Saya telah ratusan kali menulis tentang salah laku kita sendiri dalam pengendalian politik dan siasah negara selama ini. Ratusan kali juga dalam hidup saya bergiat didalamnya mengingatkan sesiapa yang berada dengan saya bahawa keyakinan rakyat kepada kita tidak akan kekal lama jika kita meyakini rakyat kerana pembohongan dari pihak kita. Akhirnya rakyat akan tahu juga segala perbuatan keji kita dan mereka akan akhirnya memandang rendah terhadap kita.
Apabila rakyat mengetahui yang mereka telah dibohongi selama ini, kita tidak akan lagi dihormati dan apa juga yang kita lakukan akan dianggap serong oleh mereka. Itulah yang sedang kita alami; kerana pembohongan kita selama ini, UMNO sudah tidak lagi menjadi sebuah parti yang berwibawa pada pandangan rakyat terhadap kita.
Kredibiliti kita telah hancur lebur dan pemimpin-pemimpin kita telah menjadi bahan ejekan, bukan sahaja oleh pihak parti pembangkang tetapi juga oleh mereka yang tidak menjadi ahli mana-mana badan politik dalam negara ini.
Pemimpin kita telah menjadi bahan lawak dan jenaka rakyat dimana-mana dan persepsi rendah mereka terhadap pimpinan kita sudah hampir pasti akan membawa bencana kepada kita terutamanya dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kita lupa yang zaman rakyat menerima segala apa yang kita katakan dan lakukan itu sudah lama berlalu. Zaman dalam mana calun BN boleh berkata yang mereka hanya letakkan topi atau songkok calun mereka dalam kempen pun, mereka boleh menang itu sudah tidak wujud lagi.
Dalam pertelingkahan diantara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam isu perlantikkan SUK negeri Selangor, rakyat telah mula mentelaahkan isu ini dari sudut undang-undang dan kuasa-kuasa pihak-pihak yang terlibat dalam kontek apa yang tertulis didalam perlembagaan persekutuan dan apa yang ditakrifkan oleh perlembagaan negeri Selangor.
Sekarang bukti telah mula menjadi nyata yang pindaan perlembagaan 1993 dahulu hanya membawa keretakan dan perpecahan kepada kita. Yang mendapat munafaat dari pindaan semasa krisis itu hanyalah pemimpin yang belum puas menikmati kesoronokan berkuasa semasa itu. Hasilnya pemimpin itu puas dengan kuasa, kita sesame kita yang berpecah setelah pemimpin itu sudah tiada lagi kuasa itu.
Semangat dan nilai konsep Persekutuan telah dicerobohi dengan hebatnya seolah olah kerajaan-kerajaan negeri tidak ada kuasa langsung. Mereka yang rakus diKuala Lumpur tidak mahu menerima bahawa negeri-negeri dalam persekutuan itu ada kerajaannya sendiri dan mempunyai Dewan Lagislatif mereka. Negeri-negeri itu ada Raja-Raja mereka yang menaungi Lagislatif dan Eksekutif negeri-negeri masing-masing. Semua ini telah dicerobohi seolah-olah kita berada dibawah kerajaan ‘unitary’ Malayan Union cetusan British pada 1946 dulu.
Segala kuasa dipusatkan diPsersekutuan dan ini tidak lagi mencerminkan yang negara kita adalah negara Persekutuan. Kita bukannya negara komunis dimana kuasa semuanya dipusatkan diKuala Lumpur atau Putrajaya. Tetapi yang menghairankan pemimpin-pemimpin negeri sanggup negeri masing-masing diperkosa oleh Kuala Lumpur dan mengangguk dengan apa sahaja yang diarahkan oleh pusat walaupun kebanyakkannya merendahkan kedaulatan Raja-Raja dan kerajaan negeri-negeri dalam Persekutuan kita.
Raja-Raja dihilangkan kekebalan mereka tetapi ahli politik yang besar mempunyai kekebalan dan untuk mendakwa mereka diatas kesalahan rasuah dan jenayah yang lain dan tidak pun dibawa kemuka pengadilan. Hanya sebahagian yang terlalu kecil yang didakwa untuk dikadikan ‘window dressing’ untuk meyakinkan rakyat yang kerajaan kononnya tidak berkompromi dengan jenayah-jenayah itu.
Semuanya ini merupakan isu-isu yang telah dipersepsikan oleh rakyat dan pandangan itu sudah terbenam didalam pemikiran rakyat sejak beberapa lama.Persoalannya, bagaimana kita hendak menghilangkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan pimpinan parti kita.
Isu-isu seperti ini memang menjadi duri dalam daging kepada kita dan tidak dapat untuk menepis pandangan ini terus menerus berada didalam pemikiran rakyat yang sedang didalam pencarian ini. Tidak ada pihak yang ada seratus peratus kebenaran difalam politik ini, tetapi secara relatifnya rakyat sedang mencari siapa yang lebih mempunyai elemen-elemen kebenaran itu.
