19 October 2010

Siapa PM sebelum Pak Lah?

Semalam TDM berkata yang DS Najib mengahadapi kepayahan kerana mewarisi pentadbiran yang tidak baik dari Perdana Menteri sebelumnya dan yang beliau maksudkan ialah pentadbiran PM yang kelima dahulu.Nama PM itu ialah Abdullah Badawi (Pak Lah).

Dengan kata-kata beliau itu beliau masih lagi tidak melepaskan dendam kesumat beliau kepada Abdullah Badawi. TDM telah sanggup meninggalkan parti untuk memastikan Abdullah tidak mendapatkan mandat yang kuat semasa PRU yang ke12 pada mac 2008 dahulu. Beliau kembali menyertai UMNO setelah Abdullah berhenti dari semua jawatan parti dan kerajaan.

Belum pernah ada seorang pemimpin yang sanggup meninggalkan parti kerana ingin menjatuhkan musuh politik yang beliau sendiri taja semasa beliau (TDM) meletakkan jawatan pada penghujung October 2003.

Tetapi warisan siapa pula yang dipikul oleh Abdullah sehingga Abdullah tidak mampu untuk melakukan penyelesaian terhadap isu rasuah dan sebagainya? Menasabahkah kegiatan rasuah yang berada hingga ketahap merbahaya itu boleh berkembang hanya dalam masa 5 tahun pemerintahan PM kelima itu?

Rasuah yang begitu tidak terkawal tidak mungkin bermula dan merebak ketahap tinggi dizaman Pak Lah sahaja.Tentunyanya telah bermula lama sebelum Pak Lah mengambil alih dari PM sebelumnya.

Oleh kerana Pak Lah diakui sebagai seorang yang lemah, mana mungkin beliau mampu menyelesaikan warisan PM yang sebelumnya itu, kerana semasa beliau mengambil alih pentadbiran negara rasuah sudah berkembang pesat dan Pak Lah tidak tahu cara mana untuk memperbaikki keadaan.

Oleh kerana amalan rasuah sudah menjadi budaya pentadbiran negara, maka dizaman Pak Lah perbuatan itu telah menjadi lebih besar dan Pak Lah seperti juga PM sebelumnya tidak melakukan apa-apa untuk membasmi kegiatan rasuah itu.

Bolehlah kita sama-sama akui yang Pak Lah itu adalah pemimpin yang lemah, tetapi kenapa PM sebelumnya mewariskan terlau banyak masalah untuk beliau selesaikan?

Bak kata perpatah Melayu yang boleh kita kaitkan dengan Pak Lah: ‘Bapak burik anaknya rintik’, atau pun ‘bapak kencing berdiri anak kencing berlari’.

Kalau Najib mewarisi apa yang berlaku dizaman Pak Lah, Pak Lah tentunya mewarisi keadaan yang diwarisi dari PM sebelumnya. Mungkin sudah ramai diantara kita yang telah lupa siapa PM sbelum Pak Lah yang dikatakan lemah ini.Tentunya PM yang sebelum Pak Lah itu adalah seorang Melayu yang mudah lupa.

44 comments:

Unknown said...

At least zaman Pak Lah jadi PM ruang demokrasi tanahair agak baik. Most of the time.

Legasi Tun M dah jadi liabiliti kpd UMNO & negara. Better he just stop rambling & fix his own undoing. Harap dia sedar diri. Sooner the better.

Anonymous said...

aku menjadi petugas pilihanraya. di zaman paklah aku paling teruk bekerja dengan org2 yg truk. smangat punah kerana pmnya pun punah ranah berlagak alim

jubir late said...

Pak Lah itu adalah warisan Dr Mahathir bro. Dia yg lantuik Pak Lah, dia pulak yang membencinya.

Dengan Pak Lah semuanya salah, tetapi sdr dan saya tahu Rosmah akan menghancurkan kerajaan UMNO itu tidak mendapat kritikkan Mahathir.

Jangan hiraukan Mahathir. Hidupnya hanya kuat dalam krisis.

Mahathir patut dipecat dari ahli UMNO.

AnakGanu said...

