02 October 2010

Pulangkan semua gaji kepada perbendaharaan kerajaan.

50 orang dari Bayan Baru memulangkan wang yang mereka terima sebanyak seratus ringgit sebagai wang ehsan bagi warga emas dari kerajaan P Pinang. Mereka memulangkan wang tersebut kepada UMNO Bahagian Bayan Baru kerana mereka diberitahu yang sumber wang itu datangnya dari wang perjudian. Isu ini ditimbulkan oleh seorang yang bernama Reeezal Merican Naina Merican dari Kepala Batas, P Pinang.

Isu ini ditimbulkan bermotifkan politik semata-mata dan entah bila pula pemimpin UMNO tahu membezakan diantara wang yang haram dan yang halal. Kalau benar ini merupakan wang yang haram dibelanjakan walaupun ianya adalah disumberkan oleh kerajaan negeri P Pinang, maka semua wang yang diterima dari kerajaan oleh semua pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk Reezal sendiri dikembalikan kepada Perbendaharaan Kerajaan.

Bagaimana pula dengan gaji pegawai-pegawai kerajaan seluruh negara? Bukankah sumber pendapatkan kerajaan datangnya dari berbagai-bagai bentuk cukai, termasuk cukai pemeliharaan babi dan pusat-pusat judi seperti Genting dan cukai dari pendapatan syarikat Empat numbor Ekor seperti magnum, Toto dan perlumbaan kuda?

Elok juga kita kaji berapa jumlah pendapatan kerajaan dari kilang-kilang arak seperti Guenness Stout dan minuman keras yang lain? Apa jadi kepada kakitangan Boustead Trading yang ramai-ramai itu dalam mana salah satu kegiatan syarikat tersebut adalah menjual arak dan berbagai minuman keras yang lain. Boustead Trading telah membayar Cukai jualan kepada kerajaan dan cukai korporat yang beramillion setiap tahun dan semua pendapatan ini masuk kedalam kantung kerajaan.

Elok ada pihak yang beragama yang tinggi memberikan pendapat tentang bagaimana harta rampasan yang didapati oleh tentera Islam semasa Islam berhadapan dengan peperangan seperti peperangan Badar, peprangan Khandak, peperangan Uhud dan banyak lagi peperangan yang mana Islam mendapat kemenangan dan mendapatkan harta rampasan yang dimasukkan kedalam Baitulmal?

Boleh ke Reezal Merican memberikan jawapannya mengikut sudut dan pandangan Islam? Boleh kah semua pegawai kerajaan mengembalikan kepada kerajaan segala wang gaji yang diterima mereka sejak bertahun-tahun yang lepas? Sanggupkah semua pesara-pesara yang menerima pencen memulangkan kembali wang-wang pencen mereka yang salah satu sumbernya dari kutipan cukai dari kegiatan judi?

Bagaimana pula dengan wang haram yang didapat melalui rasuah oleh pemimpin-pemimpin Melayu kita semasa berkuasa dalam kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan?

Kalau begitu bilakah Daim Zainuddin akan memulangkan wang yang beliau kumpulkan selama ini? Bila pula Mirzan akan mengembalikan wang yang tidak dihalakan oleh rakyat yang beliau ambil dari PETRONAS melalui anak syarikat Petronas untuk menyelamatkan beliau menjadi bangkrap? Jumlah yang diambilnya melebihi 1 billion ringgit.

Kenapa Mufti-Mufti tidak memberikan jawapan sebenar tetapi sebaleknya membiarkan isu itu dijadikan isu politik oleh pihak yang sudah bangkrap politik? Sahibul Samahah Mufti-Mufti pun menerima gaji dari sumber kewangan kerajaan yang sebahagiannya adalah dari kutipan hasil judi.

Isu yang ditimbulkan oleh ‘budak’ Reezal ini betul-betul tindakkan yang bodoh dan tidak mempunyai modal yang sesuai untuk dijadikan isu politik. Kalaupun hendak mengambil alih kerusi Pak Lah diKepala Batas takkanlah menggunakan isu sebodoh itu untuk menarik perhatian.

