Pilihanraya Sarawak merupakan pilihanraya yang akan menjadi isu tumpuan bagi banyak pihak baik di Sarawak mahu pun di Semenanjung kerana ianya kait mengait di antara satu dengan lain yang akan menentukan nasib kedua-dua belah pihak, BN dan PR.
Pakatan Rakyat, khususnya PKR sedang menghadapi sedikit kekeliruan dengan SNAP dan belum lagi berjumpa dengan formula terbaik untuk berkerjasama dan mengadakan kesepakatan untuk menghadapi BN yang akan bermatian-matian untuk mempertahankan kekuasaan di Sarawak.
Pembangkang di Sarawak akan menghadapi kerugian yang amat besar jika tidak berjaya bergerak seiringan kerana BN Sarawak adalah di dalam keadaan yang paling lemah jika dibandingkan dengan keadaan pada masa-masa yang lalu.
Dalam PR di Sarawak hanya DAP sahaja yang tidak berhadapan kerana parti itu hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN di kawasan bandar dan tidak bercita-cita besar seperti PKR yang mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR nampaknya begitu keras mahukan kerusi yang begitu banyak tanpa memikirkan perasaan pengundi tempatan yang jauh berbeza dari pemikiran pengundi di Semenanjung.
Bagi setengah pendapat jika PKR sensitive kepada keadaan tempatan, parti itu sepatutnya memberikan kelebihan kepada SNAP kerana SNAP merupakan parti yang begitu lama wujud di Sarawak dan pernah mendapat tempat di hati rakyat Sarawak yang mewakili Iban dan Dayak yang merupakan pengundi yang ‘substantial’ di bumi kenyalang itu. SNAP telah terkeluar dari BN di sebabkan pergolakan politik Sarawak hampir dua dekad dahulu.
Apa yang boleh dilakukan di Semenanjung tidak semestinya boleh dilakukan di Sarawak. UMNO tidak dapat menjejakan kaki di Sarawak kerana rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan kehadiran UMNO, walaupun UMNO merupakan tunjang kepada BN. Tidak ganjil rasanya jika PKR hanya mengambil kerusi dengan jumlah yang agak munasabah bagi rakyat Sarawak.
Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus denga DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?
Bagi Sarawak kaedah yang paling baik untuk menghadapi BN ialah dengan memberikan kelebihan kepada parti-parti tempatan yang lebih lama dan memahami keadaan di negeri itu, terutamanya SNAP. Dalam pada itu PKR mesti faham bahawa SNAP juga sedang menjalini hubungan dengan MCLM yang juga merupakan satu kumpulan yang inginkan representasi di Sarawak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Sesungguhnya usia SNAP lebih lama dari usia PKR dan memebrikan kelebihan kepada parti-parti tempatan merupakan satu kompromi yang berkesan untuk menghadapi BN yang sangat besar kekuasaan kewangan dan kemudahan yang lain.
Jika ada kompromi yang baik dan mempunyai matlamat yang satu maka tumpuan kepada 30 kerusi Dayak dan Iban yang pernah mewakili mereka di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pernah menjadi komponen yang besar di dalam BN Sarawak dan di wakili di dalam kabinet Sarawak. Disinilah lebihnya UMNO kerana sanggup berkorban dengan rakan-rakan komponen dan bersetuju tidak diwakili didalam legislative persekutuan dan negeri dari Sarawak.
Pemimpin PKR sepatutnya menumpukan usaha memberikan sokongan kepada komponennya di Sarawak jika SNAP bersetuju untuk menjadi komponen kepada PR. Jika titik pertemuan tidak tercapai maka akan ada perentapan di antara SNAP dengan PKR di kawasan-kawasan Iban dan Dayak yang akan memberikan kemenangan mudah kepada BN di dalam mana-mana pertandingan 3 penjuru di Sarawak.
Kali ini kita lihat samada PKR mempunyai kematangan dalam mengendalikan ‘coalition’ yang lebih besar.
5 comments:
PKR is suspicious of SNAP rejoining BN after winning the election.
Salam Tn Aspan/semua,
Pendapat saya simple :-
A.
