25 August 2010

Penyakit dan maut usah ditempah-Dia akan datang sendiri.

Penyakit barah yang dialami oleh UMNO dan BN merupakan penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan jika pemimpin dan ahlinya selama ini mengambil berat tentang partinya.

Terbitnya penyakit yang dialami oleh UMNO adalah ‘self inflicting’. Tidak mungkin kesalahannya kerana permainan pembangkang. Pembangkang hanya mengambil kesempatan diatas kelemahan UMNO sendiri. Musuh UMNO ialah sikap pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri bukan pihak lain.

Begitu jugalah BN; musuhnya adalah dari kalangan komponen BN itu sendiri. Itulah sebabnya Najib yang tidak pernah merasa susah dalam karier politknya sebelum ini tidak berkemampuan untuk membendung keadaan ini dari merebak dan berlarutan.

Barah merupakan penyakit yang disebabkan oleh perperangan diantara sel-sel tubuh kita yang akhirnya menjadi penyebab barah itu berkembang dan membiak kerana banyak sel-sel kita yang mati. Jika tidak dikawal sel-sel yang mati dengan begitu mengembang akan menjadikan empunya tubuh itu menjadi lemah dan akhirnya meninggal dunia.

Sebab sel-sel mati kalau ditanyakan kepada pakar perubatan ialah kerana cara hidup yang tidak betul termasuklah cara dan amalan permakanan yang tidak seimbang. Lain-lain sebabnya ialah kerana ‘habits’ yang buruk seperti merokok atau hidup dalam persekitaran yang tidak sesuai, seperti bekerja dalam kilang yang menggunakan bahan gas kimia dan sebagainya.

Saya pun tak pandai nak membuat ulasan dalam bidang ini kerana saya bukan lah seorang yang bijak lebih-lebih lagi dalam bidang perubatan dan kesihatan. Mungkin Dr Mahathir sebagai seorang ‘medical practitioner’ yang berpegalaman boleh memberikan penerangan lengkap tentang penyakit ini.

Jika Dr Mahathir tidak ada masa mungkin Dr Chua Soi Lek boleh menerangkan isu penyakit ini walaupun kebelakangan ini beliau lebih terkenal dengan kegiatannya dalam bidang lain selain dari ‘profession’ beliau sebagai seorang doktor dan ahli politik. Mungkin oleh kerana kemahiran beliau didalam bidang tambahan inilah beliau dianggap sebagai seorang ‘good performer’ lantas beliau dipilih mengetuai parti kedua terbesar dalam BN itu.

BN itu merupakan tubuh yang besar dan merangkumi jutaan sel-sel didalamnya. Diantara sel-sel yang mati ialah pemimpin-pemimpin dalam UMNO dan MCA serta pemimpin komponen yang lain seperti Gerakkan dan yang lain-lain. Tuduh menuduh diantara pimpinan yang ada didalam komponen sama seperti pertembungan sel-sel yang ada didalam tubuh BN itu sendiri.

Penyakit kanser itu lebih parah selepas pilihanraya umum yang lalu dan kanser yang ada didalam tubuh BN itu sudah sampai keperingkat ‘terminal’. Ramai diantara yang dihinggapi penyakit kanser itu akan mengalami kehilangan berat badan. Semakin hari semakin kurus, macam tali gasing; pangkalnya besar hujungnya tirus.

Seperti orang yang menghadapi kanser yang peringkat ‘terminal’, UMNO tidak akan menambat keyakinan rakyat dengan sepenuhnya. Kanser ini selalunya susah hendak dipulihkan dengan sepenuhnya. Kalau penyakit itu sembuh, sembuhnya itu tidak kekal. Lazimnya ia akan kembali, dan akan kembali selepas ianya pulih kali yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Dimana-mana kita mendengar orang ramai bercakap tentang penyakit yang dihadapi UMNO kita ini. Kalaulah ahli-ahli sendiri tidak mempunyai keyakinan, masakan parti ini akan kekal lama?