Beginikah jenis dan rupa pemimpin yang hendak kita berikan kepercayaan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu P Pinang? Mungkin dengan memberikan kepercayaan kepada 'budak' seperti ini adalah satu lagi perjudian yang besar untuk bangsa kita.Saya berharap Reezal tidak tunjukkan sangat ketololan beliau dikhalayak ramai.

38 comments:

dinturtle said...

Been thinking of the same thing semalam masa berita tv3 highlightkan benda ni. Apa kita panggil orang mcam ni .....hippo.... blue hippo...hippopotamus..... eh bukan....ha... hipokrit !

Anonymous said...

Kasihan orang orang tua dipulau pinang tu diperbodoh bodohkan oleh sibodoh demi kepentingan politik.selalu nya itulah yang dikehendaki oleh umno supaya orang orang biasa ni biar tidak cerdik supaya mudah diperbodohkan dan dipergunakan demi untuk kelangsungan politik mereka.

Rezal Merican patut dilantik menjadi pengerusi anti duit judi malaysia.Bukan saja diPulau pinang bahkan diseluruh malaysia sesiapa yang berasa menerima duit judi dapat memulangkan pada beliau.

....mamak tanjung....

mahaza said...

Utusan yang mempelopori berita ini agak-agaknya bagaimana ya? dengan berita keputusan toto, kuda dan magnum 4d. Iklan percuma? jadi subahah jugak...
Takkan tak masyukk langsung dari syarikat tersebut?
Ni lah yang terang percik air ke dulang kena batang hidung sendiri.

Anonymous said...

Kata Umno parti melayu. Yang mamak tongkang ni nama pun bukan nama melayu boleh jadi pemimpin Umno P.Pinang. Pernah juga jadi Presiden GPMS. Buta ke orang Melayu Umno.?
Aku pernah jumpah simamak ni satu flight dari Jakarta ke KL. Naik biz class, bertembung muka senyum pun takde. Sombong dan bongkak. Begini ke pemimpin?
Presiden Iran sama penyapu sampah kalau dia jumpa pun dia berjabat tangan.

Anonymous said...

Kalau kita kaji balek kat Malaysia ni, jalan raya pun kita tak boleh jalan sebab duit untuk membina jalan raya kat Malaysia ni datang dari macam-macam hasil termasuk dari sumber judi dan RASUAH..
Cuma Reezal Merican jer bersih dan maksum.

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Memang tak salah lagi isu yg di ketengah oleh umno p pinang, memnag layak menerima galaran org yg paling bodoh. Ini yang kita selalu bincang bagai mana ketua umno boleah mempersoalkan isu ini, senagkan isu ini terlalu mudah di patah oleh sesiapa, betol2 bodoh, INilah akibat bila mana orag yg lebih layak dan cerdik tak di pilih, org seperti ini layak atasundian belian. Umno sebenar memang telah rasok teruk tak ungkin dapat di semboh dalam masa singkat. tq

Anonymous said...

apabila manusia manusia menjadikan keldai keldai sebagai pemimpin mereka, maka tidak salahlah jika mereka ini berfikiran keldai.

untuk renungan bersama dibulan Syawal.

Anonymous said...

apabila manusia manusia menjadikan keldai keldai sebagai pemimpin mereka, maka tidak salahlah jika mereka ini berfikiran keldai.

untuk renungan bersama dibulan Syawal.

nampakkahTaknampak said...

Orang umNO yang buat ni ada "jiwa" dalamnya atau tidak.Bagaimanakah keadaan jiwanya sekarang?Amankah atau dah tau bersalah dan tidak selesa di dalam atas apa yang dia bikin.
Tak tahu "hamba" si bodoh ni kepunyaan yang satu?Syurga punya atau neraka punya ?
Manusia di bumi sini ,sila ingat,orang ini tak boleh dijadikan dia pemimpin tau!
Kalian sedarkah tak sedar?

Anonymous said...

Dia ni Melayu ke?
Bila dia masuk Melayu>

Teruna Bugis said...