Hanz Newman: demokrasi baik == hak melayu dipertikai sampai sekarang macam tak boleh nak kawal.seronok la hang ye...

jubir late: pak lah berlagak alim memang tepat.masa zaman mahathir, dia la pemimpin paling bersih pada pandangan mata, masa dia PM, dia lah pemusnah segala2nya...apa pembangunan pak lah buat??keputusan flip-flop, bila tanya soalan panas, nak mengelak, tak ambik tau..semua lepas dekat menteri2 yang sama2 bodoh jugak..memang pemimpin zaman paklah satu pon tak boleh pakai..dalam kabinet najib pon ada suku sakat menteri yang bodoh NAK MAMPOS (baca: Hishamuddin & Nazri)..pengecut telur kecik!!

so apa yang korang tak puas hati kat TDM ni?

bat8 said...

Bro Aspan,

1. Rasanya kita orang lama ni dah kenal sangat siapa TDM. Baginya semua orang tak betul, yang betul hanya dia seorang. Semua orang bangang, biol, otak udang, dia sahaja yang bijak.

2. sebab dia rasa dia seorang je yang hebat, lihatlah apa yang terjadi kepada rakyat dan negara. Apakah projek-projek meganya membantu keadaan ekonomi kita yang terperangkap dalam "middle income trap"?


2. sebab dia rasa dia bijak lah maka dia pilih AAB jadi pengantinya, bukan dia tak tahu prestasi AAB yang duduk begitu lama dalam kabinetnya.

Sebab mengapa dia pilih AAB sebagai pengantinya telah saya ulas dulu.

3. Yang Maha Bijaksana, Yang maha Hebat, yang Maha Mengetahui segala-galanya dan yang memiliki segalanya hanyalah Allah. manusia adalah insan yang lemah.

Harapan saya, umur panjang yang dianugerahkan Allah itu dapat membantu membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

Harapnya, umur yang panjang yang dianugerahkan itu bukan untuk mempersaksikan dengan mata kepala sendiri kemusnahan yang telah diusahakan.

dari Allah kita datang, kepada allah kita kembali.

bat8

syedhs said...

Mmg betul Pak Lah adalah politician yang lemah.. mungkin banyak sangat depends pada orang lain sampai dipermainkan. Bunyinya macam PakLah tak bersalah tapi akibatnya bahaya pada negara sebab pegang jawatan no 1.

Saya (dah lama) setuju rasuah dan masalah2 yang melanda UMNO sekarang adalah berpunca dari DrM. Pada zamannyalah ketua2 cawangan UMNO yang berkuasa kaya raya kerana membolot dan mengalibakan projek2 kerajaan.

Banyak projek2 kerajaan yang mmg murni tujuannya tapi sebenarnya jadi lain. Contoh macam Proton - kalau Proton betul2 inovatif macam sekarang ni, sudah tentu Proton bolehla dianggap sama tara dgn Hyundai dan sebagainya. Lepas berbelas tahun baru nak buck-up (itupun PakLah punya usaha), rakyat dah marah sebab asyik subsidi kereta Proton, jadi dalam erti kata lain 'it is too late'.

IPP dealings.. semuanya dah laid bare dalam The Stars oleh Tan Sri Ani Arope. Bagaimana EPU telah cuba memaksa Ani Arope supaya setuju beli energi dari IPP pada harga yang jauh lebih tinggi padahal TNB boleh produce energy sendiri dengan harga yang jauh lebih murah. Sekarang nak nego dengan IPP - jangan haraplah.. sebab semua dah masuk agreements. Mana boleh flip-flop bak kata DrM.

PM Najib sendiri tahu semua ini, tapi demi survival politik.. Najib tidak boleh bermusuh dengan DrM. Kuasa politik DrM masih kuat sampai sekarang..

Anonymous said...

Silap observation bro.. Pak lah mewarisi kerajaan yang baik.. Sebab tu kita memang besar 2004. Siapa yg buat teruk sampai kalah 2008?