Rakyat tidak boleh lagi dipujuk dengan pengumuman-pengumuman yang melibatkan bidang ekonomi kerana rakyat mempunyai ‘apprehension’ yang besar terhadap perancangan-perancangan ekonomi yang diumumkan oleh PM Najib. Malahan rakyat lebih keliru dengan puluhan ‘accronym-accronym’ yang besar-besar- NKRA, NKREA, ETP, PTP dan entah apa lagi yang diumumkan hampir setiap bulan. Perlaksanaannya masih ditunggu-tunggu.
Bedak dan kosmetik yang tebal-tebal yang ditempekkan dimuka tidak akan kekal. Apabila dicuci akan timbul rupa kita yang sebenarnya dan akan kembali nampak kesan-kesan jerawat yang lekuk-lekuk dimuka kita. Kosmetik hanya setakat hendak memberikan keterempilan yang sementara terkena air sahaja. Apabila dicuci sebelum tidur akan nampaklah rupa sebenar kita. Sampai bila kita hendak bertahan dengan bedak tebal dan kosmetik ini?
Sampai bila kita hendak menyalahkan pembangkang jika kita didapati bersalah. Bagaimana kita boleh menuduh pihak lain jika pemimpin kita melakukan kerja hina dan tidak elok itu. Apabila kita didapati bermukah, pihak yang akan mendapat tuduhan itu adalah pembangkang. Apabila prang ramai mengetahui kegiatan rasuah kita, lantas kita menuduh pembangkang membuat fitnah.
Lama kelamaan rakyat bertambah jemu dengan taktik ini dan kita akan ditertawakan oleh rakyat yang sudah matang berfikir. Nanti apabila kita kalah kita tuduh pembangkang bermain kotor dan tidak mahu menerima hakikat yang kitalah yang melakukan kesalahan-kesalahan itu.
Kita sudah tidak mampu lagi untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan rekod kita yang baik dan kemampuan kita untuk mentadbir negara dengan cara yang bersih dan amanah. Kita hanya berjaya sikit-sikit untuk mendapat kemenangan kerana kuas yang ada kepada kita. Kita telah gagal untuk mendapatkan kepercayaan rakyat kerana rasa hormat rakyat terhadap kepimpinan dengan dasar-dasar yang diminati oleh mereka.
Telah saya sebut banyak kali, jika kita mempunyai dasar dan perlaksanaan yang baik maka UMNO tidak perlu mempunyai ahli yang ramai. Keahlian yang ramai lebih memberikan masalah kepada pentadbiran parti dan kebarangkalian sebahagian besar ahli mengundi parti pembangkang kerana masalah dalaman adalah besar. Itu pun yang berlaku didalam pilihanraya yang lepas dan ianya benar-benar menyakitkan.
Kepada pemimpin, carilah jalan dan cara penyelesaian yang tepat. Jika patut berkorban, maka berbuatlah begitu asalkan UMNO itu selamat. Jika UMNO tidak selamat pemimpin kita pun tidak mungkin selamat poltik mereka.
8 comments:
Tuan Aspan
Masalah dengan UMNO dan UBN ini ialah mereka telah terlalu berkuasa hingga mereka menjadi rakus dan menggunakan kuasa yang ada untuk menghalalkan segala yang haram.
Ini semua dilakukan dengan mengawal segala media, kehakiman dan kini segalanya di tunggangi semata mata untuk mengekalkan kuasa supaya dapat mengaut dan terus mengaut harta rakyat.
Bagi mereka yang menjadi raja dan sultan di negeri ini adalah mereka dan sultan hanyalah mengikut telunjuk sahaja.
Cukup lah jangan anggap rakyat semuanya boleh diperas ugut. Diam diam rakyat bukan bererti suka tapi memendam rasa dan menunggu hari untuk meluahkan perasaan mereka.
Razali A
Salam Tuan. Kebelakangan ini saya rajin masuk dalam puluhan blog pro kerajaan dan pro pakatan. Amat malang sekali bagi blog pro kerajaan mereka masih tak faham. Mereka banyak menyerang peribadi pemimpin2 pakatan yang saya rasa mereka adalah blog-blog yang tak faham apa sebenarnya berlaku di Malaysia sekarang ini.
Kerajaan Pusat yang memerintah sekarang kena ingat bahawa rakyat secara umunya sekarang sedang berperang dengan kerajaan umno/BN atas banyak isu2 yang kerajaan pekakkan teliga mereka.
kalau blog-blog kerajaan masih hendak menegakkan benang basah, terpulanglah. Rakyat tak peduli samada DSAi itu peliwat atau sebaliknya. Tapi rakyat sekarang mengguna platform PR untuk berperang dengan kerajaan BN dan manjadi satu jihad menentang sekala kemungkaran yang kerajaan BN telah lakukan kepada rakyat.
Jangan buang masa benda-benda fitnah kerana rakyat sekarang dah tak sabar mengundi untuk menjatuhkan BN buat selama-lamanya.
Tn. Hj. Aspan,
Setiap kejadian/musibah biasanya ada hikmahnya.Dlm kes SUK Selangor saya dapati lebihkurang 12 ribu menunaikan Solat Hajat. Ini yang positifnya, Rakyat keluar beramai-ramai kesuatu destnasi kerana hal mustahak yang tidak dapat bertangguh'. Dalam ilmu perang ini akan mengoncangkan hati seteru musuh..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.