Mungkin PKR cuma jolok je... kot dan lepas tu baru semua kolisi bermesyuarah dan berkompromi!
B.
1. MESYUARAH dan hasil mesyuarah adalah elemen UTAMA dalam semua bentuk "Coalition" demi meraih kejayaan.
2. Semua entiti Parti harus muhasabah diri masing-masing untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan demi satu tujuan dan matlamat.
3. Terus, Kolisi Parti harus mengkaji kelemahan dan kekuatan dalamnya dan kelemahan serta kekuatan pesaing luarnya
4. Terpenting sekali, secara ikhlas bagaimana menjaga keharmonian antara Parti2 dalam satu ikatan kolisi. Biarlah banyak mana Parti sekalipun dalam satu kolisi, tetapi tujuan sebenarnya adalah kompak dan untuk seluruh Rakyat Malaysia khususnya.
5. Tiada maknanya sekira hanya satu parti sahaja meletakkan calon secara kuantiti tetapi kurang kualiti yangmana natijah dari kesilapan ini, jadilah macam Adun Pelabuhan Klang. Ini dalil atau bukti nyata.
6. Terakhir sekali setelah disepakati di dalam setiap mesyuarah, panjangkan doa untuk mendapat restu yang maha esa.
7. Sensitiviti warga tempatan yang lebih memahami kehendak penduduk tempatan yang menjurus kepada Kepimpinan, seharusnya menjadi keutamaan di dalam memilih calon tanpa mengira parti di dalam kolisi tersebut.
Saya fikir mereka2 itu lebih berpengalaman dan arif kot sebab dah menerajui PARTI MASING2 berbanding pengomen2 untuk komentar ini termasuk saya.
Namun, sama-samalah fikirkan.
"Teropong Ajaib"
Tiada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal dalam politik.
Dalam konteks nasional Ketua Umum dan Naib Presiden sudah tentu sedia maklum kerana mereka berdua pernah berada dalam bahtera lain sebelum berpindah ke bahtera pembangkang.
Ini bermakna berdasarkan pengalaman yang dilalui (oleh kedua-duanya), gelanggang politik nasional bukanlah sempurna.
Kalau gelanggang itu sendiri tidak sempurna makanya sebaik mana dan semasyhur mana sekalipun sesebuah parti itu akan ada cacat cela pada pandangan mata pengundi.
Justeru kalau diletakkan 100 calon terbaik untuk bertanding tidak Sarawak tidak mungkin kesemuanya akan menang. Berpijaklah secara nyata atas Bumi Kenyalang!
hik hik
pkr /dap tak matang sebab byk isu di swk .. buka telinga...pusing bandaraya..kampung..dulu dgn rakyat.. itu modal kempen.. paling senang guna motosikal pun bayar tol disawarak. tol mahal gilak..korek lobang bertahun dibadaraya..korek tinggal..jem org marah POlis..sebab jem adalah Projek saluran Kumbahan Modern kononya..hari sabtu/minggu/cuti umum tak kerja..masa peak hours masa tu meka buat keja..apa puny bebalnya kontrektor di swk ni..air/api/liputan telefon bibit pun teruk/ broadband pun lembab sebab line swk teruk..bil api/air mahal/deposit api utk masuk rumah mahal..bil air/sesco main agaran ajak.. gila punya sesco..meter reader kontretor buat.. kaya nya sesco ni tp menyusahkan rakyat...
Ternyata Tn Aspan... SNAP memang tidak ada pengaruh lagi. Semua calon dia hilang wang deposit.... Mereka masih pegang pada angan2 lama. Realitinya, org Sarawak telah reject SNAP dan PKR sudah tahu hakikat ni. Klu SNAP nak jadi realistik & kurangkan angan2 mat jenin... mereka patut bersama2 PKR, DAP & PAS dlm melakar strategi. Pada saya Pilihanraya ini akan membuka mata pd sume parti2 politik bahawa mereka terpaksa berpayung kepada salah satu parti komponen utk membawa agenda perjuangan kepada tahap yg lebih tinggi. Tidak guna untuk syok sendiri dan mengambil kisah2 silam sebagai tapak untuk menentukan masa hadapan.
Post a Comment