UMNO pelupor pada maksiat. Lihat sahaja pada keputusan nombor ekor dalam Utusan Malaysia, surat khabar rasmi UMNO tu. Tentulah dapat bayaran upah iklan. Kemudian Utusan bayar pula gaji pekerjanya hasil judi tu. Wahai pekerja Utusan Malaysia kenalah kamu pulangkan duit gaji yang kamu telah dapat. Itulah petua Reezal Marican, ulamak muda UMNO.

Anonymous said...

I am confused here. UMNO Pulau Pinang say that the money for the senior citizens comes from gambling revenue but on the other hand, they want to build a casino in Sabah, approved Vincent Tan's sports betting etc.

So what is their actual stand on gamling? Adakah UMNO HANYA boleh guna wang dari hasil perjudian? Hipokrit!

Maryam said...

Kalau tak nak duit tu berikan pada saya. Samak dulu?

Anonymous said...

Aspan, u r right on the dot. Hypocrites, aren't they?

vinnan said...

RM100 untuk UMNOputra memang tak hairan. Tapi untuk keluarga miskin RM100 adalah duit dapur untuk seminggu. Biasalah orang Melayu diperbodohkan Mamak. Kali ini Mamak Merican. Kebodohan orang Merlayu tiada kehabisannya. Salah siapa?

Ya!!! Mamak Boleh!!!

Anonymous said...

Saya hanya boleh geleng kepala saja. Pikir, pikir tak masuk akal langsung ape UMNO P.Pinang buat dengan warga2 emas ni. Bagi warga2 emas ini $100.00 memang banyak. Munkin jugak anak2 atau cucu2 mereka sendiri tidak pernah bagi dia org $100.00 di hari raya ini. Ade kah airmata mereka ini satu tanda kesedihan sebab wang ini amat diperlukan oleh mereka? Ada kah kerana syaitan2 UMNO ini telah menimbulkan soal wang judi haram ini sampai mereka rasa serba salah untuk terima wang ini? Wang ini juga mungkin untuk beli susu atau makanan untuk anak2 dan cucu2? Ade kah kerana sebab2 diatas yang jadikan airmata mengalir? Kejam! sungguh kejam permainan politik UMNO Melayu dan Mamak.

Tepat tak kalau segelintir orang Melayu Islam dicap sebagai bangsa yang bodoh? Setuju tak kalau Melayu Islam yang tulen memerlukan pemimpim keturunan India untuk menjaga kepentingan orang Melayu? Di mana suara Melayu GLOCAL selain Azhar Ibrahim mengenai perkara ini? Kenapa sampai hari ini tidak kedengaran suara mufti diraja Harussani mengenai perkara ini?

Ya, saya juga menitis air mata bile tengok muka2 warga emas yang sah amat sedih dengan insiden ini. Ibrahim Ali saya mencabar kamu untuk komen perkara ini sebab kamu saja yang Melayu tulen, betul?

Bangsa Melayu Islam akan di jahanamkan oleh kaum mamak. Slaha siapa?

Anonymous said...

Memang sangat tolol ni orang. Tindakan dilakukan tanpa berfikir dengan otak dengan sebaik sekali!!!!

Anonymous said...

Tamil ni (Reezal) memang jahattt...pada dia, Rm100 ni harga sekali dia makan tengahari di hotel. Kepada warga emas, ini wang yang boleh bagi makan 20 hidangan tengahari. Reezal dan Azhar (penyangak dan penyamun no.1) telah menzalimi dan menipu warga emas Melayu Penang. Awat Azhar tak bising pasai percen dia-halal ke? Depa dua dua ekoq ni patut diikat dan diselaputi gula ke seluruh badan depa. Kemudian, letak semut merah mai gigit depa.

sri hartamas

Anonymous said...

Kesian org2 tua ni... X berperikemanusian langsung, kucing kat umah lagi baik daripada muka ni....

Anonymous said...