Hairan wal ajaib. Negara dah merdeka lebih 50 tahun. Rakyat jelata khusus yang bernama Melayu, makin hari makin miskin. Tambah pulak dengan kebanjiran pendatang haram. Barang kejap-kejap naik. Pendapatan Rakyat cuci jamban, tukang kebun sekolah RM700. Kerja kontrek pulak tu-takde Pencen, takde EPF. Periksalah siapa mereka ini kalau bukan majoritinya pekerja Melayu. TV3/4 pula, Berita Hairan, Utusan Meloya, masing2 asyik beragenda libur menambahkan kerosakan akidah melayu.
Terbaru, Bangkrap Negara Malaysia mengumumkan 2011 ni unjuran ekonomi Malaysia boleh cecah 6% sebab nak kejar negara maju 2020. Apa ni....!
Hairan wal ajaib. Tak tahulah Kerajaan ke... yang bodoh atau memang Rakyat suka di bodoh-bodoh.....!
Hikmahnya, gologan yang susah ini kalaulah ditakdirkan musibah melanda negara, pasti yang susah ini dapat bertahan. Tapi bagaimana yang atas-atas yang tak pernah susah tu? Boleh ke... ada ketahanan, sekalipun dilindungi dengan tembok besi? Takut-takut ramai yang mati kafir, bunuh diri. Sama-samalah fikirkan dengan mata hati.
Salam Tuan Aspan,
Sampai hari ini saya masih tertanya-tanya apa tujuan Mahathir menghapuskan kuasa Raja.
Menurut beliau kerana salah laku Raja; Raja bertindak luar batasan.
Baiklah - kuasa Raja berjaya beliau hapuskan. Raja hanya chop saja tiada kuasa menolak.
Soalan saya, selepas Raja tiada kuasa, kuasa tersebut berpindah kepada siapa???
Pada pengamatan saya, kuasa tersebut berpindah kepada presiden UMNO. Oleh kerana P.UMNO secara automatik adalah PM, ini menjadikan kuasa PM tiada batasan.
PM berkuasa keatas segala sesuatu di M'sia ne. Jika PM melakukan salah laku seperti Raja tersebut, siapakah yang berani atau berkuasa mengambil tindakan tanpa rasa takut.
Oleh kerana kelemahan sistem tersebut, kebangkitan RAKYAT amat diperlukan sekarang juga!!!!
itulah tragedi dan kedurjanaan umno setelah memerintah terlalu lama hingga terasa negara ini milik umno sahaja. kerana kuasa terlalu tinggi maka masing-masing mati-matian nak rebut jawatan itu. Mahathir telah buka jalan iaitu menjatuhkan kuasa raja maka presiden umno sebenarnya maharaja sekarang. Institusi utama spt kehakiman, tentera, polis, sprm, spr dan lain-lain lagi semua dalam genggaman PM. Siapa berani nak sanggah? TPM pun mengharapkan ihsan PM supaya kekal, kalau melawan arus akan jadi mcm lain-lain TPM sebelum ini.
nampaknya rakyatlah hakim terakhir sekarang. mcmana pun saya seronok sangat baca blog abang aspan ni.. teruskan bang!
Sdra Desa Mentari,
1. Betul sekali pendapat sdra diatas. Tujuan sebenar TDM membuat pindaan tersebut adalah untuk menguatkan lagi cekaman kuasa beliau sebagai PM. Sedikit sebanyak ia adalah sebahagian dari grand design beliau setelah meneliti keputusan PRU 1990 dimana UBN bernasib baik untuk menang dengan isu Kuli pakai tengkolok salib.
2. dari keputusan PRU 1990 beliau sudah nampak trend pengundi melayu mula menolak UMNO. Sebab itu beliau membawa UMNO Ke sabah dalam tahun 1992( Setahun sebelum pindaan menghad kekebalan raja-raja 1993).
3. Pada masa itu, kuasa beliau masih belum mutlak kerana masih ada majlis raja-raja. dalam keadaan kekalutan politik, majlis raja-raja masih mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat dan mengantung parlimen. Jika parlimen digantung, majlis raja-raja boleh melantik caretaker gomen.
4. Pindaan menghadkan kuasa raja-raja tahun 1993 juga membawa sekali pertukaran kuasa mengisytihar darurat dari majlis raja-raja kepada PERDANA MENTERI! ini adalah the last jigsaw yang diperlukan oleh TDM untuk berkuasa mutlak.
wak jerman
Pengenalan watak pemimpin masakini:
1. tidak kenal diri (tidak sedar diri)
2. tidak ada perasaan MALU (pesakit denial syndrome tahap 4)
3. lupa sejarah (bukan versi Dr Mahathir) dalam versi ilmiah.
yang lain lain karektor negatif terlalu banyak untuk disenarai!
Sesiapa yang berani debatkan isu ini selakan..sewa Dewan saya sanggup bayar!
Post a Comment