07 January 2011

Yang benar nampak salah - yang salah nampak benar

Menzahirkan perasaan yang telus dan yang terus terang dalam politik memang satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, apatah lagi jika pandangan itu tidak disenangi oleh mereka yang sedang mabuk dalam kuasa dan para-para penyokong fanatik mereka. Selalunya mereka yang sedang berkuasa memang tidak sedar apa kesalahan mereka kerana mereka sedang asyik dengan jolokan dan ampuan penyokong-pernyokong mereka yang buta serta tuli.

Itulah sebenarnya hakikat yang menjadi kenyataan didalam politik negara khususnya dipihak yang sedang berkuasa. Kadang-kadang terfikir juga untuk mendiamkan diri kerana banyak pihak akan marah dan murka terhadap pandangan kita yang mereka tidak suka mendengarnya. Kadang-kadang kita keliru dengan sikap setengah pihak yang mengaku menyokong tetapi tidak memberikan apa-apa bukti sokongan selain dari mengampu dan membodek yang akhirnya melalaikan mereka yang sedang khayal dengan kuasa, ‘glamor’ dan keasyikan.

Bagi pihak yang benar-benar ingin melihat partinya mendapat sokongan mereka akan menegur dengan jelas dan telus supaya partinya tidak ditolak rakyat tetapi selalunya pihak ini akan menjadi mangsa cemuhan dari mereka. Yang mengampu untuk membawa rebah itu jugalah yang akan didengar oleh mereka. Akhirnya yang salah nampak benar dan yang benar akan nampak salah.

Tetapi apabila yang berkuasa itu jatuh, orang-orang yang terawal yang akan meninggalkan mereka adalah dari gulungan yang paling hampir yang mengampu dan membodek mereka selama ini. Selalunya mereka yang jatuh tadi akan tinggal kesaorangan dan masa itulah mereka akan mencari teman untuk berbual dalam masa kesunyian kerana mereka yang hampir dan mengampu mereka dahuu sudah hilang dari pandangan mereka.

Yang mengampu mereka dahulu sekarang sedang sibuk membina jambatan dengan pihak yang baru naik dan kumpulan ini jugalah yang akan mengampu mereka yang baru berkuasa itu. Pemimpin yang telah ditinggalkan mereka tadi akan mula menalipon dan memanggil mereka yang tidak disukainya dahulu kerana memberikan teguran yang telus terhadap mereka sewaktu mereka sedang dilamun keindahan hidup semasa berkuasa.

Akhirnya pihak yang benar-benar menyokong itu senantiasa berada dipinggiran pemikiran mereka yang berkuasa.

Sekarang saya ulangi lagi sikap saya yang suka berterus terang. Saya berikan pandangan tentang keadaan sekarang dengan apa yang saya lihat dan yang sebenarnya ada dalam pemikiran saya.

Secara terus dan jelas saya ingin memberikan pandangan yang BN akan menghadapi jalan yang paling sukar didalam pilihanraya yang akan datang. Percaya atau tidak saya tidak peduli. Saya ulangi; BN akan menghadapi jalan yang amat sukar dalam pilihanraya yang akan datang ini, malahan lebih sukar dari pilihanraya pimpinan Abdullah Badawi pada tahun 2008 dahulu.

Jika pandangan saya ini benar, maka pemimpin yang akan jatuh nanti tidak perlu gusar kerana saya beberapa orang yang lain senantiasa berkawan dengan sesiapa yang tidak berkuasa atau pun yang telah jatuh tersungkur dalam politik. Apabila sudah jatuh nanti, panggillah saya dan beberapa orang yang seperti saya untuk dijadikan teman semasa dalam kesunyian kerana ditinggalkan oleh penyokong atau kroni yang telah lari bertempiaran dari saudara-saudara.

Selalunya ramai yang telah kesunyian itu akan kembali bersahabat dengan saya dan orang-orang seperti saya. Tak perlu bimbang. Setakat belanja secawan dua kopi atau teh tarik saya mampu untuk belanja saudara. Tetapi kalau minum air suam sahaja lebih baik kerana harga air suam dikedai mamak hanya setakat 30 sen sahaja segelas. Setengah kedai kopi mamak air suam masih percuma kalau kita membuat pesanan sekeping dua roti canai.