Sudah menjadi tabii manusia yang mereka akan memberikan keyakinan pada pihak atau tubuh yang sihat dari memberikannya kepada tubuh yang berpenyakit apa lagi penyakit yang ‘terminal’ seperti yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini.

Hanya satu cara sahaja untuk UMNO dipulihkan; iaitu semua tubuh yang dihinggapi penyakit ini wajar diganti leseluruhannya. Ketuanya lain, yang kanan-kanan pun orang lain dan yang menganggotai MKT pun yang lain dan semuanya lain bagi menunjukkan yang parti itu serius untuk berubah.

Kalau UMNO ada ‘political will’ sekuat ini, maka harapan untuk terus menjadi kuasa yang mentadbir negara ada sedikit harapan. Tapi saya tidak yakin UMNO ada kudrat untuk melakukan perubahan ini.

Kalau pesakit tidak mahu menghadapi maut dengan cepat, pesakit itu perlu banyak berpantang terutamanya dalam pemakanan. Makan terlalu banyak tak boleh, dan makan hak orang lain yang tidak dihalalkan pun tidak boleh kerana maut hampir tiba.

Apabila seseorang itu sudah jatuh sakit selalunya rakan-rakan yang selalu bersama tidak bersama kita lagi. Mungkin mereka boleh menziarah kita sekali sekala. Yang selalu menziarah hanyalah sanak saudara dan ipar lamai sahaja. Kalau sudah sakit duit yang kita kumpul selama ini pun hanya boleh digunakan untuk membeli ubat dan vitamin sahaja.

Apabila mati siapakah dikalangan warith kita yang akan melangsaikan hutang kepada rakyat dan negara semua jumlah yang diambil secara tidak betul itu? Kesian kepada yang masih hidup yang terpaksa menanggung hutang-hutang itu.

Apalah faedahnya hidup didunia in jika hidup kita untuk menyusahkan generasi yang akan datang?

23 comments:

Anonymous said...

Bro Aspan, betui, betui!penyakit dicari-cari sangat. Dulu kita suruh berpantang, jangan makan terlalu banyak! Ha la ni penyaki mai dekat!

Padan muka!

azim, sg petani

Anonymous said...

Tak mungkin ada "political will" kerana pemimpin2 UMNO Baru peninggalan mamak Kerala sekarang semuanya pentingkan diri sendiri dan mencari kekayaan secara rasuah dan salah guna kuasa. Budaya ini sudah berakar umbi sejakUMNO Baru ditubuhkan lagi.

Mustahil bro, mustahil. Only one solution : change.

Anonymous said...

Aspan,
Let the water takes it's course. if UMNO must die because of self inflicted injury, so be it. There is no going going on living if you are dragging others down with you.
Pak Tua

nick said...

Aslm Sdr Aspan,

Yet again, UMNO uses the spectre of “Melayu hilang kuasa”, the threat of racial riot, economic disadvantages, instability and “huru-hara” to try delude the malays into once again giving them total and blind support. UMNO is trying to instill inter racial disunity, religious misunderstanding and bigotry and more importantly destroy the ever prevalent “good natured”ness and tolerance of the malay people. UMNO is using immoral and reprehensible cum destructive skull drudgery to try and get the malay people behind them once again. And as before, the task of performing the lame and awful “magic act” is given to the Grand Old magician, TDM. TDM, I suspect is glad or eager to do the magic act given the fact that of all the UMNO leaders, he has the most to lose if PR manages to wrestle Putrajaya away from UMNO and BN.

The malay people already had the realization that they as the majority people in Malaysia by the sheer size of population number and by sheer numbers of elected representative is “The pillar of power” in Malaysia! Any politician and any political party need the support of the majority of malays to survive and to govern. If that is an indisputable fact then how can the malays lose their political power? How can there be racial riot and ‘huru hara” if the majority of the people voted together to end UMNO and BN hold on the government? How can the malays be weak and under threat of domination when they as the majority uses their sheer numbers, voted (on their own conviction) to kick UMNO out? A majority people acting in concert is considered weak and being dominated? That’s as far fetch as Malaysia having send an astronaut to space by our own means and our own technology and FOC! The Malay becoming weak if more of them support PAS and PKR? Being dormant, unassertive and passive led to the malay being enslaved, taken advantage off and manipulated! That’s what UMNO DID to the malays (but I think now the malays are awake and we are pissed). So, now that the majority of malay are beginning to find their voice and conviction, they are becoming weak and dominated? NO, I don’t think so! The lie about how the malay will lose power if they do not give total support to UMNO does not work anymore.

