Dato Satim Diman, itulah nama yang telah diangkat menjadi Ketua Pembangkang diDewan Undangan Negeri Selangor menggantikan Mohd Khir Toyo yang telah melepaskan jawatan itu. Satim juga dikatakan adalah orang yang akan menjadi Menteri Besar Selangor jika BN dapat mengembalikan kuasa mentadbir Negeri Selangor dalam PRU yang akan datang.
Saya tidak mengenali Satim ini, tetapi pernah mendengar namanya dan setakat ini belum pernah ada kesempatan untuk saya bercakap dengan beliau untuk memahami beliau secara peribadi. Jika benar Satim adalah orang yang akan menjadi MB Selangor jika BN kembali berkuasa tentulah pemilihan beliau itu telah diselidik, dikaji dan diteliti oleh pimpinan tertinggi kita tentang kewajaran memilih beliau sebagai calun Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya umum nanti.
Selangor merupakan negeri yang terkaya dalam Persekutuan kita ini maka untuk mentadbir negeri kaya ini ianya memerlukan pemimpin yang kaya dengan sifat jujur, amanah dan ‘wisdom’ kepimpinan yang tinggi. Kita mesti ingat yang salah satu sebab kenapa Selangor tersungkur didalam pilihanraya dahulu ialah kerana bukti-bukti jelas yang kerajaan pimpinan UMNO sebelum 2008 dahulu adalah kerajaan yang tidak bersih dan kita sudah pun mendengar dan melihat buktinya.
Dulu untuk meninggalkan dan membelakangkan UMNO ini amat susah; ibarat memisahkan kulit dengan daging. Tetapi sekarang cemuhan terhadap UMNO oleh orang ramai sudah menjadi perkara biasa dan tindakan keluar dari UMNO ini sudah menjadi lazim. Contohnya didalam PRU 12 yang lalu lebih kurang 1.4 juta ahli UMNO meninggalkan UMNO dengan mengundi PR didalam peti undi. Apabila seseorang ahli mengundi dan menyokong parti lain ia bermakna mereka telah meninggalkan UMNO.
Itulah sebabnya menamakan Satim Diman untuk dijadikan MB Selangor jika BN menang mestilah benar-benar pilihan yang betul dan diterima rakyat. Jika Satim adalah nama yang baik bagaimana pula calun-calun yang lain? Kita mesti terima hakikat barisan yang ada didalam UMNO Selangor ini adalah barisan yang amat dicurigai oleh rakyat setiap bangsa. Sesungguhnya dalam UMNO Selangor seperti juga dinegeri-negeri lain tidak ada lagi pemimpin yang boleh diyakini untuk menggantikan pimpinan negeri yang sudah menjadi ‘spent force’ itu.
Saya lebih cenderung untuk mengatakan yang Satim bukanlah calun yang terbaik kerana beliau belum terbukti sebagai ‘leader with distinction’. Tetapi dia sahajalah yang UMNO boleh ketengahkan diSDelangor setakat ini. Kata seorang kawan dari Petaling Jaya kepada saya, “Tiada rotan akar pun berguna. Satim pun Satimlah!”. Begitulah keadaan UMNO diSelangor…tiada pemimpin yang benar-benar mempunyai pemimpin yang berwibawa.
Apa pun yang nak dikatakan oleh siapa pun tentang PR, mereka telah pun memerintah Selangor dan asimilasi PR telah mula berakar umbi diSelangor. Jika dahulu BN yang telah memerintah berdekad-dekad lamanya dinegeri ini boleh ditumbangkan oleh mereka, untuk mengekalkan pimpinan mereka adalah agak mudah.
Kehadziran mereka telah sampai kestruktor pentadbiran kerajaan yang terendah, iaitu penguasaan mereka diperingkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dimana sebahagian besar rakyat ditadbir. Jika kerajaan negeri PR diSelangor ini menggunakan JKKK ini dengan berkesan maka peluang BN untuk mendekati rakyat secara fisikal adalah amat sukar dan terbatas.
Jika Satim dipilih untuk mengetuai BN dalam melakukan tugas berat ini, satu persoalan penting yang perlukan jawapan ialah samada Satim boleh memberikan impak yang berkesan dari pengundi-pengundi kaum-kaum yang lain. MCA bukan lagi seperti MCA yang dulu. MCA terbukti tidak mampu bertahan dengan perkembangan pengaruh DAP yang kian hari kian besar dikalangan pengundi kaum Cina. Tidak keterlaluan jika orang ramai mempunyai pendapat yang 80 peratus dari kaum Cina adalah penyokong DAP.