Anonymous said...

dalam mentadbir sesebuah negara memerlukan pemimpin yang berani dan berprinsip serta sanggup mengambil risiko..bukan senang hendak menjaga sebuah negara yang berbilang bangsa,berbilang agama,rambut sama hitam hati lain2..kadang2 org yg bercakap tidak mampu menjaga walau sebuah keluarga..bermacam kerenah dan ragam dalam negara ini..kelemahan pak lah memang menyebabkan keadaan politik di malaysia tidak stabil..sudah la pembangkang di malaysia sibuk nak berpolitik 24 jam..tindakan pak lah meletak jawatan dgn cepat memberi ruang untuk UMNO kembali bangkit..tun mmg terkenal dgn kata2 pedas dan mmg diakui pak lah gagal mengawal kapal dan tewas pada tekanan..itu adat politik yang lemah akan tewa!!

IPOHMARLEY

Anonymous said...

hanz..
ruang demokrasi agak baik?
apa fakta ko? demokrasi paling utama atau keamanan? ko tengok singapore.. demokrasi sangat ker?
atau ko nk sangat demokrasi ala PKR, izzah da x layak jd calon, tiba-tiba cabang semporna plak dikatakan mencalonkan izzah, walhal xde pn.. da la da lwat dr tarikh tutup.. itu demokrasi yg ko nk?

http://www.malaysiakini.com/news/145300

ataupun menantu dia (pak lah) yg da kantoi rasuah dlm pemilihan umno leh lagi xkne hukuman.. demokrasi agk baik? mengarut la ko..

macam mana ko leh kata tun M liabiliti kepada negara? cakap jangan main hentam jer.. klua kan fakta

jubir,
dia nak terus lantik najib tapi keadaan ketika tu x elok, sebab sentimen anu-a masih ada lagi.. jadi jalan selamat untuk menenangkan keadaan ialah dengan melantik paklah, hasilnya BN diberi kepercayaan yg sangat kuat pada pilihanraya 2004 dengan majoriti terbesar sejak 1978..
malahan PM singapura ckp paklah hanya tinggal kemudi bahtera mengikut laluan yang da dibina tun M..

tapi paklah xnk ikut, dia nk tunjuk dia hebat dengan macam2 projek yg tak menguntungkan....termasuk koridor2tu..
malahan dia bleh cakap orang johor xnk jambatan bengkok.. apa kes? bila orang joho xnak? mana bukti survey dia?

ekonomi tahun 2003
-daya saing malaysia di tempat ke-4 dunia
-defisit susut 5.4%
-hasil kerajaan meningkat 6.8% =RM89.16bil
-rizab negara meningkat RM146.9bil

tarikh tun m bersara : 31 Oktober 2003

lain kali nk tulis biar berfakta!
-john komeng-

yat said...

bro aspan,

pak lah naik pm, bn menang terbesar dalam sejarah.....boleh rasa susah zaman pak lah...but i respect ur opinion....

Anonymous said...

jangan lupa kawan-kawan, anwar ibrahim pun hasil usaha tun dr mahathir jugak.hancur malaysia dibuatnya

Anonymous said...

Tajuk bagus sangatttt..
Nah! cuba tukar tajuk ni
SAPA PM SELEPAS PAK LAH?
dan
SAPA PROMOTE NAJIB JADIK PM?
SAPA PM SEBELUM TDM?
SAPA PUSH TUNKU TURUN DARI PM DAN ARAH TUN RAZAK JADI PM?

aku tahu jawapn kau mesti TDM.
takkan org tua tu byk sangat salah nya bro.
sudah sudah la tu.

Anonymous said...

Mahathir pun ada peranan dlm melingkupkan economy Msia. Bnyk kes. Jgn lupa perwaja. Bakun, smpai skrg taik mahathir tak settle. Pak lah jangan haraplah. Si najib ni plak, macam jd pak turut pd rosmah jer. Mampus lah malaysia dpt PM haprak mcm depa Nih.

Anonymous said...

aku penyokong Tun M. sapa-sapa yang cakap tak baik pasal Tun meh sini aku siat-siatkan kulitnya..

Anonymous said...

"Tentunya PM yang sebelum Pak Lah itu adalah seorang Melayu yang mudah lupa"
Apakah definisi Melayu di sini? Adakah Muslim = Melayu? Adakah Mahathir Melayu?