Saya memberikan pandangan jujur kerana sebab-sebab yang jelas dan benar. Saya nampak yang rakyat sudah begitu tidak sabar lagi dengan kerenah kerajaan dan pimpinan hari ini.

Isu yang ‘overrides’ kesemua isu-isu ialah tentang rasuah. Rasuah merupakan isu yang sudah tidak dapat dihilangkan dari imej UMNO dan BN. Persepsi kerajaan pimpinan UMNO itu adalah piminan yang rasuah sudah menjadi stigma dan tidak dapat dihilangkan lagi. UMNO dan rasuah itu sudah menjadi sinonim dan itulah yang akan menumbangkan UMNO jika tidak dapat dihilangkan persepsi ini dalam tempuh yang terdekat ini.

Tetapi bagaimana hendak membuang persepsi ini sedangkan rasuah itu berkaitan dengan manusia dan manusia-manusia itu adalah pemimpin-pemimpin kita sendiri. Justru saya tidak nampak persepsi ini akan hilang malahan ianya lebih buruk dari hari kehari, dari minggu keminggu dan seterusnya tahun ketahun.

Bebagai-bagai cara nampaknya pihak kita berusaha untuk membawa keyakinan rakyat kembali kepada kita dengan menujukan kelemahan parti pembangkang (PR) dengan kerajaan-kerajaan negeri-negeri yang diperintahnya seperti yang diisukan diSelangor sekarang ini (Isu SS Selangor). BN sedang sedaya upaya untuk memesungkan kepercayaan rakyat kononya PR rakyat telah menderhaka kapada Tuanku Sultan Selangor.

Tetapi rakyat sedar yang telah menderhaka kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah UMNO kerana meminda perlembagaan secara paksa pada 1993 dahulu. Malahan dalam usaha untuk menyelesaikan pertelingkahan kedua-dua belah pihak kerajaan Selangorlah yang sedang berusaha untuk mengembalikan kuasa Tuanku Selangor dengan cadangan pindaan perlebagaan dalam sati siding khas tergempar tidak lama lagi.

Jika benar PR rakyat yang menderhaka kenapa UMNO tidak memberikan sokongan kepada usaha MB Selangor untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan Selangor itu? Sebaliknya UMNO telah membuat keputusan untuk tidak hadzir dan menyokong pindaan untuk memberikan Tuanku Sultan Selangor kuasa yang pernah Baginda miliki sebelum pindaan perlembagaan semasa krisis perlembagaan tahun 1993 dahulu? Kenapa UMNO Selangor tidak mahu meningkatkan kedaulatan rakyat dan Raja mereka? Siapa yang menderhaka?

Jadi isu seperti ini pun tidak akan termakan oleh rakyat kerana kita ada masalah yang sama malah lebih besar dari isu itu, iaitu isu rasuah yang disebutkan tadi.

Rakyat nampaknya memang tidak boleh tahan lagi dengan imej rasuah itu. Malahan isu sodomi Anwar tidak lagi boleh menggigit isu rasuah yang berlaku dalam BN dan memang sepatutnya begitu kerana tidak ada nas yang mengatakan dosa rasuah itu adalah lebih kecil dari dosa sodomi. Agama kita mengatakan rasuah itu samalahlah seperti memakin daging saudara kita sendiri. Bukannya kecil-kecil dosa jika kita melakukan rasuah.

Bagimana kita hendak menghilangkan stigma rasuah yang bertenggek diatas UMNO itu? Saya tidak nampak ianya boleh dilakukan oleh sesiapa yang sedang memgang kuasa sekarang.

Akhirnya saya nak sebut satu lagi ‘intuition’ yang sedang berdegup dan bergendang didalan sanubari saya. Pasti ramai yang tidak suka dengan apa yang saya akan perkatakan ini. Tetapi saya tidak boleh tahan lagi untuk menyatakannya dengan terus terang. Kalau nak marah kepada saya marahlah sesuka hati saudara.

Saya berpendapat setakat hari ini BN akan hanya menang tidak lebih dari seratus kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti. Itulah keadaan setakat hari ini. Tak taulah jika ada keajaiban besok atau lusa yang membolehkan BN memenangi lebih dari seratus kerusi.

