendak ditutupinya. Setakat mempamerkan ‘silat pulut’ sahaja Pemuda tidak akan berjaya menarik perhatian orang ramai.

Kalau tidak ada isu ini mungkin orang akan bertanya; mana Pemuda, mana Khairy? Kita tidak boleh berbuat apa-apa kepada Pergerakan Pemuda sekarang ini, kerana mereka sudah hilang hidayah politik.

Nak dirotan, dia sudah besar walaupun masih keanak-anakkan. Jadi kita sabar sahaja melihat telatah dan langkah anak-anak muda ini. Orang tua-tua dulu selalu berkata, ‘anak muda yang julung berkeris, batang pisang pun dia sanggah’.

Kita sabar sahajalah. Mari kita tunggu sehingga Khairy menjadi dewasa. Insya-Allah dia akan menjadi dewasa walaupun agak lambat sedikit. Itu fenomena biasa, sesetengah kanak-kanak cepat dewasanya, hanya Khairy ini agak lambat sedikit. Lambat-laun dia akan jadi dewasa. Kita boleh sayanginya. Tak mengapa.

Oghang-oghang lamo ado bokato, ‘yang tuo kito hormati, yang mudo kito sayangi’. Ingat Khairy, kami bukannyo mombonci anda. Abang kau ni nak togo sikit-sikit. Kalau boto jalan eh, jadi taklah ghosak pojuangan kau. Itu pun kok ado pojuangan sobagai mano yang dikato.

14 comments:

Anonymous said...

Saudara Aspan,CIK Teo tu masuk SURAU tak tutup aurat . " LELAKI DAN PEREMPUAN TIDAK DI BENARKAN MEMBUKA AURAT .( TAK BOLIH DEDAHKAN AURAT KEPADA YANG TIDAK BERHAK MELIHAT )SEMASA MASUK KE MASJID . TQ

bat8 said...

Bro Aspan,

1. Saya tidak terperanjat dengan langkah yang begitu desperado yang ditunjukkan oleh UMNO(Baru) hari ini.Selepas PRU12 yang lalu, saya telah menjangka tindakan yang sebegini akan diambil oleh UMNO(Baru).

2. U aint seeing nuthing yet. Tunggulah apabila PRU13 semakin hampir dan keadaan UMNO(Baru) dan Bn semakin tenat. Then kita akan lihat tindakan yang lebih desperado yang mungkin kita akan engeleng-ngeleng kepala disbelief apa yang berlaku.

3. I always believe UMNO(Baru) belong to TDM and TDM alone. It has served him well to ensure he is unchallanged during his tenure. Its tailored made for him alone.

4. style beliau yang autokratik dan seringkali undemocratic adalah sesuatu yang sukar diuntuk diikuti oleh penganti-pengantinya. Now UMNO(baru) had served him well during his 22 years tenure and its heading towards the end.

5. Maybe UBN mungkin boleh hang on to power in coming PRU13 walaupun dengan majoriti yang tipis sekali. But there will be another one 5 years later.

6. Sebab itu apabila saudara dan sdra Sak begitu bersungguh-sunguh menyeru supaya ia berubah - saya sentiasa menyatakan bahawa ianya tidak akan berjaya.

saya sering mengingatkan bahawa untuk menyelesai masaalah UMNO(baru), kita kena fahami sejarah UMNO lama, perjuangannya, bagaimana ia dimatikan dan bagaimana UMNO(Baru) ditubuhkan. Kita kaji bagaimana perjalanan UMNO(baru)sejak ia ditubuhkan sehingga kini.

7. Pun abagimanapun, saya masih dengan pendirian saya sejak UMNO lama diharamkan dan tidak akan menanggotai UMNO(Baru). Saya tetap ahli UMNO lama. Gud luck kepada sdra dan rakan-rakan yang lain.

bat8

mahaza said...

anon 20:45.
Mari mulakan dengan lihat sini http://2.bp.blogspot.com/_5R1ybpzs3n8/THtscEdYkhI/AAAAAAAAFN8/fx3FM8ha7a4/s1600/1rosmah.jpg
dan beritahu mereka ini dahulu.

mahaza said...

anon 20:45. mungkin kalau yang ini lebih jelas lagi?
http://budakkampungonline.blogspot.com/2010/08/isu-surau-umno-mu-kecek-biar-molek.html

Aspan Alias said...

bat8,
Izinkan saya untuk menghulurkan tangan tabik saya terhadap sdr kerana sdr adalah seorang jiwa pejuang.