Kalau dulu media perdana berjaya memomokkan DAP dimata orang Melayu, sekarang ini ramai orang Melayu telah memberikan keyakinan terhadap DAP jauh lebih besar dari MCA. Media perdana pula sudah kurang diyakini oleh orang ramai kerana rakyat telah mempunyai persepsi yang begitu rendah terhadap media perdana sekarang ini kerana rakyat sudah mempunyai persepsi yang media perdana adalah alat propaganda UMNO semata-mata.
MCA tidak dapat bertindak untuk mendapatkan sokongan kaum Cina kerana kaum itu menganggap yang MCA adalah semata-mata ‘stooge’ kepada UMNO malahan didalam pilihanraya yang lalu MCA telah dengan terang-terang menuduh UMNOlah yang menyebabkan sokongan kaum Cina berkurangan terhadap MCA bagi membawa kemenangan yang lebih besar kepada BN.
Kewujudan PERKASA pula dianggap sebagai duri dalam daging oleh kaum Cina kerana ‘political NGO’ ini dituduh memainkan isu-isu perkauman yang menebal dan ramai diantara ahli-ahlinya adalah juga ahli-ahli UMNO. PERKASA dilihat oleh kaum bukan Melayu sebagai perisai kepada UMNO dan salah satu cabang kepada UMNO untuk memainkan isu perkauman luar dari UMNO. Justru itu kaum Cina tidak lagi segan dan silu untuk berlindung dibelakang DAP yang juga lebih diyakini oleh orang Melayu daripada MCA.
Semua komplikasi yang dihadapi oleh politik seperti ini terutamanya diLembah Kelang akan memberikan banyak halangan bagi Satim untuk menjadi ketua yang berkesan bagi membawa Selangor kembali ketangan UMNO dan BN. Satim masih lagi belum mempunyai kredibiliti yang secukupnya untuk menentang arus perubahan yang sedang berlaku dalam politik dan siasah negara.
Dalam pada itu kita tidak boleh hendak menolak Satim kerana bak kata kawan saya tadi, “Tak tak ada rotan, akar pun berguna. Satim pun Satimlah! Apa nak buat?”
Kalau itu keadaannya saudara buatlah kira-kira sendiri; Mampukah UMNO kembali keSelangor sebagai pemerintah? Tentu saudara tahu jawapannya. Tidak perlu bersusah payah untuk memberikan jawapannya.
14 comments:
Aspan ada calon pilihan selain Dato' Satim?Saya hanya mngenali beliau semasa menjadi pengerusi bola sepak selangor FAS sahaja...
Tn. Hj. Aspan,
Satim nie nampak nya cukup bergaya untuk menjadi Ketua Pembangkang. Tu pasal la untuk MB nampaknya kalau tak apa2 akan kekal kpd Tok Khalid Ga..molek bebenor cadangan nie.Biarla AMENO beria-ia nak ambil Ketua Pembangkang, kalau bleh untuk semua negeri..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.
Asalam saudara aspan,,,Inilah ahkikat yg harus di terima, umno dan bn akan kecundang kali ini ??? Akibat dari segala macam kelalkuan dan sikap yg tidak jujur dan terlalu bermainkan politik yg telah basi...Umno dan bn tidak ada pilihan lain ,melainkan menunggu dgn berdebar dalam g13,,,rakyat sudah tentu sudah menilai dan membuat satu keputusan yg lebih bijak...Mainan politik yg tidak bermorol sudah menjadi mainan bagi umno,,,beginilah sebauh kerajaan yg semakin mengecut dokongan , hanya mampu mengunakan kuasa yg sedikit, yg akhir membawa padah kepada umno sendiri??? Umno telah hilang khir toyo di selangor, anak didikan kan tun m ? Tidak menjadi satu perkara yg jangal, bila mana datuk khir, di tuduh mengamalkan rasuah,,,rakyat sudah sedia maklum umno itu sendiri menjadi kerajaan yg memang telah mengamalkan budaya yg terkutuk itu, demi mempertahankan kuasa dan kepentingan sendiri dan para2 kroni... Hanya kita kesal betapa banyak masa kita telah di nodai oleh pemimpin yg kita pilih selama ini...negara yg kita sayang ini, terus menjadi negara yg semakin mundur, tidak berdaya maju, di sebabkan pemimpin yg tidak jujur??? Kadang2 kita berfikir, mengapa pemimpin kita terlalu gilakan duit dan harta ini, sedang mereka ini di dampingi dgn para2 ulama...? Negara yg kita sayangi ini, akan terpaksa mengorak lahkah yg lebih berani dan bersih dgn restu rakyat ???Apakah pakatan rakyat mampu memberi segala impian rakyat yg telah sekian lama di pingir selama ini,,,. Umno dan bn telah gagal mengpertabatkan rakyat...mereka telah leka gagal,gagal, ???? tq
Aspan Alias,
Tajuk tulisan sdr amat membawa kesan.
Tapi betullah, Satim pun Satimlah!!!