Anonymous said...

perkasakanlah diri sebagai rakyat, jangan terlalu taksub kepada mana-mana pemimpin kerana mereka insan biasa, lemah dengan dugaan kuasa

Tin Koo Song said...

May Hate Their @ Mathahir @ Tun DM @ Hyporite is as stubborn and as idiot as he is. So what, he thought that he cannot die?? My ass... during his terms as PM, he did so much a sins... Don't tell me he is not corrupted, greedy, evil... my ass... so what?? wanted to portray himself as good as God??? shut up May Hate Their.. go and hang yourself....

Ush said...

The best PM Malaysia ever had is TDM. Period and full stop. from reading this it can be seen that the Malays are never grateful. You have lost the one that is best for you. If TDM was not good at what he does, and if he makes wrong judgement call, why then does BN win 2/3 majority? It is never because of Dollah. I dont even know the guy back then. TDM took 20+ years to put Malaysia on the map. Dollah took a shorter period to burn into the ground

tsunami Unleashed said...

Hanz Newman, i quite agreed with you. There are some given to democracy, open society though Pak Lah is not as holy anyway. There are lots who are self-centred, thought that death cannot befalls them.

Anonymous said...

zaman pak lah sebagai pm memang teruk. Tetapi mungkin persepsi ini akan berubah dalam masa hadapan 10 tahun, 30 tahun, 50 tahun akan datang. History will treat gentler to him. Well that depends on who write the history books.

Sebab keterbukaan merupakan satu elemen penting dalam demokrasi. Britain, US dan negara maju lain sudah capai tahap matang dalam hal ini. Malaysia sama seperti negara dunia ketiga masih jauh lagi. Harus diingat Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen - sistem yang diwarisi British melalui Westminster System. Kalau pendapat seorang je betul semua lain salah, baik kita shutdown je pembangkang, tak payah pilihanraya 5 tahun sekali. One party system like PRC.

Tun M memang mempunyai masalah bukan sahaja dengan Pak Lah, tetapi sebelum itu anwar, musa hitam, kuli, hussein onn dan tunku. Semua ini menjadi sasaran - sasaran beliau sejak zaman dahulu lagi. Tak habis - habis. Semuanya tak betul, dia je yang betul. Sebab style Tun M adalah 'argue' dan melaluinya dia akan menang.

Kita tengok nanti macamana rakyat menilai Tun M 50 tahun akan datang.

Anonymous said...

No one expected much from Pak lah but at least he gave us space and some good. He has never been anyone who is firm, he could not possibly undo all the craps created by Mahatir, the list is at least a kilometer long.

I believe Pak Lah lost because of his young upstart sil. If not for his sil, I believe that he will still be PM.

As for Mahatir, I wish him long life to see for himself the misdeeds he has done the country and people. Until he looks into the mirror, he will not die.

Mohd said...

Di PRU13 nanti,
1. Kaum Cina tidak akan mengundi MCA dan Gerakan sebaliknya akan mengundi DAP.
2. Kaum Melayu tidak akan mengundi UMNO kerana melihat UMNO tidak serious menjaga kepentingan Melayu.
3. BN akan tewas besara-besaran!
Melayu mudah lupa ............
Melayu mudah lupa ............

Anonymous said...

Maminco, Forex fracas by bank negara, BMF scandal the Carrian Group, George Tan, perwaja eric chia,scandal metal exchange Tin London,Tajudin ramli MAS, Halim saad uem ans renong, realmild, dan berbillionbillion lagi wang di telan semuanya atas nama nak membela martabat Melayu!!!!

NAH! sekarang kita rasakan. Malaysia akan hancur kalau kita tidak sedar untuk memilih pemimpin yang iklas dan jujur.

yat said...

IMHO (u may disagree with me),

sebab lepas 2004, UMNO jadi bongkak, menang besar, lepas tu KJ pulak bolot semua, sapa2 yg keje GLC (seperti saya) dan mana2 jbtan kerajaan yg lain tau betapa melampunya KJ nak semua projek dari yg kecik ikan bilis sampai yg mega punya.....dgn kelemahan pak lah yg x sampai ikut masa, tidur majlis, malas baca proposal (TDM datang ikut masa, x tidur, baca proposal dan highlight)...semua ni orang dah tau...tu yg saya kurang bersetuju semua nak belasah kat TDM...

sifat pemimpin yg saya sebut (tidur, lamab at datang majlis, janji datang x datang dan macam2 lagi)...kita x payah tunggu lama, setahun dua boleh kena dah effect dia....