Kepada pemimpin yang akan turun jika kalah dalam PRU nanti silalah, saudara saudara boleh berkawan dengan saya. Kita jumpa dikedai-kedai kopi mamak dimana-mana yang dekat dengan rumah saya. Saya tunggu.

19 comments:

Sidek Ahmad said...

Aspan,

Saya hormat kepada saudara yang tidak gentar untuk berterus terang. Sejak mengenali saudara 32 tahun dahulu saudara tetap berpendirian tidak mahu tunduk kepada yang tidak benar dalam politik.

Saya faham apa yang saudara hendak perkatakan itu. Syabas! Biar masa sahaja yg akan menentukan kebenaran itu.

Sidek Ahmad.

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Rakyat..He3..Tu pasal la kami dah tukar dah, N9 bila lagi. Tukar jangan tak tukar. Sekarang berTENANG nanti berhenti bila di LANGGAR, pas terus kenan BALING la BN tu.
-sender Rakyat Penang lo.

Anonymous said...

Aspan Alias,

Saya seronok membaca pemikiran sdr. Saudara sangat transperant dan berani. Patut pun sdr dalam keadaan sekrg.

Tak mengapa sdr. Kami dikedah nampaknya selesa dengan DS Azizan.

Seronok dibawah PAS ni. Dulu saya tak sokong PAS sebab media memainkan isu PAS dan memomokkan PAS.

Dah rasa baru tahu. Harap NS juga akan menikmati pemerintahan seperti kmi disini.

ikhwan

Gotah buku said...

abg aspan, saya juga mengharapkan angin dari Kedah itu bertiup jugak ke neghori kito. Tak mustahil hati pengundi neghori kito boleh berubah atau dibalikkan Allah untuk melihat bulan maso mangkah. tak banyak lagi cumo dapek 3-4 kerusi dari kawasan melayu. Calon Pas, insyaallah tak jadi katak. apo pun, syabas kek abang yg berani dan ado pendirian. Kok sompek jumpo nak jugak belanja abang cendol kek Pilah.. lamo bona tak balik kampung.

mata-lembu shah alam said...

Tuan Aspan,
Di Shah Alam orang2 umno malu nak mengaku ahli umno. Dalam kes SUK orang umno terkedu/malu kucing.

PKR memang banyak masalah, mereka bertelagah sama sendiri kerna terlalu bersemangat untuk menghancurkan umno-bn. Mungkin ramai tak tau ahli/penyokong umno disini sudah kendur semangatjuang kerna mereka tetap dirai terutama oleh orang Pas.
Kalau ahli umno sendiri yang dah berani mengejek pimpinan negeri/pusat, sapa lagi yang akan tertarik/ditarik kepada umno.

Orang China memang solid sokong DAP & ada yang terang2 sokong Pas. Tanyalah orang China, pemimpin yang mereka hormati adalah Lim G. Eng, Nik Aziz & Anwar Ibrahem.

Fikir & insaflah umno - jangan dok melalut kalau nak menang PRU-13

Anonymous said...

Pakcik,

isu yang lain saya taknak sentuh.cuma nak sebut bab pindah perlembagaan kat selangor. saya difahamkan umno hanya akan sokong pindaan perlembagaan itu sekiranya kuasa dikembalikan kepada sultan sahaja. bukan kepada menteri besar. kalau dia tambah je perkataan menteri besar selepas perkataan sultan, otomatik umno akan reject. itu fahaman saya..

saya terpikir jugak, kalau benarlah kerajaan selangor sekarang ni betul-betul nak kembalikan kuasa Sultan kenapa pulak si tony pua kat dalam tweeter dia tulis:

"mourns the demise of democracy and the return of absolute monarchy"

bukankah itu bermaksud mereka taknak sultan berkuasa??

ini cadangan dari zulkifli nordin. saya ambil dari blog beliau:

1. Pertama, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk menerima atau menolak sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri;

2. Kedua, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk melantik, menggantung atau memecat Menteri Besar dan Exconya;

3. Ketiga, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tanpa perlu diminta atau dinasihati oleh Menteri Besar, sebaliknya Tuanku boleh bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

4. Keempat, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak nasihat Menteri Besar", dan boleh sebaliknya bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

5. Kelima, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak sebarang cadangan Menteri Besar untuk anugerah kebesaran Negeri Selangor.


yang saya nampak sekarang ni kerajaan selangor lebih banyak bermain dengan kata-kata dan berpolitik daripada melaksanakan apa yang dikata...


