31 October 2010

Warisan Merdeka - Mewariskan penentangan

Usaha PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd untuk membangunkan project mega Warisan Merdeka yang setinggi seratus tingkat itu mendapat tentang yang menyeluruh dari rakyat dan PNB sedang mencari jalan untuk menepis tentangan ini. Semasa saya menulis artikel ini seramai 205000 orang telah menzahirkan penolakkan itu melalui facebook ‘1Malaysians Reject 100 storey mega towers’.

Angka 205000 orang itu hanyalah merupakan angka dikalangan mereka yang melayari facebook yang giat dan pandangan rakyat ini tidak boleh dipandang enteng oleh pihak kerajaan BN yang memerintah sekarang. Jika kerajaan tidak mengambil berat tentang isu ini maka ianya akan menjadi isu yang boleh membawa keruntuhan kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

Walaupun pimpinan memberi alasan yang wang yang digunakan untuk membangunkan projek mega itu bukan wang kerajaan, maka rakyat ingin bertanya pula; wang untuk penubuhan PNB itu datangnya dari mana? Sudah tentu wang itu bukan turun menggolek dari kayangan; ianya datang dari wang kerajaan yang kepunyaan rakyat dan ianya diberikan kepada PNB untuk menjayakan bidang ekonomi yang lain. Alasan untuk menjadikan bangunan ini sebagai lambang kejayaan orang Melayu itu menunjukkan yang kita masih berkhayal dengan kosmetik penampilan. Orang Melayu kini mahukan kejayaan bukannya dengan lambang semata-mata.

Sikap menunjuk-nunjuk ini elok dihentikan dan pemimpin kita tidak boleh memandang mereka yang menolak ini semata-mata untuk menolak sahaja. Diantara mereka yang menolak itu adalah orang-orang yang berfikir dan jika pimpinan memandang rendah kepada pandangan mereka maka BN harus bersedia untuk menghadapi risiko untuk ditolak didalam piliharaya yang akan datang.

Rakyat sekarang bukan lagi seperti rakyat dua dekad yang lalu dimana mereka mudah diperkotak-katekkan; mereka mahukan suara mereka didengar dan diambil perhatian. Sudah tamat waktunya dimana segala-gala yang datang dari atas itu disambut baik kerana rakyat sudah begitu curiga dengan apa sahaja yang dilakukan oleh lerajaan kerana pengalaman yang sudah-sudah. Didalam melaksanakan satu-satu projek mega itu selalunya mengendungnya sekali elemen rasuah dan ketirisan dalam jumlah yang terlalu besar.

Sebenarnya inilah salah satu indikasi yang pimpinan sekarang sedang menghadapi ‘crisis of confidence’ dan persepsi ini bukan mudah untuk dihapuskan. Kalau tuduhan saya ini tidak benar masakan BN hampir tersungkur didalam pilihanraya umum yang lalu. Penganalisa-penganalisa politik mempunyai pandangan yang ‘conclusive’ yang jika berlaku ‘swing’ sebanyak 8 peratus sahaja sokongan dari BN kepada barisan pembangkang maka riwayat BN selepas PRU 13 yang akan datang akan tamat secara ‘unceremonious’.

Jika PNB benar-benar ingin memainkan peranan dalam pembangunan negara (nation building) institusi gergasi ini lebih molek jika memberikan tumpuan kepada bidang pendidikkan dan pembangunan insan terutamanya dalam membina kumpulan pekerja mahir yang akan lebih memberikan keuntungan kepada negara dalam jangka masa yang panjang. Untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju kita perlukan kumpulan pekerja mahir dan sekali gus boleh menyelesaikan masalah pekerja tidak mahir yang membanjiri negara kita dalam jumlah yang begitu besar.

Dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu saya telah menyuarakan perasaan ramai orang yang mengimpikan hidup dalam negara maju yang mempunyai dasar-dasar yang boleh membina kelas menengah yang besar dikalangan rakyat dinegara kita. PNB boleh mengasingkan jumlah dana yang besar dari keuntungan yang diperolehi dari pelaburannya untuk dikembalikan kepada rakyat dengan membangunkan bidang pendidikkan yang ketika ini belum mencukupi untuk menjadikan rakyat negara kita rakyat yang bertaraf dunia.

Blog ini telah menulis beberapa kali untuk memberikan pandangan kepada pihak yang ingin mendengarnya; iaitu kita mesti mengikut dan meneladani contoh-contoh yng baik yang dilakukan oleh pimpinan negara yang sudah maju dan yang mempunyai rakyat yang berpendapatan yang tinggi.

Saya telah menyebut negara-negara Scandinavia yang lebih maju dari negara G8 dalam mana pendapatan rakyatnya adalah 30 peratus lebih tinggi dari negara maju G8 itu. Disana tidak ada menara pencakar langit dan tidak ada apa-apa yang tertinggi, terpanjang dan terbesar dalam dunia. Yang ada hanyalah kerajaan yang membina negaranya mengikut kehendak rakyatnya dan mereka akur kepada undang-undang dan lebih-lebih lagi terhadap etika kepimpinan mereka.

