15 October 2010

Bloggers VS Boss Media Perdana

Isu yang terpanas sekali yang kita sedang lihat dan dengar pada ketika ini ialah isu Rais Yatim dengan blogger kenalan ramai Dato' Ahiruddin Atan @ Rocky Bru. Reaksi dari bloggers tanah air nampaknya sangat panas dan ianya mendapat perhatian dari pimpinan negara. Rais yang dikenali sebagai juara silat politik kali ini nampaknya tersalah langkah dan tersilap silat kerana menyanggah ke tempat yang tidak betul.

Nampaknya Rais sudah hilang pencaknya dan beliau nampaknya tidak tertepis pukulan pencak dari Rocky Bru. Rais seolah-olah seperti anak muda julung berkeris; batang pisang pun beliau sanggah. Menyanggah Rocky itu sendiri adalah salah caranya. Rocky bukannya mengajak beliau berpencak tetapi semata-mata menulis untuk memberitahu apa yang beliau dengar tentang isu pemberian kontrak komputer riba untuk memberi jerk kepada penggunaannya oleh rakyat Malaysia.

Orang ramai jelas terkejut apabila beliau membuat laporan polis terhadap Rocky dan dalam tempuh 2 jam sahaja pegawai MCMC telah pantas membuat penyisasatan terhadap Rocky. Tetapi anehnya tidak ada pula pihak seperti MACC bertindak cepat untuk menyiasat Rais apabila berita yang kita dengar di hujung-hujung telinga itu benar atau sebaliknya.

Reaksi masyarakat blogger terhadap Rais jelas menjerat Menteri Kanan negara ini dan daripada sudut politiknya Rais sedang mula menghadapi zaman suram beliau. Rais yang mahir bersilat dan berpencak kini sudah terpaku oleh kerana tari dan lonjaknya yang sumbang. “Dek lonjak posok kotayap kek kopalo,” kata orang-orang tuo di kampung dio dan kampung sayo.

Mungkin oleh kerana faktor usia dan terlalu lama dalam kerajaan membuatkan beliau sudah hilang ‘reflect actions’nya; tidak seperti zaman beliau muda-muda dahulu di mana beliau begitu pantas membuka langkah serta pencak silatnya dalam politik. Beliau sentiasa menang dan orang lain akan terdampar dengan permainan silat beliau yang begitu penuh dengan seni itu.

Besar juga berita yang tersebar yang ada pihak yang sedang berusaha untuk kedua-dua orang yang bersilang pendapat ini berjabat tangan dan tentunya ini adalah usaha yang baik. Membaikkan hubungan antara dua orang yang sedang bersilang kata ini merupakan usaha baik, baik dari segi agama dan adab kita orang Melayu.

Jika Rais bersedia untuk berjabat tangan itu merupakan sikap yang baik bagi dirinya sendiri. Oleh kerana tindakannya membuat laporan polis terhadap blogger popular ini maka perhatian rakyat ramai sudah mula tertumpu kepada projek pemberian komputer yang bernilai 1 billion ini.

Apabila semua rakyat memberikan perhatian maka Rais mesti berhati-hati kerana manalah tahu apa yang didengar oleh Rocky dan juga orang ramai termasuk saya itu akan timbul kebenarannya. Justeru jika benar Rais bersedia untuk duduk dan berjabat tangan dengan pihak yang dimintanya untuk disiasat itu maka kemungkinan orang ramai menumpukan kepada isu yang timbul ini boleh dilupakan oleh mereka secara beransur-ansur. Rais boleh terus bermusuhan jika tidak ada sedikit pun kebenaran daripada apa yang kami orang ramai dengar sekarang ini.

Kalau nak berjabat tangan elok berjabat sekarang; jangan tunggu lama-lama.

7 comments:

Anonymous said...

Aspan, It's fun to see Rais's behavior these days. In NS there are numerous political leaders failed due to Rais's politicking.

Sayang...Rais ni macam seladang

how said...

selmat pagi abanga aspan,
saya tidak bersetuju dengan cadangan aspan supaya rais yatim berdamai dengan rocky vru secepat mungkin.
mungkin ad kebenaran kontak 1 billion itu yang perlu di siasat oleh pihak berwajib. siapa makan cili dia rasa pedas.
kalau tiada kebenarannya, mengap pula reaksinya begitu besar.
mungkin juga rocky diguna oleh orang untuk merosakkan projuek idaman rais
apa pun negara ini semakin susah untuk diselamatkan dan korupsi perlulah dibenarkan/dihalalkan sahaja kerana mereka yang ditangkap dengan bukti duit beratus ribu ringgit juga dibebaskan oleh mahkamah. MACC hanya membazirkan wang rakyat dan sepatutnya dibubarkan.

Unknown said...

Lain macam aja ..kenapa Rais 'kepanasan' dalam cerita@isu laptop tu? Siasatlah penglibatan semua & cari punca ketirisan, penyelewengan atau berlakukah rasuah?

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Sdr. Aspan,
pertanyaan saya, CUKUPKAH ERJABAT TANGAN?. Jika benarlah apa yang Sdr.Rocky dan ramai lagi dengar berkenaan dengan kes Rais and IB ini, maka cukupkah disenyapkan hanya dengan BERJABAT TANGAN.
Persoalan sebeginilah yang melingkari pemikiran politik anak2 muda yang akhirnya membentuk satu persepsi negatif terhadap kerajaan. So saya tidak fikir EBRJABAT TANGAN tatkala ISU BELUM SELESAi adalah wajar. SELESAIKAN dulu isunya, dapatkan dulu kebenarannya , only then we can talk about the shake hand process.

Din K Kelawang. said...

bang Aspan, Rais tak boleh ditegur. DiJelebu ni dia anggap dirinya sebagai Raja, kalau dia nak marah tak kira orang itu tua atau muda dia maki saja.

Laki bini tu sombong bang. Abang mana tahu semuanya; abang orang K Pilah. Kita orang Jelebu nak tengok dia berehat saja selepas ini kerana dag berpuluh tahun mengangkaynya.

Cukuplah setakat ini

Anonymous said...

aku pelik jugak manusia2 bloger2 suma, dgn melapurkan kpd pihak brkuasa(polis) utk menentukan sesuatu sesuatu tuduhan atau penyelewengan, dianggap suatu kesalahn, mentang2 mereka penulis bkuasa utk menulis, puak mereka terkena tempias dari perbuatan mereka nak marah pulak kpd pihak yg kena tuduh menyeleweng biarkan la undang menentukan smam ada rasuah telah brlaku atau tidak, kenapa nak pula kpd orang yg hendak membela diri dr tuduhan, pelik...pelik kah..kah..kah

Anonymous said...

Oooooiiiii tak boleh jabat tangan utuk tutup penyelewengan ... itu pun kalau nak kira jabat tangan rasuah namanya.....