Continue...

nick said...

Continued...

The malay people have realized that for all the love and affection they have shower UMNO with, what do they get in return? Heartbreak, physical suffering and loss of dignity, self worth and not to mention robbed of their wealth and property. This ridiculous love affair with UMNO has cost the malay people dearly! And what’s more, they realized that UMNO was never in love or love the malay people. UMNO was in fact in love with what the malay people have, which is wealth and treasury of this country. UMNO in reality is in love with wealth, power and position that the malay people can give them. That’s why when the malay began shunning them, UMNO became vindictive and aggressive and more to the point, violent!

For someone who claimed that they love the malay people, UMNO would rather destroy the race than have it give their love to someone else. For UMNO, losing the love and affection of the malay people meant that no one else can have that love too, no matter how much better that other party is. UMNO would rather take the malay people down with them than see the malay people progress and live a better life. It about time the malay people break free from this one sided, destructive, useless and violent affair.

There might be someone else out there that is worthy of the malay peoples’ love and who in return, will love them back. After decades of neglect, used, battered, humiliated, discriminated (most of us are not UMNOputras), swindled and enslaved, what has the malay people as a whole have to lose? Not much, I reckon but more to the point UMNO have much more to lose since they have usurped, conned and swindled so much from the people! GOOD BYE, UMNO! It was hell knowing you and we’ll tell our children and grand children about you and your type so that they will never make the same mistake again.

Have a blessed week and GOD bless.

Nick

Aspan Alias said...
This comment has been removed by the author.
Aspan Alias said...

nick,

Yr opinion runs in concert with that of mine. The 'fatal lust affair' between UMNO and the Malays seem to end.

The Malays are certainly giving ultimatums to UMNO; change or be changed.

The Malays are just pissed off with the humiliation on them by their own party leaders but they still want to be a united race; unfortunately outside UMNO.

UMNO leaders realize all this development but they are just not able to do anything. Even if they want to change they are not able to find the exact point to start.

It is beyond any possibility of redemption, not at this moment. A lot of efforts were done by many quarters to change UMNO but to no avail.

UMNO is sick but no one within the leadership is fit to nurse the sickness contracted by the party and it is going to be that way before its ultimate demise.

I am forever in love with the party but the moral conduct of its leaders is atrocious and I can't compromise any longer.

I am too tired to act like a dead fish; to always swim with the flow. Not anymore. The Malays can't bear further insults from our leaders any longer.

Anonymous said...

"In fact the Malays as you have rightly said is moving towards unity but unfortunate for UMNO, they will be united outside UMNO" - Aspan

Uncle Aspan,

When the Malay unite outside UMNO, that means they DON'T believe UMNO will champion Malay issues anymore. That WILL NOT happend if UMNO is playing it's malay racial cards.

So fine.

If you really want to abandon UMNO, what choice do we have?

PAS?or PKR?

Stop attacking only UMNO, Najib and Tun Dr M Uncle Aspan.

Start promoting the alternatives.

We really want to know how green is the other side of the field.

Quantum Metal Consultant said...

Kat hujung kampong saya nun di sana, hanya perlu bawa sebotol air mineral 125ml untuk sedikit doa atau dikatakan 'jampi' sebagai usaha untuk menyembuhkan segala macam penyakit.

Salam kaut sebagai sedikit saguhati atau pengkeras sudah memadai.

Atas usaha dan tawakkal, kadangkala penyakit kronik yang sudah di rejek hospital pakar sembuh dengan ajaibnya.

Setiap penyakit ada penawarnya dan pantang maut sebelum ajal.

