Perjumpaan Najib dengan Ahli-Ahli Parlimen BN beberapa hari yang lepas menambahkan lagi keyakinan ramai yang pilihanraya umum akan tiba tidak lama lagi. Tetapi tidak kurang juga yang mengatakan PRU 13 tidak akan diadakan secepat itu dan tindakan Najib untuk memanggil Ahli-Ahli Parlimen BN itu hanyalah sebagai helah untuk meletihkan parti-parti pembangkang bila menjelangnya PRU itu.
Samada PRU dipanggil sekarang atau bila-bila pun tidak ada pihak yang akan berhenti untuk mendekati rakyat. Bagi PR peluang untuk mendapat mandat untuk memerintah bukan perkara yang mustahil maka adalag tepat jika mereka terus menerus mendekati rakyat sehingga bila-bila pilihanraya itu diadakan.
Bagi BN pula mereka akan terus mendekati hati rakyat untuk mengembalikan sokongan mereka terhadap BN seperti yang dialami sebelum tsunami politik 2008 dahulu. Pendek kata aktiviti politik akan terus menerus bersemangat sampai pilihanraya yang akan datang.
PR sedang berusaha untuk menunjukkan perbezaan dengan kerajaan BN yang pernah memerintah dahulu dinegeri-negeri yang diberi mandat untuk memerintah sekarang. BN yang berkuasa dengan majoriti tipis diPersekutuan pula sedang berusaha untuk menunjukkan kepada rakyat yang mereka sedang membuat segala perancangan rapi untuk membangunkan negara kerana BN beranggapan politik itu adalah berhubung kait dengan ekonmi semata-mata.
Dinegeri-negeri yang ditadbir oleh PR, BN sedang melakukan apa sahaja untuk memberikan tentangan terhadap kepimpinan PR dengan mengorek segala kelemahan PR jika ada. Kerajaan BN dinegeri-negeri pula agak mudah untuk menentang tekanan BN kerana mereka boleh membuktikan apa-apa yang tidak senonoh yang pernah dilakukan oleh pimpinan BN semasa memerintah negeri-negeri tersebut.
Pendeknya untuk membuktikan kesalahan PR terpaksa dicari secara halus oleh BN, ibarat mencari kutu dalam rambut yang tebal. Jika tidak dapat BN dan penyokong-penyokongnya mengambil pendirian untuk menghentam pemimpin PR dengan mengambil isu peribadi, sehinggakan mereka mengintai-ngintai segala gerakan pemimpin PR.
Berbagai-bagai spekulasi dibuat oleh penyokong BN semata-mata untuk memecahkan PR keran UMNO dan BN memang selama ini hanya ‘survive’ dalam krisis. Dr Mahathir sendiri menggunakan perpecahan sebagai cara terbaik untuk ‘political survival’ beliau. Seandainya beliau tidak pecahkan rakyat dan parti yang dipimpinnya Dr Mahathir tidak mungkin kekal sebagai pemimpin utama selama 22 tahun.
Saya bersamasama dengan penyokong ‘totok’ beliau dan mengakui beliau adalah seorang yang bijak untuk ‘political survival’ peribadi beliau. Mungkin saya tidak bersama dengan penyokong beliau jika dijawab satu soalan yang penting; iaitu ‘at what cost?’
Untuk ‘political survival’ beliau banyak institusi demokrasi telah hancur lebur dan punah ranah dibuatnya. Bagi kepentingan beliau untuk terus berkuasa beliau terpaksa berperang dengan Raja-Raja Melayu dan kemuncaknya ialah pada tahun 1993 dahulu. Usaha menyekat keluhuran Raja-Raja Melayu memang sudah bermula pada tahun 1983 lagi apabila segala undang-undang yang dipinda oleh Parlimen akan berkuat kuasa walaupun Yang DiPertuan Agong tidak memberikan ‘consent’ terhadap apa yang diluluskan oleh Parlimen.
