27 January 2011

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

‘Air yang tenang jangan sangka tiada buaya’, begitulah kata perbidalan Melayu yang difahami oleh semua orang. Begitulah yang boleh dikaitkan dengan keadaan sebenar yang berlaku didalam pilihanraya Kecil DUN Tenang, Labis Johor. Tetapi perbidalan ini sesuai untuk memperingati parti penyandang bagi kawasan DUN itu, iaitu BN yang diwakili oleh UMNO.

Bagi BN keadaan tidak setenang namanya. UMNO nampaknya tidak bergerak dengan cara yang betul dalam menghadapi pilihanraya kecil ini. Dalam pada kelemahan yang nyata pemimpin-pemimpin UMNO diJohor nampaknya masih berkeyakinan yang BN akan memenangi PRK ini, malahan TS Muhyiddin berkata yang BN akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang melebihi 5000 undi.

Saya hanya memberikan komen yang pendek sahaja bila bercakap tentang majoriti yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ini. TS Muhyiddin bolehlah berangan kerana berangan itu percuma; tidak ada kena bayaran apa-apa. Bermimpi itu pun boleh tetapi perbilangan ada mengingatkan kita supaya tidak bermimpi disiang hari. Nanti kecewa dan diketawakan orang.

Johor merupakan kubu kuat UMNO selama ini. Apabila datang tentangan mereka tidak tahu hendak berbuat apa-apa untuk mengekang masalah yang mereka hadapi. UMNO Johor memang dari dulu lagi tidak menghadapi tentangan dari mana-mana parti pembangkang.

Tetapi sejak 3 atau empat tahun yang lalu perubahan mula berlaku dalam mana parti-parti pembangkang sudah mula mendapat perhatian rakyat Johor dan dalam pilihanraya yang lalu pembangkang telah dapat menembusi kubu UMNO ini dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri telah diwakili oleh parti-parti pembangkang. Dua kerusi parlimen juga jatuh ketangan PR.

Kerusi yang dimenangi oleh BN telah mengalami kekurangan majoriti dengan begitu nyata. Kerusi DUN Tenang ini sendiri mengalami kemorosotan yang besar. DUN Tenang telah memenangi kerusi ii dengan majoriti lebih kurang 5000 undi dan majoriti ini telah merosot kepada 2500 dalam pilihanraya umum yang lalu. Jika UMNO tidak dapat majoriti sebanyak 2500 dalam pilihanraya kecil ini maka itu merupakan petunjuk jelas yang UMNO sudah tidak mendapat perhatiam dari rakyat seperti yang mereka alami tahun-tahun yang lepas.

Sekarang isu yang banyak diperkatakan, mampukah BN mendapat majoriti yang melebihi 2500 atau sekurang-kurangnya sama dengan majoriti yang kita dapati pada pilihanraya yang lepas? Persoalan ini merupakan soalan cupu mas. Banyak juga lapuran yang diterima dari Labis yang jentera BN tidak begitu berkesan.

Sayap wanita , pemuda dan puteri tidak berjalan seiringan kerana UMNO Bahagian Labis tidak memberikan mereka tugas yang penting dalam PRK ini. Pengerusi Perhubungan pula tidak mahu orang-orang UMNO dari luar Johor untuk bersama-sama mengendalikan kempen DUN ini kerana beliau berkata yang UMNO Johor berkemampuan untuk mengendalikan PRK ini sendirian.

Masalah ditambah pula dengan isu yang dimainkan oleh Chua Soi Lek yang telah menyentuh perasaan orang Melayu Islam dengan menggunakan isu Normala, calun PAS yang tidak mahu bersalaman dengan orang lelaki. Malahan ada juga dikalangan orang Melayu UMNO sendiri menggunkan isu ini untuk mendapat undi.

Apakah salah dari sudut pandangan UMNO dan MCA jika seseorang Islam itu taat kepada hukum hakam agamanya? Bukankah memang seorang Islam itu tidak boleh bersentuhan jika mereka bukannya mukhrim? Apakah UMNO dan MCA mahukan Normala dan sesiapa juga untuk melanggar hukum hakam agama semata-mata untuk memenangi pilihanraya? Bagi sesiapa yang rasional, isu yang dimainkan oleh BN ini merupaka bayangan yang UMNO dan MCA sudah habis modal untuk dijadikan isu berkempen dan ini akhirnya akan disedari oleh pengundi-pengundi.

Kita sedar yang Chua Soi Lek adalah pengerusi kepada BN Labis dan beliau mahukan kemenangan kepada BN. Tetapi janganlah hendaknya menggunakan isu agama kami untuk mendapatkan sokongan pengundi. Akhirnya Soi Lek akan terjerat dengan jerat yang dipasangnya sendiri. Isu ini sahaja sudah pasti melarikan banyak undi dari BN kepada PAS dan kita jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa jika berlaku apa-apa kepada BN bukan sahaja dikawasan Labis malahan dikawasan kawasan yang lain.

Kita semua sedar yang moral itu bukanya penting bagi Soi Lek tetapi janganlah beliau cuba untuk membawa kami kepada hidup secara beliau yang seluruh dunia telah mengetahuinya. Kalau beliau telah tertangkap dengan kegiatan yang tidak bermoral yang buruk itu, janganlah pula hendak bawa orang lain untuk hidup seperti beliau yang tidak kisahkan moral dan akhlak yang tinggi.

Saya memberikan tabik hormat kepada Normala kerana walaupun seorang ahli politik beliau tidak mahu menjual dan mengorbankan syariat agamanya kerna hidup yang beragama sahajalah yang boleh membezakan diantara manusia yang baik dan manusia yang berpandukan kepada yang bathil.