Aspan Alias said...

kluangman,

Anda benar. Sebenarnya ada penawarnya tetapi UMNO tidak mahu mengambil penawar tersebut sebab mereka sendiri nak jadi penawar kepada penyakit mereka.

Susah nak jadi penawar kepada penyakit sendiri kan.

Saya bersetuju dengan saudara yang penyakit boleh diubati diluar hospital. setuju bro.

Aspan Alias said...

anon 11:08,

Good question. With the current situation it is a blessing in disguise that prevail.

It is a very fertile soil for 2 party system to come to reality.

If the alternative to UMNO takes over than they will hopefully learn the lesson from UMNO's mistakes.

If they are not able to learn than UMNO can come back and along the way the people have strongly given message to whoever rule to behave.

right now UMNO has taken everyone for granted and manage the people and the nation at their whim and fancies.

after all in any management studies, CHANGE is the most vital element in its contents.

nick said...

Aslm Sir,

"Saya bersetuju dengan saudara yang penyakit boleh diubati diluar hospital. setuju bro." Very classy retort but hopefully Kluangman and anon 08:00, get the message!

Nick

Quiet Despair said...

Macam ini sajalah Bro Aspan.
Kita tengok nanti siapa yang akan menang dalam GE yang bakal menyusul.
Dah tentu UMNO lagi kan.
Orang nun di luar sana berfikiran lain daripada kita yang kononnya celik komputer ni.
Kita tak suka UMNO lagi jadi kitapun nak orang lain tak suka sama.
Democracy doesn't work that way.

joliwan said...

Quiet Despair,
Kami bukan mengharapkan orang tidak suka kepada UMNO kerana kita tidak suka UMNO. Yang sebenarnya kita tak suka UMNO kerana orang diluar sana tak suka UMNO. Saudara sokonglah UMNO tu. Tak apa.

Anonymous said...

TDM is playing God. He seems to offer unsolicited advise and he thinks he is always right. He is a man that can never admit to the fact that there are so many failures during his 22 yrs as UMNO Baru President.

He is a proud man that use his position to stay in power at all costs to the detrimental of the country and the Malays. The effect is being felt now. He has done a lot of damage and until now he has not repented.

Yes, you can see the physical development but at what cost? - 100billion US$ according to Barry Wain and he dare not sue the author.....all to enrich his cronies at the expense of the Malay people.

He has done nothing in the other aspects of life like honesty, integrity, transparency, caring, fairness etc. He is the father of all money politics because he did not stop it when he has the power to do so. he do not walk the talk and yet many people are obssessed with him like the Perkasa boss because he owes TDM and UMNO a living.

I am a Malay and I don't owe anybody a living. My support will be for the parties and leaders that can manage the country well and at this point of time, it is definitely not UMNO.

UMNO is beyond redemption.

Nick has given a good write-up.

Those UMNO lovers are all day dreamers.

Anonymous said...

despite all said UMNO is not gonna die. It needs some revamping; good riddance of some bad rubbish, look for new faces, a new day has come..

Anonymous said...

" Kalau UMNO ada ‘political will’ sekuat ini, maka harapan untuk terus menjadi kuasa yang mentadbir negara ada sedikit harapan. Tapi saya tidak yakin UMNO ada kudrat untuk melakukan perubahan ini."

emmm.... tak pelah bang, tak jadi nak komen. Selamat berpuasa !

Anonymous said...

UMNO tu nama pertubuhan, ahlinya siapa? bukankah org Melayu. Penyakit tetap dibawa kemana dia pergi, samada lari ke PAS atau PKR, Melayu tetap Melayu...

Aspan Alias said...

Anon 15:20,

Kata setengah ulamak, manusia itu berperangai mengikut taulannya dan 'environment' sekelilingnya.

"Environment' dalam UMNO dan parti lain berbeza.

Red Alfa said...

Saudara Aspan

Jawapan saudara kapada Anon. 11:08 cukup berpada.

Sering kita kedengaran kata/ keluhan seperti Anon. 11:08 seolah-olah parti-parti Melayu bukan UMNO tidak akan memperjuangkan nasib Melayu sepertimana dan sehebatnya UMNO!