Dr Mahathir tidak percaya kepada ‘seperation of power’. Beliau mahukan segala kuasa dipusatkan kepada beliau. Budaya tidak mahu ‘co-exist’ dengan norma-norma demokrasi tulin ini sudah menjadi budaya sampai kesaat ini.
Tidak ada yang tidak pernah ditentang oleh Dr Mahathir semasa memegang tampuk kuasa. Sistem kehakiman yang bebas telah musnah dan belum lagi kebah sampai hari ini. Bergaduh dengan Bar Council merupakan perkara yang biasa. Bertegang leher dengan kesatuan pekerja juga menjadi santapan politik beliau.
Tetapi perkara itu sudah berlalu jauh dan elok kita berfikir dengan tenang tetapi intensif bagaimana untuk mencari penyelesaian yang baik bagi memperbetulkan masalah yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu. Kita pandang hadapan dan terus kedepan dan cari penyelsaian dengan teliti.
Kita perlu melakukan introspeksi untuk mencari jalan kearah memperbaikki keadaan dan ianya memerlukan ketabahan dan pengorbanan.
Setakat ini belum lagi kita bertemu dengan kaedah yang terbaik untuk menuju kearah itu.
Masalahnya mereka yang mencetuskan masalah masih berada dikeliling kita dan mereka adalah dari manusia yang berpengaruh. Mereka ini masih lagi bercakap tentang masalah yang mereka lakukan dahulu seolah-olah mereka tidak ada kena-mengena dengan kepayahan yang kita hadapi sekarang.
Setakat berjumpa dengan Ahli-Ahli Parlimen BN sahaja belum lagi mencukupi untuk mencari apa yang kita sedang cari itu. Kita semua dalam pencarian dan akan terus mencari.
Kalau kita tengok seorang demi seorang Ahli-Ahli Parlimen yang bertemu dengan Najib itu, siapa agaknya diantara mereka yang akan kecundang jika mereka masih lagi dicalunkan sebagai calun BN dalam piliharaya yang akan datang?
‘Kalau Nor Mohamed Yakcop masih dicalunkan kita akan hilang satu lagi kerusi Parlimen diPulau Pinang.” Kata seorang rakan saya dari P Pinang.
Tetapi ramai lagi calun-calun yang sama seperti Nor Mohamad Yakcop itu. Pandai-pandailah selesaikan masalah ini. Bukan kita yang membentuk mereka. Mereka kekal selama ini kerana kecuaian pucuk pimpinan memilih calun-calun secara tangkap muat.
Sekarang terimalah badainya.
11 comments:
Betul bro. UMNO akan terima badainya.
Lama sangat nak tengok UMNO berubah. Tak juga berubah. Nasiblah!!!
zain iqbal
kalau umno nak berubah, pastikan calon YB dan pimpinan yg ada sekarang betul-betul MR CLEAN. Bgm nak berubah jika Presiden pun byk masalah peribadi? Lepas beliau siapa lagi pemimpin umno yg bersih dan berjiwa Islam?
Umno boleh berubah jika berani membersihkan bahtera usang ini dari pemangsa atau pradator ganas. Jika umno rasa Pas boleh bantu, adakah flatform untuk bahtera Pas berlabuh telah disediakan? Pas rasa-rasanya keberatan untuk menunda bahtera umno jika masih bernakhoda serigala.
Bro Aspan,
1. kita mempunyai pendapat yang sama apabila membicarakan tindakan-tindakan lampau TDM yang menusnahkan pelbagai institusi demi survival politiknya. Antara yang terbesar dan langkah pertamanya ialah mematikan UMNO lama secara teknikal ( walaupun beliau boleh menghidupkan kembali dengan undang-undang) dan menubuhkan sebuah parti baru bernama UMNO(BAru).
2. Pemuja-pemuja TDM akan menyanggah dengan kehebatan TDM membangun negara ini dengan hebat sekali.
sanggahan saya - jika betul pembangunan TDM begitu hebat mengapa kita menghadapi masaalah ekonomi yang hebat sekarang. mengapa ekonomi kita terperangkap dalam masaalah " middle income" trap? mengapa pertama kali dalam sejarah, FDI kita begitu merosot sekali sehingga FDI Filipina dan Vietnam lebih tinggi dari kita?
