01 August 2010

Kebenaran dijunjung, parti sendiri dikelek

Saya dikecam oleh seorang yang saya belum kenali melalui e-mail saya kerana saya memuji sikit-sikit DAP kerana bertindak cepat memecat seorang ahlinya yang didapati menyalahgunkan kuasa sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kelang (MPK) dalam posting saya semalam.

Beliau yang saya namakan sebagai Hadi (bukan nama sebenarnya) meminta saya memberikan alasan kenapa saya sebagai ahli UMNO secara terbuka memuji DAP yang merupakan parti pembangkang yang tidak boleh dipercayai.

Hadi terus meminta saya supaya mencerca DAP kerana pengaruhnya sudah begitu meluas dan telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu sendiri akhir-akhir ini. Katanya DAP tidak boleh dibiarkan berpengaruh dan Hadi meminta saya menulis untuk menjatuhkan pengaruh DAP.

Kepada saudara Hadi, saya sangat bersukacita untuk memenuhi permintaan saudara bagi saya memberi alasan kenapa saya memuji DAP dalam kes pemecatan Ahli Majlis MPK, Tee Boon Hock 2 hari yang lepas.

Saya memang seorang ahli UMNO, parti yang asalnya ditubuhkan untuk mencari kebaikkan untuk semua dan saya tidak mahu mengulangi isu asas penubuhannya kerana sudah begitu banyak diperkatakan dan ditulis oleh banyak pihak.

Kalau sampai sekarang pun jika ada yang masih tidak tahu asas penubuhan UMNO dahulu maka tidaklah terkejut bagi saya kenapa UMNO menjadi begitu keliru dan sudah hilang hidayahnya.

Umur DAP sudah melampui umur 4 dekad dan parti itu masih wujud dan sedang mendapat sokongan sebahagia rakyat kita terutamanya kaum Cina. Parti itu lebih tua dari parti kita UMNO yang sekarang hanya berumur 22 tahun kerana UMNO yang asalnya sudah dikuburkan oleh orang yang hendak menyambung kuasa setelah dia tidak berkeyakinan untuk mengetuai parti itu.

Lupakan itu semua buat sementara waktu dan saya terus sahaja memberikan jawapan kepada soalan sdr Hadi tadi.

Tindakkan DAP memecat Tee Boon Hock itu melambangkan banyak makna yang tersirat kalau dilihat dan dikaji dari segi ‘attitude’ dan ‘aptitude’ serta kemampuan parti itu memilihara integritinya sebagai parti yang serius berjuang.

Bagi sesebuah parti ianya tidak boleh lari dari matlamat perjuangannya serta budaya yang lazim menjadi amalannya.

Pemecatannya itu melambangkan bahawa parti itu mengutamakan ketelusan perjuangannya dan tidak tersepit dengan sentimen seseorang yang didapati bersalah itu. Kalau mereka mengambil sikap untuk memilihara hubungan sentimen diantara Boon Hock dengan partinya itu, beliau tidak seharusnya dipecat kerana jasa Boon Hock terhadap parti DAP bukannya kecil selama ini.

Tetapi walaupun beliau merupakan seorang veteran dalam DAP kesalahan yang dilakukannya tetap tidak boleh diterima dan beliau dihukum dengan pemecatan keahliannya dari DAP: Kerana yang diutamakan oleh parti itu ialah intergritinya.

Memang benarlah jika orang UMNO mendengar pujian kepada DAP mereka akan merasakan marah kerana memang sikap kita dalam UMNO ialah sikap ‘kita berkuasa dan kita bermaruah dan jangan sesiapa cuba untuk mengkritik kita’.

Kalau kita hendak menyambungnya lagi kita akan dengar ini ‘kita telah memberikan scholarship JPA, MARA serta telah membekalkan api letrik dan air maka kita mesti sokong UMNO’.

Nak sambung lagi? Baik, kita selalu mendengar ayat-ayat lebih kurang begini, ‘UMNO yang mencapai kemerdekaan maka UMNO mesti jangan diketepikan. Kerana UMNOlah wujudnya Putrajaya dan cyberjaya’ dan sebagainya.