Anonymous said...

mahathir mohamad kutty ini adalah seorg yg licik dan penuh tipu muslihat.

dia akan memilih seseorg yg lemah pendirian dan mudah dicucuk hidung spt lembu utk menyambung rompakan legasi pemeritahannya.

insan2 yg berkepribadian tinggi dan tak mudah menurut kehendak nafsunya akan dinyahkan @ dimalukan spt yg berlaku pd TRH, Anwar Ibrahim dan ramai lagi.

Dunia ini ibarat roda, dulu Mahathir memalukan org, skrg ditelanjangkan oleh dirinya sendiri dan juga rakyat yg telah ditipunya selama ini.

Allah itu maha besar dan mengetahui. Pembohongan dan rompakan besar yg dilakukan olehnya dan kroni akan terbongkar jua satu hari nnt.Hanya masa yg menentukannya.

Anonymous said...

Ala.. kenapa berhenti setakat Pak Lah aje Aspan?

Tak nak tanya ke siapa PM sebelum Tun Mahathir?

Aspan Alias?

sir Yusoff Ismail said...

Tak kira siapa pun jadi PM Malaysia, jika dikelilingi oleh kaki ampu dan pembodek serta penasihat-penasihat dungu yang hanya fikir nak isi kantong sendiri maka hancurlah pemerintahannya. Kajilah Sejarah Melayu dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Anonymous said...

dendam kesumat?

Macam Aspan jugalah yang nampaknya juga berdendam kesumat.

Yang lainnya, TDM kat TV. Aspan kat blognya sendiri.

TDM pada Pak Lah. Aspan pada TDM. Bukan begitu?

Aspan! Aspan!

Red Alfa said...

Saudara Aspan

Zaman PM sebelum PM Pak Lah mesti dikatakan zaman bermula perompakan hak dan duit rakyat yang begitu berleluasa. Sehingga kini orang Melayu maseh terus mengagungkan zaman yang memberi definasi yang paling tersendiri dengan keyunikan zaman itu kepada Nepotism, Cronyism dan Corruption.

Zaman Pak Lah dikira kurang berjaya kerana kroni-kroni tidak sempat masa mengaut kekayaan dari corridor-corridor yang lambat sangat bangun dari tidor itu.

Tetapi tidak pada zaman Pak Najib ini... zaman ini akan sempat mengatasi "zaman keagungan" dalam masa lebih cepat lagi ... Apa tidak! Sudah diuruskan cara membiaya bina bangunan 100 tingkat dan "MRT" sebelum mengenal "rupa dan design".

Orang Melayu biasalah akan mengagungkan zaman baru ini walaupun orang Melayulah yang lebeh ramai akan hanya mampu berbeli-belah di pasar-pasar malam dan beralamatkan di rumah setinggan di "greater Kuala Lumpur- Klang Valley" akan datang!

Anonymous said...

setakat buat andaian tanpa justifikasi...tak best la bro.
kalau nak hentam Tun pun..kena la tunjuk bukti..sebab actual thruth Tun tinggalkan negara dlm keadaan baik pada paklah..ego bangang paklah yg hancurkan semuanya

Anonymous said...

Aspan,ekau ni kan pabodek koro jantam.mesti kau hantam tun punyo.di mato ekau,tun takdo jaso sikit habuk pun.samolah ekau dongan budak itam ala2 bollywood dongan alpungkoki...samolah....

Anonymous said...

Yang Mahathir marah sangat kepada Abdullah kerana melepaskan Anwar dari penjara.Kerana Anwar BN tidak dapat mengekalkan 2/3 kerusi parlimen.
Mahathir ..... Mahathir, tak pernah nak rasa bersalah.
Kalau di kaji balik punca melayu tidak bersatu adalah kerana Mahathir.
Mahathir pecat Anwar tidak secara bijaksana menyebabkan kebanyakkan orang melayu tidak bolih menerima kenyataan tersebut. Lepas tu pula, bila Anwar keluar penjara, si Kerismudin dengan bangganya pula mengistiharkan agar langkah mayatnya dahulu jika Anwar di terima masuk UMNO. Bila PKR di tubuhkan, pandai pula nak salahkan Anwar bila Melayu berpecahbelah...