3. Apa dah jadi dengan pengurusan ekonomi negara sehingga rakyat disana sini mengeluh dengan kenaikan barang keperluan yang mengila sekarang? Kehidupan menjadi lebih perit bagi kebanyakan rakyat?
Jika ianya hebat tentulah keadaan negara tidak setenat sekarang. Apakah kehebatan Menara KLCC dapat menurunkan harga barang keperluan? Apakah projek-projek mega yang dibina dengan kos yang terlalu tinggi dapat memberi wang tambahan kepada orang-orang dikampung bagi meringankan beban kenaikan barang keperluan hari ini?
4. Walaupun apa yang telah beliau lakukan yang baik kita akui dan kemusnahan yang beliau lakukan juga kita kena juga terima kerana negara ini bukan milik peribadi beliau seorang tetapi milik kita dan anak cucu kita.
Semoga umurnya yang panjang tidak merupakan kifarah untuk menunjukkan kepada beliau kemusnahan yang telah beliau lakukan.
bat8
Assalamualaikum Bro,
Apa hal tetiba keluar isu ini yea....pening juga saya memikirkannya. Kadang2 saya pelik dengan sdr. Maaf jika pandangan saya itu silap. Seingat aya Tun M tidak pernah pun menyentuh apa2 tentans Bro Aspan dalam blog ke dalam suratkhabar ke, dalam media elektronik ke...pengalaman saya terlibat secara tidak langsung dengan Tun M ialah tatkala perubahan ke atas kurikulum Pendidikan Islam ingin dibuat, Tun M memanggil semua pakar daripada Bhagian pendidikan ISlam....minta dibuat kajian n dibentangkan hasil kajian tersebut bersama2 beliau. This is wht we called a deligation power at the micro level . Jadi bagaimana u kata dia tak mengamalkan deligation of power.... Dalam politik juga begitu antara deligation n controlling adalah dua perkara yg berbeza. Bila di bentangkan hasil kajian itu, maka kami berhujah, Tun M juga berhujah itu ini sehingga membawa kepada satu kata sepakat- Wahdatul Fiqr. Oleh itu, Sdr Aspan dan semua ...jangan peningkan hidup kita dengan mengungkit masalah2 peribadi. Hidup hanya sekali dan kita semakin lanjut. Sementara ada, penuhilah ianya perasaan kasih dan sayang. Wallahuallam.
Salam Tuan..
Tanya sikit.. Tuan ni Trojan Horse dalam UMNO kah?
Sekadar bertanya..
Anak sungai Derhaka,
Apa kuehnya Trojan Horse tu?
Tn. Hj. Aspan
Apabila TDM berkata 'melayu mudah lupa' ianya khusus di tuju kpd semua rakyat (termasuk la tuan tu'). Itu hak nya ketika menjadi PEAM kita. Sekarang adalah hak kita membicarakan perihal tindakan & idea beliau (walau pun telah lepas-melayu kini tak mudah lupa. Apa2 pun tertanya-tanya pulak saya, mungkin kayu ukuran kita silap. Kita masih menggunakan ukuran 'imperial yakni dalam kaki sedangkan generasi anakmuda (gen x, y & z) telah berubah kepada metric. Ini juga merujuk kepada perkembangan politik kita, semasa kita membicarakan samada BN atau PR takut2 kalau mereka punya pilihan lain-third force?. Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.
Salam Tuan Aspan,
Tak kisahlah Tuan ne - Trojan Horse ke.. sabun Trojen ke.. yang penting; kedapatan saluran untuk meluahkan pendapat dan menaikkan persoalan2. (dengan harapan didengar, diberi jawapan dalam bentuk tindakan bukan kata2 manis).
1. Jika TDM betul2 jujur, apapun tindakan beliau kesannya harus dilihat pada penerima terakhir. Jika buat macam2 tapi rakyat makin susah manakala kelompok kecil dalam kabel (rangkaian)beliau je yang mendapat untung berlipat ganda.. apa hal.
