Kalau benar UMNO itu mendaulatkan Raja-Raja Melayu parti itu patut membetulkan apa yang telah dirosakannya sejak krisis perlembagaan yang dilakukan pada tahun 1993 dahulu. Itulah cabararan yang diberikan oleh TS Khalid Ibrahim kepada UMNO semasa berucap diSubang Jaya semalam.
Khalid meminta UMNO menunjukkan bukti dengan menyokong pindaan perlembagaan secara retrospektif yang akan diusulkan dalam persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor hujung bulan ini. Kerajaan PR Selangor akan mengusulkan pindaan itu untuk mencari penyelesaian ‘once and for all’ dalam isu kuasa melantik pegawai tertinggi Selangor yang menjadi Ex- Officio didalam Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri itu.
Cabaran Khalid kepada UMNO itu jika disokong oleh UMNO maka akan terbuktilah parti ini benar-benar jujur kepada institusi Raja Berpelembagaan yang telah kita terima sebagai sistem pemerintahan negara kita sejak kita merdeka dahulu. Jika kita memberikan sokongan kepada pindaan itu UMNO akan dapat memadamkan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpinnya pada tahun 1993 dahulu.
Walaupun setengah pemimpin UMNO kita dan penyokong-penyokongnya memberikan alasan yang pindaan pada tahun 1993 dahulu ialah untuk memperbetulkan sikap setengah Raja-Raja Melayu dan keluarganya, tetapi rakyat yang mempunyai siasah dan sahsiah yang murni tidak akan mempercayai alasan itu. Sebenarnya ianya dilakukan kerana hendak mempertahankan kuasa seorang pemimpin politik yang inginkan kuasa sepanjang hayat beliau. Berkuasa dalam jangka masa yang panjang itu merupakan ‘ultimate’ kepada perjuangan beliau.
Jika benarlah alasan itu baik, kenapa pindaan itu telah mengakibatkan kacau bilau didalam sistem pemilihan SS Selangor baru-baru ini? Telah terbukti jika kuasa yang telah ditarik balik dari Raja-Raja Melayu itu telah disalah gunakan oleh kerajaan Persekutuan dengan menghantar seorang pegawai untuk mentadbir negeri tanpa kerelaan Menteri Besarnya.
Kita semua tahu yang kita adalah negara Persekutuan dan saya ulangi yang kedaulatan Malaysia itu datangnya dari kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri yang dipilih rakyat. Tidak menhormati kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri bermakna kita tidak menghormatai kedaulatan kita sendiri.
Tindakkan tidak mengormati kerajaan yang memerintah salah sebuah negeri didalam Persekutuan itu merupakan tindakan yang tidak bersahsiah dan ianya melambangkan yang kerajaan persekutuan itu seolah-olah mempunyai ‘attribute’ seperti kerajaan Malayan Union (MU) anjuran British pada tahun 1946 yang lalu.
Kita mengaku yang kita mendaulatkan Raja-Raja Melayu. Oleh itu pulangkanlah balik kuasa itu kepada Istana. Jangan bermuka-muka dan jangan berbohong kepada rakyat dan Raja. Kalau sikap bermain ‘kong kalikong’ ini diteruskan kita takut suatu hari nanti rakyat akan meminta kita membuka mulut pemimpin kita luas-luas kerana nak pastikan jenis lidah yang ada dalam mulut mereka itu.
Kita mesti elakkan dari rakyat menganggap pemimpin kita mempunyai lidah biawak yang bercabang-cabang. Apabila persepsi ‘lidah bercabang’ ini sudah terbenam dalam benak rakyat maka kita akan dihumbankan oleh mereka. Berbohong kepada rakyat merupakan kesalahan yang sangat besar disebuah negara demokrasi yang kononnya hendak menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Malahan ramai pemimpin-pemimpin besar negara maju telah kecundang kerana membohongi rakyat.
Jika berangan hendak menjadi pemimpin negara maju sikap dan nilai kepimpinan kita mesti selari dengan pemikiran dan mentaliti pemimpin negara maju. Pemimpin kita jangan begegar-gegar bercakap tentang negara maju tetapi mentalitinya seperti pemimpin-pemimpin dikebanyakkan negara Afrika. Sekarang ini pun ada pihak yang menganggap Malaysia sebagai ‘Zimbabwe in different name’.