-faiz-

Anonymous said...

saudara aspan,sesungguhnya anda memang hebat.pemikiran saudara penuh dgn kebenaran.sememangnya ubat itu pahit...sayangnya org UMNO tak akan mendengar...mereka tahu, dihujung2 tampuk kekuasaan...harta negara mesti dibahagi2kan sesama mereka.kalau jatuh pun tak apa,mereka dah kaya raya....apa yg lebih membimbangkan saya ialah nasib rakyat selepas ini.takut2 terlepas mulut harimau...masuk pula mulut buaya. berapa lama rakyat harus menderita.

Mamamat said...

Salam Tuan Aspan ..
Baru dua tiga bulan saya mengikuti tulisan tuan. Saya dapat merasakan akan kemurnian hati dan akal tuan.

Walaupun saya mengundi PR, saya masih mengharapkan UMNO menjadi pembangkang yang kuat. Tetapi dengan tindak tanduk UMNO khususnya di Perak dan Selangor,kemungkinan UMNO mati bukan kerana dibunuh atau membunuh diri akan menjadi kenyataan ..

Anonymous said...

Saya sangat kesiankan khalid ibrahim sentiasa diasak & ditekan. Tuan aspan, sy rasa BN akan menang sebab dah ada banyak reserved funds untuk di'tabur'kan pd PRU nanti. Sebab melayu akan lemah bila dpt duit walaupon rm50, tp next election sy rasa BN akan upkn ke RM500-RM1000 sbb terlalu desperado. BN akan fokuskn pd org felda dan org asli utk dpt kn undi. Najib ni mulut je kata rakyat di dahulukn tapi semua subsidi ditarik balik. Yg sedihnya puak2 UMNO masih dok buta lagi. Sedih betul.

Anonymous said...

jgn sesekali terfikir untuk mengulangi kesilapan lalu, kalau dapat sultan yang alim dan bijaksana mmg bagus. Mereka menjauhi perkara yang batil dan benar2 takut akan Allah. Kita takut nanti pemusatan kuasa itu lebih kalut bila ada diskriminasi atau lebih pro kepada sesautu pihak. Pengalaman lepas menjadi bukti. ada pihak salah guna kedudukan. Isu ini sama seperti pemusatan kuasa dan salah guna kuasa yg dilakukan oleh kerajaan pusat, mereka membuli kerajaan negeri yg tidak sehaluan. mereka guna peluang untuk monitor pihak raja. apatah lagi jika ada pihak istana mmg pro parti tertentu. Jadi, jangan membaiki labu busuk..

bat8 said...

Bro,

1. Kebelakangan ini UMNO baru mula melaksanakan tektik dan strategi kotornya untuk memenangi PRU 13. Yang terbaru kita lihat dalam krisis perlantikan SS di Selangor dan perjumpaan antara PAS dengan PM & DPM atas jemputan makan malam Agong.

2. Kedua tektik ini adalah untuk melemahkan dan menanam wedge antara komponen Pakatan Rakyat.

3. agaknya UBN khususnya UMNO baru tidak konfiden untuk memenangi PRU13 ini dengan tektik biasa seperti pengundi hantu, kempen media memburukkan PK dsb sehingga terpaksa menggunakan institusi Raja untuk mencapai matlamatnya.

4. saya rasa bukan tujuan utama UMNO baru untuk merampas selangor tetapi lebih kepada untuk melagakan antara kerajaan negeri selangor dengan Sultan untuk memburukkan imej PK dimata rakyat menjelang PRU 13 nanti.

Jika kerajaan negeri selangor jatuh, ia merupakan bonus sahaja.

5. begitu juga denga isu pertemuan TGNA dengan PM dan DPM atas jemputan Agong. Ia lebih kepada untuk menanam bibit prejudis dikalangan parti komponen PR.

bat8

Anonymous said...

I am too sick of the BN government and can't wait to vote them out.

Anonymous said...