Saya kata peganglah kepada kata keramat parti-parti bukan UMNO itu bahawa mereka akan memperjuangkan keadilan dan kesempurnaan buat negara... apa matlamat perjuangan ini akan merugikan orang Melayu?

Sudah lama orang Melayu banyak terpengaruh dengan buaian (pemikiran) yang perangai orang PR yang belum pernah berkuasa itu akan boleh jadi lebeh teruk lagi daripada perangai orang UMNO sedangkan UMNO yang kini dan kian lama berkuasa ternyata sememangnya dan cukup jelas teruk belaka!

Sering dan banyak diperkatakan lagi seteruk mana UMNO ini tidaklah nanti PKR dan PAS itu tidak teruk macam UMNO sekarang! Malah dikatakan akan jadi lagi padah kepada bangsa Melayu!

zailani said...

Bro Aspan,

The more I spend time thinking about UMNO I can't help having the perception that UMNO has turned a pest to all of us.

Anonymous said...

Bro Zailani,

1. The rot of UMNO started when UMNO lama was deregistered and TDM didnt use his power as menteri dalam negeri under the relevant society act to revive it.

3. instead he registered his own version of UMNO i.e UMNO(Baru) where he was able to control fully thus he can ensure that will not be challanged forever.

Along the way he introdued so many measures to ensure he wont be challanged thus tranformed his UMNO(Baru) to a new creature totally different from UMNO that our fathers were members.

4. After he created his own UMNO, he then embarked on one very important excercise to consolidate his power i.e pindaan immunity raja-raja. With our raja and sultan powers being curtailed, he had ammased all the power unto himself.

the way is see it, dengan pindaan tersebut, tida lagi halangan kuasa yang boleh check tindakannya. The rest is history.

5. Another point yang perlu kita hayati adalah tentang kemasukan UMNO(Baru) ke sabah.

Keputusan membawa UMNO(Baru) ke sabah adalah ekoran keputusan pru 1990 dimana TDM nampak bahawa sokongan orag melayu di semenanjung mula menunjukkan swing dari menyokong UMNO(Baru).

Dengan membawa UMNO(Baru) ke sabah dengan created banyak kerusi parlimen disana, TDM teah mencipta fixed deposit untuk UMNO(Baru) mengekalkan kuasa.Kita lihat bagaimana fixed deposit ini menyelamatkan UMNO(Baru) dan BN dalam PRU 12 yang lalu.

5. Datu fakta yang sering cuba dilupakan oleh UMNO(Baru) mengenai kemasukannya ke sabah islah pindaan perlembagaannya mengenai keahlian UMNO(Baru).

Untuk membolehkan UMNO(Baru) masuk ke sabah, keahliannya telah dibuka
kepada semua BUMIPUTRA, sebagaimana ditakrifkan oleh perlembagaan.

Ini bermakna, semua bumiputra samada melayu atau bukan melayu, islam atau bukan islam bol3h menjadi ahli UMNO(Baru).

Jadi disabah, jika kita semak daftar terdapat ahli-ahli UMNO(Baru) dari kalangan bumiputra bukan melayu bukan islam.

6. Selepas kemasukan UMNO(Baru) ke sabah, UMNO(Baru) bukan lagi parti yang khusus untuk orang melayu 100%. Ia menjadi parti BUMIPUTRA! seperti parti PBB pimpinan taib mahmud di sarawak.

7. dengan memahami kedudukan perkara ini, tidaklah sukar untuk kita melihat arah perjuangan UMNO(Baru) sekarang ini. Tidak sukar untuk kita membaca tindakan-tindakan desperado UMNO(Baru) sekarang ini dalam usaha untuk mengekal sokongan aka kuasa hari ini.

bat8

dino.yp@gmail.com said...

At this time of moment, the so called 'Pakatan Rakyat'( which 'rakyat' they are referring is not ascertained), is no alternative to the Malay controlled BN. Unless a true Islamic ulamak is on the fore front of the Political fight, ALL of Malaysians will falter.