Oleh itu jangan kita membuat spekulasi dahulu. Kita terus tunggu dan lihat samada UMNO benar-benar menunjukkan kepada rakyat yang mereka tidak berdolak dalik dalam isu mempertahankan kedaulatan Raja_Raja seperti yang dilaungkan mereka dimana-mana.
Jika UMNO handak membuktikan yang parti ini memperjuangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu menyokong pindaan yang akan diusulak oleh DUN Selangor nanti merupakan kesempatan keemasan bagi mereka untuk melakukannya….betul ke tidak?
Barulah rakyat percaya yang kita tidak berbohong. DAN kita pun akan merasa bangga untuk mengaku sebagai ahli UMNO dan rakyat tidak akan menunjuk kearah kita dengan mencemekkan bibir mereka kepada kita.
26 comments:
Apa benda yang boleh membina sahsiah yg baik, UMNO tidak akan sokong. UMNO tidak suka kepada perkara yg bersistem.
I doubt they will support.
jurukur
jurukur,
i agree with you. UMNO won't survive in a proper institutionalized system bro.
But let us see first. Let us watch them closely whether they will do what they profess.
jiwa rakyat
Assalamualaikum,
Sdr. Aspan & semua..,
konteks rombakan perlembagaan dahulu berkaitan dengan imuniti raja adalah dalam konteks yang berbeza dengan apayang berlaku dalam konteks di Selangor. Rombakan dahulu tidak langsung membenarkan PENGHINAAN dibuat secara sebagaimana yg berlaku sekarang ini. So saya fikir ia dalam kontekstual yang berlainan. Apa2 pun ISE SEBENAR yg harus lihat dalam kes Selangor ialah....AGENDA PAKATAN-DAP! Benarkah sebegitu derhakanya org Melayu terhadap raja...? ataupun mereka TERMAKAN?....
Saudara fahamkan pengasingan kuasa antara: Sultan, orang politik dan Kakitangan Kerajaan?
Saya setuju sekiranya kuasa itu untuk Raja sahaja dan bukan kepada MB.
tetapi kalau dapat Raja yang teruk nanti macamana pulak? Bukankah pindaan Perlembagaan sebelum ini adalah untuk address masalah di dalam sistem Raja itu?
Tengok aje lah! Saya dan keluarga semuanya mengundi UMNO sejak dari dulu. Tetapi sekarang kami nak undi yang lain dar5i UMNO dan BN.
Fed up. UMNO selalu buat kecoh.
zahari minal
Salam Tuan Aspan.
Jurukur dan anon 1o:55 ada point.
Kusrin Jusa C - SUK JUSA A (Jika fakta ne benar). Kusrin dah langkah 2 tangga.
Bagus sangat ke Kusrin ne? Besar sangat ke jasanya hingga dapat lompat 2 tangga. Macam lompat kijang pulak.
Apa perasaan Pegawai JUSA A/B yang ada? Tak kan nak meleleh air liur je.
Jika kusrin tiada istimewa tahap tinggi, menunjukkan ...
1. KSN dah pilih kasih. (Persatuan PTD tak protes ke?)
2. UBN ada niat lain....
Semuanya bongok dan bangang..Eeee
Selamat tinggal UMNO dan BN!!! Puas aku menynggu untuk kau tunjukkan kebaikkan. Aku sudah hilang kesabaran.
Semakin hari semakin buruk perangai mu! Lagi pun kalau UMNO kuat dan menang Rosmah akan bermaharaja lela!!!
Khuddus
Khuddus!!
Gua caya lu lah!! Itu Losmah mesti kita kasi besala lah!!
Apek bali
Tn. Hj. Aspan,
Kusrin hebat dan bergaya. Kalau la saya jadi MB Tok Khalid, saya akan berlapang dada dan berjiwa besar menerima SUK hebat ini.
Saya akan beri tugasan pertamanya, memandangkan beliau punya hubungan istimewa dgn pusat iaitu berunding perjanjian bekalan air. Beri masa yg berpatutan kalau gagal saya akan umum beliau tidak berkebolehan. Kalau berjaya saya akan beri tugasan yang lebih menjabar sesuai dengan kehebatan nya.
Kata orang kita memang tolak dia, tapi dah dilantik, apa lagi beri la tugasan yang menjabar, baru ada umph.
-sender Rakyat Penang lo.
Aspan,
Memang pihak yg akan hilang kuasa akan bertindak seperti apa yang dilakukan terhadap Selangor.