Kempen secara ini tidak boleh dipakai lagi. Rakyat tahu yang biasiswa itu datangnya dari rakyat bukan dari UMNO. Rakyat yang bayar cukai. Ramai rakyat yang pergi kemahkamah kerana terlewat membayar cukai pendapatan dan berbagai-bagai cukai lagi.

Putrjaya sebenarnya bukan keperluan yang mendesak. Kuasa besar seperti Britain, pejabat PMnya hanya terletak diDowning Street, sebaris dengan rumah kedai dijalan Downing itu.

Mana-mana kerajaan dan parti mana sekali pun yang dapat memerintah kerajaan Persekutuan kita akan membangunkan negara, memberi biasiswa dan akan memberikan bekalan api dan air kepada rakyatnya.

Mana negara dan parti sekali pun memerintah akan membina lapangan terbang jika keperluan itu sudah mendesak.

Berbeza kita dengan pemimpin negara maju, kita mengadakan projek kerana kepentingan pemimpin dan kroninya untuk mendapat faedah peribadi sedangkan mereka mewujudkan sesuatu projek untuk kebaikkan dan faedah rakyat.

Berbalek kepada soalan Hadi tadi saya tekankan yang DAP bertindak berani dengan memecat vetereb partinya kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak disukai rakyat.

Saya bukan ahli DAP tetapi kita wajar mengakui DAP boleh mendapat keyakinan orang ramai dan merasa terpilihara kerana parti itu tidak ada kompromi dengan rasuah setakat ini.

Isu rasuah dinegara kita lebih besar dari penyalah gunaan dadah. Isu inilah sebenarnya yang membuatkan rakyat tidak berkeyakinan kepada parti pemerintah sekarang ini.

Selagi imej rasuah tidak dapat dikikis dari persepsi rakyat selagi itulah UMNO dan BN akan menjadi haru biru yang akhirnya akan membunuh keyakinan rakyat terhadapnya secara total.

Persoalannya, mampukah UMO dan BN mengembalikan keyakinan rakyat dengan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini? Kalau tidak ada kemampuan, beranikah barisan pimpinan sekarang memberikan mandat kepada ahli UMNO untuk menggantikan semua pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini?

Saya percaya saudari/i boleh menjawabnya.

20 comments:

jais said...

Can we see that UMNO has been careless and allows the party to be a fertile soil for corruption now?

jais

Anonymous said...

Bro Aspan,

Jangan peduli pada mereka yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa RASUAH adalah musuh utama Negara. Kebanyakan penyokong2 umno terlampau beremosi dengan “Ketuanan Melayu” sampai menolak jalan2 kebaikan yang dilakukan oleh musuh2 politik mereka walaupun perbuatan itu dituntut oleh Islam.

Disini kita dapat melihat betapa tidak rasional penyokong2 umno sekarang menolak apa sahaja jalan kebenaran yang dilakukan oleh musuh politiknya kerana ego dan menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap satu2 kaum.

Begitu juga kita membenci bangsa yahudi walaupun bukan semua bangsa yahudi itu jahat. Kalau membenci satu2 kaum itu, kita akan membenci nya sampai kiamat.

Ketahui kah kita bahawa majoriti para2 nabi dan rasul itu adalah dari bangsa Yahudi, Nabi Daud A.S, Nabi Yakop sehingga kepada para Ulul Azmi seperti Nabi Musa A.S dan Nabi Isa A.S adalah dari kalangan bangsa Yahudi me juga. Kita sebagai umat Islam wajib mempercayai dan mentaati mereka seperti termaktub dalam RUKUN IMAN

Kebanyakan dari kita keliru dengan istilah Yahudi dan Zionisma

Musuh utama kita adalah ZIONISMA ia itu doktrin atau fahaman yang diamalkan oleh kebanyakan bangsa Yahudi..

Kita harus sedar bahawa amalan kehidupan seharian kita sudah hampir sama dengan amalan ZIONISMA iaitu menolak kebenaran yang dituntut ugama. Menolak hak2 orang lain serta melakukan PENINDASAN yang mana dianggap musuh. Hak2 orang lain atau kaum lain yang tidak sealiran dengan kita tidak harus wujud dan dinafikan, Negara ini seolah-olah hanya kita sahaja yang punya. Kita saja yang betul dan terbaik dari segi ibadah dan sebagainya. Tetapi hakikatnya kita lah paling ketinggalan dari segi sosial dan ekonomi dengan bangsa2 lain di Malaysia ini



AMT

Anonymous said...

