05 January 2011

Satu lembaran surat (e-mail) yang mengusik jiwa ku.

Seperti biasa saya menerima banyak pandangan yang serius dari pembaca blog saya ini dan dalam isu yang berbangkit diSelangor baru-baru ini. Saya telah menerima puluhan pandangan dari mereka melalui e-mail saya.

Mereka menulis e-mail kepada saya kerana mereka sudah mempunyai tanggapan yang saya adalah serius didalam memberikan pandangan dalam isu-isu yang berbangkit terutamanya dalam hal politik dan kenegaraan.

Berbagai pandangan melaui berbagai sudut yang saya terima dan tidak dapat saya hendak membuat ‘summary’ yang terperinci tentang setiap pandangan mereka. Mereka yang menulis kepada saya itu adalah dari pegawai-pegawai kerajaan dan dari orang ramai yang serius dan nyata didalam tulisan mereka mereka telah memberikan pandangan yang saya anggap sebagai pandangan yang boleh mempengaruhi pandangan masyarakat.

Dalam isu yang berbangkit diSelangor, ramai telah menghantar email kepada saya memberikan pandangan masing-masing dan rata-rata bersetuju yang pihak yang memerintah diPersekutuan akan menjalankan segala usaha yang tidak baik untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh PR.

Saya perturunkan salah satu dari coretan pembaca yang saya terima;

Saudara ku Aspan, BN yang memerintah dipusat akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan yang kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh PR diganggu dan digugat untuk menjatuhkan kerajaan tersebut dengan harapan BN akan kembali memerintah dinegeri-neri tersebut terutamanya Selangor. Saudara anggaplah sebagai satu permainan politik yang biasa bagi negara dunia ketiga dan permainan kotor itu memang telah dijangkakan oleh sesiapa yang faham sedikit tentang politik tempatan kita.

Tetapi kini rakyat sudah faham yang selagi pemerintahan diPeringkat pusat masih dikuasai oleh BN maka itulah keadaannya yang akan berterusan berlaku.

Bagi saya keadaan ini hanya sementara sahaja kerana rakyat sudah mulai faham bagaimana permainan politik pemimpin diKuala Lumpur dan Putrajaya bermain politik. Rata-rata mereka sekarang akan melakukan segala usaha untuk mempastikan supaya BN dan UMNO tidak lagi mentadbir pusat kerana pemimpin didalam BN ini tidak mempunyai etika kepimpinan dan hanya memberikan fokus kepada politiking yang tidak berkesudahan.

Saya ingin menegaskan yang cara itu sahajalah yang boleh memperbaiki keadaan politik dan siasah negara kerana UMNO sudah mempunyai tanggapan yang mereka sahaja yang berhak mentadbir negara ini; bukannya pihak lain.

Itu pun yang sepatutnya berlaku, tetapi UMNO sudah menjolok mata rakyat dan keadaan ini tidak boleh dibiarkan, kerana akhirnya rakyat akan dipermainkan sehingga tidak dapat bergerak lagi untuk menemui kemajuan sebagai rakyat yang merdeka. UMNO sudah terlalu lemah dan jalan yang terbaik untuk mereka mengekalkan kuas yang hampir lupus itu ialah dengan menekan rakyat, kali ini menekan kerajaan dan rakyat Selangor yang saya adalah salah seorang dari rakyatnya.

Sesungguhnya sdr, UMNO sudah busuk sampai keusus dan saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir itu. Bagi saya, pilihanraya kali ini menjadi penentu dan seluruh keluarga saya sudah pun mengambil ketetapan yang kami akan tidak lagi memberikan sokongan kepada UMNO atau mana-mana parti dalam komponennya.

Ulasan sdr tentang keadaan semasa memang menyentuh perasaan saya dan saya akan ketemu sdr dalam email sdr selalu jika ada kesempatan.

Selamat berjuang sdr ku.

Ikhlas,

Dtk KJK.

Shah Alam.
4hb Jan. 2011.



E-mail yang lebih kurang berbunyi seperti diatas memang selalu saya terima dan ini saya anggap sebagai menifestasi perasaan sebenar rakyat biasa dinegara ini.

Saya pernah menulis tentang isu ini tetapi saya dibelasah kiri dan kanan oleh penyokong UMNO yang menjadi 'penyokong membawa rebah' itu. Saya hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab cemuhan itu kerana menjawabnya bermakna kita akan menjadi bodoh. Lebih baik diam sahaja.