Kuasa besar yang akan jatuh mesti hilang segala pedoman dan hiayah. Ini fenomena biasa.
Kita kajilah sejarah kejatuhan sesuatu kuasa dalam sejarah. Nampaknya UMNO sedang melalui proses kejatuhan itu dan sejarah yang biasa kita baca akan berulang.
Salam hormat.
khushairy
Sdr ku Aspan,
Apa takut jika UMNO diketepikan. Itukan ke perkara biasa.
Sedangkan Nabi Adam pun dikeluarkan dari syurga dan duduk didunia ini, apalah UMNO dan Najib itu?
Biasa!! Najib dan UMNO turun yang lain pula naik. Apa masalahnya.
Kalau tak berani ditolak jangan adakan pilihanraya. Jadi diktator saja.
Penat saya menengok perangai orang yang sedang berkuasa bersifat seperti kaduk naik junjung!
Bing Selamat.
Dulu kita sokong UMNOlah bro. Kita sokong kerana UMNO itu pelindung Melayu.
UMNO sudah berehat dari menjaga Melayu jadi apa salahnya kita sokong yang lain pulak bro?
UMNO menang pun Melayu serupa juga kan?
So???? undi sesiapa yang anda suka. Selangor pun UMNO dah mati! Apa nak diingatkan lagi??????
Jauhar
Tuan...jangan lah ingat UMNO atau PERKASA sokong Melayu tapi menjahanamkan Melayu lagi ada...kat Kelantan yg patut hampir semua Melayu duit royalti ditukar jadi duit lain. Sama juga dengan Terengganu ditukar jadi yg lain.
Kalau kelayakan SS pun Jusa C dan boleh langkau orang yang Jusa B apatah lagi Jusa A, kita tau la ini semua kerana sikap khianat UMNO.
Tak habis-habis merosakkan Malaysia UMNO ni. Saya berharap semua pengkhianat, kaki rasuah dan songlap ini ditangkap dan dihukum sampai satu masa nanti.
Hanif
Asalam saudara aspan,,,sering menjadi pertanyaan dan persoalan,,,di zaman tun m, membuat pindaan dulu, berlandas kepada kelakuan dan tingkah laku raja2 kita ? Di sebaliknya ada juga kebaikan, di mana raja raja ini tidak menjadi lebih raja dari kuasa rakyat ? Yg harus di fikirkan bagai mana pindaan itu harus di buat, suara rakyat harus di utamakan ? Bila mana kuasa yg terlalu besar di beri kepada sultan nanti kresis lain mula yg akan timbul ??? Ini berlaku sebelum ini, maka harus ada jalan tengah, untuk mengawal sultan dan kerajaan ??? Takut2 nanti kuasa yg rakyat ada tidak menjadi ? Rakyat seharus menjadi kuasa penentu dan bagia mana ? negara kita telah mengalamai kresis dgn kekuasan raja2 dan sekarang kresis dg kerajaan persekutuan yg terlalu berkuasa ??? hakikat yg nyata sering kali kuasa yg ada kepada kerajaan dan raja akan bertembung dan akhirnya rakyat menjadi mangsa ? Yang penting semasti pindaan berikutnya memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat...tq
salam tuan,
mohon blog saya juga dilinkkan di blog tuan. terima kasih
Semua komentar disini nampak macam pembangkang.. tidak telus dan adil..hihi bias. Saya pun tak menyebelah UMNO. Cuma satu nak tanya orang melayu banyak sokong kat mana sekarang? Kalau kita berpecah kita tak kuat dan kita akan tergadai...TUNGGU jer kalau orang melayu terus macam ni..tak lama kurang dari 10 tahun bangsa melayu akan jadi melayu singapura.
Yang tak bagus adalah pemimpin bukan parti melayu UMNO atau PAS.
saya berpendapat isu yang paling asas ialah kerajaan selangor ingin diberi kuasa untuk memilih SUK citaranya sendiri...tiada kaitan pun dengan kuasa sultan sebagaimana yang heboh diperkatakan. MB Selangor sekiranya amat serius ingin mengembalikan kuasa sultan, seharusnya dalam perlembagaan yang ingin digubalkan nanti membuang frasa dengan nasihat MB atau perlu menerima cadangan MB. ini lah yang akan mengembalikan kuasa sultan. cadangan saya agar kerajaan selangor mewujudkan kembali Suruhanjaya Perlantikan sendiri dan mengelak daripada menerima PTD pusat dalam pentadbiran negeri. Perlembagaan adalah undang-undang manusia yang masih dapat diperbaiki.. kalaupun TUN M bersalah ketika krisis 1993...pilihan ketika itu amatlah terhad...maka marilah kita baiki kembali situasi. kembalikan hak pemerintahan sultan secara mutlak
Tengok muka kusrin pun dah macam kita tahu ada muka macam bodoh2 sikit.muka lurus bendul pun ada juga. sikit2 macam muka pendengki pun ada ...