Pemimpin-pemimpin negara ini tidak pun memaparkan wajah-wajah mereka melalui media letronik setaiap hari dan masa kerana mereka tidak memberikan ‘priority’ untuk menonjolkan imej peribadi mereka. Mereka hanya menunjukkan kemampuan mereka untuk membangunkan rakyat dengan fokus.

Tidak ada pun pemimpin dikalangan negara-negara ini yang dikenali oleh masyarakat antarabangsa dan saya ulangi mereka tidak ada ‘first ladies’ yang membelanjakan wang rakyat untuk mengendalikan ‘summit’ dikalangan ‘first-ladies’ kerana itu bukannya ‘priority’ kepada kehendak rakyat jelata dan pentadbiran kerajaan mereka.

Mereka tidak ada memberikan fokus untuk ber ’glamour’ dengan membangunkan pusat pentadbiran yang memakan belanja dari wang rakyat seperti yang kita lakukan disini. Britain merupakan gergasi ekonomi dan ketenteraan dunia tetapi pentadbiran negara maju itu hanya meletakkan pejabat PMnya diDowning Street, London yang terletak dihujung Downing Street, seolah-olah hanya sambungan kepada rumah kedai dijalan itu. Tetapi disitulah letaknya kuasa dunia yang terbesar.

Pejabat PM Britain kekal disitu sejak ratusan tahun yang lalu dan negara itu tetap maju dan pernah menjajah hampir separuh dunia ini suatu ketika dulu dan negara kita merupakan salah satu negara jajahan mereka. Kalau diikutkan kata akal, Britainlah yang sepatutnya membina pentadbiran kerajaan seperti yang ada diPutrajaya itu.

Kita terlalu memberikan tumpuan kepada ‘glamour’ dan masih kekal terkepong dengan ‘mentality’ pemimpin dunia ketiga walaupun pimpinan kita beretorik untuk menjadikan rakyat negara ini sebagai rakyat dunia pertama. Kita terlalu berbangga dengan structure bangunan yang mahal-mahal dan cantik-cantik tetapi kita hilang fokus kepada kehendak harian penduduk yang masih jauh ketinggalan terutamanya bumiputra yang sedang terkial-kial untuk hidup.

Dalam isu membangunan Warisan Merdeka ini kita tidak memberikan pertimbangan keadaan kesesakkan lalu lintas yang sekarang ini menjadi masalah besar kepada penghuni Kuala Lumpur. Kita belum pun lagi menyelesaikan masalah ini dan ditambah pula dengan pembangunan yang akan membuatkan keadaan kesesakkan itu lebih parah lagi.

Dengan pembangunan ini jika dilakukan juga nilai tanah disekitarnya akan naik melambong dan disini kita bertanya lagi, siapakah yang empunya tanah-tanah disekeliling Menara Warisan Merdeka ini? Jika kita ingin lakukan juga hasrat untuk menunjuk-nunjuk ini, tidak boleh kah kita bangunkannya dikawasan-kwasan yang mana tanah disekelilingnya dipunyai oleh kaum bumiputra supaya orang Malayu dan Bumiputra ini boleh menumpang dari pembangunan raksaksa ini?

Jika ianya dibangunkan dikawasan yang tanah dan ‘properties’ disekelilingnya yang dipunyai oleh orang Melayu maka nilai tanah-tanah orang Melayu ini akan naik dan memberikan faedah kepada mereka. Kita sekarang tidak lagi melakukan usaha pembangunan dengan memberikan pertimbangan dari sudut ‘pembangunan social dan economic engineering’ seperti apa yang dilakukan dalam DEB dahulu.

Pendeknya penentangan terhadap pembangunan Warisan Merdeka ini ada ‘basis’nya. Orang ramai bukan hendak menentang semata-mata untuk menentang. Kalau tidak ada arus yang kuat masakan sampah sarap hanyut sampai kemuara.

9 comments:

dinturtle said...

i like !

Atau apakata PNB menggunakan dana yang saya tidak sangka Melayu punya begitu banyak sekali untuk menebus kembali tanah2 yang telah tergadai kepada kaum lain.

Mana yang lebih penting - pemilikan hartanah dalam bentuk simen dan konkrit atau dalam bentuk keluasan tanah ?

Beli dan miliki semula lot2 perniagaan atas nama Bumiputera, bukakan kembali peluang2 perniagaan kepada orang Melayu. Ikut cara pengurusan Suria KLCC menekan kaum yang tidak mereka suka berniaga disana.

Apakah Melayu bangga dengan pembangunan bandar2 besar kita ? Bangga tidak bertempat.

Anonymous said...