Biar masa menentukan keadaan.

6 comments:

ataih pagaq said...

Orang2 yang macam kau lah yg merosakan negara.Kalau UMNO dah busuk parti apa lagi yg boleh harap.Fikir lah ...Engkau ambil; pendapat dari emel yg sealiran dgn pemikiran kau.Kau adalah Lalang...sepanjang saya membaca tulisan tuan...tuan banyak mencari kelemahan UMNO...

anak jelebu said...

abg aspan, kat Jelebu la ni panas jugak bila PR buat report polis dan mendesak Rais Yatim letak jawatan jika betul menteri yg rogol amah itu dia. Kalau begini punya perangai menteri umno ini amat memalukan ahli umno. Betul sangat, ikan busuk dari kepalanya. Bila Najib sendiri bermasalah maka pengikutnya pun sama. saya rasa ahli umno perlu tunjuk sikap untuk menyanggahnya. Mereka terbukti buruk laku dan bermuka-muka lagak baik kat kampung, sampai bila kita nak sokong mereka?

Aspan Alias said...

ataih pagaq,

Terima kasih kerana memberikan komen yang tegas terhadap saya.

Pertamanya saya mengaku senriasa mencari kelemahan yang ada kepada kita. Memang kita mesti introspeksi tentang kelemahan kita untuk diperbaiki. Jika benar kita tidak lemah tak kanlah rakyat sudah hilang hampir keseluruhan kepercayaan kepada kita.

Keduanya saya bukan lalang sperti yang saudara tuduh itu. Saya berpihak kepada apa yang benar pada pandangan saya. Jika UMNO salah maka saya kritiklah UMNO dan jika Pakatan yg salah maka pakatan akan mendapat kritikkan saya.

Mungkin oleh kerana kita terlalu banyak yg salahnya maka memanglah kita sendiri yang mendapat kritikkan itu.

Harap jangan disamakan saya dengan banyak orang yang mempertahankan perkara yg tidak benar semata-mata mereka menganggotai parti yang membuat salah itu.

Memanglah pedih. Tetapi jika ada salah dengan argument saya itu fokuskan komen sdr kepada isu yang dibahaskan. Jangan mengomen dengan terus mengatakan saya lalang dan sebagainya.

Berbahaslah dengan isu yang sedang dibahaskan.

Salam.

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Tabik spring kat Tn. 3 x. Tiap-tiap kejadian ada hikmahnya. Bagi yang tak setuju dengan tulisan dan pandangan tn.cukup la katakan tidak. Tak payahla menghembur kata-kata nista plak. Nampaknya banyak yang sealiran dgn. tulisan dan keluhan tn. Mari kita sama-sama terjemahkan dalam PRU13 nanti (tu pun klau dah daftar pengundi la)..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

Anonymous said...

Bagi saya keadaan UMNO sekarang bak sebuah RUMAH BESAR dimana yang menjaganya/mendiaminya tidak dipercayai oleh tuan punya nya ( Orang Melayu yang beriman kapada Allah)
Patutkah RUMAH ini dimusnahkan angkara penjaga/penghuninya?

Tuan punya RUMAH ini 'WAJIB' mengambil tindakan yang sepatutnya.

Ontahsaponamo said...

Salam Tn Haji Aspan,

Allhamdulillah, saya telah menemui ruang blogger pro pemerintah yang sangat realiti isi kandungnya dengan keadaan semasa dan amat jauh dari bersikap hipokrit. Saya adalah dari jutaan penyokong pemerintah yang telah berputus asa, hilang harapan dan yang paling menakutkan saya satu-satunya kerajaan/pemerintah yang sangat-sangat saya sanjungi dan kagumi telah menampakkan/menjelmakan muka-muka hodohnya yang selama ini nampak bersih.
Saya selalu berharap agar semua peringkat pemimpin kita akan berubah segera apatah lagi setelah kita dikejutkan oleh keputusan pada PRU ke 12 yang lalu. Saya berpendapat bahawa ALLAH swt masih sayangkan kerajaan yang memerintah sekarang ini lalu diberi peringatan dan peluang untuk memperbaiki diri..... tapi nampaknya mereka-mereka itu tidak sedar akan peringatan tersebut dan andaian saya menyatakan bahawa melihat kepada perkembangan politik semasa pemerintah, amat payah untuk berubah lebih lagi kita dah kesuntukan masa untuk menghadapi PRU ke 13.