saya tak setuju kuasa mutlak diserahkan kepada sultan atau MB dalam membuat keputusan. Pengalaman pembangkang khasnya Pas menghadapi istana dan permainan umno-pusat cukup teruk. Bila istana dipengaruhi oleh kerabat yang pro umno atau mrk ada kepentingan, hanya pemimpin umno yg boleh 'bersetuju' dgn pihak istana maka kedua pihak saling kerjasama untuk membuli Pas!!! lihat kes di Kelantan dan Perak. SUK Kelantan, Terengganu dan Perak sebelum ini byk biadap kepada kerajaan negeri pilihan rakyat. Begitu mufti tertentu.
Saya rasa Kelantan sekarang berada dalam suasana yang baik selepas dapat sultan baru yang kelihatan warak dan ada prinsip. Kalau semua sultan begitu, nescaya byk masalah dapat di atasi dan umno tak boleh cari makan dan samseng lagi.
Kalau saya jadi MB Selangor, saya hantar Kusrin ini untuk mengkepalai deligasi pelaburan ke luar negara. Minta beliau membentangkan kertas kerja dalam seminar-seminar. Kita tunggu apa hasil yang diperolehi nanti. Dia kan berkebolehan kata KSN.
Kadang2 org awam terutamanya pemimpin PR tak tahu status pegawai perkhidmatan persekutuan terutamanya PTD yg berkhidmat diNegeri. Kebanyakannya adalah seconded officers dibawah Art,134. Pergilah rajin2 tanya pegawai PTD diJPA. Mereka akan terangkan.
Kalau check dgn JPA: Perintah pertukaran Kusrin ialah dari Pengarah Mais ke SUK S'gor. Ini bermakna Kushrin tu pegawai pinjaman dari SPA kpd Negeri shj. Pagawai pinjaman- satu pihak tak suka, pinjaman itu terbatallah.
Dari segi pindaan perlembagaan, belajar2 dari Persekutan dan JPA. Ada jawatan yg digazette sebagai 'designated post' spt AG, dll dibawah per'144( 3). Lantikan ialah olih Agong setelah mendapat nasihat pm. Klausa 4 membolihkan Negeri gazette SUK sebagai designated post. Lantikan olih Sultan atas nasihat MB. Tak perlu pinda2. Buat undang2 biasa dan gazette.
UMNO at the cross road but in the end I don't think they will support the bill. Dasar Pengkianat Negara..
Umno/Bn tak habis buat kecoh, dasar pengkhianat, penipu, perompak, perogol, pembunuh, pencabul...hisssss...benci betol aku...!
Yang ini saya TIDAK setuju..kembali dan kekalkan kuasa rakyat sahaja!
sekiranya tuan kusrin benar2 berkaliber....ada beberapar persoalan yg perlu ditujukan kepada diri kita sendiri utk difikirkan:
mengapa pihak kerajaan selangor xbersetuju dgn pilihan itu?
adakah beliau sangat berkaliber sehingga boleh lompat dr Gred C ke Gred A?
sekiranya sangat berkaliber, mengapa JAIS yg dietrajui beliau dahulu kurang membantu dan membela masyarakat islam di Selangor?
Apakah kelebihan yg beliau ada dalam mengendalikan pelabur2 di negeri selangor kelak?
adakah beliau akan mematuhi sumpah kerahsiaan yg beliau akan lakukan dihadapan SULTAN, MB, berpegangkan senaskah AL-QURAN dan SENTIASA DISAKSIKAN ALLAH?
sekiranya beliau dapat mematuhi apa yg bakak beliau sumpahkan semasa upacara mengangkat sumpah nnt (sekiranya disetujui oleh MB) maka segala persoalan diatas yg lain akan turut memberikan jawapan yg positif....
sama2lah kita renung2kan pelbagai persoalan yg ditujukan dan bakal timbul kelak...
-ORG BARU BELAJAR-
Post a Comment