Dah tak ada orang lain. Nak buat macam mana???
Tak pe lah. Satim pun Satimlah. He..he...he!
Itu menandakan berlaku peperangan dari dalam UMNO sendiri. Seni peperangan menyebut, "Perpecahan dari dalam adalah sebaik-naik kemenangan untuk pihak lawan."
Noh Omar yang muka samseng (muka saja samseng, perangai pengecut amat) -- pasti menggelupur. Ezam, Mat Taib akan meroyan dan menambahkan lagi keruntuhan dari dalam. Najib lepas tangan, "Bukan salah aku, aku dah lantik korang..."
Sedikit tentang Satim. Khabarnya dulu ada Dr. di depan nama. Dari apa yang didengar (kalau salah maafkan saya) Satim ini lulusan SPM, kerja pembantu makmal di UKM. Berhenti kerja, masuk politik UMNO, serta-merta ada Dr. di depan nama. Cuba sahkan perkara ini. Saya tidak pasti.
Pan, hang ganti dia jer la, bukaan tak leh, apa tunggu tungu.
Apa macam boleh belanja teh tarik kat ehsan?
Salam Pak Aspan,
Dah nasib badan. AMENO ni tak sedar ke dah jadi PEMBANGKANG .. bila nak sedar daaa
Okaylah tu Satim jadi Ketua Perhubungan UMNO Selangor dan Ketua Pembangkang Selangor.
Dato Jawa ni better than Mohd Noh anytime.
After all he's Ketua Bahagian UMNO Puchong and also Adun Sri Serdang. Was Selangor exco member for a long time.
Anon 20.07
Satim has got a PHD so he's qualified to be called a Dr.
If I am not mistaken he obtained his MA and a year later a PHD in 2004.
Tn Aspan
Saya tertarik dengan 3 perkara yg dibincangkan dlm posting kali ini.
1Pemimpin2 umno yg ada kini dicurigai
Bagi saya amat benar sekali apa yg tuan katakan itu. Mereka jadi yb seolah-olah sebagai oportunis. Garab apa sahaja peluang yg ada semasa jadi yb. Kalau tidak melepas. Kalau benar gitu maka itu cara berfikir yg ketinggalan zaman.
11Akhbar perdana dicurigai
Ini pun bagi saya amat tepat sekali. Apa tidaknya sejak saya pandai membaca surat khabar sampai kini tak pernah ada diceritakan perkara2 negatif pemimpin2 kita. Baik belaka dan baik sokmo. Kecuali kes mahkamah. Kini kita ada media alternatif. Banyak perkara tersembunyi didedahkan.
111Perkasa duri dalam daging?
Kehadiran Perkasa memang tepat pada masanya. Umno banyak mendiamkan diri walaupun kain Melayu telah diselak orang. Umno tidak mampu berbuat perkara sepatutnya kerana hendak mengambil hati orang, sedangkan orang tidak tahu dan tidak mahu mengambil hati
kita. Bagi saya Aspan, sudah tiba masanya kawasan pilihan raya yg majoriti pengundinya Melayu, tidak perlu lagi diserahkan kpd rakan kongsi kita. Non Malay lebih cenderung kepada pembangkang yg mencalonkan calon drpd bangsa mereka. Cukuplah Melayu sebagai bangsa yg terlalu banyak memberi. Sikap baik hati tok nenek kita itu banyak makan diri anak cucu cicit mereka sekarang.
masmerah
As far as I know, this guy used to work as library assistant at UPM, but he has no formal library science qualification. He only has an SPM. But he started to be active in UMNO at the Serdang branch when Allahyarham Pak Rashid Ahmad used to chair the branch. Surely Selangorians deserve a better candidate to be their MB. It would be a shame to the Malays if they cannot come up with a much more credible candidate. Allah knows best!
Satim Diman kalau dilantik pembangkang takpe cuma diingatkan jangan Demand Stim, nanti rakyat bengkeng. Ini perlu diingatkan, sebab Selangor sebelumni, tak kurang Peminpin Skandal Demand Stim. Tengok ajo Tyson, Norhayati, Jantan/botino samo joooo!.
Pan,kau ingat tak arwah Hormat Rifaei? Std tu la..yes, no, alright only lah. Kok dah elok untuk UMNO tu eloklah gek eh.
Sy tak kira ada phd ke takda ke yg penting dia kerja bagus majukan negeri. Toyo tu ada Dr. pun tak guna..haprak. Khalid Ibrahim pun tak nampak bagusnya setakat ni. Aku bukan nak sokong satim tapi aku dengar dia ok..yg tak suka teresa kok jer..
My dear friend Aspan,
The problem is we have too many much rotan now! Excessive useage of rotan my brother!
I suggest we export these extra rotan to Papua New Giunea or to Haiti!
Post a Comment