Tidak ramai, cuma segelintir mereka yang mempunyai nama seakan-akan orang Melayu kerana kebetulan ada kaitan dengan Islam salah guanakan status mereka ini. Mereka ini termasuk mamak, cina muslim ( tidak ramai ).
Kalau diperhatikan mereka yang melaungkan slogan ketuanan Melayu atau Bumiputra kebanyakkan adalah dari keturunan india muslim atau mamak dan kesmua mereka ini ada hubungan dengan politik. Tokoh besar Mahadey dan ikan bilis seperti reezal merican semua adalah keturunan india muslim. Siapa tak kenal keluarga Merican, asalnya peniaga hebat di Kuala Lumpur. Tetapi masalah ini timbul pada mereka yang bermotifkan politik. Kita kesian ahli keluarga yang tidak bermain politik. Jadi saya minta tokoh besar dan ikan-ikan bilis ini cermin diri sendiri sebelum melabelkan orang lain.
Allah jadikan Islam agar semua kaum muslimin betrbeteduh dibawah satu payung iaitu Islam dimana semua orang islam lelaki adalah di gelar 'brothers' dan perempuan 'sister'. Jadi-jadi lah wahai ikan ikan bilis memperdagangkan sesuatu kaum untuk tujuan politik. Bangun bersama Islam untuk kebaikkan Manusia Sejagat.

Pasembur Rojak said...

inilah akibat bila orang melayu dibiarkan terus menjadi bodoh dah dibiarkan tak berilmu...inilah keadaan orang melayu yg diinginkan umno...bodoh dan bangang...melayu yg bodoh adalah tiket utk umno terus berkuasa...kasihan orang2 tua ni dibodohkan mamak...ini semua terjadi kerana orang2 tua ini tidak mampu menggunakan otak utk berfikir dan menggunakan mata utk melihat...jadilah mereka si buta dan si bangang yg mudah ditipu dan disesatkan...sama2lah kita berjuang dan berdoa agar umno ditalkinkan secepat mungkin insyaAllah..

Anonymous said...

Mamak ni dah gantikan duit haram RM100 dengan duit haram RM1000, jadi mereka pulanglah yang lebih kecik tu sebab masih untung RM900. Tipu muslihat mamak la semua ni.
Orang Tua Yang Perlukan RM100

Anonymous said...

Saya betul-betul tak faham orang orang melayu senng-senang sahaja diperbodohkan oleh si
Reezal itu.

Jika Kerajaan Pulau Pinang mampu naikan sahaja pembayaran wang ehsan kepada 500 ratus kepada warga mas dan kita lihat respon.

Anonymous said...

Allahu Akbar.....memang sah 400% bodoh.........penakut punye host. ckp berdegar2...mcm best....buang lah telur bagi kt anjing mkn. itu pun klu dia nak.

Anonymous said...

Nak tanya sikit pada mereka yang "tak hipokrit" kat sini...

Satu hari anak kita beri derma pada kita dan berkata; "Ini hasil rompak kat bank minggu lepas" Kalau kita ni jenis perompak sudah tentu kita tak kisah dari mana duit tu; haram atau tidak..

Kalau kita ni jenis sembahyang tak tinggal, makan pun kita jaga dan sumber rezeki pun kita jaga sudah tentu kita akan bercakap "Biar miskin nak, asalkan tak ambil duit haram"

Penyokong PAS setia Pilah Tongah

Anonymous said...

Blood is thicker than water.When comes to MIC and HINDRAF issues, bolih percaya ke dia ni?
Dia ni orang KJ,dua-dua main wayang Tamil, satu nak tunjuk liberal dan satu nak tunjuk semangat Melayu konon, piiiiraaaahhh.Kalau dah keturunan botol kicap tetap menyokong HINDRAF.

Anonymous said...

Wahai! Melayu2 tulen(bukan merican, kutty, syed) yang bodoh khususnye perwira2 dalam UMNO. Dimana letaknye otak kamu mengakibatkan sampai hari ini kamu semua masih tidak tau/boleh berpikir dengan waras dan rasional? Sudah dua puluh lebih tahun otak2 kamu telah dikuasai oleh kaum yang bukan Melayu. Sampai bile lagi kamu semua mahu otak2 kamu 'di-outsource' kepada kaum ini dan bangsa kamu dicucuk hidung macam lembu ditarik Tuannye.