Tn. Aspan,
Kalau lah saya ada kuasa/suara di PNB saya akan ...
Memulakan rantaian ekonomi melayu dahulu dalam ekonomi mikro. Contohnya di India kalau saya tak silap ada bank yang menyokong ekonomi mikro (Presiden bank ini pernah di anugerahkan contoh CEO ekonomi dunia).
Warisan ini dah lama dah ketinggalan masa.. esok2 anakcucu nak mengaku pun malu. sebab masa tu mereka dok jadi kuli di negara sendiri.

mo said...

Asalam saudara asfan,,, Dengan izin, pm najib dgn idea untuk membenakan bangunan 100 tkt , dgn rm5 billion ??Syabas najib anda telah mengetengah kan idea yg mengasyekkan rakyat terutama ahli umno dan bn ??? Bantahan yg cukup kuat dari masyarakat telah terbokti besar, itu baru dalam facebookt , apa kira kalau di buat undian, sudah tentu yg membantah akan mungkin jutaan ??? PM najib seharus memberi keutamaan kepada projek yg telah banyak mengunakan duit rakyat,,, umpama sperti pknz, koridor cyber jaya dan lain2 lagi,,, Harus di ambil kira dan fokus kan, pecahkan minda, bagai mana kerajaan sekarang harus memajukan dan meningkatkan kemanjuan projek yg telah ada dan mesti di majukan dgn idea baru... Bukan dgn membuat projek mega yg baru??? Pm najib dan umno tidak banyak memberi pemerhatian kepada pendapat rakyat,, dgn sendiri umno dan najib semakin hari kian hilang sokongan... Bemang benar apa yg di tulis tuan, rakyat dalam kial2 mencari sumber kewangan untuk menampong belanjar harian,,, ini sangat jelas di bandar mahu pun di bandar ??? Apakah pemimpin yg kita ada ini buta mata, dan buta hati???Kesan dari dasar yg tidak baik, rakyat masih terlalu ramai yg masih menderita, kemaskinan menjadi 2. Umno bn telah banyak menduka cita kan rakyat, bagi rakyat penoh dgn imfomasi dalaman, baik internet, sudah tentu akan membawa perubahan dalam g13??? Hanya mungkin dgn media yg sangat memihak akan sebanyak sedikit masih membantu umno bn,,,. Umno bn seumpama, bagai buah labu,, di dalam sudah menjadi busuk dan ulat terus makan yg busuk, di luar buah labu masih agak bagus,, tapi hakikat sedikit hari buah labu itu akan busuk keselurhan nya. tq

melayu disingkir said...

Tn Aspan
Ada lagi projek mega yg perlu di bantah
1.Airport sg besi
2.Rompakan tanah/rumah kakitangan kerajaan di jln cochrane
3.Tanah berhampiran bulatan kg pandan dekat pasar rakyat yang nak dimajukan dgn al mu badalah abu dhabi- mu bedal lah
4.RRi land di sungai buluh

vinnan said...

dinturtle,

Sejak bila kaumkaum lain pernah rampas TANAH MELAYU. Semuae Tanah Melayu yang 'hilang' ada diambil oleh KERAJAAN MELAYU. Jangan libatkan oprang bukan Melayu dengan korupsi dan ketamakan UM NO yang menindas oran Melayu.

Anonymous said...

buat jangan tak buat sebelum tamat pemerintahan. rembat jangan tak rembat selagi dapat...

Anonymous said...

"Sementara ada kuasa sapu mana2 yang boleh" ... "yang tinggal kemudian, dia orang punya pasal"... inilah antara mentaliti orang umno yang sedang berkuasa.Prinsip dan semangat melayu hanya hiasan kata2 sahaja.

Anonymous said...

Pembekal simen, besi, kayu, batu,cermin kaca, ceramik, tiles, langsir, Aircon, carpet, pasir,cat, mangkok tandas, tisu tandas dan banyak lagi akan jadi jutawan dan semua pembekal ini adalah kaum cina.Bagaimana dengan kuata orang melayu seperti tersurat dalam perlembagaan negara. Siapa nak NKRAkan keadaan ini...HAMPEH PUNYA MELAYU KALAU TAK AMBIL PUSING PERKARA2 INI...

vinnan said...

Anon 1 November 2010 13:02:00 GMT+08:00,

'Bagaimana dengan kuata orang melayu seperti tersurat dalam perlembagaan' negara. Perkara quota Melayu tidak wujud dalam perlembagaan. Yang ada ialah Kontraktor Utama orang UMNO, CONSultan pun orang UMNO. Siapa dapat keuntungan besar? Mestilah kontaktor utama dan CONSultan Memang benar banyak pembekal bukan orang Melayu. Salah siapa? Tapi pemvbekal-pembekal ini pun hanya Subcon kepada syarikat-syarikat UMNOputrs seperti MMC. Jangan bawak cerita Cina ini dan Cina itu. Yang kaya raya untung dari Projek-projek Barang Naik ialah UMNOputra. Kalau hakikat ini masih tidak disedari orang Melayu memang tak payah kesian orang Melayu yang telah di perbodohkan UMNO dan Raja Keling Mamakthir.