Anonymous said...

bagus bagi dekat LIM KIT SIANG dgn KARPAL SINGH?? AMACAM??

KEpada semua orang MELAYU lepas ni dgn bangganya undi DAP (bukan PKR atau PAS) baru kita tengok MELAYU jadi macam mana..baru kita tahu SAMA RATA / KEADILAN mereka macam mana?

Anonymous said...

Zaman nak menakutkan orang melayu dah berlalu.......... Sedangkan di Amerika, orang kulit hitam dah jadi presiden atas kepercayaan orang kulit putih. Di Malaysia, adalagi orang cuba mengertak gertak......konon undi DAP dan PAS, Melayu akan sengsara...Piraaah. Hanya mereka berkepala otak lembu sahaja befikiran demikian. Bukankah setiap lima tahun ada pilihan raya. Gunakan lah kuasa tangan....Bongok betul orang melayu yang mudah di perkotak katikan....

Anonymous said...

Ramai orang tak tahu bahawa TDM semasa disingkir dari Umno oleh TAR (1st PM) pernah naik di pentas PAS untuk mengutuk TAR..
Begitu juga Ibrahim Ali semasa keluar Umno berjanji sekiranya dia masuk Umno dia akan cium bontot TDM. Lepas tu masuk balik..
No principle..

politik penjajah said...

mengikut UMNO kalau orang melayu undi PR, DAP jadi PM.

mengikut MCA kalau orang cina undi PR, PAS jadi PM.

orang melayu takut DAP jadi PM, mereka pun undi BN.

orang cina takut PAS jadi PM, mereka pun undi BN.

last2 BN yang untung. inilah politik menakut-nakutkan orang melayu dan cina yang telah digunakan oleh BN selama ni.

Red Alfa said...

@anon 13:38

Macam mana?

Kalau dah tanya, ya! Ada bagusnya orang Melayu memberi undi kepada DAP hanya mengharapkan ada kerajaan yang akan dan mesti membawa perompak-perompak haq dan duit rakyat ke mahkamah untuk ditanyakan harta itu datang dari mana?

Baru kita tahu sama rata /keadilan yang sebenarnya. Baru kita tahu orang yang mengkata dirinya pejuang hak Melayu telah dan boleh memperolehi kekayaan dalam masa kebanyakan orang Melayu selepas beberapa tahun UMNO berkuasa maseh lagi tak berkemampuan membeli belah di One Utama, di Sunway Pyramid, di Pavilion dsbnya.

Anonymous said...

Anon 9 October 2010 07:44:00

1. memang betul pun yang hang sebut tu kerja TDM.

2. Sekarang tolong cerita dan ulas panang lebar kebaikan yang dibuat oleh TDM yang hang dok pertahankan itu. bagi hujah-hujah solid.

Biaq mereka yang skeptikal dgn TDM tu faham kehebatan TDM. Ini takat hujah 1/2 masak cam ni siapa nak percaya.

wak jerman

Anonymous said...

Ramai yg tulis - dia je yang betul - ditujukan kepada TDM.

Org yg - dia je yang betul - tentu tak mahu mengalah tapi pada 2003, TDM mengalah dan letak jawatan sebagai PM.

Pendapat saya je, yg baru belajar.

Nani PJ.

Anonymous said...

as a 'smart' guy, Tun should have appointed a much qualified PM after him, but he chose Pak Lah. why?

and now he's trying to lay blame.