Bukan kah tiba masa kamu semua bangun dari tidur nyenyak dan ambil balik otak kamu semua supaya kamu sedar dan boleh berpikir sendiri ape telah berlaku kepada mak2 dan bapa2, nenek2 dan datok2 kamu dalam kes yang sungguh menyedihkan ini? Mereka dipergunakan dengan begitu jijik dan kejam sekali atas nama 'pembelaan' bangsa dan agama. Bukan ke tiba masa untuk tanya perwira dua ekor ni(Azhar a/l Ibrahim dan Reezal a/l Naina) yang mereka bersemangat bela itu siapa? Tanya perwira dua ekor ini Azhar a/l Ibrahim dan Reezal a/l Naina selama 50tahun masa zaman perwira2 macam ini berkuasa, Adakah mereka pernah membela mak2 dan bapa2, nenek2 dan datok2 dengan menghulurkan wang ehsan sebanyak $100.00 kepada mereka? Kepada melayu2 tulen khususnye dalam UMNO, tanya dan jawap sendiri(tolong lah pakai otak sendiri kali ini)Ada kah simata sepet dan sikaki botol yang menghulurkan wang ehsan kepada warga2 emas ini pembela atau penganiaya? Jawap lah sendiri dengan jujur sebab jawapan kamu itu yang akan mencerminkan tahap pemikiran orang Melayu. Kalau kamu semua setuju dengan ape yang dua ekor ini buat, itu juga hak kamu.

Wassalam.

Amar Makruf Nahi Mungkar.

Anonymous said...

Melayu tulen tak racist,tak hipokrit dan tak sombong...hanya mamak-mamak benggung yg mencelupkan diri mereka jd melayu menggunakan agama..hehehe..

Pewaris said...

Dari zaman kesultanan Melayu Melaka dulu, mamak-mamak yang menghuru-harakan keadaan.

Tadak muka Melayu langsung. United Mamak National Organization (UMNO).

Jahanam Melayu dikerjakannya.

bat8 said...

Bro Aspan,

1. Memahami sejarah UMNO dan UMNO(Baru) adalah penting untuk orang melayu. Dengan memahami bahawa kedua-duanya adalah 2 entiti yang berbeza dan dari segi perundangan adalah 2 buah pertubuhan yang berbeza dan tidak kaitan antara satu sama lain.

Dengan kefahaman ini, kita tidak akan mudah ditipu oleh permainan politik pihak yang mempunyai agenda peribadi atau puak.

2. Dari ulasan-ulasan diatas, nampaknya kecoh juga mengenai mamak-mamak yang menjadi pemimpin dan ahli-ahli UMNO(Baru) nampaknya.

3. Antara mamak yang prominent satu masa dulu adalah Allahyarham tan Sri OSK Ubaidullah. beliau banyak menyumbang tenaga kepada negara seasa hayatnya. beliau adalah seorang yang kaya dan seorang dermawan yang terkenal.

Semasa hayatnya, beliau menjadi ahli MIC dan pernah duduk dibarisan kepimpinan MIC. Beliau hidup sezaman dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Mereka adalah sahabat.

4. Agaknya sekiranya Tan Sri Ubaidullah hidupdi zaman TDMmenjadi PM dan sekarang, tentunya beliau akan menjadi ahli parti UMNO(Baru) dan bukannya MIC!

5. Pada masa Tunku dan Tun Razak, keahlian UMNO hanya terbuka kepada orang melayu (tulin) sebagaimana ditakrifkan oleh perlembagaan.

Inilah menjadi sebab mengada Tan Sri OSK Ubaidullah tidak dapat menyertai UMNO dan terpaksa menjadi ahli MIC.

6. Perlu diingat, semenjak UMNO(baru) memasuki sabah, KEAHLIAN UMNO(BARU) tidak lagi hanya untuk orang melayu ( baca tulin) lagi. UMNO(baru) menerima semua BUMIPUTRA mengikut takrif perlembgaan) MENJADI AHLI!

jadi kat sabah, jika kita semak senarai ahli-ahli UMNO(Baru), jangan terkejut sekiranya terdapat yang bukan melayu dan bukan Islam menjadi ahli UMNO(baru).

jadi apalah nak heran, jikaa mamak-mamak berduyun-duyun menjadi ahli UMNO(Baru).