Inilah sebabnya BN semakin hari semakin kurang sokongan dari rakyat. Rakyat seolah-olah boleh nampak yang BN ini semuanya bebas untuk melakukan apa sahaja termasuk yang bertentangan dengan agama kita. Boleh rasuah, boleh menyalahgunakan kuasa, merogol dan banyak lagi kegiatan yang bertentangan dengan kesucian agama dan adat.

Saya telah banyak kali mencadangkan supaya kita mencari jalan untuk memulakan episode baru dalam politik negara untuk selari dengan kehendak masa dan zaman. Kita ada perlembagaan dan kita boleh bersandarkan kepada perlembagaan yang sedia ada. Kita mesti ubah pemimpin-pemimpin yang memimpin kita kerana tidak ada langsung tanda-tanda yang keadaan bertambah baik.

Saidina Ali karamallah huwajhah telah banyak kali melakukan ijtihad untuk kebaikkan tetapi tidak lari dan asas syariat dan kepentingan hukum hakam agama kita yang suci ini. Kita pun boleh malakukan perkara yang sama asalkan sahaja tidak lari dari kehendak perlembagaan negara kita.

Kalau kita semua ingin hidup dalam negara yang aman dan damai kitalah yang sepatutnya mengusahakan perubahan ini. Kita mahukan Melayu dan Islam terjamin kedudukannya dan bangsa-bangsa lain dijaga dengan baik agar kita semua hidup bermuhibbah selama-lamanya.

Kita sudah jemu dengan isu berkauman yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin kaum semata-mata kerana ingin menjayakan kelangsungan politik masing-masing. Akhirnya kita rakyat biasa dibawah ini yang berperang tanpa henti sedangkan pemimpin diatas terus mentadbir kita dengan menggunakan sentiment kaum masing sambil memerah keringat rakyat yang tidak terbela.

Keadaan ini mesti dihentikan. Kita tidak ada tempat atau negeri lain untuk berlindung. Baik buruknya disinilah kita hidup dan mati. Yang telah kaya raya hasil pemerahan kekayaan negara ini boleh lari dan hiup ditempat lain. Kita tidak ada pilihan. Kita akan disini sampai bila-bila.

8 comments:

airman_1 said...

so you know, you should x dap...kah..kah...

siti said...

well said and written. I pray that the people of Tenang will see the Light and vote PR.

we must weed off extremism amongst us which has been used and repeatedly played up by UMNO/BN.

Malaysiasn don’t need it.

Wan Z said...

Tahniah Tuan...Allah sentiasa bersama org yang benar.

d'enricher said...

Tuan AA,

Bila dah lama ia jadi biasa, bila dah biasa ia jadi budaya, maka selama ini budaya ini ingin terus di sogokkan kepada rakyat.

Pada saya, selagi mana UMNO dan BN ingat mereka lah segala-galanya (DULU, KINI & SELAMA), maka bersedialah untuk di tolak.

UMNO/BN kena kalah teruk dulu, tukar semua yang busuk, mula era baru, MUNGKIN baru ada harapan.

A.Alshukor

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Tahniah saya ucapkan kerana berani mengutarakan pendapat yang mencerminkan apa yang bermain difikiran rakyat marhaen. Sebab itulah saya rasa setiap hari pengunjung blog saudara semakin ramai.
Saya tertarik dengan ayat berikut "Kita mesti ubah pemimpin-pemimpin yang memimpin kita kerana tidak ada langsung tanda-tanda yang keadaan bertambah baik". Saya setuju dengan ayat ini. Cuma pada pendapat saya andaikata selepas PRU yang akan datang kerajaan yang ada sekarang masih memerintah dengan lebih majoriti (kerusi parlimen yang lebih banyak dari sekarang) maka ayat itu akan hanya tinggal harapan. The only thing that can make that happen is when we put them to become the federal opposition for the next five years after PRU 13.

When you are down and out then only you really want to change for the better...

Dire Straits.

Fated said...

Another well analyzed piece from Mr Alias. We, the nons (UMNO's term) have no qualm with the glove issue. As a matter of fact, shaking hands is not an inherited culture of both Hindu and Chinese. Shaking hands is a formal way to greet a guest, so its a non-issue, to begin with. Chua Soi Lek, a highly educated man and a doctor, needs reminding for his unintelligent election campaign. If this is the kind of many leaders employed by BN, people should realize that the country's future is written not to our favor. Alas, our people lack necessary integrity to decide the bright future of Malaysia. BN is a dictatorial regime and we asked for it.

Pewaris said...

Apa susah jadi pemimpin UMNO/BN ni .. PRK inilah tempat Menteri Perdana dan Menteri-menteri yang lain berpencak.
Sekolah Cina dapat sekian jota, Felda dapat sekian billion, setiap kampung dapat jota, ketua kampung dapat jotaan, penduduk dapat berjota-jota ..
Kira semua orang dapat berjota-jota .. fuyooo .. jota-jota tu ..
Tapi ab agama Islam .. UMNO/BN sanggup tolak tepi tu .. kalau ditegur UMNO amalkan agama suku politik suku .. dia marah. Tak ada akal ka

zulkarnain said...

Maaf tuan blog,

Sejak bila Ali banyak berijtihad? Yang banyak berijtihad adalah 'Umar Al Khattab. Dan pada zaman Uthman RA, 6 tahun berikutnya penuh dengan kacau bilau, fitnah dan pemberontakan, berterusan hingga ke zaman Ali RA... Mana la sempat nak berijtihad macam-macam...

Terima kasih...