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Rakyat mungkin boleh terima pm paklah agak lembek ??? Yg tun bidas pak lah keterlaluan, konon oleh sebab paklah najib tak akan dapat kemenangan besar, itu sudah cukup bagus, apa kira kalau najib menjadi ketua pemekang???. Cukuplah pak tun menyalah paklah,, najib yg di sanjung tun, bukan manusia yg hebat sangat, tidak ada tindakan yg dia buat extra advance ??? Ini menanda kelemah juga, seandai dia najib itu pemimpin yg cerdik dan pintar, sudah tentu umno kini telah berubah, berdasar kepada asperasikan kehendak rakyat... Dalam kita mengemudikan satu2 pertubuhan seperti umno,, kelemahan yg kita cakap adalah klue, yg kita guna untuk memulih kembali keadaan, dan seterus memajukan umno. ? Tapi yg terjadi umno terus di ambangkan kemunduran dan akan terus mundur, hanya dalam berita rtm, tv1,2,3, yg mengbondek dgn harapan rakyat bisa di rasuah dgn media yg umno kontrolkan. . Tun harus ingat , rakyat masih mingigat tun yg telah banyak membawa perubahan, dari aspek keilmuan, pembangunan yg pesat, dan pembangunan, dunia cyber yg semakin cangih. Tampa misi tun yg membangunan dunia cyber, ada kemungkinan rakyat masih dalam dunia tersendiri dgn maklumat yg sangat tidak bebas dari umno bn...tun telah lupa rakyat telah banyak membuat perubahan dan telah mual dgn politik yg di main oleh umno dan tun sendiri??? Nampak mainan tun dan umno , bukan progressive tapi mundur kebelakang, TQ

Anonymous said...

Saudari Nani PJ,

Tun terpaksa berundur pd 2003 bkn atas kemahuannya.Ia akibat gelombang reformasi Anwar Ibrahim dan Mahathir telah kehilangan sokongan majoriti org Melayu. Dia tahu jika dia bertahan tsunami politik akan berlaku lebih awal dari PRU2008.

Dgn turunnya Mahathir, Pak Lah menang besar. Ini juga satu faktor memalukan bagi Mahathir. Sepanjang 22thn pemerintahan, dia tak pernah peroleh 90% sokongan rakyat spt Pak Lah terima pd PRU2004.

Dia seterusnya membuat onar utk menjatuhkan Pak Lah atau sesiapa saja yg menghalang nafsu dan kehendaknya. Dia layak digelar Dr Doom of Malaysia.

bat8 said...

anon 21:09:00 GMT+08:00,

1. Keputusan PRU 1999 telah menyakinkan TDM bahawa keputusan PRU 1990 dimana swing orang melayu kepada pembangkang adalah real dan swing tersebut semakin meningkat selepas PU 1990.

2. Between 1999 - 2003, TDM dok monitor kecenderungan pengundi melayu dan beliau mengetahui bahawa beliau tidak ada pilihan lain selain meninggalkan jawatan Presiden UMNO(baru) dan PM jika tidak mahu dimalukan dalam PRU 11 (PRU 2004). Tsunami PRU 2008 berkemungkinan besar akan berlaku dalam PRU 2004.

Mengenali TDM, apa hangpa ingat dia saja-saja nak berhenti dalam tahun 2003 kalau beliau ada pilihan lain?


2. Pemilihan AAB mengantikan beliau adalah satu culculated political move yang dibuat untuk mengelak tsunami berlaku, walaupun beliau lebih suka najib mengantikannya.

Jika beliau memilih najib, lebih baik beliau sendiri memimpin BN dalam PRU 2004. Keputusannya akan tetap sama.

3. Keputusan PRU 11 tahun 2004 yang memberi kemenangan besar kepada AAB adalah diluar jangkaan termasuk TDM sendiri.

Keputusan itu mengesahkan hakikat bagaimana rakyat tidak suka kepada TDM sehingga sanggup memberikan kemenangan kepada ssiapa sahaja yang menjadi pemimpin BN selain dari TDM atau najib dan sesiapa yang dikenali sebagai orang TDM.

4. Soal kemenangan besar AAB dalam PRU 11 itu memalukan TDM adalah sesuatu kebetulan sahaja. Yang pasti ia mengambarkan betapa tidak popularnya TDM menjelang PRU 11 dan keputusannya melepaskan jawatan kepada AAB bukan najib adalah satu keputusan yang tepat.

bat8

Anonymous said...

Pak Lah bagus? Pak lah ke jadi PM or just posmen budak2 tingkat 4. Hahahaha....Menantu yg lebih.

Entah lerr