Jika tidak silap saya, penyanyi DJ DAVE atau nama Islamnya IRWAN SHAH juga ahli UMNO(baru) di sabah. DJ DAVE vukan melayu, bukan bumiputra tetapi dari kaum SIKH!

7. Jadi fahamilah sejarah, agar kita tdak ditipu orang......


bat8

Anonymous said...

Aku memang tak hairan sangat dengan mamak ni. Duduk aku di negeri Pulau mutiara ni banyak kawan-kawanku ini seangkatan dengan si bodoh Rezal ni. Aku hanya suka sembang saja dengan puak-puak ni di kedai kopi. Tapi kalau nak cerita pasal bisnes memang aku tak layan, pasal kalau dia orang sembang bisnes cakap tak jatuh, semua boleh last sekali semua K.o. Kalau ape yang dia orang cakap tu, satu pun tak boleh di percayai, tapi ade juga manusia melayu nama Azhar yang dah dok tiru perangai mamak, pembohong wahid nombor satu.

Anonymous said...

Memang sedih ape yang berlaku beberapa hari ini dengan mainan politik melampau. Kali ini mangsa2 adelah warga2 emas yang dengan rela atau tidak rela, diheret kemuke kaca televisyen. Apo nak dikato?

Mungkin juga ape yang berlaku tidak disangka oleh rakyat, tapi ia berlaku juga. Kenapa boleh berlaku? Soalan ini boleh dijawab oleh orang Melayu sendiri sahaja, lebih tepat lagi orang UMNO. Tiada orang lain boleh jawap. Tapi ade ka sesiapa, khasnye orang Melayu UMNO akan bagi satu jawapan yang logik dan munasabah? Ntahlah. Mungkin tidak. Saya percaya rakyat umum tidak yakin dengan alasan yang diberikan oleh Azhar Ibrahim atas tindakan yang diambil oleh UMNO P.Pinang.

Wang ehsan yang dihulurkan kepada warga2 emas ini walaupun seratus ringgit sahaja, keikhlasan ia agak bermakna kepada penerima dan sepatutnye tindakan ini harus dipuji. Niat kerajaan P.Pinang adalah untuk menunjukkan kepada warga2 emas bahawa jasa2 mereka kepada negeri masa zaman muda2 mereka, amat dihargai dan dalam usia emas, mereka tidak dilupai oleh kerajaan negeri. Adekah tindakan begitu salah atau berdosa? Lebih memeranjatkan ialah segelintir warga emas yang menerima wang ehsan ini, diakui oleh penerima sendiri yang mereka adalah ahli2 UMNO. Bukankah ini cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan negeri ikhlas dan adil sebab bantuan diagihkan kepada semua yang layak tidak ambil kira bangsa atau persefahaman politik? Ape lagi yang harus dipertikaikan?

Diantara yang diberikan wang ehsan ini, adelah yang terdiri dari imam2 surau atau masjid yang berilmu dalam hukum hakam agama. Kepada yang menolak bantuan ini kerana was-was dengan kesahihan halal haram duit yang diberi itu, bukankah cara yang lebih tepat ialah memulangkan duit yang diberi itu masa ia diberikan, atau kepejabat jabatan yang bertangungjawap tanpa publisiti? Kenapa niat yang murni ini dibalas dengan kenyataan2 yang menyalahkan dan memalukan pemberi, dan ini semua disebarkan melalui televisyen keseluruh negara dan mungkin juga keseluruh dunia? Inikah cara orang berilmuan agama Islam? Dalam ajaran Islam sebarang rezeki dan ape2 dalam dunia ini adelah pemberian Tuhan. Adekah penolakan rezeki sebegini sesama menolak kehendak Tuhan? Adekah cara begini disamakan ajaran sesat?

Dalam hal ini kalau Azhar, Reezal dan Awang Selamt dari Utusan yang masih tidak patah semangatnye untuk menyakinkan rakyat dengan ulasannye yang tak menyakinkan dan kurang logik sambil memburukkan niat baik Saudara Lim Guan Eng dan kerajaan negeri P.Pinang, jikalau kamu semua ade terlibat dalam ape cara jua baik hasutan dll. yang tanggung dosa besar adelah kamu semua serta semua yang terlibat dalam siaran2 media.

