06 October 2010

Talent Corporations - boleh ke berjaya?

Talent Corporations; begitulah bunyinya nama badan yang baru ditubuhkan oleh kerajaan sebagaimana yang diumumkan oleh DS Najib diBrussel dua tiga hari yang lepas. Ini merupakan pengumuman yang terbaru selepas begitu banyak pengumuman yang dilakukan oleh PM kita sejak akhir-akhir ini.

Mengikut PM badan ini ditubuhkan untuk mecari professional-professional nrgara yang bekerja diluar negara untuk kembali dan berkhidmat dinegara ini untuk memberikan impak yang baik terhadap usaha pembangunan negara pada masa yang akan datang.

Persoalannya sekarang adakah seseorang yang bekerja dan berkhidmat dinegara lain itu sanggup pulang ketanah air kerana mereka akan pasti mendapat imbuhan yang jauh berkurangan jika dibandingkan dengan pendapatan mereka berkhidmat dinegara asing yang menilai kebolehan ‘professional’ mereka dengan sewajarnya.

Apakah ‘incentive’ menarik yang mampu kita berikan jika mereka kembali ketanah air kita ini. Mereka juga tahu yang professional dinegara kita sendiri kehausan pekerjaan dan khidmat yang sesuai kerana peluang untuk mereka meningkatkan ke’professional’ an mereka dinegara ini amat terhad.

Mereka juga tahu ramai ‘professional’ dinegara ini mati begitu sahaja dengan campur tangan politik yang keterlaluan sehinggakan kemahiran ‘professional’ mereka tidak dapat dimunafaatkan. Keputusan politik menyebabkan mereka yang benar-benar professional itu tidak mampu melaksanakan professionalisma mereka.

Semasa saya menemani anak-anak saya semasa mereka belajar diUK dahulu memberikan saya kesempatan bergaul dan berbaik-baik dengan anak-anak Malaysia disana dan dinegara Eropah yang lain. Setengah dari mereka tidak mahu kembali kerana pendapatan mereka yang lumayan dan mereka mengambil kesempatan dalam usia muda mereka untuk mengumpulkan wang simpanan mereka untuk hari tua mereka.

Setengahnya mereka betul-betul bersikap professional dan mereka menganggap dinegara ini keputusan politik lebih berkuasa dari keputusan professional. Mereka menganggap semua keputusan dinegara kita adalah keputusan politik dan tidak kena-mengena dengan professinalisma mereka. Mereka merasakan profesionalisma diMalaysia tidak akan membangun, maka mereka lebih rela bekerja dinegara asing.

DiMalaysia ‘it’s whom you know’ yang boleh menjamin kemajuan indididu tetapi dinegara maju seperti diUK dan Eropah yang lain ianya berdasarkan kepada ‘what you know’. Oleh kerana mereka tidak mempunyai ‘connection’ yang baik, lebaik bermakna lagi jika mereka bekerja dinegara-negara tersebut.

“Saya tidak mahu baleklah bang, sebab diKL saya tak kenal sesiapa. Disini kalau tidak mengenali sesiapa pun kita boleh maju kerana mereka menilai kemampuan kita melaksanakan kerja dan tidak payah membina ‘political connection’ untuk maju. Kalau saya balek saya akan jadi lemau dan tidak bermaya” kata seorang yang berumur dalam lingkungan tiga puluhan.

Satu lagi sikap yang mereka anggap buruk kerajaan dan industri diMalaysia ialah, mereka lebih memberikan sanjungan kepada professional Mat Salleh dengan imbuhan yang begitu tinggi kepada mereka dan memandang rendah kepada kemampuan rakyat negara kita sendiri.

Jika dua konsultan, seorang dari Eropah dan seorang dari Malaysia sendiri, konsultan dari Eropah itu akan dibayar hingga tiga kali ganda dari yang dibayar kepada konsultan tempatann sedangkan mereka melakukan kerja yang sama dan hasil kerja yang sama.