UMNO yang ada sekarang ditubuhkan oleh MAHATHIR, yang merasakan beliau tidak dapat berkuasa sekiranya UMNO 46 terus berdiri, dari asal lagi sememangnya sudah salah asas UMNO MAHATHIR ini. Sudah terang-terang korupsi. Tak perlu dolak dalih lagi. Semua sistem yang membangunkan orang melayu marhaen telah dipancung secara sistematik dari awal lagi. Anak-anak yang menerima pelajaran, mana-mana yang didapati mampu naik dengan baik, telah dipancung di peringkat kementerian Mahathir, melayu sebenarnya ditipu dari awal lagi oleh Mahathir. Banyak anak-anak melayu otak grade A, ditendang keluar, dinafikan hak bekerja didalam negara, berjaya diluar negara, dihormati dan disegani. Siapa kata melayu tak mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa lain? MAHATHIR yang kata. Jangan jadi goblok la HADI. Awak sekarang di mata saya, macai MAHATHIR sahaja.

bat8 said...

Anon 08:22

1. Parti S46 ditubuh selepas TDM menubuhkan UMNO(Baru) dan menolak keahlian bekas-bekas ahli UMNO lama yang berpihak kepada Kuli dalam PAU 1987.

2. Sebab sebenar mengapa UMNO lama dimatikan kerana TDM tidak yakin, jika UMNO lama dibiarkan terus hidup, beliau tidak akan dicabar oleh KULI dan orang lain dimasa-masa akan datang.

Perlu diingat, kemenangan TDM dalam tahun 1987 hanyalah 46 undi sahaja. Ramai ahli-ahli yang mempertikaikan kemenangan tersebut kerana dalam pemilihan tersebut, kaedah mengundi dan penjumlahan undi telah diubah dengan drastik.

bat8

nick said...

Sir,

What has become of the "Malay Muslim", I wonder? Are the "Malay Muslim" becoming hysterically fanatical to their leader? Fanatical to a religion I can understand (there's a great reward waiting in the hereafter - a great motivation) but fanatical to the party leadership (no matter who, or how tainted or how corrupt they are) is beyond me!

BUT then again, these people would rather be known as Malay Muslim instead of Muslim Malay. Everything has to be Malay first and islam last. Even to the extent that it is OK to discard islamic principle in order to ensure that "Malay" is paramount. The funny thing is that these Malay muslim profess to be the ultimate warrior of Islam. The one and only true defender of Islam. Don't anyone dare to say the contrary! They are the numero uno islamist! They are the defender of the universe! The malay muslim is the majority thus making this country a "negara islam" not "negara melayu" as it should be, maybe? "We are the true defender and practitioner of Islam" they say and to enforce that fact, they even allowed the setting up of the biggest gambling Den in ASIA (maybe the world) with the reasoning that ISLAM is not cruel and is truly fair to people of other religion and therefore give them the right to indulge in sinful activities (but at the same time very little freedom and space is tolerated on their religious activities). In other word, for the "malay muslim" it is OK for non muslim to indulge in SIN but not in practicing their religion!

Many people would ask "to what point am I writing this lengthy sermon?" The point is that to all Malay muslim, even though those non muslim (read DAP)practice good principle, honest, uncorrupted and in general has all the qualities of "islamic government", they are in fact "the unbeliever" and thus are destined for hell. Whereas for the malay muslim, however corrupt, evil and despicable they are, they are believers and WILL GO TO HEAVEN! Therefore it is preordained by GOD to be fanatically loyal to a malay leader. It does not matter if they are corrupt, rapist, murderer and even pedophile! As long as they are Malay and profess to be "muslim" (just professing and not really practicing is even better) then it is treasonous, traitorous and worse "a munafiq lover of other religion" to be disloyal to that leader. Makes you wonder who teaches them Islam, huh? Could our muftis gives us an answer?

Nick.