Kepada penganjur dan pengikut2 Umno yang anjur demonstrasi dilapangan terbang masa kepulangan Saudara Lim Guan Eng sila dengar nasihat ini. Tumpukan lah masa dan tenaga kamu semua untuk cari $100.00 untuk bagi kepada mak dan bapa atau nenek dan datok kamu yang sudah kehilangan duit ini. Jangan biar mereka menderita dikampung dengan kekurangan seharian ketika kamu bermegah berjuang demi kepentingan segelintir jutawan2 yang sebenarnye adalah iblis berwajahkan manusia. Setakat ini Saudara Lim Guan Eng telah menunjukkan ciri2 murni Islam dengar cara dia menguruskan kerajaan negeri P.Pinang. Ciri2 sempurna ini juga ada dalam jiwa Mursyidul Am Pas Tok Nik Aziz. Kamu semua bagaimana?

Sekian.

Seorang insan biasa.

Anonymous said...

YANG HARAM TETAP HARAM YANG HALAL TETAP HALAL, DI ANTARANYA SUBAHAT.

Elok Reezal Mamak nasihat orang TERENGGANU DAN KELANTAN yang makan WANG EHSAN pulangkan DUIT tu... ITU pun DUIT HARAM kerana ianya HASIL putar belit dari perjanjian ROYALTI yang sepatutnya diuruskan oleh kerajaan NEGERI. mana bloeh wang orang kita belanjakan sesuka hati.... HARAM TU.. ingatlah bila kita memilih hukum ALLAH tetakla ianya memberi kelebihan kepada kita aje, dan kita elakkan bila TERKENA BATANG HIDUNG KITA..tunggulah...

saidi said...

Anon 09:03,

Awak bodoh sombong. Yang kata wang dari kerajaan haram itu Reezal, buka kerajaan Kelantan.

Apa pasal nak pulangkan balek wang ehsan kerana kerajaan kelantan tak kata duit tu haram.

Kalau bangang jangan komen.

saidi

Anonymous said...

Mamak ni betul2 SIAL punya orang . Strategi kempen politik dia memunahkan IMEJ UMNO. Kalau dah keling tu keling juga...

Anonymous said...

Adekah mamak dlm UMNO musuh dlm selimut?

Sejak kaum ini dibenar msk UMNO, byk pernah pegang jawtan tinggi k'jaan. X kurang juga pegang jawatan tinggi UMNO. Dan skrg KIMMA jdi 'observer' dlm mesyuarat2 UMNO. Ade kah ini langkah p'tama KIMMA jdi ahli UMNO dlm masa akn dtg? Tindakan ini harus dipikir masak2 sblm jadi.

Ape impak UMNO bila kaum yg byk wang tunai msk. Ekonomi kaum ni besar. Mereka monopoli tukaran wang jual kain2, kandar dan banyak lagi. Tiap2 hari org beratur utk mkn kandar. Secara logik dan fakta kaum mana yang pegang ekonomi Pinang? Ade kah org Cina yang buat bisnes besar? Klu tanya org dia mesi ckp orang Cina, tapi saya tak setuju. Bisnes orang Cina sama je dgn ape yang diceburi peniaga Melayu skrg. Ia perlu modal besar n punyai risiko tinggi. Lihat kerugian yg oleh GLCs. Bisnes Cina juga senasib GLCs sebab byk penyelewengan. Tapi lihat bisnes kaum ini tak ade risiko, semua urus niaga tunai, pasti untung besar dan modal yang rendah. Ye, ekonomi Pinang kaum mamak, caya atau tak? Bisnes org Cina atau India nmpk cantik dari luar sahaja tapi hutang segunung tingginye.

Klu begitu napa tiap kali bile Mthir menuduh Cina sebagai ancaman kpd Melayu. Ade kah muslihat dia laga orang Melayu dengan org Cina? Ade kah laungan2nye ikhlas bela Mlayu?. hari ini org Melayu masih berebut2 utk jemput dia utk mengetuai persatuan2, merasmikan upacara buka bisnes, bagi seminar dan lain2. org Melayu masih anggap mthir permata yang berharga dan tidak segan untuk melutut dan cium kaki dia.