Dalam sekim pembayaran gaji sektor awam pula, pentadbir memperolehi gaji yang lebih tinggi kerana sekim gaji disediakan oleh pentadbir yang kebayakkannya berkelulusan Liberal Arts sahaja. Seorang jurutera akan hanya mempraktikkan ilmu professional mereka hanya semasa mereka menjadi Jurutera Daerah sahaja. Tetapi apabila mereka dinaikkan pangkat mereka akan hanya jadi pentadbir dan tidak lagi melaksanakan ‘skill’ professional mereka.

Mereka ini tidak dapat terus mempraktikkan iktisad mereka kerana jika masih menjadi jurutera didaerah mereka tidak akan dapt imbuhan yang setara untuk mereka sebagai seorang professional.Selagi keadaan ini tidak diperbetulkan sampai bila pun professional didalam sektor awam tidak sampai kemana.

Tetapi DS Najib belum lagi memberikan apa-apa ‘detail’ tentang penubuhan Talent Corporation ini. Kita hanya berharap ada formula yang benar-benar bernas dan praktikal dalam penubuhan Talent Corporation ini.

Kita tunggu penerangan selanjutnya. Kita berharap kali ini DS Najib tidak akan mengumumkan perkara yang susah hendak difahami dan dipraktikkan seperti pengumuman yang sudah-sudah. Janganlah hendaknya kita dilemaskan dengan jagon-jargon yang sedap didengar sahaja tetapi tidak pergi kemana-mana.

8 comments:

PUTRA MERDEKA said...

sedih tuan...

ikmal said...

macam macam Najib ni...satu pun tak menjadi

ikmal

Jay Leman said...

Yang ada disini pun sedang bersedia untuk pergi keluar negara, masakan yang sudah pergi ingin kembali.

Mereka akan kembali hanya selepas mereka sudah agak berumur dan bersara.

Dua dari adek beradek saya pergi keKanada untuk menjadi professional dan bekerja diOntario dan Vancoover.

Adek saya yang bongsu sedang habiskan ijazah srjana dan akan bekerja diMelbourne.

Hanya saya bekerja dijabatan kerjaan disini melihat orang politik dan boss saya makan rasuah.


Jay Leman.

Wak jamlus said...

Bro Aspan, it's not going to go. This is just another 'angan-angan'. Najib has never had any finishing...you know that! Dengar saja...masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Betul bro?

Wak jamlus

Anonymous said...

Give Najib a chance. Manalah tahu kali ini menjadi pula rancangannya. He must do all these to cover his obvious weaknesses. He needs recognition desperatelylah bro. Biarlah!

Ryzal72 said...

"Satu lagi sikap yang mereka anggap buruk kerajaan dan industri diMalaysia ialah, mereka lebih memberikan sanjungan kepada professional Mat Salleh dengan imbuhan yang begitu tinggi kepada mereka dan memandang rendah kepada kemampuan rakyat negara kita sendiri."

SAYA AMAT BERSETUJU DGN PANDANGAN SDR INI. IA AMAT TEPAT DAN TELAH BERLAKU HATTA KEPADA SAYA SENDIRI. SEDIH DGN KEADAAN SEBEGINI. JIKA TIDAK PERCAYA JENGUK2LAH ORGANISASI KORPORAT SEPERTI CELCOM...WE WILL SURPRISE!

Red Alfa said...

Saudara Aspan

PM Najib's Talents Corporation is one of the many self-serving business/consultancy entities which will not be successful achieving the stated objectives of it being formed!

What are the problems? Are they working on the right solutions?

It begs the same answer as to why do we suddenly find value in people leaving our employment and not when they are still remaining loyal?

If only we would realise that if we work on improving the conditions that employees feel comfortable with they would not leave, indeed would be more loyal and work harder as in appreciation.

So why are talented or skilled people are leaving Malaysia in droves that only a trickle could be persuaded to return, if ever?

mo said...

Aslam saudara aspan,,, Selama najib menjadi pm, belum ada satu pun yg di buat dan di janji menjadi realiti yg meyakinkan. Rakyat pun dah malas nak dengar cerita yg akhir menjadi basi.