Saya mengikuti pemikiran sdr selama ini dan saya patut memberikan kata-kata hormat kpd sdr kerana sikap sdr yang ikhlas terhadap isu kemelesatan UMNO (B) ini.

Saya sendiri seperti yg sdr baca dalam setiap tulisan saya, menggambarkan yg UMNO dalam keadaan sekarang tidak mungkin kekal sebagai parti yang viable untuk disokong rakyat selagi tidak bertiup semngat UMNO yang tulin dahalu.

Tetapi masih ada harapan walaupun tipis untuk UMNO berjaya jika pimpinan yang ada pada hari ini tidak terlihat oleh rakyat dudk diatas kerusi pimpinan negara.

Ramai yang bersetuju tetapi lebih ramai lagi yang tidak yakin UMNO akan kembali 'kebah' dari demam panas yg dihadapinya.

mo said...

Asalam tuan aspan, Khairy dan ibarahim ali, sebenar mengelirukan, lansung tidak ada nampak apa jua tindakan , tidak ada kewibawaan, hampir setiap isu bagaikan isu tidak segat????????? Bagai mana kairi nak cakap dgn anak tun mahathir, minta di bayar duit petronas yg dikebas waktu gawat dulu. Walau pun tuan aspan cabar dia tak akan pergi jumpa dgn mizan, begini tuan aspan, pemimpin umno bn yg kita ada kini, seumpama beras dalam bekas plastik, dalam bekas itu ada barang yang berbau busuk, bila mana beras yg baru di masuk dalam bekas tersebut, dgn sendiri beras tersebut terus menjadi berbau. Ini yg ada dalam umno sekarang. Cubit paha kanan paha kiri akan terasa. Ok dengan satu cara sahja kita boleh mengbuang bau busuk yg ada dlm bekas plastik tersebut, yalah dengan membuang semua beras yg telah menjadi busuk, dan bekas plastik di cuci dan sebersih2, dgn cara begini bekas tersbut, barulah dapat di guna semula. Menyambut kemerderkaan hari 31 ogos, kurang mariah, tak tahu sebab , mungkin orang tak tengok tv, jadi tak tahu apa yg di pesan oleh pak rais yatim. Kali2 tonton tv muka dia yg tak akan di lupa rtm, tv3,. member lain pun dah banyak tak sukatonton tv, tv yg ada di malaysia mengajar penonton menjadi bodoh dan kaku, yg kita dengar dan lihat menteri yg kita semua ok dan the best, membosankan. Kemerdekaan dan sambutan, agak muram, ekoonmi pun muram, apa yg 1 malaysia buat. Ada projek tapi tak ada duit, sering berlaku ? Badan berkanun, anak2 syarikat kerajaan, dulu ghak dgn duit yg cukup banyak, tapi sekarang dah tak mampu dak bayar kerja telah di siapkan. DEngan senario seperti ini bagai mana imaj dasar satu malaysia menjadi beseri, bahkan menjadi celar, terutama melibatkan projek orang kampong. Sedih lah tuan aspan. Tuan aspan, mungkin dapat incontact dgn pm najib, boleh lah bagi tahu dgn pm, jgnlah projek yg melibatkan org kampong melayu lagi, sampai tak ada duit nak bayar konrektor??????? Tuan aspan tiap kali singgah di blog tuan, kebanyakan isu tentang bn dan umno, saya pun faham tuan memang sayangkan umno. Begitu jua saya dulu saya suka umno bn, sekarang dah mual. mungkin saya lebih muda dan selera mungkin lebih cepat berubah. wasalam .

Anonymous said...

nak tanya pada ustaz Aspan;

Boleh ke orang yang dalam keadaan berjunub pergi ke masjid? si Teo ni dah mandi wajib ke?

Kat Mekah, orang bukan Islam diharamkan masuk

Khabarlah pada orang kafir harbi ni; nak berpolitik pun buat je kat perkarangan masjid bukan kat dalam.Hormatlah hak orang Islam.

Kalau kita masuk kuil Sikh pun kita kena pakai tuala kat kepala sebab kita hormat pada mereka.. Takkan benda macam ni Teo ni tak reti.. bangang sangat ke ahli politik DAP ni?

bat8 said...

Maaulana Besar 12:57:00 GMT+08:00,

Bagaimana dengan pelancong-pelancong kapir yang dok pi melawat masjid negara, masjid putrajaya dll, maulana dan geng-geng UMNO maulana dah pi check dan periksa sorang-sorang ke?
Boleh tunjukkan rekod-rekod tersebut?