Dizaman Mthir, Melayu yang pandai n intelek tiada tempat dlm kabinet
n UMNO. Selama 20 lebih thn, selain Rafidah, tak ada pun dlm kabinetnye yg punya tahap intelek. Tiada org blh nafi yg masa Rafidah pegang jawatan Menteri Pdgangan A'bangsa, diamain peranan besar bawa msk pelaburan. Ade kah kejayaan zaman itu dr usaha Rafidah atau Mthir je? Banding Rafidah dgn Menteri sekrg? beza bumi dan langit? org Melayu ptt bg lebih hormat kpd fidah atas sumbangannye utk negara. Gelaran 'Iron Lady' mmg tepat utk wanita Melayu tulen ini tp Melayu lebih rela mengagungkan 'Iron Man' fm India. 1 cari duit n 1 pakai duit, lain semua tak relevan. Yg lain
utk karya sajak puji memuji dia, n lawak bodoh n baris utk cium tangan dan kaki dia. I caya dunia ini tak ade menteri2 akan jatuh maruah sampai gitu. Ntah tradisi ini masih ade ke tak.

ape impak kpd UMNO kalau KIMMA msk UMNO. Mthir pernah ckp bape juta org Yahudi kuasai dunia. Ini fakta. Kuasa U.S ialah org Yahudi kerna punyai wang banyak, itu bab org
Yahudi akan menguasai Amerika dan dunia selagi ade wang. Adekah kaum Yahudi sama kaum mamak dinegara ini? Cuba pikir kalau KIMMA masuk UMNO n blh pilih pemimpin UMNO, dgn wang byk utk beli sesiape saja, adekah KIMMA pilih Melayu atau mamak? Klu mamak kuasai UMNO dia org kuasai negara. Anda pikir ini mustahil berlaku? Kite tau Melayu senang sogok.

Ade kah Melayu dihasut utk laga dgn Cina ade motif? Apekah yg org Cina leh rampas dr org Melayu selagi Plembagan masih ada? Jawapan leh didapat klu pejuang2 bangsa Melayu I Ali, NGO Melayu, MPM sedia untuk duduk semeja bincang hal2 dengan kaum Cina dan India. tapi amat sedih pejuang2 ini tak mau. laungan2 akan terus berlarut n x kan mati. Bile perlu ia akan diguna pakai lagi untuk mengugut kaum lain.

Adekah motif laga Cina supaya kemajuan kaum Cina tidak kemana2? Ade ke takut klu Cina diberi ruang maju ekonomi, akan ancam pelan kaum mamak kuasai negara? Sudah sah Melayu dah ade didlm poket Mathir. Dri Menteri2 smpi ke NGO tak seorg pun minda t'buka utk debat masaalah kaum.

Mthir tak leh kuasai minda kaum Cina n India bab kaum2 ni x ade kursus cuci otak di BTN. Olh bab itu cara laga Melayu n kaum lain.

Adakah kaum lain ingin merampas hak org Melayu? Ada kah kaum mamak dlm UMNO umpama musuh dalam selimut?

S

Orang Pilah said...

betulkan fakta kamu bro. bukan semua harta rampasan perang dimasukkan dalam baitulmal. jgn memfitnah nabi dan sahabat. nnt jauh dr syafaat. kaji sejarah islam betul2.
semua perkara yg berkaitan islam di negara ini sama ada pembangunan dan kerohanian islam diasingkan wangnya dari sumber cukai yg haram. duit zakat digunakan utk pembangunan islam dan pendapatan etc tdk dicampur adukkan juga dgn sumber yg haram. please check your fact next time.

Anonymous said...

MALULAH KAT BANGSA DAN AGAMA ASING... KITA TAK HABIS HABIS DOK SALAHKAN LIM GUAN ENG HINGGA MENGGUNAKAN ISU AGAMA YANG TAK BETUL.....
LIM GUAN ENG MENANG DI PULAU PINANG BUKANLAH KERANA MERAMPASNYA... DIA MENANG KERANA MENDAPAT UNDI YANG SAH DALAM PILIHANRAYA YANG SAH....
UMNO BN JANGANLAH GILA TALAK....