Aspan Alias said...

nick,

you are indeed a resourceful person that I can lean on, and I am lease that you know which is digestible to an averagely good Malay.

I am very fascinated that you let me know the difference between Muslim Malay and Malay Muslim.

You manage to show me the distinction between both Malay Muslim and Muslim Malay.

nick, let me know more of what you know.

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,

Macam inilah budaya orang UMNO, sama macam Hadi.
Jiwa kita tak akan tenang jika hidup dalam kebencian. Majoriti orang UMNO bersikap membenci PAS dan DAP.
Jika di kedai kopi, UMNO tegar ini akan berhujah pertahankan yang PAS dan org bukan Melayu tak layak mendapat apa2 kemudahan di negara Malaysia.
Benci sungguh mereka dengan PAS dan org bukan Melayu. Mungkin org Melayu kita dah lupa yang Allah jadikan pelbagai kaum, supaya kita saling berbuat baik.
Kalau hidup atas dasar kebencian, hati semakin hitam. Dah sama dasar dengan Zionisme. Hanya kaum dia yang layak untuk hidup di dunia ini.

Kembalilah kepada kebaikan.

Aspan Alias said...

Pewaris,

UMNO takutkan PAS. Itu kenyataan yang benar. PAS boleh menjadi pilihan kepada orang Melayu untuk menggantikan UMNO.

Dalam tulisan saya beberapa hari yg lepas saya mengatakan dengan terang bahawa orag Melayu merasa letih bersatu didalam UMNO. Telalu banyak masalah.

Maka mereka hendak bersatu diluar UMNO. Mereka tetap hendak bersatu. Maka PASlah pilihan yang tepat bagi mereka.

Itulah sebabnya pemimpin UMNO membelasah PAS sedemikian rupa.

Tetapi dalam pada itu ada pula pemimpin UMNO yang hendak menumpang PAS untuk survivalnya diatas nama Melayu dan Islam.

Kalau orang Melayu sudah boleh bersatu dibawah PAS mengapa dianya nak bawa UMNO bersama?

Itulah soalan yang lazim ditanya oleh orang bawahan seperti kita ini.

Pendeknya UMNO tidak boleh menyalahkan PAS. Salahkan diri sendiri.

Itulah sebabnya saya gila-gila meminta UMNO ini mengubah kepimpinan kerana rosaknya UMNO bukannya kerana UMNO.

Rosaknya UMNO kerana pemimpin yang tidak betul menempel dibarisan kepimpinannya.

Dah kita tidak boleh berubah, biarlah orang ramai yang berubah.

Mengubah sokongan kepada parti politik bukannya mengubah akidah; ia hanya mengubah wadah.

UMNO bukannya agama yang tidak boleh ditinggalkan.

Bila kita puji kebaikkan orang lain penyokongnya marah. Itu menunjukkan UMNO dan penyokongnya memang suka dipuji walaupun mereka melakukan perkara yang keji.

Pujian kononnya hanya untuk UMNO, dan UMNO mahu kita bersama-sama mengeji pihak lain walaupun pihak itu membuat perkara yang baik.

CDR said...

Bro,

Hidup ini mesti berasaskan sesuatu, jika hidup tanpa asas, maka amat rapuh sekali perjuangan kita, UMNO perlu spring cleaning, saya sudah beberapa kali menegaskan hal ini, perlu telus, tiada ruginya jika puak-puak yang berperangai kurang dari yang diajarkan dicantas, biar pucuk muda yang jiwa tidak tercemar pula mengambil kuasa dengan amaran, bertindak diluar kawalan akan menerima padah untuk dicantas, saya sentiasa berpegang bahawa politikus perlu hormat dan takut pada rakyat, tanpa rakyat, politikus mungkin jadi hanya seekor tikus ......

Aspan Alias said...

CDR,

I thumb you up. Rakyat bukan hamba. Ahli politiklah yang sepatutnya memperhambakan diri mereka kepada rakyat.

you have said it spot on bro.

schenker78 said...

A big mistake by Ku Li was by re-joining UMNO and dissolve Semangat 46....If he was still outside UMNO during sacking of Anwar and jailing, I am sure in 1999, a lot of non malays would have supported Tengku Razaleigh for PM....