2. ahli-ahli dan penyokong UMNO(Baru) macam nilah yang merosak dan memporakperanda kan parti. Hukum dan fatwa telah jelas dalam sesuatu isu - datang dia mempersoal fatwa seolah-olah dialah ulamak no.1 dalam dunia!

Patut le sdra aspan begitu bersungguh-sungguh untuk membawa UMNO(BARU) ke landasan yang asal.Nak bersih UMNOBaru) dari anasir-anasir perosak seperti maulana anon 12:57:00 GMT+08:00 ni.

bat8

Kamen Rider Black~ said...

to Anon 31 August 2010 12:57:00 GMT+08:00:

Kau google aje boleh cari jwpn utk soklan kau tu...xyah 'ustaz' aspan jwbkan...ni la metaliti org Apno, nk kne suap aje.....

Diorg bley masuk masjid2 lain selain masjidilharam dan of course tanah haram itu sendiri...
“Rasulullah SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid."
(HR al-Bukhari)

even harussani (mufti umno) pon cakap boleh tp dgn bersyarat. Rujuk:
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8120349.asp

Baccan lanjut bleh dapat kat sini:

http://ustaz.blogspot.com/2010/08/orang-kafir-boleh-masuk-masjid.html

http://hidayahcentre.wordpress.com/2009/11/15/orang-kafir-tak-boleh-masuk-masjid/


Kalau non-muslim wat salah (atas kejahilan diorg), mcm kes teo nie ching, tegur le elok2...jgn "melampau2" sangat..mcm mana hati diorg nk terbuka dkt islam??
Firman Allah SWT : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(An-Nahl : 125)


Islam utk semua, bkn utk 1 bangsa shj..bukan exclusive utk bangsa Arap, apa lagi bangsa Melayu.....

Wallahualam...

Salam Ramadhan..

mahaza said...

hukum larangan masuk masjid berjunub dan dalam haid atau nifas jatuh keatas orang Islam sahaja.

Masjidil haram dilarang orang kasfir masuk seperti yang termaktub dalam al-quran.

Aspan Alias said...

mo, saya menyentuh prkara-perkara seperti menggunakan duit Petronas untuk menyelamatkan ahli keluarga itu adalah kesalahan undang-undang dan moral yang terlalu besar.

Ia bermakna kerugian yang dialaminya, rakyat yang membayar. Mana boleh begitu.

Kalaulah dia bukan anak PM seperti sdr dan yang lain tentu sekarang ini sudah berjalan kaki dengan berselipar jepun sahaja.

Kalaulah benar pemimpin UMNO memperjuangkan perkara yang baik, kenapa isu ini tidak disentuh langsung oleh pihak yang berwajib?

It's daylight robbery.

Anonymous said...

Menjadi pembangkang memang susah.
Peristiwa Memali...Peristiwa Lubuk Merbau .... melibatkan pejuang Pas terbunuh (Nyawa sebagai galang ganti, Penjara dan Penghinaan usah dibicaralah). Orang Umno berapa ramai yang masuk Penjara atas nama perjuangan...Yang aku tahu masuk Dangdut dan Karaoke banyaklah sampai penuh dengan budak2 UMNO semasa perhimpunan...,,, kena tambah GRO..

Anonymous said...

Menjadi pembangkang memang susah.
Peristiwa Memali...Peristiwa Lubuk Merbau .... melibatkan pejuang Pas terbunuh (Nyawa sebagai galang ganti, Penjara dan Penghinaan usah dibicaralah). Orang Umno berapa ramai yang masuk Penjara atas nama perjuangan...Yang aku tahu masuk Dangdut dan Karaoke banyaklah sampai penuh dengan budak2 UMNO semasa perhimpunan...,,, kena tambah GRO..

Anonymous said...

Ustaz Aspan dan sabihul samahah yang lainnya;

"Sesungguhnya kaum Musyrikin itu najis”. (At-Taubah : 28)

macam mana ni.. kalau najis masuk ke saf sembahyang kena samak ke? kalau najis pegang mikrofon dan kemudian tok imam pakai buat ngaji ke dan buat imamkan solat.. sahke sembahyang tok imam dan makmum yang mengikutinye..

saya diajar dari kecil kalau najis tahi cicak pun tak sah sembahyang, ni pulak najis mughalazzah..

Hamba yang musykil

P/S maaf ye kerana bertanya soalan bodoh?