Terima kasih di atas penulisan yang telus. Kami di Kedah pun dh tukar, tak sakit tak demam apa pun. Rakyat di Kedah tak rugi apa pun, malah pentadbiran lebih telus dari kerajaan nageri. Yang terasa kerugian adalah mereka yang pernah berkuasa dahulu. Hari ini, kuliah agama di surau semakin kerap diadakan. Alhamdulillah.

Quiet Despair said...

Yang benar nampak salah, yang salah nampak benar. Itu juga pandangan anda Saudara Aspan yang dihormati.
Saudara nampaknya cenderung untuk melihat kesilapan BN sahaja.
Banyak kesilapan Keadilan terutama di Selangor dilihat seolah-olah Khalid dianiayai.
Perlantikan SS baru yang sepatutnya promotion exercise biasa dipolitikkan sehingga Tuankupun dilibatkan.
Dan sedar tak anda kalian, yang Anwar, bininya dan Azmin senyap je dan tau kesilapan Khalid dalam hal ni.
Yang beriya-iya benar ialah DAP dan nampak sangat LGE ada udang sebalik batu berhubungan hal ni.
Sebagai pengundi Selangor saya dah jeran dan mual dengan Keadilan yang memerintah negeri Silicon valley ini. (Of course saya tak mengundi PKR).
Saya tidak mahu lagi lihat politiking yang berterusan sejak 2008.
Sudah tiba masanya Keadilan ditumpas sekurang-kurangnya di Selangor.
Insyalah dengan kepincangan dalam Selangor sekarang, rakyat lebih sedar tentang keuntungan memilih BN.
Saya yakin BN tetap akan menjadi parti memerintah.
Dengan MCLM, parti pembangkang akan berada dalam kekalutan.

P.S. Saya tidak faham bagaimana Bro Aspan meramalkan BN boleh menang 100 kerusi sahaja.
That is absurd.
Maybe that's what you want. But its not gonna happen.

Anonymous said...

bro i think you should change platform its a better, you should be member of dap with that you can be popular in just a minute kah...kahhh..kah

kah...kah...kah trade mark

Anonymous said...

"komen airman 1:

bro i think you should change platform its a better, you should be member of dap with that you can be popular in just a minute kah...kahhh..kah

kah...kah...kah trade mark"

respond tipikal puak UMNO Baru bila tak ada hujah! Inilah golongan yang merendahkan institusi raja-raja kita tetapi tak mengaku, yang mengaku memperjuangkankan nasib orang melayu tetapi menjadikan orang melayu sebagai komoditi untuk mengkayakan diri dan kroni-kroni.

wak jerman

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,

Younger generations dah penat dan letih tengok juak2 UMNO ni.
Most of UMNO members advise me to join UMNO to be KAYA.
As usual, I am questioning them back, how long have they joining UMNO? And how much money they get from UMNO?
UMNO members dah rasa UMNO sebagai tuhan yang boleh memberi keKAYAan dan HARTA, hidup dan kematian rakyat Malaysia.
Macam tu lah perangai pemimpin2 UMNO yg saya kenal.
Asyik2 ugut orang, kalau tak sokong dia kata boleh transfer kerja ke hulu lah .. hahaha rakyat memang didaHULUkan. Hidup SAPU 1MALAYSIA.

Salam SAPU 1Malaysia.

Anonymous said...

Kah...kah...ada juga orang yg biul kata lantik SS di Selangor sebab promotian exercise...

Dia saja buat buat tak tahu yg mamat haprak tu JUSA C jer dan memotong JUSA B dan A yg ada...dah tu berbahasa Inggeris tak boleh...ni la promotoin exercise yg sekarang ni.

Confirm kalau orang biul kata macam ni alamat lingkup Jabatan atau syarikat dia.

Ungku Mahmud

CUCU PEJUANG said...

BKN SONANG NK TEGUR ORG APATAH LAGI KALAU PEMIMPIN ATASAN.SUARA ORG BWH AMBIL ENDAH TAK ENDAH.BKN NAK BETULKAN KEADAAN.BAWA BINCANG,DONGAR PANDANGAN WALAU TAK SEPENDAPAT.INILAH SALAH SATU PUNCA KELOMAHAN KITA.DUDUK SATU KELAMBU TAPI TAK SEHATI SEJIWA..ONTAHLAH JANG....