2. Saudara Ryzal72 - saya tidaklah berniat menidakkan apa yang saudara lakukan. Bagus la berbincang. Pun begitu, jika setakat berbincang/mengeluarkan pendapat, semua pemimpin harus begitu, (pemimpin lain tak buat begitu ke?)apa nak dibangga sangat. Apa yang kita nak, apa yang beliau lakukan/katakan, dikotakan dan rakyat mendapat menafaat dari tindakan tersebut bukannya ditindas!!!
3. Berkaitan calon UMNO dlm Praya akan datang, tanyalah ahli2; mereka lebih tahu perangai pemimpin mereka. Bagaimanapun atas dasar 'Cari Makan', ada juga yang akan terus hanyut.
4. Mengenai tindakan2 TDM memusnahkan jentera kerajaan; soalan saya - Adakah rakyat Malaysia mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan pembetulan????
PRU akan datang mari kita ajak pengundi memilih calon dan tidak berasakan kepada party.
Kalau SakAK47 bertanding kita undi dia, kalau Aspan bertanding kita undi dia, kalau Anwar bertanding kita undi dan kalau NurulIzah bertanding kita Undi, kalau Nor Yaakob bertanding kita tendang dia keluar, kalau Rais bertanding kita tolak dia ke Indonesia dan begitu lah seterus nya.
Apa macam brother! But whatever it is the country needs Changes and to start with the people must be selective.
TRoajn Horse bukan kueh Aspan ooi ... Itu jenis kuda .... terjemahannya Kuda Teruja ..... betul tak ...
Tuan,
Yang menariknya tentang jadi pemimpin ni ialah dia bertanggung jawab semasa era kepimpinannya. Jadi semua pemimpin ada caranya yang tersendiri.
Di Malaysia hari ini kita dah ada 6 orang PM, 5 dari mereka tidak boleh merubah cara mereka kerana era mereka telah berlalu. Yang baik tu kita terima dan syukuri, yang buruk tu ... ada orang yang kata baik dan sebaliknya.
Kalau kita kaji secara umum, setiap pemimpin ada pengikut, dan sekiranya si pengikut setuju maka pimpinannya berjaya walaupun dia buat perkara yang salah.
Tulisan Tuan dan Datuk Arif (Sakmongkol AK47)memang lantang mengharapkan UMNO berubah kearah kebaikan, malangnya idea2 dan suara2 tuan mungkin tidak diendahkan oleh Pemimpin UMNO masakini, yang mana ramai pernah menjadi menteri dan pengikut TDM dan TAAB.
Akhirnya, rakyat yang satu ketika disogok dengan istilah hanya UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah Malaysia, sudah mula memikirkan bahawa itu tidak betul.
Maka apa yang terjadi semasa PRU12 membuktikan bahawa, mengambil 'risiko' ABU/ABBN memperlihatkan kita kepada kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan hilang kuasa di 4 negeri dan terus gagal mengambil balik Kelantan.
Siapa dia yang layak menjadi Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri didalam kalangan mereka yang menjadi wakil rakyat hari ini ????
Secara umum, saya kurang yakin pada majoriti dari mereka, ramai yang tersekat atau disekat, dan selagi integriti sistem2 awam dipersoalkan iaitu,kehakiman, polis, MACC selagi itu lah ada rasa kurang yakin akan berlaku.
sepertimana saya masih mengharapkan jambatan bengkok dibina di selat tebrau, menyatakan sokongan terhadap idea TDM, saya juga percaya kerana apa yang berlaku kepada DSAI, rakyat telah dikejutkan dari mimpi.
Semalam telah berlalu, yang penting apa yang kita lakukan hari ini dan rancangan hari esok.
PM Najib dengan Pelan Transformasinya, Pakatan dengan janji 100 hari apabila mengambil alih Putrajaya, yang mana kita nak sokong.
A.Alshukor
Post a Comment