The only votes saved UMNO was from non malays. Majoriti malays in 1999 have voted for the opposition...

Anonymous said...

Aspan,

You really sounded as a very sore thumb sticking up each time you write. What had Mahathir done to you, really?

Anonymous said...

Aspan,

Cuba suruh Hadi namakan seorang anggota kabinet dari kalangan ahli UMNO yang tidak korup. Nanti kita sama-sama buat penilaian terhadap beliau. Jika terbokti tiada yang tidak korup kita minta UMNO segera mencontohi DAP dengan memecat semua anggota kabinet mereka yang Korup dan digantikan dengan mereka-mereka yang lebih bersih, muda dan tidak korup.

NORIZAM AZIZ

Anonymous said...

schenker78,
kena tengok balik situasi masa pembubaran UMNO asal kepada UMNO (B), most of these people were attach to: UMNO. So by rename the party as UMNO (B), but not writen as UMNO (B)clearly, instead UMNO, MAHATHIR already tipu orang melayu. Create some regulation just to make sure Ku Li can't use the name UMNO. Most people still remember Tunku and their friend who strive for Malaysian independent, but it only after 2000 that most of malay had in mind, UMNO ni totok je, Tunku pun tak join dia. It belong to Mahathir the crook. Just use some religious as plastic to patch all bad deed and vroom here we go.

Anonymous said...

Rupa-rupanya Hadi menyuruh saudara mencerca DAP kerana pengaruhnya yang kian berkembang.

Dia bukan suruh cerca DAP kerana DAP buat salah.

Ianya menampakkan sikap sebenar UMNO yang kian menirus sokongan.

Boleh tak sdr berikan apa tidak eloknya DAP dan apa eloknya MCA?

Sdr tulislah artikel tentang isu ini.

yeob

Anonymous said...

Saya hairan penyokong UMNO menyalahkan dap KERANA mELAYU susah diPenang.

Berpuluh tahun Gerakkan dan MCA jaga Penang, kenapa Melayu masih susah?

Apa UMNO buat selama itu untuk Melayu?

Lagi pun apa bezanya MCA dan DAP? Malahan DAP telah umum akan meletakkan calun Melayu dalam pilihanraya nanti.

MCA bolehkah letak calun Melayu. Tak habis-habis bodohnya, Kata nak ramaikan orang Melayu?

sulaiman akhlakan.

Pewaris said...

Bila agaknya boleh orang muda mencorak negara Malaysia ni? Tak sabar rasanya untuk berubah.

Anonymous said...

Tulisan tuan ayatnya mudah dan begitu senang untuk difahami tapi sungguh mengherankan masih ada orang yang tidak faham apa yang tuan tuliskan terutama penyokong tegar parti umno.

Depa-depa ni macam cuba nak menegakkan benang yang basah.tak berani nak menerima kebenaran dan masih cuba nak menyalahkan parti lain.mungkin sebab terlalu lama dengan umno menyebabkan karat umno tu dah sebati dengan badan sehingga menutup hati dari menerima kebenaran.malang sungguh nasib penyokong tegar umno ni!.

....mat pr.....

Unknown said...

Saya terharu & berbesar hati mengenang masih ada dalam UMNO orang yang berpendirian tetap, tepat lagi adil seperti anda. Terpenting kita menyanjung nilai-nilai keadilan yang Islam anjurkan kepada seluruh manusia sejagat.

Jikalah dalam 2 abad kebelakang ini ramai pemimpin UMNO & negara kita ini orang bersikap & bersifat seperti anda, mungkin, UMNO (baharu) akan terus utuh. Sayangnya ... mungkin ia telah terlambat untuk diselamatkan.

pemuda johor said...

Saya mesti memberikan ucapan syabas dan terima kasih kepada sdr Aspan kerana berani memberikan pandangan yang sebenarnya tentang UMNO yang saya menjadi AJK pemuda Bhg diJohor.

Sdr , itulah sebenarnya yang kami rasakan tetapi kami tidak tahu untuk menyampaikannya.

Sdr kekallah dalam UMNO dan kembalilah bergiat. Sdr boleh membetulkan dari dalam. Ramai yang membaca tulisan sdr senyap-senyap bersetuju.

pemuda johor.